nuffx

Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts

Monday, 16 March 2015

ATASI MASALAH SEMBELIT MASA PANTANG UNTUK ELAKKAN JADI BUASIR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bagi yang pernah berpantang akan merasai pengalaman betapa seksanya bila sembelit. Antara punca sembelit semasa dalam pantang ialah ibu-ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, begitu juga buah-buahan dan syur-sayuran. Betul tak?

Makanan orang dalam pantang begitu minimal. Jadi tidak pelik la kalau masalah sembelit ni menghantui ibu-ibu dalam pantang (termasuklah Mama Niki jugakkkk huhuuuuu seksa nak oiiiiii).

Masa tu trauma tiap kali nak buang air besaq uols. Nak telan julap risau pulak baby cirit, kan menyusu baby tu kannnn. Aduhai besaq nyaa pengorbanan seorang ibu. Acewahhh.

Masa ni Mama Niki tak kenal Shaklee lagi. Lepas dah kenal Shaklee, tak ada dah laaa masalah sembelit ni. Hok alohhh pantang anak ketiga baru ambik Set Pantang Shaklee tauuu. Nyesal tak kenal Shaklee awal-awal lagi. Tapi tak apa lah kannn, better late than never bak kata orang kampung Mama Niki. Hahahaaa.

Mama Niki nak share pengalaman jewww. Tambahan pulak Mama Niki ni pun pengedar Shaklee yang SAH. Hahh tudiaa kauuu SAH gituuu. Nk order Shaklee blh jewww hubungi Mama Niki. Harga kasih sayang untuk ibu-ibu dan bapak-bapak serta adik kakak semua.

Hubungi mama di :

017-358 9005 (sms/whatsapp)

Mama Niki hepi sangat nak share dengan uols pengalaman mengandung, berpantang, menyusu dan seterusnya men slim kan semula badan dengan uols semua. Pastinya Mama Niki guna semua produk Shaklee yang pastinya semulajadi selamat, dan berkesan.

Dah jatuh cinta dengan Shaklee, hat lain Mama Niki tak pandang dahhh. Hahahaa wah gituu kan.

Ni Mama Niki nak share dengan uols video kawan Mama Niki buat. Dia share pengalaman dia sembelit masa dalam pantang. Dan macam mana dia atasi masalah sembelit dia tu. Aduhai seksanyaaaaa. Silap haribulan boleh kena buasir tauuu.

Jom layan video ni dulu, moga sama-sama la kita dapat manfaat. Pastu rajin-rajin la uols share dengan kawan-kawan uols pulak yep. Iye lah benda baik wajib la kita share sama-sama kannn.



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Tudia aihhh, punya la serik nak bersalin tauuuu sebab sembelit masa dalam pantang tu. Memang laaa nak oiii seksa tauuu kalau sembelit masa dalam pantang tu. Ada kawan Mama Niki kena buasir sebab sembelit masa dalam pantang ni lah. Huhuuu Nauzubillaaah.

Jom sama-sama kita ambik Set Pantang Shaklee ni. Moga masalah sembelit kita ni dapat diatasi. Dannn plus plus plusss hbs je pantang pastinyaaa semua orang kagum. Sebab....kita dan kembali slim, dan kulit pun makin gebus gebas. Strech mark of course laaa hilang semua.

Jom order Set Pantang Shaklee dari Mama Niki. Mama akan guide cara makan sebaiknya untuk uols.

Hubungi mama sekarang di :

017-358 9005 (sms/whatsapp)

Kami juga ada senarai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia. Jadi boleh je kalau nak buat penghantaran terus pada uols. Mama sendiri Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub dan kawasan sekitarnya. Nak COD calling calling je tawww. Pos ke seluruh dunia gitu.... haaa tunggu apa lagi? Jom la hubungi kami sekarang.



Tuesday, 7 October 2014

KEBAIKAN SET BERSALIN SHAKLEE DARI SEGI NUTRISI UNTUK PEMULIHAN IBU BERPANTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ramai kawan kami yang sedang menunggu masa untuk melahirkan. Ada yang teruja kerana akan menyambut kelahiran cahayamata yang pertama. Ada yang bakal mendapat cahayamata kelima dan sebagainya. Alahai kami pun rasa teruja la. Rasa macam nak mengandung juga. Hihi.

Bila makin hampir dengan tarikh untuk melahirkan, ibu-ibu biasanya akan mencari-cari set bersalin yang sesuai dan memberi nilai untuk wang anda. Betul tak? Satu saja pesan kami, jangan diskaun untuk kesihatan, apa lagi kesihatan diri sendiri. Kalau kita tak sayang diri sendiri, siapa lagi? Kan?

Hari ni kami akan bincang tentang Kebaikan Set Bersalin Shaklee Dari Segi Nutrisi Untuk Pemulihan Ibu Berpantang. Moga kita semua mendapat manfaat. 

Anak adalah anugerah paling indah!

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Dari Segi Nutrisi Untuk Pemulihan Ibu Berpantang :

1. Zat Besi (Iron)

Zat besi atau iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh itu, ia sangat penting dalam memberikan tenaga semasa pantang. 

Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman. 

Kami mencadangkan Produk Shaklee VITALEA WITH IRON yang mengandungi zat besi 18 mg bersama 23 vitamins dan minerals yang diperlukan oleh wanita semasa dalam pantang.

Sebotol Vitalea With Iron tahan selama 4 bulan.

2. Vitamin B Kompleks

Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B ( sebab itu dinamakan vitamin B Kompleks) yang sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik. 

Vitamin B, terutamanya folic acid, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh. Ia dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.

Vitamin B Kompleks ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak dengan Vitamin C. Malangnya ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempoh berpantang.

Produk Shaklee VITALEA IRON mengandungi kesemua vitamin B Kompleks yang diperlukan oleh wanita yang sedang dalam pantang.

3. Vitamin C

Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik, strawberi.

Ibu yang tidak mendapat cukup Vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah, dan mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat. 

Seperti Vitamin B Kompleks, Vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan. Wanita yang dalam pantang memerlukan Vitamin C 120 mg sehari.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON juga mengandungi Vitamin C sebanyak 120 mg dalam 2 caplet yang dihidangkan.

4. Zat Zinc

Zinc juga antara zat dalam pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolisme terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zinc untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibodi dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.

Zinc juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Wanita yang sedang dalam pantang memerlukan Zinc antara 15-20 mg.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON yang mengandungi zinc antara 15-20 mg.

5. Kalsium

Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan.

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.

Supplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Kalsium juga sangat penting bagi memperbaiki sistem saraf bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan. Dan juga mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.

Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1,000 hingga 1,500 mg sehari.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON mengandungi 450 mg kalsium dan Shaklee ESP mengandungi 500 mg kalsium. Pengambilan kedua-dua produk ini akan melengkapkan bekalan kalsium yang diperlukan.

This is my passion my obsession. Esp best!

6. Protein

Wanita yang baru melahirkana anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya.

Kacang soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh. 

Protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia akan disalurkan ke dalam susu ibu. Bayi yang menyusu akan medapat faedah yang banyak.

Protein akan meransang pertumbuhan fizikal dan mental. dan secara langsung menyebabkan bayi cepat membesar dan jadi cerdik.

Wanita yang mengandung memerluka sekurang-kurangnya 70 g sehari.

Produk Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) mengandungi protein yang rendah lemak dari sumber bukan GMO (genetically modified organism) dan mengandungi kesemua amino acids. Ia tidak mengandungi kolesterol dan sesuai untuk wanita yang berada dalam pantang.

Ia membekalkan sebanyak 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan (3 sudu teh).

