nuffx

Showing posts with label Kemurungan Semasa Hamil. Show all posts
Showing posts with label Kemurungan Semasa Hamil. Show all posts

Friday, 10 October 2014

KEMURUNGAN SEMASA HAMIL PART 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kami berminat untuk sambung lagi diskusi tentang isu ini memandangkan ada yang bertanya tentang tanda-tanda kemurungan. 

Baiklah, mengikut National Institute for Health and Clinical Excellence (NICE) UK, memberikan panduan, untuk memberikan soalan kepada wanita-wanita ini dan perhatikan respons mereka.

Antara soalan yang boleh ditanya ialah :

  • Adakah puan pernah merasa murung? Tidak semangat atau berputus asa sepanjang bulan lepas?
  • Pernahkan puan rasa tidak berminat melakukan kerja seharian sepanjang bulan lepas?
Jika jawapannya ialah YA, ini menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan tertekan dan harus diberikan perhatian. Soalan-soalan tambahan juga boleh diberikan jika perlu.

Mengikut panduan yang diberikan oleh National Institute of Health dan Clinical Excellence (NICE), tanda-tanda kemurungan adalah :
  • Sukar untuk memberikan tumpuan, mengingati fakta-fakta yang terperinci atau sukar membuat keputusan.
  • Selalu rasa penat dan kurang bertenaga.
  • Rasa bersalah, tidak penting atau rasa dipinggirkan.
  • Rasa tidak mempunyai harapan.
  • Sukar untuk tidur, (insomnia), mudah terjaga di awal pagi, atau selalu mengantuk. 
  • Rasa mudah marah atau tidak menentu.
  • Hilang rasa minat pada aktiviti atau hobi yang satu masa dulu sangat digemari.
  • Tiada minat pada hubungan seksual.
  • Rasa sakit yang berpanjangan pada tubuh seperti sakit kepala, kejang atau masalah penghadaman yang tidak berkurangan walaupun telah diberikan rawatan.
  • Rasa tidak berselera untuk makan atau mahu makan banyak-banyak.
  • Rasa sedih berpanjangan, gelisah, risau, atau merasa 'kekosongan'.
  • Rasa seperti mahu membunuh diri.
Jangan biarkan depresi mengganggu kandungan anda.

NICE juga mencadangkan agar wanita yang hamil mengalami kemurungan yang sederhana harus ditawarkan rawatan kaunseling. Jika wanita itu mengalami tanda kemurungan yang teruk, haruslah dirujukkan segera kepada pakar psychiatrist.

Bagi wanita Islam, kami mencadangkan agar membuat persediaan fizikal dan mental ketika merancang untuk hamil. Ini kerana ramai di antara mereka yang lebih perhatian keada aspek fizikal berbanding aspek mental dan emosi. 

Sokongan dari suami juga sangat penting. Luangkan lebih masa bersama isteri agar isteri tidak sendirian dan tidak murung.

Banyakkan melakukan ibadah dan membaca Al-Quran kerana itulah sebenarnya cara yang terbaik untuk menangani stress. Berdoalah semoga sentiasa diberikan ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi pelbagai situasi.

Kami doakan moga ibu-ibu yang mengandung  menjaga diri baik-baik. Kawal stress dengan baik. Jaga pemakanan. Jangan bersendirian. Buat aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti luar bersama keluarga tersayang.

Ibu-ibu boleh mengamalkan pengambilan Bcomplex Shaklee kerana ianya juga sangat bagus untuk mengawal stress anda. 

Untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Thursday, 9 October 2014

KEMURUNGAN SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sempena ramai kawan-kawan kami yang sedang hamil, kami suka nak berkongsi tentang kemurungan yang biasa melanda wanita semasa hamil.

Kemurungan ni kita ibaratkan macam bebanan perasaan la (emosi dan fizikal). Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering melanda wanita yang bekerja lepas tu tinggal berjauhan pula dari suami ataupun ibu bapa.

Bayangkan wanita yang tinggal berjauhan dengan suami dan ibu bapa, tinggal pula di bandar yang besar. Terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil. Setiap pagi bangun awal siapkan anak-anak, menghadap jem menghantar anak-anak ke taska dan sekolah. Kemudian ke tempat kerja. Petang terpaksa pula menghadapi jem, ambil anak-anak, balik rumah, masak, menguruskan anak-anak sendirian. Bila anak-anak tidak sihat, terpaksa pula berjaga malam. Semua ini boleh menyebabkan kemurungan buat ibu yang sedang hamil.

Belum ambil kira tekanan di tempat kerja, suami yang tidak mengambil berat, jiran-jiran dan rakan sekerja yang menyakitkan hati. Ini semua boleh menjadi punca kepada stress dan mengakibatkan kemurungan.

Selalunya doktor atau jururawat kurang memberikan perhatian kepada aspek ini. Malah orang sekeliling tidak pernah bersimpati, apatah lagi membantu dan memberikan motivasi.

Setiap keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh wanita samada mengenai diri mereka atau bayi mereka harus diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat. Motivasi dan penerangan yang jelas insyaa Allah dapat membantu mengurangkan tekanan yang mereka alami. Selain pemeriksaan fizikal, pemeriksaan emosi juga harus dititikberatkan.

Kemurungan memberi kesan buruk pada ibu dan bayi.

Kami harap ibu-ibu cuba belajar mengawal emosi dengan baik. Boleh baca entry kami dia http://www.awesomelybeauty.blogspot.com/search/label/Tips%20Tangani%20Stress%20Dengan%20Amalan%2011%20B

Tekanan perasaan boleh memudaratkan diri ibu-ibu dan bayi dalam rahim. Hormon stress yang dikeluarkan ke dalam tubuh wanita akan melintasi uri. Jika tindakan hormon ini terlalu lama, bayi boleh mengalami berat badan yang rendah atau kelahiran pra matang. Apabila besar, bayi ini juga dikatakan boleh mengalami masalah pembelajaran di sekolah.

Mohon doktor dan jururawat mengenalpasti samada seseorang wanita itu berpotensi mengalami masalah kemurungan (depression), terutamanya wanita yang sebelum hamil pun sudah mengalami rasa runsing (anxiety) atau masalah pemakanan (eating disorders) atau mengalami penyakit mental yang serius seperti schizophrenia dan bipolar disorder. Kemurungan adalah suatu keadaan yang lebih teruk dari tekanan perasaan. 

Kami mencadangkan ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat, cukup nutirisi supaya ibu-ibu sentiasa sihat dan ceria. Boleh mengambil Esp untuk sumber protein, Vitalea Iron Formula sebagai multivitamin untuk tenaga dan Bcomplex untuk membekalkan folic acid yang sangat diperlukan oleh ibu semasa hamil. Bcomplex juga boleh bertindak sebagai vitamin penenang untuk ibu-ibu supaya dapat mengawal perasaan dari stress.

Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang sedang hamil.

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee ini, boleh menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty