nuffx

Showing posts with label Vivix Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vivix Shaklee. Show all posts

Monday, 27 October 2014

UBAT GOUT SHAKLEE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semalam kami berjumpa dengan kawan kami di mall. Terserempak gitu. Lepas tu sembang-sembang. Rupanya dia kena gout. Muda lagi tau. Kami ingat gout ni akan kena orang-orang tua atau warga emas sahaja. Rupanya orang muda-muda pun boleh kena gout.

Dia cerita pernah dia kena gout sampai tak boleh berjalan. Kalau nak jalan pun kena seret kaki gitu. Aduhai kesiannya. Muda lagi, anak-anak pun masih kecil lagi.


Apa itu gout?

Gout ialah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Monosodium urate atau kristal asid urik yang termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi boleh menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Gout akan menyerang otot-otot dan sendi-sendi badan. Awas! Cegah sebelum parah. 


Bagaimana asid urik berlebihan di dalam darah boleh terjadi?

Ia boleh terjadi kerana metabolisma dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang. Samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik (ubat untuk membuang air dan garam) dan aspirin (tahan sakit).


Apakah yang berlaku kepada asid urik yang berlebihan ini?

  • mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
  • menyebabkan pembentukan 'tophi' gout.
  • menyebabkan batu karang di buah pinggang
Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan ubat sebagai rawatan. 

Namun begitu, risiko untuk menghidap gout pada mereka yang mengalami 'hyperuricemia' adalah tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan ini.


Bagaimana mengesan penyakit Gout?

Sekiranya anda mengalami simptom gout, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Gout boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Beberapa ujian akan dilakukan. Ujian terhadap cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan X-Ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi.


Bila biasanya gout berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba. Namun beberapa keadaan boleh menyebabkan serangan gout. Antaranya :
  • kekurangan air dalam badan, atau berpuasa.
  • makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
  • kecederaan kepada sendi.
  • selepas pembedahan.

Tanda-tanda penyakit gout :
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit gout?

Shaklee bukanlah ubat gout. Tetapi ia merupakan rangkaian nutrisi dan makanan tambahan bagi membantu pesakit gout mengurangkan kesakitan sendi, mengurangkan serangan dan komplikasi sakit gout.


Suplemen atau nutrisi Shaklee untuk gout ialah :
  • Vivix : untuk memperbaiki sel
  • Herblax : untuk detoks
  • Alfalfa : untuk menurunkan asid serum
  • Vitamin C untuk menurunkan asid serum
  • Bcomplex : untuk metabolisme nukleoprotein
  • OsteMatrix : untuk sakit dan bengkak
  • Vitamin E : untuk meneutralkan radikal bebas
  • Performance Drink : untuk mengawal bendalir badan

Set Bajet Shaklee Untuk Gout adalah :
  • Alfalfa

Alfalfa sangat bagus untuk pesakit gout.
  • Performance Drink

Ini memang minuman wajib untuk pesakit gout.

Dapatkan Set Bajet Gout Shaklee ataupun sebarang produk Shaklee dengan menghubungi :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

Monday, 13 October 2014

LAWAN KANSER DENGAN VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kami sangat terkesan sebab lately ramai sangat kenalan kami yang meninggal disebabkan kanser. Dan ada juga yang baru mendapat khabar berita yang mereka menghidap kanser. Tak dapat dibayangkan macam mana perasaan mereka. Nauzubillaaah, moga kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit merbahaya. Ameen.

Hari ni kami nak cerita tentang Vivix Shaklee dan kaitannya dengan penyakit kanser. Kami nak ceritakan tentang seorang cancer survival yang begitu kuat dan tegar dalam melawan penyakit kanser beliau.

Ini kisah tentang bekas seorang penyampai berita di NTV7, Master Law Chu Hian. Beliau merupakan penghidap kanser paru-paru 10 tahun yang lalu.