Isi kandungan Esp Shaklee

Jadi kesimpulannya dua produk dari Set Bersalin Shaklee ini, Energizing Soy Protein (ESP Shaklee) dan VITALEA WITH IRON adalah produk yang sesuai diambil kerana menepati keperluan nutrisi wanita yang berada dalam tempoh berpantang samada ibu-ibu menyusukan anak ataupun tidak.

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee yang super awesome ni, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


Sunday, 5 October 2014

SET BERSALIN SHAKLEE - KUPASAN DARI ASPEK PERUBATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni 10 Zulhijjah. Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua pembaca dan pelanggan kami. Pagi ni sebelum ke masjid untuk Solat Sunat Aidil Adha, kami membaca beberapa artikel tentang kesihatan. Kami sangat tertarik dengan tajuk Set Bersalin Shaklee - Kupasan Dari Aspek Perubatan yang dibincangkan di dalam web Dr. Zubaidi Hj Ahmad.

Kami ingin berkongsi dengan anda apakah yang dibincagkan oleh doktor di dalam artikel beliau.

Doktor menyatakan bahawa pemilihan makanan selepas melahirkan anak atau semasa pantang adalah sangat penting. untuk mengembalikan semula tahap keseimbangan hormon, mineral dan lemak yang penting (essential fatty acid) yang telah digunakan semasa hamil dan ketika proses melahirkan anak.

Ketika di dalam pantang, ibu memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500 cal yang harus datang dari makanan yang mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita dalam pantang tidak mendapat cukup nutrisi dalam pemakanan mereka. Ini berpunca dari keletihan, kerana tidak cukup rehat dan tidur kerana menyusukan bayi, dan mengalami masalah tidak berselera kerana badan masih lemah.

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi boleh memberi kesan yang buruk kepada ibu dan bayi yang telah dilahirkan.

Sebagai contoh, tahap zinc yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami 'post natal depression' atau meroyan.

Begitu juga dengan keperluan zat besi dan vitamin B yang sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa proses kelahiran, banyak darah keluar dan perlu digantikan. Zat besi dan vitamin B sangat diperlukan dalam jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah yang baru.

Kalsium dan magnesium juga banyak digunakan ketika proses kelahiran kerana kedua-dua zat ini bertanggungjawab dalam mengecutkan rahim bagi mengeluarkan bayi. Ini menyebabkan kandungan kalsium dan magnesium dalam darah menjadi berkurangan terutamanya jika proses melahirkan memakan masa yang panjang.

Apabila kedua-dua elemen ini tidak mencukupi, ia akan menyebabkan otot rahim mengecut lagi dan menyebabkan pendarahan yang banyak selepas proses kelahiran.

Oleh itu, ibu-ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan supplement yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula.

Selalunya doktor akan menasihatkan ibu-ibu ini mengamalkan pemakanan sihat seperti protein yang boleh diperolehi dari daging, susu, ikan, kekacang, sayur-sayuran, cereal dan keju. Makanan ini bukan saja memberikan sumber protein tapi juga sumber  vitamin dan mineral yang banyak.

Bagi ibu-ibu yang mengalami rasa loya dan tidak berselera untuk makan, dan merasakan pemakanan anda tidak cukup nutrisi, kami mencadangkan anda mengambil supplement. Dalam Set Bersalin Shaklee, anda boleh mendapat supplement yang memenuhi keperluan ini.

Antara suppelement yang doktor cadangkan ialah Set Bersalin Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP) dan Vitalea with iron kerana ia mengandungi kandungan nutrisi yang lengkap untuk ibu-ibu semua.

Set Berpantang dan Menyusu adalah set yang sama. 


Jika ibu-ibu ingin mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Tuesday, 30 September 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Aduhai. Lepas bersalin memang la risau sangat kan. Risau nak dapat berat badan dan bentuk badan yg asal. Macam zaman anak dara. Betul tak?

