nuffx

Showing posts with label vitamin B Complex. Show all posts
Showing posts with label vitamin B Complex. Show all posts

Saturday, 17 January 2015

CARA KAWAL EMOSI SUPAYA HIDUP LEBIH CERIA DAN GEMBIRA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni saya nak share tentang Vitamin kegemaran saya pulak yer. Saya mula ambik vitamin ni dalam pantang selepas melahirkan anak yang ketiga.

Vitamin ni termasuk dalam Set Pantang Shaklee. Saya mula jatuh cinta dan teruskan pengambilannya sampailah sekarang. Antara kesan yang paling saya suka ialah kulit wajah saya jadi sekata dan cerah dari sebelumnya.

Vitamin gapo tu? Hahaa. Itulah dia Bcomplex Shaklee. Hari ni saya nak kongsi tentang kandungan Bcomplex Shaklee dengan anda semua.



Antara kandungan Bcomplex Shaklee ialah :

Vitamin B1

  • Menggalakkan pertumbuhan dan meransang fungsi otak.
  • Membantu kesihatan sistem saraf.
  • Mencegah kelesuan.
  • Meningkatkan stamina.
  • Membantu sistem pencernaan dan metabolisme.

Vitamin B2
  • Memproses asid amino dan lemak.
  • Membantu mengaktifkan Vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3
  • Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan membantu pengaliran kolesterol dalam darah.
  • Membantu dalam kesihatan kulit yang baik.
  • Membantu sistem pencernaan.
# Kajian klinikal membuktikan kadar Vitamin B3 yang rendah dalam badan boleh menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar untuk menjadikan seseorang psycho/sakit mental.


Vitamin B5
  • Membantu mengurangkan stress fizikal dan mental.
  • Membantu mengurangkan penuaan pramatang.

Vitamin B6
  • Vitamin utama dalam proses asid amino.
  • Mengawal serotonin dalam otak.
# Ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depresi.


Vitamin B9
  • Bersama-sama dengan Vitamin B12, Vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter dalam aktiviti mengurangkan depresi tubuh.

Vitamin B12
  • Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depresi dan tidak tenteram.

AWAS ! Kekurangan Bcomplex boleh menyebabkan tanpa sedar, anda mengalami gangguan mental dan seterusnya jadi .............. (isi tempat kosong).


Hubungi saya segera untuk mendapatkan vitamin yang semulajadi, terbaik dan sesuai untuk anda menikmati hidup dengan lebih sihat, ceria dan gembira.

Anda boleh hubungi saya di :

017-3589005 (sms/whatsapp)

Moga artikel tentang Kandungan Bcomplex Shaklee dan Fungsi Bcomplex Untuk Kawal Emosi ini bermanfaat untuk kita semua.

Jangan lupa hubungi saya untuk order. 

Saya merupakan Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Pengedar Shaklee Raub. Saya juga membuat COD (cash on delivery) untuk anda semua.

Friday, 16 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : SET KESUBURAN SHAKLEE mengembalikan harapan buat pasangan suami isteri

1 daripada 7 pasangan yang berkahwin mempunyai masalah kesuburan. Persoalannya kenapa? Trending di google tentang Set Kesuburan meningkat saban hari. Terutamanya Set Kesuburan Shaklee. Ini adalah kerana semakin ramai pasangan yang meyakini vitamin Shaklee mampu menyelesaikan masalah mereka.Maklum saja semakin ramai pasangan yang berjaya hamil selepas mengambil Set Kesuburan Shaklee ini.

Pasangan dianggap mempunyai masalah kesuburan apabila telah berkahwin lebih daripada 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat sedangkan mereka tidak menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan.

Di dalam blog Dr. Zubaidi, beliau menyatakan wanita yang mempunyai masalah kesuburan terbahagi kepada dua :

  • berumur di bawah 35 tahun tetapi tidak hamil setelah 12 bulan berkahwin tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan ketika bersama.
  • berumur di atas 35 tahun tetapi tidak hamil setelah 6 bulan berkahwin tanpa menggunakan alat pencegah kehamian ketika bersama.

Sekiranya hal ini terjadi, pasangan tersebut wajib segera merujuk kepada  doktor untuk mengetahui perihal sebenar dan mendapatkan rawatan susulan. Gangguan kepada sistem reproduktif wanita dan penurunan kualiti dan kuantiti sperma dikatakan menjadi punca masalah kesuburan.

