nuffx

Showing posts with label Anemia. Show all posts
Showing posts with label Anemia. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

MAKANAN MENINGKATKAN HEMOGLOBIN RENDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Setiap kali mengandung memang hb saya low. Buku kehamilan saya tagging wajib berwarna hijau atau kuning. Sebabnya hb saya terlalu low dan menurut doktor, ini boleh memudaratkan baby dan ibu sendiri.

Masa tu saya belum kenal Shaklee ni lagi, saya cuma kenal Shaklee semasa berpantang anak yang ketiga. Jadi ubat-ubatan yang klinik bagi langsung tidak membantu menaikkan hb saya. Malah saya terpaksa mengambil pil Iberet mengikut nasihat doktor, namun hb saya masih juga tidak naik. Malah mungkin disebabkan pil tersebut lah baby saya mengalami ekzema teruk setelah dilahirkan.

Di sini, saya ingin kongsikan tentang makanan yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin rendah semasa hamil.

Apa itu hemoglobin rendah atau hb low?

Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Ini adalah suplemen yang dicadangkan untuk ibu hamil yang mengalami masalah hb low.

Juga boleh ditambah dengan mengambil Zinc Complex. Ini adalah kerana ibu saya juga mengalami masalah darah rendah, dan bila ke klinik, doktor memberikan beliau Zinc sebagai 'ubat'. Dan adalah baiknya mengambil Zinc Complex Shaklee yang sudah tentunya semulajadi dan tidak mempunyai bahan terlarang mahupun steroid.

Cuba mengambil Zinc sebiji sehari pada masa yang dicadangkan untuk mengatasi masalah hb low.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti :
  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
  • Minum jus buah-buahan.
  • Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.

  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.

Bayam merupakan antara sayur yang bagus untuk anemia.

Ibu-ibu, jom sama-sama kita menjaga kandungan dan diri kita sendiri. Beri hanya yang terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Moga saya dapat membantu sedikit sebanyak masalah ibu-ibu yang mengalami masalah hb low dengan mengarang entry ini.

Jika ibu-ibu hendak mendapatkan supplemen Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya di :

017-3589005 (Niki)
E-mail : ireen2285@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty