nuffx

Thursday, 9 October 2014

BATUK BERLENDIR PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Anak-anak membesar ni memang macam-macam la kan masalah kesihatannya. Lagi-lagi kalau anak tu kita letak di taska atau tadika. Kejap selsema, kejap batuk, kejap demam. Alahai kesian sangat kalau anak-anak tak sihat ni, mama pun turut sama tak boleh tidur. Lepas anak dah sihat, mama pulak yang demam. Huhu.

Bila anak-anak tak sihat, ada kebanyakan ibu bapa suka beli ubat di farmasi. Kami nasihatkan supaya tidak membeli ubat di farmasi jika tiada ahli farmasi yang bertugas. Dan kita tidak diberi penerangan yang jelas tentang ubat yang akan kita beli. 

Kebanyakan ubat-ubat yang boleh dibeli secara 'over the counter' untuk batuk dan selsema mungkin tidak memberi kesan yang baik untuk anak kita, terutamanya bayi.

Ubat-ubat ini hanya boleh diberikan oleh bayi yang berumur satu tahun ke atas setelah mendapat nasihat yang lengkap dari doktor yang memeriksa.

Kesian kan bila anak tak sihat. Susah hati mama.

Selain dari memberi ubat untuk bayi, ibu bapa boleh lakukan perkara di bawah :
  • Pastikan anak mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak-anak bersiar-siar atau membeli belah.
  • Jika ibu-ibu menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika diberikan susu formula.
  • Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya yang berusia 1 tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
  • Jika anak mengalami batuk atau selsema sekali dengan demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selalamt jika anak berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.
  • Jika anak berusia setahun ke atas, boleh bawa ke bilik air, buka shower yang panas. Ibu boleh berada di dalam shower bersama anak untuk menghidu debuah air (wap). Ini membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak dengan air panas.
  • Jika anak sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.


Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin Allah.

Berikan bayi kita masa dan peluang membina antibodi dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insyaa Allah walaupun anak kita mengalami batuk dan selsema anak masih sihat dan tidak memerlukan ubat terutamanya jika anak berusia satu tahun ke atas.

Cuma ada juga beberapa keadaan kita perlu segera membawa anak ke klinik. Ini bila anak mengalami keadaan seperti di bawah :
  • Batuk dan selsema dan tidak sembuh selepas 5 hari.
  • Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.
  • Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.
  • Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
Jadi, kami nasihatkan hati-hatilah dengan ubat-ubat yang dibeli. Dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak kita.

Untuk meningkatkan imunisasi anak-anak, kami nasihatkan ibu bapa memberikan anak-anak Nutriferon, Meal Shakes dan Chewable Vitamin C Shaklee. Alhamdulillah setelah memberikan vitamin Shaklee kepada anak-anak, kami sudah lama tidak ke klinik. 

Jika tidak, kami terpaksa menanggung kos perubatan yang agak mahal, dan kami juga terpaksa memohon cuti bergilir-gilir bagi menjaga anak-anak yang tidak sihat. Alhamdulilllah syukur kami dipertemukan dengan Shaklee.

Ini apa yang kami beri kepada anak-anak kami. 

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


# rujukan : Dr. Zubaidi Haji Ahmad

No comments :

Post a Comment