Itu sememang nya lah antara kerisauan yang sering mengganggu para wanita selepas bersalin : PERUT BUNCIT DAN MENGGELEBER! Terasa hilang keyakinan diri tatkala memerhatikan perut yang banyak meninggalkan parut rekahan dan bentuk yang semakin menggeleber.

Memang stress terutamanya bila ada orang tegur, perut macam masih mengandung 4 bulan! Arghhhhh tension gileeeee!!! 

Sebenarnya ada banyak cara yang ibu boleh lakukan untuk mendapatkan kembalil perut kempis bak anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil tiga bulan. Misi mendapatkan kembali perut kempis boleh direalisasikan asal sahaja ibu ada kemahuan dan berdisiplin. 

Nak tahu apa caranya? Perhatikan senarai berikut. Nampak macam senang tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi demi sebuah misi.

1. Menyusukan bayi sepenuhnya

Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

2. Berbengkung dalam pantang

Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.

3. Bertungku dan bertangas

Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim. Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.

4. Jaga makan

Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.

Sebagai pilihan, anda boleh amalkan meminum Esp Shaklee yang kaya dengan protein soya non GMO yang berkualiti tinggi.

5. Jangan lupa bersenam

Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

Bersenam boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja. So jangan cari alasan!

6. Hati-hati dengan postur badan

Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.

7. Jom detoks

Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.

Ejen detoksifikasi yang selamat, semulajadi, halal dan berkesan adalah Herblax Shaklee. Perut yang bebas toksin akan mudah menyerap vitamin dan mineral. Maka ibu-ibu selepas bersalin sangat disarankan untuk detoks dengan Herblax Shaklee.

Jom ibu-ibu, kita sama-sama menjaga kesihatan. Beranak-pinak bukan lah alasan untuk kita meremehkan soal penampilan dan bentuk badan.

Cantik di luar, cantik di dalam. Ibu yang sihat dan ceria tonggak keluarga bahagia.

Untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Sunday, 28 September 2014

PETUA UNTUK MENURUNKAN JAUNDIS PADA BAYI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kebanyakan bayi yang dilahirkan akan mendapat jaundis. Apatah lagi jika ibu mempunyai darah jenis O, maka risiko bayi untuk medapat jaundis adalah lebih tinggi. Namun, bayi yang dilahirkan dari ibu yang mempunyai jenis darah yang lain juga berisiko untuk mendapat jaundis.

So hari ini saya ingin berkongsi petua yang paling senang dan realistik untuk menurunkan jaundis atau demam kuning.

Petua untuk menurunkan jaundis atau demam kuning

Ibu bapa semua, cuba amalkan petua di bawah ni, insyaa Allah bacaan birilubin bayi anda akan kembali normal.

1. Kenalpasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Dalam tempoh tiga hari pertama selepas bayi dilahirkan, sentiasa memeriksa bayi anda. Samada mempunyai jaundis ataupun tidak. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis, mata dan kulit akan berubah menjadi kuning. Jika was-was, segera ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Elakkan warna kuning

Elakkan membeli peralatan dan pakaian bayi yang berwarna kuning. Ini termasuklah, tilam, cadar, sarung bantal, pakaian dan sebagainya. Sebaiknya ibu juga elakkan memakai pakaian yang berwarna kuning. Ini adalah petua yang diperolehi daripada bidan kampung. Tiada salahnya mencuba. Kerana mereka lebih banyak pengalaman berbanding dengan kita.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi yang terkena jaundis biasanya akan sentiasa mengantuk dan tidur sepanjang masa, Bayi juga kelihatan lemah dan tidak ceria. Seeloknya ibu mengejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukan. Sebagaimana yang kita semua maklum, susu ibu adalah penawar yang terbaik untuk jaundis. Berikan susu ibu, bukan susu formula!

4. Susu kambing

Ini juga merupakan petua paling senang untuk menurunkan jaundis pada bayi. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan di dalam peti sejuk. Caranya titiskan setitik susu kambing ke dalam mulut bayi.

Ibu juga bagus meminum susu kambing. Ini adalah kerana khasiatnya akan sampai kepada bayi bila ibu menyusukan. Susu kambing merupakan susu yang terbaik selepas susu ibu.

5. Mandikan bayi dengan daun inai

Mandikan bayi dengan daun inai yang telah diramas di dalam air setiap pagi. Seginggalah bayi anda bebas daripada jaundis.

6. Perahan anggur hitam

Caranya ialah dengan memerah anggur hitam ke dalam mulut bayi. Atau perah dulu anggur hitam, tapis dan kemudian titis ke dalam mulut bayi. Insyaa Allah jaundis bayi akan segera turun.

7. Set Berpantang Shaklee

Ibu-ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee akan sentiasa cergas dan bertenaga. Ceria dan tidak stress. Malah ia membantu menyembuhkan luka bersalin dengan sangat cepat dan mengelakkan bayi daripada kembung dan jaundis.

Perbezaan antara bayi normal dan bayi yang terkena jaundis.

Moga petua-petua yang kami kongsikan ini memberi manfaat buat ibu-ibu semua. 

Jika ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, anda boleh menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


Monday, 22 September 2014

KEBAIKAN AMALAN BERTUNGKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Minggu ni memang nak cerita pasal perut kempis je tau. Sebabnya masa kami tengok gambar-gambar kahwin adik kami, kami perasan perut kami macam muncit gitu. Kami tak suka perut buncit. Tak sukaaaaa!! Huhuu.

So kami cari info tentang perut buncit. Kami jumpa tentang amalan bertungku ni. Mungkin sebab lepas bersalin kami abaikan amalan bertungku ni. Sebab tu la perut susah sangat nak kempis. Info ni kami share dengan anda semua. Selamat membaca.

AMALAN BERTUNGKU

Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Namun kini, semakin ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin.
Bertungku dilakukan sebelum ibu berbengkung. Amalan bertungku dilakukan sama ada menggunakan seketul batu sungai atau alat tungku yang memang banyak di pasaran. Tidak kira sama ada anda menggunakan tungku biasa atau tungku berherba, kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan.
Wanita lepas bersalin wajib bertungku

Salah satu kebaikan bertungku adalah mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini boleh mengugat kesihatan.
Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu adalah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Amalan bertungku juga dipercayai dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang mengandung, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin, mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
Ketika berurut, tukang urut yang mahir juga akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.
Biasanya  amalan tungku dibuat dengan cara tungku tersebut dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan dan lain-lain daun, kemudian dilapiskan dengan kain. Alat tungku ditekap pada kawasan perut dan paha selama sejam. Tetapi jika terlalu sibuk, sekurang-kurangnya peruntukkan setengah jam untuk bertungku. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, perlu elakkan kawasan perut dan amalan bertungku hanya boleh dilakukan selepas tiga ke empat minggu selepas bersaliln.
Oleh itu ibu selepas bersalin, jangan abaikan amalan tradisional ini kerana ia mempunyai manfaat berpanjangan kepada kesihatan anda. 

So my lovely readers, ingat tau, lepas bersalin rajin-rajin la bertungku. Dan sebaiknya amalkan Set Berpantang Shaklee. Selamat. Semulajadi dan Berkesan.

Nak dapatkan sebarang produk Shaklee? Boleh dapatkan dari kami. Pengedar Shaklee Kuala Lipis anda. Kami juga Pengedar Shaklee Raub dan Pengedar Shaklee Benta, Pahang.

Kami juga pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Kami COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang cas tambahan.

Hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Love and hug,
Awesomelybeauty
No. ID : 926488

Tuesday, 17 June 2014

BAHAYA AIR KOSONG KEPADA BAYI

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Siapa kat sini ada bayi? Sila angkat keyboard. Hahaha. Saya ada. Dan teringin nak ada bayi lagi. Best kan ada bayi. Bau bayi sangat best. Salah satu daripada bau syurga. Sebab tu lah kita tak jemu, asyik nak cium je baby kan.

Baby ni fragile. Sebab tu kena jaga betul-betul kan. Salah satu pantang larang dalam menjaga bayi ni ialah JANGAN BERI AIR KOSONG KEPADA BAYI KITA!

Kebanyakan ibu gemar memberikan air kosong kepada bayi. Dengan alasan mahu membilas lidah bayi yang diselaputi dengan kesan putih yang timbul selepas menyusu. Malah ada juga yang menggunakan air kosong semata-mata untuk merawat jaundis (kuning) yang dialami bayi yang baru lahir.

Ibu-ibu semua, saya ingin berpesan, JANGAN memberikan anak-anak kita yang baru lahir meminum air kosong. Mari kita membuat research sedikit. Kenapakah air kosong sangat merbahaya kepada bayi?

Menurut Dr. Jennifer Anders, Pakar Pediatrik dari John Hapkins Children's Centre, bayi berusia 6 bulan ke bawah, tidak memerlukan air tambahan selain susu ibu kerana ia boleh MERAGUT NYAWA bayi kita.

Tahukah kita, sebagai ibu, bahawa susu ibu mengandungi 88% air. Jadi, bayi kita tidak memerlukan sebarang air tambahan. Kesan putih yang timbul di lidah atau mulut bayi boleh dihilangkan dengan mengelap menggunakan kain lembut yang dibasahkan terlebih dahulu. Manakala jaundis dapat diatasi dengan kerap memberi susu ibu dan bilirubin dalam tubuh dapat disingkirkan dengan cepat melalui pembuangan air atau najis.

Ibu-ibu perlu ingat bahawa susu ibu mempunyai amaun yang mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi. Setiap kali nampak bayi nampak macam dahaga, ibu-ibu bagi susu badan tau. Ibu juga perlu tahu bahawa buah pinggang bayi masih belum cukup matang. Memberi air kosong berlebihan akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan garam, kesan daripada penghasilan cecair, yang berlebihan dan akibat kehilangan garam itu, ia akan mempengaruhi aktiviti otak bayi.


KESAN MEMBERI AIR KOSONG KEPADA BAYI

Antara masalah yang boleh timbul rentetan daripada memberi air kosong kepada bayi berusia bawah 6 bulan ialah :

  • Mengancam nyawa : Air kosong yang kita beri berkemungkinan mengandungi kuman. Lazimnya apabila ia diperolehi daripada sumber tidak bersih/ selamat. Oleh itu, bayi kita terdedah kepada masalah cirit-birit.
  • Menghakis pelindung penyakit : Air kosong akan menghakis saluran pelindung (imun) yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kita kepada pelbagai jenis penyakit.
  • Merencatkan tumbesaran : Saiz perut bayi sangat kecil. Apabila diberi air kosong, akan membuatkan bayi kenyang dan tidak berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang sangat diperlukannya. Air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat. Jadi, akibatnya pertumbuhan dan tumbesaran bayi terjejas.
  • Jaundis : Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin dalam darah dan didapati meningkatkan risiko jaundis. Hasil kajian yang dijalankan oleh pakar laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air kepada bayi akan memburukkan lagi bayi yang terkena jaundis hingga boleh mengakibatkan masalah terencat akal.

Olololo comelnyaaaa.

Jangan beri air kosong kepada baby berumur 6 bln ke bawah.

Sentiasa berdoa agar bayi kita selamat dan dilindungi. Ibu-ibu digalakkan menyusu bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sehingga bayi berumur 6 bulan. Jangan mengambil mudah tentang penyusuan susu ibu kerana faedah khasiat susu ibu ini sangat lah besar. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh menghubungi kami. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/ sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

Thursday, 5 June 2014

KISAH SAYA DAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua,
Selamat sejahtera juga buat semua,

Hari ni nak cerita tentang kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee. 

Saya mula-mula ambik Shaklee lepas bersalin anak yang ketiga. Semasa bersalin saya tak pernah ambik apa-apa supplement pun sebab saya ni memang penakut dengan ubat. Malah, kalau demam pun saya menahan diri daripada makan panadol. Hingga lah demam saya kebah dengan sendirinya.

Semasa mengandung, hb saya sangatlah low. Daripada makan vitamin-vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik, saya diminta oleh nurse untuk tukar ambik Iberet pula. Saya terpaksa beli Iberet sendiri sebab saya kan bekerja dan gaji saya tidak melayakkan saya mendapat Iberet secara percuma dari klinik. 

Mahal la juga harga Iberet ni, RM 34 untuk bekalan selama sebulan. Maknanya sebijil pil Iberet harganya lebIh daripada RM1.00. Saya ambik Iberet secara konsisten. Ikut semua nasihat nurse dan doktor, namun hb saya tetap juga low. Tambahan pula, bila terpaksa minum air gula, saya didapati ada diabetis. Terpaksa pula check darah sebanyak 4 kali sehari. Pendek kata, kehamilan saya memang bermasalah. Tapi masa tu saya belum kenal Shaklee lqgi. Huhu.

Bila hampir dengan hari due saya, saya mula google set pantang apakah yang paling bagus untuk saya. Sebelum ni, anak pertama saya ambik set pantang Sendayu Tinggi, anak kedua saya ambik set pantang Nona Roguy. Sedang saya google, kawan saya cadangkan saya ambik Set Pantang Shaklee. Saya masih berfikir dan berkira-kira. Saya google dan google. Saya dapati banyak sangat feedback dan testimoni positif tentang Shaklee ni. So saya decide nak cuba Set Pantang Shaklee. 

Saya tidak buat keputusan yang salah bila memilih Set Pantang Shaklee. Ini adalah kerana, luka bersalin saya cepat sembuh. Badan saya bertenaga. Saya juga perasan saya lebih ceria sepanjang dalam pantang, tidak seperti sebelum ini saya sering moody dan kadangkala menangis kerana baby yang suka berjaga malam. Saya juga perasan rambut saya kurang gugur dan susu badan saya meriah, hingga tersedak baby masa menyusu. Hehehe.

Lepas habis pantang, saya ambik pula Set Kurus Shaklee, sebab saya sangat risau dengan berat badan saya yang naik mendadak. Sebelum mengandung berat badan saya ialah 48 kg. Last timbang sebelum bersalin, berat badan saya 74 kg. Bayangkan betapa gemuk nya saya masa tu. Tambahan pula saya menyusu badan, maka mesti la saya sokmo rasa lapar dan dahaga. 

Impact dari ambik Set Kurus Shaklee ni, saya juga dapat nilai tambah yang lain. Kulit saya jadi lebih cerah, cantik dan gebu. Lepas habis pantang dan masuk semula bekerja, ramai kawan-kawan tegur. Saya maintain slim dan kulit saya juga makin cantik. Wahhh suka sangat. Seronok rasa macam nak melompat. Hahaha.

We Love Shaklee :)

Ramai yang tegur pasal perubahan kulit saya. Saya cerita saya amalkan Shaklee sejak dalam pantang. Ramai pula yang berminat. So, saya jadi ahli. Lepas tu, memang saya dah jatuh cinta dengan Shaklee. Sebab saya sendiri rasa. Dan saya rasa seronok untuk share kebaikan dia dengan semua orang. 

Sekarang saya juga ingin berjaya seperti ramai yang sudah berjaya dalam Shaklee. Salah seorang idola saya ialah Master Lyna Noh. Saya suka segala-galanya tentang dia. Kalau boleh saya memang nak jadi macam dia.

Itu sahaja lah saya nak cerita hari ni. Jika anda berminat tentang produk Shaklee, boleh la jumpa dengan saya di sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang. Saya juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh memberikan konsultasi kepada anda.

Selain daripada itu, saya juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

I love Shaklee :)