nuffx

Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Monday, 27 October 2014

UBAT GOUT SHAKLEE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semalam kami berjumpa dengan kawan kami di mall. Terserempak gitu. Lepas tu sembang-sembang. Rupanya dia kena gout. Muda lagi tau. Kami ingat gout ni akan kena orang-orang tua atau warga emas sahaja. Rupanya orang muda-muda pun boleh kena gout.

Dia cerita pernah dia kena gout sampai tak boleh berjalan. Kalau nak jalan pun kena seret kaki gitu. Aduhai kesiannya. Muda lagi, anak-anak pun masih kecil lagi.


Apa itu gout?

Gout ialah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Monosodium urate atau kristal asid urik yang termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi boleh menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Gout akan menyerang otot-otot dan sendi-sendi badan. Awas! Cegah sebelum parah. 


Bagaimana asid urik berlebihan di dalam darah boleh terjadi?

Ia boleh terjadi kerana metabolisma dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang. Samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik (ubat untuk membuang air dan garam) dan aspirin (tahan sakit).


Apakah yang berlaku kepada asid urik yang berlebihan ini?

  • mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
  • menyebabkan pembentukan 'tophi' gout.
  • menyebabkan batu karang di buah pinggang
Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan ubat sebagai rawatan. 

Namun begitu, risiko untuk menghidap gout pada mereka yang mengalami 'hyperuricemia' adalah tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan ini.


Bagaimana mengesan penyakit Gout?

Sekiranya anda mengalami simptom gout, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Gout boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Beberapa ujian akan dilakukan. Ujian terhadap cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan X-Ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi.


Bila biasanya gout berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba. Namun beberapa keadaan boleh menyebabkan serangan gout. Antaranya :
  • kekurangan air dalam badan, atau berpuasa.
  • makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
  • kecederaan kepada sendi.
  • selepas pembedahan.

Tanda-tanda penyakit gout :
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit gout?

Shaklee bukanlah ubat gout. Tetapi ia merupakan rangkaian nutrisi dan makanan tambahan bagi membantu pesakit gout mengurangkan kesakitan sendi, mengurangkan serangan dan komplikasi sakit gout.


Suplemen atau nutrisi Shaklee untuk gout ialah :
  • Vivix : untuk memperbaiki sel
  • Herblax : untuk detoks
  • Alfalfa : untuk menurunkan asid serum
  • Vitamin C untuk menurunkan asid serum
  • Bcomplex : untuk metabolisme nukleoprotein
  • OsteMatrix : untuk sakit dan bengkak
  • Vitamin E : untuk meneutralkan radikal bebas
  • Performance Drink : untuk mengawal bendalir badan

Set Bajet Shaklee Untuk Gout adalah :
  • Alfalfa

Alfalfa sangat bagus untuk pesakit gout.
  • Performance Drink

Ini memang minuman wajib untuk pesakit gout.

Dapatkan Set Bajet Gout Shaklee ataupun sebarang produk Shaklee dengan menghubungi :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

Friday, 17 October 2014

BAGAIMANA CARA HILANGKAN BINTIK KOLESTEROL DI MUKA DAN BADAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Mula-mula tengok bintik-bintik kolesterol ni memang saya tak tau. Mula-mula tu ingatkan macam jerawat gitu, rupanya bukan. Bila nampak orang yang ada bintik-bintik kolesterol ni, rasa pelik je, nak tau sangat kenapa boleh ada bintik-bintik gitu. Tapi segan nak tanya.

Rupanya bila badan kita ada kolesterol yang berlebihan, akan keluar bintik-bintik di wajah ataupun di badan. Walaupun kadangkala ianya tidak begitu ketara, tapi bila tengok cermin dalam jarak yang dekat, kita boleh nampak bintik-bintik kecil ni.

Bintik-bintik kolesterol ini boleh mencacatkan penampilan anda.

Bagi sesiapa yang ada bintik-bintik kolesterol ni, boleh amalkan supplemen dan vitamin Shaklee secara konsisten. Malah boleh ambik double dose memandangkan pada botol setiap vitamin Shaklee ada ditulis boleh dimakan 1-2 kali sehari.

Jadi boleh amalkan pengambilan vitamin di bawah untuk merawat kolesterol yang mula menunjukkan kesan ketara pada wajah :

  • Gla Complex
  • Carotomax
  • Sustained Release Vitamin C Plus
  • Vitamin E Complex
  • Omega Guard
  • Garlic Complex

Maka, untuk hilangkan bintik-bintik kolesterol, jangan tertinggal untuk mengambil vitamin di atas setiap hari. Insyaa Allah dalam masa 3 bulan, bintik-bintik ini akan makin mengecil dan mula menghilang. 

Selain menghilangkan bintik kolesterol, supplemen dan vitamin di atas juga boleh mengawal dan menurunkan berat badan. 

Hakikatnya kita perlu menjaga diri kita supaya tidak terlalu berat kerana bila berat badan naik, kita akan mudah merasa malas buat kerja dan intense untuk makan lebih banyak. 

Berat badan berlebihan juga boleh membuatkan kita merasa mengantuk dan tidur yang berlebihan. Ini adalah kerana jantung menghadapi cabaran untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Berat badna yang berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan secara menyeluruh.

Tambahan pula sekarang ni Shaklee mengeluarkan produk baru, khas untuk kolesterol iaitu Phytocol-ST, maka ambillah secara konsisten sebanyak 2 biji sehari sebelum makan.

Block koleaterol anda dengan Phytocol-St Shaklee


Memang kalau disenaraikan macam banyak je vitamin nak kena makan. Dan macam banyak je bajet bulanan untuk membeli supplemen Shaklee ni. Jangan la bimbang, Shaklee ni memberi nilai untuk wang anda. Contohnya Bcomplex ataupun Vitalea, sebotol tahan selama 4 bulan. Manakala Vitamin C pula tahan selama 6 bulan! So tak ada la kena beli setiap bulan.

Malah, jika anda mejadi ahli Shaklee, anda akan mendapat bonus setiap bulan. Dan dengan bonus itulah anda boleh membeli supplemen Shaklee. Malah jika murah rezeki, anda akan mendapat bonus kereta dan bonus melancong bersama Shaklee ke luar negara.

Mungkin ada rawatan di klinik atau hospital swasta, namun sudah pastilah kosnya terlalu tinggi. Maka kami sarankan anda ambillah supplemen Shaklee, insyaa Allah masalah bintik kolesterol akan dapat diatasi. Disamping itu, anda akan mendapat insentif Shaklee yang banyak tanpa kita sedari. 

Jika anda berminat nak sertai kami, Jom email dan text kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Wednesday, 4 June 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : VITAMIN E SHAKLEE~VITAMIN CINTA SUAMI ISTERI

Cantik di luar, cantik juga di dalam. Baru lah dikira cantik dalam ertikata yag sebenar. Hehe. Hari ni nak cerita tentang Vitamin Cantik. Atau sangat popular dengan gelaran Vitamin Cinta. Vitamin apakah itu? Pasti lah Vitamin E Complex Shaklee.

Vitamin E ialah salah satu oksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan Vitamin E dalam jangka masa yang panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

KENAPA PERLU MENGAMBIL VITAMIN E? 

  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana Vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan Vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam. 

  • Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman saya sendiri  bila mengalami bengkak susu yang ketara, saya akan mengambil 2 biji vitamin E. Namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan, cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

  • Seorang teman sebelum ini mengalami masalah di mana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan. Beliau mengamalkan 2 biji Vitamin E selama 7 hari dan Alhamdulillaah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berterusan.

  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walaubagaimanapun, dari pengalaman saya, pengambilan vitamin mampu mengatasi masalah kedinginan antara suami dan isteri.

  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple (puting). Rata-rata ibu menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengalaman yang konsisten sangat membantu ibu recover (sembuh) dari kesakitan yang dialami.

  • Bagi wanita yang pernah melahirkan anak. Perasan tak kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap? Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Saya membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation selepas kelahiran. Namun dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten, membantu pigmentation di akwasan yang gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

  • Bagi mereka yang mempunyai masalah menstrual yang teruk. Vitamin E mambantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual. 

Vitamin E best! Boleh buat masker lagi tau.

Ni lah nama dia Vitamin Cinta :)

Jom dapatkan Vitamin E sekarang sementara Shaklee membuat promosi pada bulan Jun 2014 ini. Harga memang sangat meletop. Sebotol mempunyai 120 dan tahan selama 4 bulan. Memang sangat berbaloi.

Untuk mendapat sebarang produk Shaklee, atau anda berminat untuk menjadi ahli, anda boleh menghubungi saya dan kita boleh berjumpa di sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunya pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex dan Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

Saturday, 10 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE

Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan kehadiran cahayamata dalam kehidupan mereka. Kerana cahayamata ibarat permata yang dapat melengkapkan lagi kehidupan berumahtangga. Rumahtangga juga akan menjadi bahagia dan ceria dengan kehadiran cahayamata dalam kehidupan kita. Betul tak?

