nuffx

Tuesday, 7 October 2014

KEBAIKAN SET BERSALIN SHAKLEE DARI SEGI NUTRISI UNTUK PEMULIHAN IBU BERPANTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ramai kawan kami yang sedang menunggu masa untuk melahirkan. Ada yang teruja kerana akan menyambut kelahiran cahayamata yang pertama. Ada yang bakal mendapat cahayamata kelima dan sebagainya. Alahai kami pun rasa teruja la. Rasa macam nak mengandung juga. Hihi.

Bila makin hampir dengan tarikh untuk melahirkan, ibu-ibu biasanya akan mencari-cari set bersalin yang sesuai dan memberi nilai untuk wang anda. Betul tak? Satu saja pesan kami, jangan diskaun untuk kesihatan, apa lagi kesihatan diri sendiri. Kalau kita tak sayang diri sendiri, siapa lagi? Kan?

Hari ni kami akan bincang tentang Kebaikan Set Bersalin Shaklee Dari Segi Nutrisi Untuk Pemulihan Ibu Berpantang. Moga kita semua mendapat manfaat. 

Anak adalah anugerah paling indah!

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Dari Segi Nutrisi Untuk Pemulihan Ibu Berpantang :

1. Zat Besi (Iron)

Zat besi atau iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh itu, ia sangat penting dalam memberikan tenaga semasa pantang. 

Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman. 

Kami mencadangkan Produk Shaklee VITALEA WITH IRON yang mengandungi zat besi 18 mg bersama 23 vitamins dan minerals yang diperlukan oleh wanita semasa dalam pantang.

Sebotol Vitalea With Iron tahan selama 4 bulan.

2. Vitamin B Kompleks

Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B ( sebab itu dinamakan vitamin B Kompleks) yang sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik. 

Vitamin B, terutamanya folic acid, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh. Ia dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.

Vitamin B Kompleks ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak dengan Vitamin C. Malangnya ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempoh berpantang.

Produk Shaklee VITALEA IRON mengandungi kesemua vitamin B Kompleks yang diperlukan oleh wanita yang sedang dalam pantang.

3. Vitamin C

Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik, strawberi.

Ibu yang tidak mendapat cukup Vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah, dan mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat. 

Seperti Vitamin B Kompleks, Vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan. Wanita yang dalam pantang memerlukan Vitamin C 120 mg sehari.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON juga mengandungi Vitamin C sebanyak 120 mg dalam 2 caplet yang dihidangkan.

4. Zat Zinc

Zinc juga antara zat dalam pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolisme terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zinc untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibodi dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.

Zinc juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Wanita yang sedang dalam pantang memerlukan Zinc antara 15-20 mg.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON yang mengandungi zinc antara 15-20 mg.

5. Kalsium

Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan.

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.

Supplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Kalsium juga sangat penting bagi memperbaiki sistem saraf bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan. Dan juga mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.

Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1,000 hingga 1,500 mg sehari.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON mengandungi 450 mg kalsium dan Shaklee ESP mengandungi 500 mg kalsium. Pengambilan kedua-dua produk ini akan melengkapkan bekalan kalsium yang diperlukan.

This is my passion my obsession. Esp best!

6. Protein

Wanita yang baru melahirkana anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya.

Kacang soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh. 

Protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia akan disalurkan ke dalam susu ibu. Bayi yang menyusu akan medapat faedah yang banyak.

Protein akan meransang pertumbuhan fizikal dan mental. dan secara langsung menyebabkan bayi cepat membesar dan jadi cerdik.

Wanita yang mengandung memerluka sekurang-kurangnya 70 g sehari.

Produk Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) mengandungi protein yang rendah lemak dari sumber bukan GMO (genetically modified organism) dan mengandungi kesemua amino acids. Ia tidak mengandungi kolesterol dan sesuai untuk wanita yang berada dalam pantang.

Ia membekalkan sebanyak 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan (3 sudu teh).

Isi kandungan Esp Shaklee

Jadi kesimpulannya dua produk dari Set Bersalin Shaklee ini, Energizing Soy Protein (ESP Shaklee) dan VITALEA WITH IRON adalah produk yang sesuai diambil kerana menepati keperluan nutrisi wanita yang berada dalam tempoh berpantang samada ibu-ibu menyusukan anak ataupun tidak.

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee yang super awesome ni, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


No comments :

Post a Comment