nuffx

Saturday, 27 September 2014

PETUA MENCEGAH JAUNDIS PADA BAYI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Zaman sekarang ni, bayi yang baharu lahir tidak terlepas dari dihidapi jaundis atau demam kuning. Yang membezakannya adalah tahap bacaan darah bayi tersebut. Jika terlalu tinggi, maka perlu mendapatkan rawatan fototerapi di hospital.

Walaupun jaundis adalah masalah normal di kalangan bayi yang baharu lahir, namun jika terlalu tinggi, ia boleh mengundang bahaya. Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu. 

Antara petua yang boleh diamalkan oleh ibu semasa hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk ialah :

  • Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.
  • Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari.
  • Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.
  • Amalkan makan buah kurma semasa sarapan.
  • Amalakn minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi. Selain itu, dapat mengelakkan penyakit jaundis.
# sumber dari majalah Pa&Ma

Anak adalah anugerah paling indah...


Kami merupakan pengedar produk Shaklee, jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

No comments :

Post a Comment