Namun tidak semua pasangan yang sudah berumahtangga terus mendapat cahayamata. Ada juga pasangan yang telah mendirikan rumahtangga beberapa tahun lamanya namun belum mendapat rezeki untuk dikurniakan cahayamata di dalam kehidupan mereka. 

Jangan lah bersedih. Yang penting jangan putus asa. Kerana apa saya takdir yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. Kita hendaknya sentiasa berdoa. Disampig itu hendaklah selalu berusaha mencuba berbagai cara, berikhtiar dan seterusnya bertawakkal. Salah satu caranya kita boleh berikhtiar dengan mengambil Set Kesuburan Suami Isteri dari Shaklee ini. Ramai kawan saya sudah berjaya, anda juga boleh boleh lah mencuba. Manalah tau, ada rezeki, anda dapat baby Shaklee.... ;)

Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee
Bcomplex dan GLA untuk isteri
Vitamin E dan Zinc Complex untuk suami

SET KESUBURAN SUAMI

Fungsi Set Kesuburan untuk suami :

  • Vitamin E - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  • Zinc Complex - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.


SET KESUBURAN ISTERI

Fungsi Set Kesuburan Isteri :

  • ESP - membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus meningkatkan tahap kesuburan serta peluang untuk hamil.
  • GLA Complex - membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.
  • Bcomplex - mengandungi asid folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. Vitamin B12 yang terdapat dalam Bcomplex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception). 
Testimoni Set Kesuburan Shaklee


Sebarang pertanyaan tentang sebarang produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan boleh berjumpa di sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Anda juga boleh menghubungi saya di :|
Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb Page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang

Thursday, 8 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : RAWAT EKZEMA DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Kebanyakan entry yang saya tulis ada kaitan dengan keluarga saya sendiri ataupun orang di sekeliling saya. Bila sebut pasal Ekzema, ianya ada kaitan dengan anak ketiga saya iaitu Nazril Hareez. Dia ekzema teruk, terutamanya di bahagian leher, tengkuk, celah lengan dan dada. Malah pernah ekzemanya sangat teruk hingga menjangkiti di bahagian atas kepala. Ini mungkin kerana dia suka menggaru-garu dan kulat ekzema menjangkiti bahagian kulit yang lain. 

APAKAH EKZEMA?

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah.

Kesian baby ni ekzema teruk mesti dia gatal pedih-pedih gitu kan huhu.


JENIS-JENIS EKZEMA

  • Dyshidrotic eczema,
  • Seborrheic eczema serta
  •  Atopic
  • Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

PUNCA EKZEMA

Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.

FAKTOR YANG MENCETUSKAN EKZEMA

# pendedahan kepada bulu binatang
# penggunaan bahan kimia pada kulit
# pemakaian fabrik sintetik
# panas dan berpeluh
# cuaca kering dan sejuk
# tekanan perasaan atau stress
# kulit terlalu kering

SIMPTOM-SIMPTOM EKZEMA

  1.  kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok
  2. lokasi tumpuan ialah dibahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala
  3. terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku
  4. kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi
  5. kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik 

CARA MERAWAT EKZEMA

Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil.

Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali. Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.

  1. sapuan pelembab. Pelembab kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
  2.  kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  3.  tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan
  4. sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
  5. tutup bahagian yang gatal dengan pakaian
  6. sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
  7. Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
  8. Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus 
VITAMIN SHAKLEE UNTUK MERAWAT EKZEMA

Meal Shakes Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak kerana ekzema
Sebagaimana yang kita ketahui, Alfalfa adalah raja segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti ekzema.
Super Moist Cream yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal-gatal dan pedih-pedih. Diperbuat daripada ekstrak semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow
Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi untuk melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga membantu pudarkan parut secara berkesan.
Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel, mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan kulit. Kulit kering menyebabkan ekzema semakin teruk. Ianya juga membantu melembutkan kulit.
ESP membantu membina sel yang sihat dan membaiki sel yang rosak. Bila ekzema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkan kulit yang cantik. ESP juga membantu memudarkan parut dengan cepat.

CARA PENGAMBILAN VITAMIN UNTUK EKZEMA

Baby 

Ibu yang menyusukan baby yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.
Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Mealshake juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake+ESP+Omega Guard untuk merawat kulit. Herbal Blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP+Mealshake+ Vitamin E+ Herbal Blend+Omega Guard +Alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pa
da saya.

TESTIMONI EKZEMA

Wow khasiat Omega Guard.
Syukur mama dan baby happy bila tiada lagi ekzema.

Alhamdulillaaah.


Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang supplement Shaklee, anda boleh berjumpa dengan saya di kawasan sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Selain daripada itu, saya juga membuat perkhidmatan delivery menggunakan poslaju ke seluruh Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang