nuffx

Sunday, 28 September 2014

PETUA UNTUK MENURUNKAN JAUNDIS PADA BAYI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kebanyakan bayi yang dilahirkan akan mendapat jaundis. Apatah lagi jika ibu mempunyai darah jenis O, maka risiko bayi untuk medapat jaundis adalah lebih tinggi. Namun, bayi yang dilahirkan dari ibu yang mempunyai jenis darah yang lain juga berisiko untuk mendapat jaundis.

So hari ini saya ingin berkongsi petua yang paling senang dan realistik untuk menurunkan jaundis atau demam kuning.

Petua untuk menurunkan jaundis atau demam kuning

Ibu bapa semua, cuba amalkan petua di bawah ni, insyaa Allah bacaan birilubin bayi anda akan kembali normal.

1. Kenalpasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Dalam tempoh tiga hari pertama selepas bayi dilahirkan, sentiasa memeriksa bayi anda. Samada mempunyai jaundis ataupun tidak. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis, mata dan kulit akan berubah menjadi kuning. Jika was-was, segera ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Elakkan warna kuning

Elakkan membeli peralatan dan pakaian bayi yang berwarna kuning. Ini termasuklah, tilam, cadar, sarung bantal, pakaian dan sebagainya. Sebaiknya ibu juga elakkan memakai pakaian yang berwarna kuning. Ini adalah petua yang diperolehi daripada bidan kampung. Tiada salahnya mencuba. Kerana mereka lebih banyak pengalaman berbanding dengan kita.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi yang terkena jaundis biasanya akan sentiasa mengantuk dan tidur sepanjang masa, Bayi juga kelihatan lemah dan tidak ceria. Seeloknya ibu mengejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukan. Sebagaimana yang kita semua maklum, susu ibu adalah penawar yang terbaik untuk jaundis. Berikan susu ibu, bukan susu formula!

4. Susu kambing

Ini juga merupakan petua paling senang untuk menurunkan jaundis pada bayi. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan di dalam peti sejuk. Caranya titiskan setitik susu kambing ke dalam mulut bayi.

Ibu juga bagus meminum susu kambing. Ini adalah kerana khasiatnya akan sampai kepada bayi bila ibu menyusukan. Susu kambing merupakan susu yang terbaik selepas susu ibu.

5. Mandikan bayi dengan daun inai

Mandikan bayi dengan daun inai yang telah diramas di dalam air setiap pagi. Seginggalah bayi anda bebas daripada jaundis.

6. Perahan anggur hitam

Caranya ialah dengan memerah anggur hitam ke dalam mulut bayi. Atau perah dulu anggur hitam, tapis dan kemudian titis ke dalam mulut bayi. Insyaa Allah jaundis bayi akan segera turun.

7. Set Berpantang Shaklee

Ibu-ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee akan sentiasa cergas dan bertenaga. Ceria dan tidak stress. Malah ia membantu menyembuhkan luka bersalin dengan sangat cepat dan mengelakkan bayi daripada kembung dan jaundis.

Perbezaan antara bayi normal dan bayi yang terkena jaundis.

Moga petua-petua yang kami kongsikan ini memberi manfaat buat ibu-ibu semua. 

Jika ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, anda boleh menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


No comments :

Post a Comment