nuffx

Showing posts with label Meal Shakes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes Shaklee. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

TIPS TARIK MINAT ANAK MAKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sebagai seorang ibu, memang saya akan rasa teruja setiap kali bercerita tentang anak-anak. Kerana anak-anaklah permata hati saya, dunia saya, syurga saya, ketenangan saya dan segala-galanya bagi saya. Wahhh terlebih sudahhh... :)

Bila anak-anak makin membesar, biasanya kita sebagai ibu akan mengalami masalah ini. Iaitu anak menjadi pemilih untuk makan atau picky eater. Saya alami masalah ini dengan anak kedua saya iaitu Hakeem.

Susah sangat dia nak makan atau minum. Kadang-kadang tu bibir dia kering dan berdarah kerana kurang minum air dan terlalu leka bermain. Tambahan pula, zaman sekarang ni, dengan tab, smartphone, anak-anak memang leka, nak ke tandas pun ditahannya. Huhu sabar je la kan.

Picky Eater? Ibu bapa mesti menguasai cara mengatasi anak-anak jenis macam ni. Hehe comel je kan?

Tips menarik minat anak untuk makan :

Kadang kala sukar mengajak anak-anak makan kerana mereka sibuk bermain atau menonton televisyen. Walaupun hidangan yang disediakan menyelerakan tetapi mereka tidak mempedulikan. Bagaimanapun ada pula situasi di mana anak hendak makan tetapi ibu dan ayah pula sibuk dengan kerja lain?

Oleh kerana perlu makan berseorangan, akhirnya anak hilang selera lalu terus tidak makan. Justeru sebagai ibu bapa, kita perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk makan agar mereka mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.

  • Pastikan kita sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.
  • Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.
  • Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.
  • Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.
  • Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.
  • Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.
  • Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.
  • Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.
  • Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.
  • Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.
Ataupun, saya ingin mencadangkan supaya ibu-ibu cuba beri anak-anak minum Meal Shakes Shaklee. Saya beri pada Hakeem, Alhamdulillah selera dia makin bertambah. Dia kurang demam, selsema, antibodi dia jadi makin kuat. Dan yang paling penting, dia tidak sembelit seperti sebelum ni. Walaupun dia tidak mengambil buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Cubalah, mana tau sesuai dengan anak-anak anda. Yang penting Meal Shakes ni semulajadi, berkesan, selamat dan halal.

Anak pasti suka dgn aroma dan rasanya. 

Untuk mendapatkan Meal Shakes Shaklee ataupun apa saja produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, anda boleh la hubungi saya di :

017-3589005 (Niki)
E-mail : ireen2285@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty



Thursday, 9 October 2014

BATUK BERLENDIR PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Anak-anak membesar ni memang macam-macam la kan masalah kesihatannya. Lagi-lagi kalau anak tu kita letak di taska atau tadika. Kejap selsema, kejap batuk, kejap demam. Alahai kesian sangat kalau anak-anak tak sihat ni, mama pun turut sama tak boleh tidur. Lepas anak dah sihat, mama pulak yang demam. Huhu.

Bila anak-anak tak sihat, ada kebanyakan ibu bapa suka beli ubat di farmasi. Kami nasihatkan supaya tidak membeli ubat di farmasi jika tiada ahli farmasi yang bertugas. Dan kita tidak diberi penerangan yang jelas tentang ubat yang akan kita beli. 

Kebanyakan ubat-ubat yang boleh dibeli secara 'over the counter' untuk batuk dan selsema mungkin tidak memberi kesan yang baik untuk anak kita, terutamanya bayi.

Ubat-ubat ini hanya boleh diberikan oleh bayi yang berumur satu tahun ke atas setelah mendapat nasihat yang lengkap dari doktor yang memeriksa.

Kesian kan bila anak tak sihat. Susah hati mama.