CONTOH-CONTOH MASALAH KESUBURAN KAUM WANITA

1. FIBROID


2. CYST

3. TIUB FALLOPIAN TERSUMBAT


4. ENDEMETRIOSIS


5. PCOS (Polycytic Ovary Syndrome)


6. ADENOMYOSIS


7. KANSER OVARI


8. TELUR TIDAK MATANG
9. PERIOD TIDAK TERATUR
10. OBESITI
11. LANJUT USIA

# Gambar-gambar di atas saya ambil dari facebook Dr. Hamid Arsat, pakar sakit puan yang terkenal di Malaysia.

Pelbagai rawatan boleh dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah-masalah di atas, seorang isteri perlu peka dengan kitaran haid dan perubahan dalam badan yang boleh dirasakan. Buat pemeriksaan lanjut di hospital bagi mendapatkan gambaran dan maklumat yang tepat dari doktor yang bertauliah.

Bincang dengan doktor apakah rawatan yang terbaik perlu diambil. Jangan lengahkan masa kerana masalah dalaman anda mungkin akan menjadi semakin serius jika dibiarkan terlalu lama.


NASIHAT DR. HAMID ARSAT UNTUK PASANGAN YANG MENGALAMI MASALAH KESUBURAN
  • Jangan putus asa, terus berdoa pada Allah dan teruskan usaha untuk mendapatkan rawatan.
  • Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg.
  • Kurangkan gula dan karbohidrat di dalam minuman dan makanan.
  • Minum teh hijau (dari uncang, bukan dari botol dna tin) dan fresh juice.
  • Jauhkan fizzy/soft drink dan juice dalam botol dan kotak.
  • Makan lebih sayur-sayur hijau. Mulakan setiap sajian dengan buah-buahan da diikuti sayur-sayuran.
  • Kurangkan nasi, masakkan lauk-pauk segar seperti daging, ayam dan ikan.
  • Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang di dalam masakan.
  • Jauhkan fast/junk food dan makanan-makanan yang diproses yang mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tiruan.
  • Rehat dan relaks : Ambil cuti ketika isteri sedang subur. Boleh mengesan kesuburan dengan ujian ovulation.
  • Lakukan senaman dengan berjalan kaki, jogging, treadmill atau berenang 30 minit setiap hari.
  • Mengambil supplement seperti multivitamin, folic asid, vitamin E dan C, logam-logam Zinc, selenium, fish oil dan habbatus sauda'.
  • Berbagai-bagai kaedah rawatan bagi menambah peluang hamil seperti x-ray HSG, hydrotubation, D&C, laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain-lain.
  • Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh-sungguh dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.
Antara nasihat doktor ialah mengambil supplement yang boleh memenuhi keperluan sel-sel di dalam sistem kesuburan lelaki dan perempuan. 

Boleh mengambil Vitamin E, C dan Bcomplex Shaklee
Boleh ambik Vitalea, Vitamin E, C dan Bcomplex Shaklee
Boleh mengambil Vitamin E, Vitalea dan Bcomplex Shaklee


VITAMIN UNTUK KESUBURAN


Terdapat beberapa supplement Shaklee yang boleh meningkatkan kesuburan. Antaranya :

1. GLA COMPLEX SHAKLEE


GLA atau Gamma Linolenic Acid adalah sejenis asid lemak yang diperoleh dari sumber tumbuhan dan biasa dijumpai dipasaran dalam bentuk kapsul Evening Primrose Oil (EPO). GLA mempunyai pelbagai untuk semua wanita dan lelaki. Namun fokus entry ini hanya untuk melihat peranan GLA bagi meningkatkan kesuburan wanita.
  • Membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid yang teratur
  • Membantu menghasilkan mukus serviks yang berkualiti bahkan meningkatkan kuantitinya juga.Tugas mucus serviks ialah membantu pergerakan sperma berenang keovum dan memanjangkan jangka hayat sperma didalam ovum selama 5 hari maka peluang untuk persenyawaan lebih tinggi
  • Membantu mengatasi masalah senggugut
  • Menguatkan placenta dan meningkatkan lapisan uterus-memoptimumkan persekitaran rahim bagi meningkatkan peluang persenyawaan berlaku
  • GLA boleh ditukarkan kepada prostaglandine yang berperanan untuk mengurangkan keradangan (imflammation) yang mungkin menghalang persenyawaan berlaku

2. COQHEALTH SHAKLEE

Sangat bagus untuk lelaki mahupun wanita
Ko-enzim Q1O atau CoQ10 adalah sejenis nutrien larut lemak dan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembebasan tenaga didalam sel.

CoQ10 terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung, kerana jantung adalah organ badan yang kuat bekerja mengepam darah tanpa henti maka CoQ10 perlu berada ditahap yang tinggi dijantung kita. Peranan yang dimainkan oleh CoQ10 pada sistem kesuburan wanita:
  • Membekalkan tenaga ditahap optima bagi menghasilkan telur yang sihat, matang dan berkualiti.
  • Berlawanan dengan masa jumlah CoQ10 akan berkurang dengan peningkatan usia, maka pengambilan CoQ10 sangat penting bagi wanita yang berusia untuk menghasilkan telur.

3. B COMPLEX SHAKLEE


  •  Membantu proses sisntesis bahan-bahan genetik sel-sel badan
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Mengurangkan risiko keguguran
  • Mengurangkan risiko kecacatan semasa kelahiran pada otak dan tulang belakang
  • Membantu melawan tekanan harian terutama bagi mereka yang bekerja lelaki atau wanita

4. VITAMIN C
Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee diperkayakan dengan Vitamin C

  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Meningkatkan paras hormone progesteron-menyediakan badan untuk kehamilan
  • Anti-oksida semulajadi

5. VITALEA SHAKLEE : merupakan multivitamin yang lengkap dengan 19 vitamin yang utama dan mineral tambahan
Multivitamin terbaik di pasaran.
  • Memastikan sel hidup
  • Penting untuk pertumbuhan sel baru
  • Membantu proses pembesaran
  • Menyokong sistem pembiakan lelaki dan wanita
# Saranan pengambilan suplemen bergantung kepada keperluan individu. Silakan berhubung dengan saya untuk mendapatkan kombinasi terbaik untuk masalah anda.


TESTIMONI SET KESUBURAN SHAKLEE 

Bagi menambah keyakinan anda terhadap pengambilan suplemen boleh membantu meningkatkan kesuburan, saya sertakan beberapa testimoni mereka yang telah berjaya hamil setelah konsisten dan berdisiplin mengamalkan suplemen Shaklee disamping usaha-usaha lain

Alhamdulillaaaah tahniah!
Congrats Ana!

# Untuk wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan disarankan menurunkan berat dahulu, SET KURUS SHAKLEE, insya Allah boleh membantu anda.


Berkaitan dengan masalah-masalah lain seperti fibroid, cyst, PCOS, telur tidak matang, endemetriosis dan lain-lain memerlukan maklumat dan perbincangan yang lebih teliti. Bolehlah menghubungi saya terus atau boleh berjumpa dengan saya di Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh anda hubungi bila-bila masa.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan Poslaju, Gdex dan Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang
Juga mempunyai pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia


Monday, 12 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : VITAMIN SELEPAS KEGUGURAN

Wanita yang mengandung pasti inginkan kandungan sihat dan selamat. Dan tidak sabar menanti bayi nya lahir ke dunia. Namun begitu, tidak semua wanita bernasib baik kerana ada di antara mereka yang mengalami keguguran semasa mengandung.

Salah satu imej keguguran.

PUNCA KEGUGURAN 

Kebanyakan keguguran yang terjadi tidak dapat dielakkan kerana ianya terjadi dengan sendirinya. Walaupun begitu, terdapat juga sebab-sebab dan juga punca kepada keguguran tersebut iaitu :

KROMOSOM YANG TIDAK NORMAL

Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk berkembang seperti sepatutnya. Ketidaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketidaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut iaitu kecacatan pada kromosom. Apabila telur dan sperma bertemu dan berlaku ketidaknormalan pada kromosom tersebut, maka ini yang akan menyebabkan keguguran berlaku.

Total kromosom adalah 23 pasang.

KECACATAN PADA SISTEM PERANAKAN

Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10% daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil 'cervical incompetence' juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester kedua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.

Normal vs Bicornuate Uterus.

MASALAH KETUMBUHAN PADA SISTEM PERANAKAN

Masalah ketumbuhan pada rahim anda seperti cyst, fibroid dan juga endometriosis adalah punca kepada berlakunya keguguran. Anda perlu mendapatkan rawatan, dan juga membunag ketumbuhan yang ada pada sistem peranakan anda itu bagi anda yang ingin hamil lagi.

Cyst juga boleh menyebabkan keguguran.

SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)

Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan evulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Disamping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal kepada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidka begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Normal Ovari vs Pcos Ovary

JANGKITAN KUMAN

Jangkitan daripada virus seperti toksoplasmosis, rubella, CMV (cytomegalovirus) dan HSV (herpes simpleks virus). Jika ibu hamil mengalami jangkitan ini, janin akan tumbuh secara tidak normal dan akan menyebabkan berlakunya keguguran. Kuma toxoplasmosisini boleh didapati daripada bulu kucing.

Stop CMV!

PENYAKIT YANG DIHIDAPI

Jika anda mengalami masalah darah tinggi, kencing manis, tiroid, SLE dan sebagainya, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk hamil. Anda juga perlu mendapatkan rawatan dengan mengawal penyakit tersebut daripada menjadi punca kepada keguguran.

GAYA HIDUP DAN JUGA PERSEKITARAN

Persekitaran kerja anda yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya juga punca kepada masalah terjadinya keguguran. Gaya hidup yang tidak sihat juga membolehkan anda mengalami masalah keguguran kerana punca daripada makanan yang tidak seimbang dan tidak cukup keperluan nutrien dalam badan. Elakkan daripada terlalu stress dan juga terdedah kepada asap rokok yang membahayaka kandungan anda.

Jika anda pernah mengalami keguguran kali pertama, janganlah risau. Anda hanya perlu mengetahui punca berlakunya keguguran tersebut. Jika tidak tahu, anda boleh menukarkan amalan gaya hidup yang sihat dan juga mengamalkan makanan tambahan iaitu supplement yang boleh memberikan kesihatan dan kecergasan pada badan anda untuk cuba hamil lagi.

Shaklee mempunyai rangkaian makanan tambahan ataupun supplements yang boleh diamalkan oleh anda jika anda telah keguguran dan ingin menukarkan gaya hidup yang lebih sihat. Ambillah supplement yang mengandungi antioksidan bagi mengelakkan daripada radiasi, yang boleh menyebabkan masalah keguguran juga. Mengamalkan suppelement yang asas seperti Vitalea, Bcomplex dan juga Vitamin C boleh mencukupkan keperluan nutrien dalam badan anda. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan GLA Complex untuk menyeimbangkan hormon di dalam badan. Selain daripada itu, GLA juga sangat bagus untuk mengecutkan cyst.

Set Kesihatan Optimum Shaklee.

GLA Complex Shaklee sangat bagus untuk menstabilkan hormon dan membantu kesuburan.

Jika ada mempunyai sebarang pertanyaan tentang supplement Shaklee atau ingin mendapatkan supplement Shaklee, saya ada membuat penghantaran ke sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Selain daripada itu, saya juga membuat penghantaran menggunakan Poslaju, Gdex dan Citylink ke seluruh Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi saya di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang






Saturday, 10 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE

Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan kehadiran cahayamata dalam kehidupan mereka. Kerana cahayamata ibarat permata yang dapat melengkapkan lagi kehidupan berumahtangga. Rumahtangga juga akan menjadi bahagia dan ceria dengan kehadiran cahayamata dalam kehidupan kita. Betul tak?

Namun tidak semua pasangan yang sudah berumahtangga terus mendapat cahayamata. Ada juga pasangan yang telah mendirikan rumahtangga beberapa tahun lamanya namun belum mendapat rezeki untuk dikurniakan cahayamata di dalam kehidupan mereka. 

Jangan lah bersedih. Yang penting jangan putus asa. Kerana apa saya takdir yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. Kita hendaknya sentiasa berdoa. Disampig itu hendaklah selalu berusaha mencuba berbagai cara, berikhtiar dan seterusnya bertawakkal. Salah satu caranya kita boleh berikhtiar dengan mengambil Set Kesuburan Suami Isteri dari Shaklee ini. Ramai kawan saya sudah berjaya, anda juga boleh boleh lah mencuba. Manalah tau, ada rezeki, anda dapat baby Shaklee.... ;)

Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee
Bcomplex dan GLA untuk isteri
Vitamin E dan Zinc Complex untuk suami

SET KESUBURAN SUAMI

Fungsi Set Kesuburan untuk suami :

  • Vitamin E - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  • Zinc Complex - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.


SET KESUBURAN ISTERI

Fungsi Set Kesuburan Isteri :

  • ESP - membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus meningkatkan tahap kesuburan serta peluang untuk hamil.
  • GLA Complex - membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.
  • Bcomplex - mengandungi asid folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. Vitamin B12 yang terdapat dalam Bcomplex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception). 
Testimoni Set Kesuburan Shaklee


Sebarang pertanyaan tentang sebarang produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan boleh berjumpa di sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Anda juga boleh menghubungi saya di :|
Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb Page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang

Monday, 3 March 2014

KEGILAAN KU PADA SHAKLEE

Sebelum ni aku tak pernah ambik apa-apa supplement. Bila tengok orang ambik macam-macam supplements memang aku akan annoying giler punya.

Tapi bila Shaklee ni dah macam fenomena, sana sini orang cerita pasal Shaklee. Aku mula wondering. Apa ke hal nya semua ni? Aku pun tergerak hati nak try.

Perghhhh lepas beberapa hari ambik Shaklee, aku memang rasa best sangat sangat sangat sangat sangat sangattttt bestttt.

Apa yang best sangat sangat tu?


Nantikan entry aku seterusnya. Ewahhh kalah artis tawwww...




Nih supplement pertama dalam hidup aku. Nanti esok-esok aku cerita lagi ye....

Tido duluuuuu kawan-kawan, esok kejeeee....