nuffx

Showing posts with label Set Kulit Cantik Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kulit Cantik Shaklee. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

CARA YANG BETUL PICIT JERAWAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kami ingat lagi masa zaman belajar kat U dulu. Suka sangat picit jerawat. Asal ada jerawat naik, cepat2 picit. Pastu masa kuliah, tangan sokmo raba-raba muka cari jerawat nak kutis. Berjam-jam depan cermin belek muka, takde kerja lain, picit jerawat sampai merah muka. Haha. 

Masa tu takde fikir pasal parut ke apa. Tapi memang betul, aktiviti memicit jerawat ni telah meninggalkan parut dan cela di muka kami. Huhu. Mujur la sejak kami amalkan pengambilan Shaklee ni, jerawat segan dah nak naik, parut jerawat pun dah lesap. Alhamdulillaah.

Hari ni nak share tentang cara yang betul untuk mereka yang hobinya picit jerawat. Meh baca meh. Pasni sila picit jerawat dengan teknik yang betul tau.

Arghhh tidakkkkk!!! Jerawat!!!

Cara-cara yang betul picit jerawat :

1. Bersihkan sisa solekan terutamanya pada bahagian mata dan bibir.

Boleh menggunakan pembersih solekan atau minyak zaitun. Lepas tu cuci muka dengan sempurna. Guna pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda.
Shaklee mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit yang sangat bagus dan semulajadi. Bebas paraben dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Produk skin care Shakee ialah :

* Enfuselle untuk kulit bermasalah
* Nutriwhite untuk kulit normal

2. Mandi dengan air suam untuk melembutkan kulit. Air suam juga membuatkan kita merasa lebih relaks.

3. Cuci tangan dengan sabun atau pencuci antibakteria untuk mencegah penyebaran kuman.

4. Steril sebatang jarum dengan pencuci khas. 

Rendamkan jarum dalam Hydrogen Peroxide selama 20 saat. Sebaik-baiknya gunakan jarum baru untuk setiap kali memicit jerawat. Elakkan jarum yang berkarat kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

5. Tusuk jerawat di hadapan cermin.

Gunakan jarum untuk menusuk bahagian puncak jerawat yang memutih. Lakukan tusukan dengan lembut dan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

6. Bungkus kedua-dua jari telunjuk dengan tisu atau kapas yang bersih.

7. Letakkan kedua-dua jari telunjuk di antara jerawat untuk membuang cairan yang mengandungi sel darah mati dan bakteria. 

Hentikan tekanan selepas cairan habis. Kemudian, bersihkan bahagian ini dengan kapas yang dibasahkan dengan air suam. Anda juga boleh menekap ais bagi mengelakkan bengkak.

Perkara yang perlu dielakkan semasa picit jerawat :
  • Jangan sesekali menyentuh jerawat dengan tangan yang kotor kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan jerawat merebak ke bahagian lain.
  • Jangan menggunakan ubat gigi untuk mengecutkan jerawat kerana dikhuatiri menyebabkan melecet.
  • Elakkan memicit jerawat dengan menggunakan kuku kerana akan meninggalkan parut pada wajah.
Seeloknya anda mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah kulit wajah anda. Insyaa Allah sangat bagus untuk merawat jerawat dari dalam.

Dapatkan vitamin Shaklee dengan menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Thursday, 25 September 2014

ATASI MASALAH JERAGAT DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ramai kawan, majoritinya yang berkulit cerah mengalami masalah jeragat. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai jenis kulit yang kering.

Jeragat sangat susah dihilangkan, tidak seperti jerawat. Di sini kami ingin kongsi bagaimana untuk mencegah atau menghilangkan jeragat dengan vitamin Shaklee.

83% wanita bekerja office hours - waktu pejabat alami masalah jeragat atau nama medikalnya melasma. Jeragat yang sentiasa menghantui mental wanita berkerjaya. Masakan tidak, jeragat ini boleh mencacatkan penampilan wanita bekerjaya yang sering berdepan atau berurusan dengan orang ramai. 

Apakah Jeragat? 

Jeragat adalah pigmentasi hitam, tompok-tompok hitam atau bintik-bintik hitam yang terjadi di permukaan wajah wanita pada usia meningkat ke umur 40 - 60 tahun.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes. 

Atasi masalah jeragat anda dengan vitamin Shaklee!

Bagaimana merawat jeragat?
Rawat dan  hapus jeragat dari dalam dengan produk Shaklee dan hentikan jeragat degil selamanya dari luaran. Tips hilangkan jeragat degil dengan produk Shaklee berjaya serta dapat merasai keberkesanan produk shaklee dalam mengurangkan jeragat anda dari hari ke sehari.

Wah, awesome! Bunyi sangat menarik sekiranya anda mula mengamalkan krim Nutriwhite iaitu produk dari Shaklee sendiri sekarang, kerana biasanya muka jenis kering selalu menghadapi masalah jeragat. Serta vitamin produk Shaklee Gla Complex dan Set Kecantikan (Bcomplex, Vitamin E dan Vitamin C) SILA RUJUK Set Kecantikan Shaklee

Kebiasaannya jeragat akan mula kelihatan pada wajah wanita terutamanya yang berumur pada pertengahan 40 tahun ke atas dan ada juga golongan remaja awal 20-an.  Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Jeragat adalah penyakit kulit yang tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.

Jadi, jom rawat sebelum parah. Dan mencegah sebenarnya lebih baik daripada merawat.

Untuk mendapatkan Set Nutriwhite atau Set Kulit Cantik Shaklee, anda boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Tuesday, 16 September 2014

RAHSIA KULIT CANTIK KEMERAH-MERAHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni saya nak cerita tentang rahsia kulit sihat dan cantik. Hehehe. Kalau dah cerita kat sini maknanya bukan rahsia lagi la ye dok?  Takpe la, sharing is caring.

Kawan-kawan yang kenal saya dulu mesti tau kulit muka saya macam mana. Kusam, gelap, berjerawat dan bila jerawat tu saya suka kutis jadi meninggalkan banyak parut hitam. Huhu.

Kawan-kawan sendiri perasan kulit saya sekarang makin sihat, glowing dan cerah dari sebelum ni. Mungkin sebab saya konsisten mengambil supplement Shaklee.

Tapi saya memang perasan, sejak saya ambik Collagen Powder Shaklee, memang banyak sangat berbeza kulit saya, sebelum ni dan sekarang. Alhamdulillah.

So, hari ni nak cerita tentang Collagen Powder Shaklee. Tambahan pula bulan ni promosi, memang rugi la kalau siapa-siapa lepaskan peluang untuk mencuba.

Untuk pengetahuan semua, Shaklee Collagen Powder diperbuat daripada sisik ikan merah yang mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi. Ia merupakan serbuk kolagen yang amat halus dan mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis yang berkesan.

Tujuh ramuan utama Shaklee Collagen Powder termasuklah ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, lactobacillus, acidophilus, vitamin C dan vitamin B. Kesemua bahan ini digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan Kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Cubalah Collagen Powder Shaklee ni. Memang best sangat. Sehari ambil 1 sachet sahaja. Insyaa Allah anda akan rasa kelainannya.

* Shaklee Collagen Powder mungkin kurang sesuai bagi mereka yang alergik kepada makanan laut.



Image result for beauty face
Wajah bersih dan kemerah-merahan idaman semua wanita
Selain untuk kecantikan, ada banyak lagi khasiat Collagen Powder ni tau.

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee boleh dapatkan dari kami.
  • Pengedar Shaklee Kuala Lipis
  • Pengedar Shaklee Benta
  • Pengedar Shaklee Raub
  • Pengedar Shaklee seluruh Malaysia
Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Boleh hubungi kami di :

Sms/ Whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478
Instagram : awesomelybeauty
Blog : www.awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
E-mail : ireen2285@gmail.com

Thursday, 5 June 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : GEBUS GEBAS, ANGGUN, JELITA DAN YAKIN TANPA JERAWAT

Saya suka tengok orang yang cantik. Saya suka tengok orang yang kulit dia cantik gebu. Pastu kemerah-merahan gitu. Kalau artis saya suka tengok Fazura. Saya suka senyuman dia. Saya suka keyakinan dia. Cara dia bawa diri. Saya suka tengok dia tetap cantik walaupun tanpa mekap. Saya follow Instagram dia. Suka sangat tengok dia. Sebab dia memang sangat cantik. Wahhh puji tak ingat tau. Alangkah bestnya kalau Fazura baca blog saya ni. ;)

Saya ni membesar di kawasan kampung, jadi memang langsung tak ambik berat pasal penjagaa kulit. Set skin care ke apa ke memang tak pernah ada. Apatah lagi supplement. Memang jauh sekali la. Jadi kulit saya memang kusam, berkerak gitu. Haha. Tapi tak ada la kisah sangat sebab masa tu tak ada pun rasa nak cantik ke apa.

Masa nak bertunang pun saya masih tak ambik berat pasal kecantikan. Masa tu bertunang memang sempoi sangat. Sebab masih belajar kat universiti kan. Baju masa majlis bertunang pun pinjam baju kawan. Baju tu kawan beli kat Mydin. Hahaha. Jadi laa, alah nak bertunang je pun kan.

Tapi masa majlis pertunangan tu keluarga suami ada la mengumpat kan. Ada la dengar kat hujung telinga ni. Dia kata saya ni banyak jerawat. Masa tu kecik nya hatiku ini. Sentap ok. Iye lah yang datang masa majlis bertunang tu kan, yang perempuan-perempuan tu semua kepoh-kepoh punya orang. Masa tu tak kenal lagi la. Sebab tak rapat dengan famili bakal suami. Ewah.

Kalau la masa tu dah kenal Shaklee, tak ada la kena kutuk dengan famili bakal suami ye dok? Ahaha.

So anda semua jangan la jadi macam saya. Jaga kecantikan kulit tu tau. Shaklee ada Set Kecantikan Kulit untuk anda semua. Saya amalkan dan Alhamdulillah kulit saya dah cantik dah. Famili suami pun dah puji. Diorang tanya pakai apa. Ohoiii pasti la consume Shaklee.

Arghhhhhhh JERAWAT! Tidakkkkk!!!

SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

Set Kulit Cantik Shaklee.

Vitamin E Complex
  • merupakan antioksidan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak menuetralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E untuk jangkamasa panjang dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Tapi jangan salah sangka pulak ye. Jangan sangka anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil Vitamin E atau losyen mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.

Vitamin C
  • antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ia juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadikan punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garisan penuaan. Vitamin C juga bertindak melindungi dan emmbaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Bcomplex
  • mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang Bcomplex sangat berguna untuk emngawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

TESTIMONI SET KULIT CANTIK SHAKLEE







Best kannn semua testimoni ni. Anda pun kalau nak kulit cantik dan gebus gebas macam tu, boleh sangat laaa. Amalkan pengambilan Set Kulit Cantik ni secara konsisten. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang apa-apa sahaja produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, anda boleh berjumpa dengan saya di sekitar Raub, Benta atau Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran di pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478