Selain dari memberi ubat untuk bayi, ibu bapa boleh lakukan perkara di bawah :
  • Pastikan anak mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak-anak bersiar-siar atau membeli belah.
  • Jika ibu-ibu menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika diberikan susu formula.
  • Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya yang berusia 1 tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
  • Jika anak mengalami batuk atau selsema sekali dengan demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selalamt jika anak berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.
  • Jika anak berusia setahun ke atas, boleh bawa ke bilik air, buka shower yang panas. Ibu boleh berada di dalam shower bersama anak untuk menghidu debuah air (wap). Ini membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak dengan air panas.
  • Jika anak sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.


Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin Allah.

Berikan bayi kita masa dan peluang membina antibodi dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insyaa Allah walaupun anak kita mengalami batuk dan selsema anak masih sihat dan tidak memerlukan ubat terutamanya jika anak berusia satu tahun ke atas.

Cuma ada juga beberapa keadaan kita perlu segera membawa anak ke klinik. Ini bila anak mengalami keadaan seperti di bawah :
  • Batuk dan selsema dan tidak sembuh selepas 5 hari.
  • Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.
  • Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.
  • Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
Jadi, kami nasihatkan hati-hatilah dengan ubat-ubat yang dibeli. Dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak kita.

Untuk meningkatkan imunisasi anak-anak, kami nasihatkan ibu bapa memberikan anak-anak Nutriferon, Meal Shakes dan Chewable Vitamin C Shaklee. Alhamdulillah setelah memberikan vitamin Shaklee kepada anak-anak, kami sudah lama tidak ke klinik. 

Jika tidak, kami terpaksa menanggung kos perubatan yang agak mahal, dan kami juga terpaksa memohon cuti bergilir-gilir bagi menjaga anak-anak yang tidak sihat. Alhamdulilllah syukur kami dipertemukan dengan Shaklee.

Ini apa yang kami beri kepada anak-anak kami. 

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


# rujukan : Dr. Zubaidi Haji Ahmad

Saturday, 27 September 2014

DOUBLE PROMOTION - PROMOSI SEPTEMBER SHAKLEE (MEAL SHAKES DAN COLLAGEN POWDER)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni 27 September. Maknanya tinggal 3 hari je lagi untuk promosi bulan September. Untuk pengetahuan semua, Shaklee membuat promosi pada setiap bulan. Dan setiap bulan produk yang dipromosikan adalah berbeza-beza. 

Bulan ini Shaklee buat double promotion. Sebelum ni Shaklee tak pernah buat double promotion tau. Biasa satu bulan satu produk sahaja. Tapi bulan ni promosi dua produk iaitu Meal Shakes dan Collagen Powder Shaklee. 

Atau group kami suka panggil ni promosi Ibu cantik, anak sihat. Wahh gituu. Sebabnya Collagen Powder sesuai untuk ibu yang mahu sentiasa kelihatan awet muda. Meal Shakes pula untuk anak-anak sentiasa sihat dan ceria.

Ibu Gojes Anak Sihat! =)

Jangan lepaskan peluang tau. Dapatkan dua produk yang awesome ni masa promosi masih lagi berlangsung. Jangan lengah-lengah lagi. Nanti melepas. Menyesal pun tak guna dah. 

Jom hubungi kami cepat untuk dapatkan Meal Shakes dan Collagen Powder Shaklee ni tau. 

Kami boleh dihubungi di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Friday, 20 June 2014

TERLALU KURUS? TAMBAH BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

Assakamualaikum,
Selamat sejahtera semua,


Biasa kita dengar orang nak kurus kan? Pernah tak dengar orang nak gemuk? Tak ada? Ehhh ada la. Ada ramai sangat orang yang berusaha nak tambah berat badan juga sebab terlalu lurus. Terlalu kurus pun sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan tau. Nanti dalam entry akan datang saya cerita tentang bahaya jika terlalu kurus.