Sebelum Vivix dikeluarkan untuk pasaran Malaysia, Master Law mengambil Alfalfa berbotol-botol untuk mengelakkan daripada sel kanser merebak dan membiak. Ini adalah kerana Alfalfa bersifat alkali dan kaya dengan klorofil.

Ini adalah semasa beliau menjalani kemoterapi.

Setelah Vivix masuk untuk pasaran Malaysia, Master Law telah mengamalkan pengambilan Vivix untuk mematikan sel-sel kanser tersebut.


Beliau mengalami perubahan yang ketara setelah mengambil Vivix dan beliau kelihatan lebih muda daripada sebelumnya. Amazing!

Dan sekarang beliau telah bebas daripada penyakit kanser. Beliau menikmati kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik dari sebelumnya. 


Ini adalah gambar terkini beliau. Beliau sekarang suka berkongsi kebaikan Vivix dan supplemen Shaklee untuk kesihatan kita seisi keluarga. Macam tu juga lah kami, suka berkongsi kebaikan Shaklee dengan anda semua. 

Jika anda ingin mendapatkan Vivix atau sebarang supplemen Shaklee, jangan malu-malu untuk menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty







Monday, 15 September 2014

MAKANAN YANG DISARANKAN UNTUK PENGIDAP ENDOMETRIOSIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni nak cerita tentang penyakit Endometriosis. Atau lbh dikenali dengan penyakit Endo.

Seorang pengidap Endometriosis harus memastikan diet harian sebagai salah satu pertahanan tubuh. Jadi, harus hati-hati dalam pemakanan untuk mengawal gejala Endometriosis dari berulang.

Apakah makanan yang disarankan untuk Endometriosis?

Makanan tenusu rendah lemak

Produk tenusu yang mengandungi lemak tepu memberi tekanan kepada hati, dan ini menyebabkan kitaran estrogen berlaku dengan cepat. Ia juga menyebabkan kekejangan otot dan membuatkan gejala Endometriosis makin terasa.

Banyakkan makan sayur dan buah

Sayuran dan buah tidak mengandungi lemak tepu, dan mengandungi nutrien yang setara dengan daging dan ayam.

Amalkan produk organik

Bukan sahaja ayam cucuk hormon, malah segala jenis baja kimia dan racun yang digunakan dalam pertanian boleh memberi kesan kepada Endometriosis.

Kurangkan pengambilan kafein

Kalau anda penggemar kopi atau coklat, kurangkan. Kalau tidak boleh tinggal terus. Kafein menghalang penyerapan Vitamin B. Dan ini meningkatkan paras estrogen lantas memburukkan simptom Endometriosis.

Endo makin merebak dan membesar

Gejala Endo



Apakah supplement yang sesuai untuk pesakit Endometriosis?


  • Bcomplex - merendahkan paras estrogen.
  • Antioksidan - ( ACE + Vivix ) - membantu mengurangkan simptom Endometriosis.
  • Kalsium dan Magnesium - membantu hati untuk metabolisme hormon dengan baik
Dapatkan supplement untuk Endometriosis dengan menghubungi kami. Pengedar Shaklee Kuala Lipis. Pengedar Shaklee Benta. Pengedar Shaklee Raub.

Kami juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda  juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : awesomelybeauty
Blog : www.awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
E-mail : ireen2285@gmail.com
Sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

Friday, 12 September 2014

JANGAN TUA SEBELUM USIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semua orang, terutamanya wanita kalu boleh ingin sentiasa muda. Mahu awet muda sentiasa. Kan? Apa salahnya, untuk suami juga. So, suami tak boleh la buat alasan, curang kerana mahukan wanita yang lebih muda. Kan?

Come on. Isterimu awet muda ok! Kenapa perlu lagi mencari perempuan yang lebih muda. Maklum saja, konsisten mengambil Shaklee, pastilah muda, luaran dan dalaman gitu. 

Sebagaimana kita sedia maklum, proses penuaan berlaku secara semulajadi dalam kehidupan seorang manusia. Namun begitu, di zaman yang penuh dengan pencemaran ini, proses penuaan berlaku dengan begitu pantas, dan memberi kesan, bukan sahaja kepada penampilan, malah kesihatan secara amnya.

Pelbagai penyakit yang berpunca dari proses penuaan, dan boleh melanda orang-orang muda yang mengalami penuaan sebelum masanya seperti darah tinggi, penyakit jantung, Parkinson, katarak, malah penyakit nyanyuk!

Oleh itu amat penting untuk kita menjaga keremajaan sel agar terus sentiasa sihat, sekurang-kurangnya tidak mengalami penuaan sebelum masanya.

Apakah dia produk anti penuaan dari Shaklee?

Pastinya ANTIOKSIDAN!

Vivix Shaklee merupakan antioksidan terbaik.

Kami suka buat masker Vivix juga. Sangat best!

Antioksidan yang lain adalah ACE ( Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E )


VITAMIN A ( CAROTOMAX SHAKLEE )

Juga sangat bagus untuk kesihatan mata.

VITAMIN C SHAKLEE

Rahsia kulit cantik kini bukan rahsia lagi.

VITAMIN E SHAKLEE

Sangat bagus untuk kulit terutamanya melembapkan dan menghilangkan parut.

Jika berminat untuk mendapatkan semua vitamin Antipenuaan ini, boleh hubungi kami. Pengedar sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub dan Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga membuat COD (cash on delivery) di kawasan-kawasan berhampiran.

Penghantaran juga dibuat ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Intagram : awesomelybeauty
Blog : www.awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
E-mail : ireen 2285@gmail.com
Sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478




Wednesday, 14 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : TIPS BERHENTI MEROKOK


Dulu-dulu syarat utama nak cari bakal suami ialah TIDAK MEROKOK. Alhamdulillaaaaah memang jodoh dengan lelaki yang tidak merokok. Pada sesapa yang dapat jodoh dengan lelaki yang hisap rokok tu, jangan lah risau, jangan lah gundah gulana. Di sini saya akan bagi tips macam mana nak hilangkan ketagihan merokok tu.

Terdapat pelbagai produk atau cara yang digunakan untuk berhenti merokok. Namun tidak semua yang berjaya. Malah, ramai yang gagal. Solusi yang ditawarkan buat perokok masih berkisar tentang nikotin.

Perokok biasanya sukar untuk berhenti merokok kerana racun nikotin sudah meresap ke seluruh urat saraf sehingga ke sel-sel DNA mereka. Dan seandainya mereka berjaya berhenti merokok, pelbagai masalah lain yang akan timbul. Berikut adalah kesan-kesan yang dialami perokok jika mereka berhenti merokok.

  • DEPRESI : perasaan sedih, putus asa atau rendah diri mungkin dialami. Dalam keadaan sebegini seseorang mesti dijauhkan daripada lingkungan perokok dan perlu diberikan sokongan positif.
  • PEMARAH : mereka akan sukar mengawal emosi dan menjadi pemarah.
  • PERUBAHAN MOOD YANG MENDADAK : mood menjadi tidak jelas untuk ditafsirkan. Tiba-tiba emosi, marah, gembira, gelisah, dan mood bertukar ganti akibat tubuh menginginkan nikotin.
  • TIDAK SEDAP BADAN : puncanya adalah terjadinya proses pembuangan yang dilakukan oleh tubuh. Selama merokok, nikotin akan mengalir laju oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Dan kini, tubuh akan membuatkan semua berjalan seperti biasa tanpa nikotin.
  • USUS MERAGAM : mungkin akan muncul cramp, mual, perut kembung dan sembelit. Lakukan senaman dan makan serat untuk mengimbangi masalah ini.
  • MASALAH HIDUNG DAN TEKAK : hidung dan tekak akan berusaha menghilangkan lendir dan terakumulasi selama masa merokok. Untuk detoksifikasi bahagian tubuh ini, mungkin anda mengalami batuk, tekak kering dan mulut kering. Minum air kosong yang banyak untuk mengatasi masalah tersebut.
  • NAFSU MAKAN MENINGKAT : hilangnya racun rokok secara berperingkat boleh menggalakkan rasa lapar. Ambil makanan yang rendah kalori dan sihat serta minum air yang mencukupi untuk tubuh anda.
  • SAKIT KEPALA : keluarnya nikotin juga turut mengundang sakit kepala. Urut kepala dan berehat lah di kala perkara ini berlaku. Jangan lupa untuk minum air secukupnya dan mandi dengan air panas atau air hangat.
  • KURANG TIDUR : proses berhenti merokok juga dikaitkan dengan amsalah susah tidur. Untuk sementara, jauhi dulu kopi semasa mendekati waktu tidur. Biasakan bersenam.
  • GEMENTAR : berpeluh dingin dengan tangan dan kaki gementar. Ini seperti kesan ketagihan dadah. Jangan menyerah dan bertahanlah. Bertahan sehingga kesan-kesan kecanduan benar-benar hilang.
  • MASALAH KULIT : kulit akan beransur pulih kepada keadaan yang lebih baik. Selama di dalam proses tersebut, mungkin akan mengalami sedikit masalah jerawat, lidah atau mulut. Ini hanyalah proses peralihan. 
Merokok membahayakan kesihatan.
TIPS BERHENTI MEROKOK

Kepada perokok yang sudah lama ingin berhenti merokok, boleh cuba mengambil Vivix Shaklee sebagai salah satu ikhtiar. Sangat mudah! Hanya ambil Vivix setiap hari dan anda tidak perlu risau dengan pelbagai kesan yang menyeksakan seperti yang saya nyatakan di atas.

Vivix Shaklee mempunyai banyak pencapaian yang luarbiasa. Dengan mekanisme penyembuhan sehingga ke tahap selular, Vivix telah membantu ramai manusia yang hampir putus asa melawan penyakit, kini dapat hidup dengan tenang dan bahagia.

Rekod cemerlang Vivix diteruskan dengan keupayannya membantu perokok berhenti merokok. Ini adalah sesuatu yang luarbiasa. Vivix tidak membekalkan nikotin kepada perokok tetapi masih mampu membantu perokok berhenti merokok secara alami.

Disamping berhenti merokok, terdapat banyak faedah kesihatan lain yang akan diperolehi daripada Vivix. Penerangan lengkap tentang Vivix akan saya tulis pada entry akan datang. 

Vivix Shaklee dapat membantu anda berhenti merokok.

KESAN NEGATIF MEROKOK
  • sakit jantung
  • strok
  • pelbagai jenis kanser - paru-paru, buah pinggang, mulut, perut, leher, servik dan lain-lain
  • mandul
  • bayi pra-matang
  • bayi kurang berat badan
  • keguguran
  • cepat tua
Kesan negatif daripada merokok.
Kandungan rokok

Awas perokok, anda sedang menghisap darah babi!

Merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga orang sekeliling anda.

TESTIMONI VIVIX KE ATAS PEROKOK


Alhamdulillaah syukur.

Vivix merupakan harapan baru untuk perokok. Berusahalah untuk berhenti merokok. Sayangilah diri sendiri dan keluarga anda. Kerana dengan merokok, anda buka sahaja membahayakan diri sendiri, malah keluarga anda juga. Tekad lah untuk bina hidup baru dengan keluarga tersayang.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang Vivix atau produk Shaklee yang lain, anda boleh berjumpa dengan saya di sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang

Kami juga membuat penghantaran menggunakan Poslaju, Gdex dan Citylink ke seluruh Malaysia. Disamping itu, kami mempunyai pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia untuk membuat penghantaran terus kepada anda.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang
Kami juga mempunyai pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia