Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Antara masalah utama yang sering terjadi dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi adalah payu dara bengkak.
Aduhai boleh demam dibuatnyaaa kalau bengkak susu ni tauuu. Walaupun sakit tetapi jangan risau kerana ia adalah petunjuk positif iaitu ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi.
Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Biasanya ibu yang mengalami bengkak susu, akan segera mengepam payu dara. Tetapi hakikatnya ia bukanlah jalan penyelesaian terbaik.
Saluran susu tersumbat boleh menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja mampu menghilangkan masalah bengkak susu. Ada beberapa tip lain yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mengalami bengkak susu.
TIPS MENGATASI BENGKAK SUSU
- Sentiasa memakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ia padan dan tidak terlalu ketat.
- Susukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua belah payu dara pada setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payu dara sebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan payu dara yang terakhir dihisap.
- Aerola yang keras menyukarkan pelekapan bayi dengan betul. Oleh itu perah dengan tangan atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut.
- Tuam payu dara dengan tuala hangat atau mandi dengan air suam sebelum memerah turut membantu melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu.
- Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payu dara.
- Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ia tidak akan memburukkan keadaan.
- Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting. Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.
Menyusukan bayi dengan kerap dapat mengelakkan bengkak susu |
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang penyusuan bayi. Atau anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami di :
017-3589005 / 010-4647478 (Niki)
Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.
Love and hug,
Awesomelyeabuty
No comments :
Post a Comment