nuffx

Showing posts with label Tips Pemakanan Ibu Hamil Yang Bekerja. Show all posts
Showing posts with label Tips Pemakanan Ibu Hamil Yang Bekerja. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

KEMURUNGAN SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sempena ramai kawan-kawan kami yang sedang hamil, kami suka nak berkongsi tentang kemurungan yang biasa melanda wanita semasa hamil.

Kemurungan ni kita ibaratkan macam bebanan perasaan la (emosi dan fizikal). Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering melanda wanita yang bekerja lepas tu tinggal berjauhan pula dari suami ataupun ibu bapa.

Bayangkan wanita yang tinggal berjauhan dengan suami dan ibu bapa, tinggal pula di bandar yang besar. Terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil. Setiap pagi bangun awal siapkan anak-anak, menghadap jem menghantar anak-anak ke taska dan sekolah. Kemudian ke tempat kerja. Petang terpaksa pula menghadapi jem, ambil anak-anak, balik rumah, masak, menguruskan anak-anak sendirian. Bila anak-anak tidak sihat, terpaksa pula berjaga malam. Semua ini boleh menyebabkan kemurungan buat ibu yang sedang hamil.

Belum ambil kira tekanan di tempat kerja, suami yang tidak mengambil berat, jiran-jiran dan rakan sekerja yang menyakitkan hati. Ini semua boleh menjadi punca kepada stress dan mengakibatkan kemurungan.

Selalunya doktor atau jururawat kurang memberikan perhatian kepada aspek ini. Malah orang sekeliling tidak pernah bersimpati, apatah lagi membantu dan memberikan motivasi.

Setiap keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh wanita samada mengenai diri mereka atau bayi mereka harus diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat. Motivasi dan penerangan yang jelas insyaa Allah dapat membantu mengurangkan tekanan yang mereka alami. Selain pemeriksaan fizikal, pemeriksaan emosi juga harus dititikberatkan.

Kemurungan memberi kesan buruk pada ibu dan bayi.

Kami harap ibu-ibu cuba belajar mengawal emosi dengan baik. Boleh baca entry kami dia http://www.awesomelybeauty.blogspot.com/search/label/Tips%20Tangani%20Stress%20Dengan%20Amalan%2011%20B

Tekanan perasaan boleh memudaratkan diri ibu-ibu dan bayi dalam rahim. Hormon stress yang dikeluarkan ke dalam tubuh wanita akan melintasi uri. Jika tindakan hormon ini terlalu lama, bayi boleh mengalami berat badan yang rendah atau kelahiran pra matang. Apabila besar, bayi ini juga dikatakan boleh mengalami masalah pembelajaran di sekolah.

Mohon doktor dan jururawat mengenalpasti samada seseorang wanita itu berpotensi mengalami masalah kemurungan (depression), terutamanya wanita yang sebelum hamil pun sudah mengalami rasa runsing (anxiety) atau masalah pemakanan (eating disorders) atau mengalami penyakit mental yang serius seperti schizophrenia dan bipolar disorder. Kemurungan adalah suatu keadaan yang lebih teruk dari tekanan perasaan. 

Kami mencadangkan ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat, cukup nutirisi supaya ibu-ibu sentiasa sihat dan ceria. Boleh mengambil Esp untuk sumber protein, Vitalea Iron Formula sebagai multivitamin untuk tenaga dan Bcomplex untuk membekalkan folic acid yang sangat diperlukan oleh ibu semasa hamil. Bcomplex juga boleh bertindak sebagai vitamin penenang untuk ibu-ibu supaya dapat mengawal perasaan dari stress.

Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang sedang hamil.

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee ini, boleh menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty





Monday, 22 September 2014

TIPS PEMAKANAN IBU HAMIL YANG BEKERJA



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hanya seorang ibu memahami seorang ibu yang lain. Dan hanya ibu yang bekerja memahami konflik yang terpaksa dihadapi ibu bekerja setiap hari. Kan?

So entry hari ini ialah tentang kita-kita... IBU YANG BEKERJA! 

Macam mana ibu hamil yang bekerja perlu menjaga pemakanan supaya kekal cergas, kandungan sihat dan kerja tidak terabai. 

Jemput baca semua. Moga bermanfaat.


Kesibukan seharian di tempat kerja kadang kala membuatkan ibu hamil tidak sempat untuk menikmati hidangan makan yang sempurna. Adakalanya disebabkan sibuk dengan mesyuarat dan janji temu perniagaan, membuatkan anda terlepas waktu makan utama.

Jangan jadikan ia amalan kerana sebagai bakal ibu, anda harus memastikan pemakanan adalah seimbang dan sempurna setiap hari kerana turut membekalkan nutrien kepada anak di dalam kandungan.

Beberapa tip mudah berikut mungkin boleh membuatkan anda kekal bertenaga dan memberi bayi dalam kandungan khasiat yang diperlukan.

*Sekiranya jenis pekerjaan ibu sentiasa membuatkan anda tergesa-gesa di pagi hari, sediakanlah makanan untuk sarapan pagi pada malam sebelumnya yang mudah dimakan dalam perjalanan atau sebaik tiba di pejabat.

*Menyimpan bekalan snek yang sihat di laci meja kerja juga membantu mengurangkan rasa lapar di tempat kerja. Antara menu yang dicadangkan adalah potongan buah-buahan segar, buah-buahan kering seperti prun, kurma, aprikot, sayur-sayuran kukus seperti brokoli, lobak merah, jagung muda manis, bijirin, kekacang seperti badam atau gajus, biskut berserat dan roti.

*Selain mengambil nasi dan lauk pauk, anda boleh pelbagaikan makan tengah hari dengan membawa bekalan seperti sandwic menggunakan roti pita dan tortillas. Gunakan daun salad ditambah dengan hirisan ayam yang dibakar. Untuk mengelakkan tidak sempat menyediakan bekalan ini, anda boleh sediakan beberapa inti sandwic yang berbeza pada malam sebelumnya. Jadi, ia dapat menjimatkan masa anda di waktu pagi.

*Sup berkrim juga berkhasiat untuk dinikmati. Anda boleh sediakan sendiri atau guna sup tersedia dalam kotak atau botol. Bagaimanapun pastikan membaca label bagi mengelakkan sup yang banyak garam.

*Untuk mengenyangkan perut di waktu makan tengah hari, pilihan kentang juga bagus untuk membekalkan tenaga, vitamin C dan serat. Anda boleh memasak kentang bakar yang diisi dengan beberapa inti menarik seperti keju, daging ayam atau lembu cincang, kacang panggang dan sayuran.

*Salad tidak pernah gagal menjadi pilihan makanan paling berkhasiat tidak kira sama ada disediakan sendiri atau pun yang dibeli. Bagaimanapun pastikan bahan-bahan campuran dengan salad adalah yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang mencukupi.

Sekiranya anda keluar makan di luar elakkan daripada makan makanan segera kerana ia mengandungi banyak lemak dan rendah nutrien. Tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan sekali sekala. Ada cara untuk membuatkan makanan segera yang dipesan lebih sihat, misalnya jika memesan piza, pilihlah bahan lauk atas berasaskan sayur-sayuran dan bukan daging. Makan piza dengan salad untuk mendapat pelbagai nutrien.

Anda perlu berhati-hati mengenai ramuan hidangan kerana kini sedang hamil. Jika makan ikan tuna atau stik daging lembu, pastikan ia cukup masak. Jangan makan makanan laut yang tidak dimasak atau sos dan pencuci mulut yang dibuat daripada telur mentah. Ia boleh menyebabkan ibu hamil terkena jangkitan bakteria.



Love and hugs,
Awesomelybeauty
017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.