Ada orang yang badannya gemuk sanggup berhabis duit ribuan ringgit untuk medapatkan berat badan idaman. Begitu juga orang yang terlalu kurus. Mereka makan apa sahaja untuk menambah berat badan. Kebanyakan makanan yang mereka makan adalah yang tinggi lemak, tinggi kolesterol. Awas ye kawan-kawan. Jangan kerana obses nak naikkan berat badan, penyakit lain pula yang datang.

Saya nasihatkan, untuk menaikkan berat badan, biarlah secara sihat. Amalkan pengambilan vitamin Shaklee untuk menaikkan berat badan secara sihat.

Alamak aiii kurusnyaaaa meh tambah berat badan sikit bagi macho.

SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

MEAL SHAKES SHAKLEE

  • Meal Shakes Shaklee kaya dengan protein dimana pengambilan protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana ianya meupakan asas kepada pemakanan tubuh badan kita. Ye, untuk menambah berat badan, tips simple nya adalah makan makanan yang kaya dengan protein.
  • Apabila sel kita sihat hasil daripada pengambilan protein yang berkualiti, maka badan kita lebih mudah untuk menyerap segala kebaikan zat dan vitamin. 
  • Meal Shakes Shaklee juga membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang penting. Ia mengandungi asid folic, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
VITALEA SHAKLEE
  • Vitalea pula merupakan multivitamin dengan formulasi zat besi yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah. 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA di dalam setiap tablet.
  • Ianya juga merupakan elemen penting bagi sel tubuh yang menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, petumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. 
  • Vitalea merupakan supplement penting kerana ia membuatkan badan kita rasa bertenaga, tidak lesu, mengelakkan pitam dan pening.
BCOMPLEX SHAKLEE
  • Pengambilan vitamin Bcomplex juga penting bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. Bcomplex menukarkan makanan kepada tenaga. di mana ia membantu penghadaman menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan.
  • Istimewanya bcomplex Shaklee ni ialah ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. 
  • Ia juga mengawatatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan, dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Tambah berat badan secara sihat dengan supplement Shaklee

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee. Atau berminat untuk menjadi ahli. Boleh la berjumpa dengan saya. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub dan Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda. 

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan perkhidmatan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478
No id Shaklee : 926488

Friday, 6 June 2014

RESEPI ESP DAN MEALSHAKES YANG MELETOP YUMMEH

Be creative! Jom kita pelbagaikan resepi ESP dan Meal Shakes Shaklee kita. Selain untuk minum, sebenarnya kita boleh olah campurkan ESP dan Meal Shakes Shaklee ke dalam makanan kita.  Asalkan kreatif dan rajin, semua pasti menjadi. Betul tak?

Kalau sebelum ni kita minum ESP dgn Meal Shakes campur dengan plain water sahaja. Kadang-kadang kita campur dengan Sunquick, Ribena, Jus, dan macam-macam lagi. Macam saya, saya suka shake dengan Tropicana Twister. Emmm yummy. Sedap dan berkasiat.

Hari ni saya nak share resepi ESP dan Meal Shakes Shaklee yang saya baru cuba. Memang meletop. Berebut dengan anak-anak makan. Makan sambil-sambil tengok TV. 1 jar tu tak sampai 10 minit dah habis. Hahaha.

Jommmm kita tengok apa resepi yang meletop sangat tu.

CREAM CHEESE CRACKERS TABUR MEALSHAKES DAN ESP


Resepi yang simple. Jom kita pakat cuba.

Boleh letak dalam jar atau dalam bekas 4 segi macam dalam gambar tu. Ikut kreativiti.

Sedia untuk dimakan. Yummy memang sangat sedap.

Bahan-bahan :
  • 250 cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • Biskut kraker
  • Nestum
  • Serbuk koko/ Milo
  • Fresh milk
Cara membuat :
  • Putar cream cheese dan susu pekat sampai sebati. Ketepikan.
  • Biskut kraker rendam dalam Fresh Milk. Jangan sampai lembik.
  • Susu biskut dalam bekas / jar. Layer by layer dengan cream cheese. 
  • Last layer mesti cream cheese punya layer paling tebal.
  • Tabur ESP dan Meal Shakes kat bahagian atas sekali.
  • Simpan dalam peti ais. 
  • Bila dah sejuk, boleh la di makan seisi keluarga.

Selamat mencuba ye semua. Memang dijamin sedap. Nanti saya akan kongsi resepi-resepi lain yang lebih menarik ye.

Jika anda nak tahu tentang apa-apa sahaja produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh la berjumpa dengan saya di Raub, Benta atau Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex dan Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

Thursday, 8 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : RAWAT EKZEMA DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Kebanyakan entry yang saya tulis ada kaitan dengan keluarga saya sendiri ataupun orang di sekeliling saya. Bila sebut pasal Ekzema, ianya ada kaitan dengan anak ketiga saya iaitu Nazril Hareez. Dia ekzema teruk, terutamanya di bahagian leher, tengkuk, celah lengan dan dada. Malah pernah ekzemanya sangat teruk hingga menjangkiti di bahagian atas kepala. Ini mungkin kerana dia suka menggaru-garu dan kulat ekzema menjangkiti bahagian kulit yang lain. 

APAKAH EKZEMA?

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah.

Kesian baby ni ekzema teruk mesti dia gatal pedih-pedih gitu kan huhu.


JENIS-JENIS EKZEMA

  • Dyshidrotic eczema,
  • Seborrheic eczema serta
  •  Atopic
  • Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

PUNCA EKZEMA

Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.

FAKTOR YANG MENCETUSKAN EKZEMA

# pendedahan kepada bulu binatang
# penggunaan bahan kimia pada kulit
# pemakaian fabrik sintetik
# panas dan berpeluh
# cuaca kering dan sejuk
# tekanan perasaan atau stress
# kulit terlalu kering

SIMPTOM-SIMPTOM EKZEMA

  1.  kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok
  2. lokasi tumpuan ialah dibahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala
  3. terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku
  4. kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi
  5. kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik 

CARA MERAWAT EKZEMA

Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil.

Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali. Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.

  1. sapuan pelembab. Pelembab kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
  2.  kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  3.  tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan
  4. sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
  5. tutup bahagian yang gatal dengan pakaian
  6. sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
  7. Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
  8. Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus 
VITAMIN SHAKLEE UNTUK MERAWAT EKZEMA

Meal Shakes Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak kerana ekzema
Sebagaimana yang kita ketahui, Alfalfa adalah raja segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti ekzema.
Super Moist Cream yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal-gatal dan pedih-pedih. Diperbuat daripada ekstrak semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow
Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi untuk melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga membantu pudarkan parut secara berkesan.
Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel, mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan kulit. Kulit kering menyebabkan ekzema semakin teruk. Ianya juga membantu melembutkan kulit.
ESP membantu membina sel yang sihat dan membaiki sel yang rosak. Bila ekzema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkan kulit yang cantik. ESP juga membantu memudarkan parut dengan cepat.

CARA PENGAMBILAN VITAMIN UNTUK EKZEMA

Baby 

Ibu yang menyusukan baby yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.
Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Mealshake juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake+ESP+Omega Guard untuk merawat kulit. Herbal Blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP+Mealshake+ Vitamin E+ Herbal Blend+Omega Guard +Alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pa
da saya.

TESTIMONI EKZEMA

Wow khasiat Omega Guard.
Syukur mama dan baby happy bila tiada lagi ekzema.

Alhamdulillaaah.


Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang supplement Shaklee, anda boleh berjumpa dengan saya di kawasan sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Selain daripada itu, saya juga membuat perkhidmatan delivery menggunakan poslaju ke seluruh Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang



Sunday, 4 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : ATASI MASALAH SEMBELIT ANAK ANDA

Kesian sangat kan kalau kanak-kanak sembelit. x sanggup tgk. Kalau anak-anak Awesomelybeauty sembelit kan masa berak meneran tu punya laaaa seksa sampai merah muka. Pastu nangis-nangis sebab sakit kot bontot dia kan. Bila dah siap tu kan nak basuh tengak kat diapers macam ada darah sikit huhu aduhai kesiannyaaa. Sebak hati ibu Awesomelybeauty tgk. Nak nangis rasa tau. Sobs.

Masalah kanak-kanak sembelit memang sokmo berlaku. Hari ini kami akan kongsikan beberapa tips bagi Kanak-kanak sembelit. Ibubapa yang mempunyai anak yang sembelit ini memang susah hati betul memikirkan apa yang nak dibuat kan. Kesian sangat bila tengok anak-anak meneran masa nak berak tu kan. (Maaf  ye kami gunakan perkataan berak berbanding buang air besar memandangkan itu istilah yang biasa kita faham dan mudah).


Kesian tau dia sembelit huhu sob sob sob
PUNCA SEMBELIT
  1. Kebiasaannya masalah sembelit berlaku pada bayi atau kanak-kanak yang mengambil susu formula bukan susu ibu. Jadi antara puncanya adalah:
  2. Susu yang tidak sesuai.Susu formula sukar dihadam dan diserap ke dalam usus.
  3. Memberi makanan pejal. Apabila usus anak belum cukup matang maka ia belum dapat memproses makanan pejal dengan baik
  4. Kurang pengambilan air. Apabila anak demam atau kurang minum air, dehidrasi membuatkan badan mereka memerlukan lebih air. Apabila kekurangan air, maka terjadilah masalah sembelit. 
  5. Kurang pengambilan makanan berserat.

TIPS KANAK-KANAK SEMBELIT
  1. Tukar kepada susu yang lebih sesuai. Sebaiknya dapatkan nasihat dari Doktor yang bertauliah
  2. Tingkatkan pengambilan air
  3. Beri makanan yang lembut pada anak. Jika anak masih berusia lebih 6 bulan, beri makanan separuh pejal seperti lobak yang dikisar. Ini akan menambah kandungan serat di dalam pemakanan mereka.
  4. Tingkatkan pengambilan serat dalam makanan. Pastikan ada buah dan sayuran dalam diet harian kanak-kanak. Selalu beri BUAH BETIK. Selain ianya tinggi serat, buah betik mengandungi bahan semulajadi yang dapat meransang pergerakan usus.
  5. Selalu bantu anak buat senaman. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan buat pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus.
Alamak terliur plok Awesomelybeauty tengok betik ni hehe

PENGALAMAN

Kami sendiri mempunyai anak yang mengalami masalah ini. Nazril Harezz anak ketiga kami selalu sangat mengalami kesukaran masa nak berak ni. Allah. Masa umur tujuh bulan lagi susah sangat masa nak berak. Bila dia terasa nak berak tu, mulalah menangis. Terus dipeluknya kami. Dan masa tu habis basah berpeluh kepala dan badannya. Beria sangat menerannya. Memang kita pun rasa nak nangis tengok dia. Sampai berak tu jadi sesuatu yang menakutkan dan menimbulkan fobia pada dia.

uhuhuhuuu tengok tu kesiannya sampai nangis-nangis dia nak berak alahai sedihhhh sobss

MEAL SHAKES SHAKLEE ATASI MASALAH SEMBELIT

Disebabkan tak tahan melihat anak sembelit, maka kami mencuba Mealshakes ni. Apa yang membuatkan kami yakin adalah kandungannya yang mengandungi Dietary Fibre  3.0g/serving
Menurut perunding diet klinikal, Tan Yen Seng, serat tidak larut air membantu mencegah sembelit dan melancarkan pembuangan najis manakala serat yang larut dalam air pula boleh mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah. Setiap tumbuh-tumbuhan mempunyai kedua-dua jenis serat ini pada nisbah berbeza.
Serat tidak larut air memberi jisim kepada najis, untuk membolehkan najis dikeluarkan dengan lebih mudah. Najis kita menjadi ‘besar dan lembut’ kerana mengandungi pelbagai jenis serat tumbuh-tumbuhan yang menyerap banyak air. Dengan itu kurang tekanan diperlukan untuk mengeluarkan najis daripada usus besar.


“Berapa banyak serat yang kita perlukan? Setiap hari kita memerlukan 20 hingga 35 gram serat sehari. Untuk kanak-kanak (tiga hingga 18 tahun) keperluan serat harian mereka berbeza dan cara kiraannya ialah mencampurkan umur dengan lima. Contohnya anak anda berumur lima tahun, jumlah serat diperlukannya ialah 5 (umur) + 5 bersamaan 10 gram serat.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sumberutamaserat//Article/article_print
Alhamdulillah kami konsisten memasukkan Mealshakes Shaklee ke dalam susu anak. Hanya satu sudu kecil setiap hari. Satu tin Mealshakes Shaklee bertahan sehingga lebih kurang 4 bulan. Berapa lama nak nampak kesannya? Bergantung sebenarnya, tak ada jawapan yang tepat. Tetapi berdasarkan pengalaman kami, lebih kurang seminggu macam tu dah nampak anak mudah membuang. Tak lagi meneran. Najisnya pun lembut, tak lagi seketul keras macam dulu.

Meal Shakes ni best sangat tau, bau pun sangat harum. Anak-anak pasti suka.

Mealshakes selamat untuk kanak-kanak berumur setahun dan keatas. Dapatkan panduan pengambilan yang tepat dengan konsultan Shaklee anda.

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA* anda boleh hubungi kami. Kami adalah pengedar sah Shaklee bagi kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Anda juga boleh hubungi kami di :


Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb Page : What Woman's Want
Sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Friday, 2 May 2014

MEAL SHAKES SHAKLEE TU MERBAHAYA? SEPERTI DEDAK? TINGGI KANDUNGAN GULA? OH NO!

MEAL SHAKES SHAKLEE TU SEPERTI DEDAK DAN TINGGI GULA?

Ayoyo sapa pernah minum Meal Shakes Shaklee? Sapa pernah bagi anak dia minum Meal Shakes Shaklee? Awas! Anda sedang mengambil dedak yang langsung tiada khasiat! Malah ianya tinggi kandungan gula yang boleh menyebabkan kencing manis! My oh my...!


Ini dia rupa Meal Shakes Shaklee yang dikatakan sangat merbahaya itu! Awas!


Meal Shakes Shaklee yang kontroversi!

Kawan-kawan semua, jangan la risau. Memang lately ada banyak sangat group atau individu yang obviously anti-Shaklee. Tidak diketahui kenapakah mereka jadi begitu. Terkena sumpahan kah atau apa hihi.

Menurut Pakar Nutrisi Shaklee, Dr. Celine, gula di dalam Meal Shakes Shaklee adalah fructose. Omaigod. FRUCTOSE?
Yes, but not all, only part of it. Sebahagian gula dalam Meal Shakes Shaklee adalah FRUKTOSA yakni karbohidrat semulajadi dalam buah dan sayur. Untuk Meal Shakes Shaklee, kita ambik daripada jagung.

How many gram per serving?
Kandungan Fruktosa ada 8.8 gram.

Does Fructose cause cancer?
Nop, fruktosa TIDAK menyebabkan kanser!

What is Maltodextrin?
Maldodextrin ini tidak sama dengan yang ada dalam JUNCK FOOD tu tau, kita punya adalah dibuat secara SEMULAJADI daripada JAGUNG.

Jadi kawan-kawan semua jangan lah risau. Insyaa Allah Meal Shakes Shaklee ni selamat untuk anak-anak kita. Malah bagus untuk kita seisi keluarga. Sila guna tanpa was-was tauuuu.

Untuk membuat pesanan dan mendapatkan perkhidmatan penghantaran dan konsultansi terbaik, boleh hubungi kami. Kami membuat penghantaran sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang. Kami juga membuat penghantaran menggunakan Poslaju ke seluruh Malaysia.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang