nuffx

Thursday, 8 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : RAWAT EKZEMA DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Kebanyakan entry yang saya tulis ada kaitan dengan keluarga saya sendiri ataupun orang di sekeliling saya. Bila sebut pasal Ekzema, ianya ada kaitan dengan anak ketiga saya iaitu Nazril Hareez. Dia ekzema teruk, terutamanya di bahagian leher, tengkuk, celah lengan dan dada. Malah pernah ekzemanya sangat teruk hingga menjangkiti di bahagian atas kepala. Ini mungkin kerana dia suka menggaru-garu dan kulat ekzema menjangkiti bahagian kulit yang lain. 

APAKAH EKZEMA?

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah.

Kesian baby ni ekzema teruk mesti dia gatal pedih-pedih gitu kan huhu.


JENIS-JENIS EKZEMA

  • Dyshidrotic eczema,
  • Seborrheic eczema serta
  •  Atopic
  • Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

PUNCA EKZEMA

Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.

FAKTOR YANG MENCETUSKAN EKZEMA

# pendedahan kepada bulu binatang
# penggunaan bahan kimia pada kulit
# pemakaian fabrik sintetik
# panas dan berpeluh
# cuaca kering dan sejuk
# tekanan perasaan atau stress
# kulit terlalu kering

SIMPTOM-SIMPTOM EKZEMA

  1.  kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok
  2. lokasi tumpuan ialah dibahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala
  3. terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku
  4. kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi
  5. kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik 

CARA MERAWAT EKZEMA

Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil.

Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali. Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.

  1. sapuan pelembab. Pelembab kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
  2.  kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  3.  tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan
  4. sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
  5. tutup bahagian yang gatal dengan pakaian
  6. sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
  7. Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
  8. Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus 
VITAMIN SHAKLEE UNTUK MERAWAT EKZEMA

Meal Shakes Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak kerana ekzema
Sebagaimana yang kita ketahui, Alfalfa adalah raja segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti ekzema.
Super Moist Cream yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal-gatal dan pedih-pedih. Diperbuat daripada ekstrak semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow
Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi untuk melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga membantu pudarkan parut secara berkesan.
Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel, mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan kulit. Kulit kering menyebabkan ekzema semakin teruk. Ianya juga membantu melembutkan kulit.
ESP membantu membina sel yang sihat dan membaiki sel yang rosak. Bila ekzema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkan kulit yang cantik. ESP juga membantu memudarkan parut dengan cepat.

CARA PENGAMBILAN VITAMIN UNTUK EKZEMA

Baby 

Ibu yang menyusukan baby yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.
Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Mealshake juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake+ESP+Omega Guard untuk merawat kulit. Herbal Blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP+Mealshake+ Vitamin E+ Herbal Blend+Omega Guard +Alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pa
da saya.

TESTIMONI EKZEMA

Wow khasiat Omega Guard.
Syukur mama dan baby happy bila tiada lagi ekzema.

Alhamdulillaaah.


Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang supplement Shaklee, anda boleh berjumpa dengan saya di kawasan sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Selain daripada itu, saya juga membuat perkhidmatan delivery menggunakan poslaju ke seluruh Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang



No comments :

Post a Comment