Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Risau kan bila anak-anak terkena chicken pox? Aduhai masa anak kami terkena chicken pox, risau bukan main lagi. Macam-macam petua kawan bagi. Daun semambu la. Air kelapa la. Calamine lotion la. Susah hati tengok naik bintik-bintik berair di badan anak. Huhuu. Sobs.
Chicken pox dikenali juga sebagai penyakit 'cacar air' kerana ia menyebabkan gelembung air pada kulit. Ia menyerang kanak-kanak disebabkan oleh virus varicella.
Ia akan menyebabkan ruam pada badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari, ruam akan mengering dan mengeras. Pada tahap ini, ia akan menyebabkan kegatalan.
Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, termasuklah di dalam mulut dan menyebabkan luka pada mukosa mulut. Oleh itu, pesakit yang mengalami chicken pox harus meminum air secukupnya dan kekal terhidrat, mengambil makanan yang berkhasiat supaya tubuh cepat sembuh dan pulih dari serangan virus.
Olololo sian diaaaaa.... |
Pemakanan untuk chicken pox :
1. Makanan yang lembut
Kanak-kanak yang mengalami luka di bahagian mulut akibat cacar air perlu mengambil makanan yang lembut dan tidak perlu dikunyah. Supaya ruam dalam mulut tidak bertambah teruk.
Antara contoh makanan yang lembut ialah kentang lenyek, sup hirisan ayam. Elakkan mengambil makanan yang diproses atau makanan ringan (jajan) yang tidak mengandungi banyak nutrisi. Garam yang berlebihan dalam makanan ringan akan menyebabkan luka dalam mulut bertambah parah.
2. Makanan yang berkhasiat
Jangkitan virus akan menyebabkan kanak-kanak demam dan selera makan berkurangan. Oleh kerana jumlah makanan yang diambil berkurangan, pastikan setiap hidangan yang diambil mengandungi nutrisi yang secukupnya.
3. Makanan/minuman sejuk
Jika kanak-kanak tidak mampu menelan makanan separuh pepejal, galakkan dia mengambil banyak makanan bersup. Makanan sejuk juga membantu melegakan kesakitan. Makanan seperti yogurt sejuk dan minuman sejuk, seperti jus buah membantu memberi kelegaan pada mulut dan tekak.
4. Buah-buahan
Buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat adalah sesuai untuk dimakan dan baik untuk membantu tubuh supaya cepat sembuh. Pilihlah buah-buahan yang lembut seperti pisang atau tembikai.
5. Elakkan buah-buahan/ makanan berasid
Elakkan mengambil buah-buahan yang berasid seperti oren dan anggur. Ini akan menyebabkan luka di dalam mulut menjadi lebih teruk dan pedih.
6. Air kosong
Pastikan kanak-kanak mengambil air yang cukup. 8 gelas sehari termasuklah air kosong, jus atau air berperisa. Elakkan minuman berkarbonat kerana boleh menyebabkan kesakitan pada luka dalam mulut.
7. Elakkan makanan pedas dan panas
Makanan yang rangup seperti kerepek dan keropok juga perlu dihindar.
Secara saintifiknya, makanan seperti kicap, telur dan daging ayam tidak mengganggu proses penyembuhan. Namun jika selepas makan makanan ini, kanak-kanak merasa gatal atau sakit. Elakkan makanan tersebut kerana kesan gatal akan menyebabkan proses penyembuhan mengambil masa yang lama.
Best ni buat macam makan gula-gula je pagi ni. |
Ini yang kami tonyok kat kulit anak kami supaya tidak berparut. |
Kami menyapu Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee untuk anak kami. Malam kami sapu Calamine Lotion yang kaler pink tu. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menghilangkan parut, kami bagi anak kami makan Vitamin C Chewable Shaklee. Kami juga menyapu tempat yang meninggalkan parut dengan Nutriwhite Cleansing Gel semasa mandi.
Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami di :
017-3589005 / 010-4647478 (Niki)
Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.
Love and hug,
Awesomelybeauty
No comments :
Post a Comment