nuffx

Showing posts with label Pengedar Shaklee Benta. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Shaklee Benta. Show all posts

Wednesday, 21 September 2016

PENGEDAR AKTIF SHAKLEE KUALA LIPIS, BENTA DAN RAUB, PAHANG

Assalamualaikum dan selamats sejahtera semua...

Anda semua masih mencari-cari pengedar Shaklee yang masih aktif di kawasan sekitar Kuala Lipis, Raub dan Benta, Pahang? Nahhh anda telah jumpa dengan orang yang tepat. 

Mama merupakan Pengedar Shaklee Aktif Di Kuala Lipis dan Raub, Pahang. Boleh (COD ataupun pos POS).

Mama adalah pengedar Shaklee aktif di kawasan Kuala Lipis dan Raub, Pahang. Mama menjalankan khidmat COD ke sekitar bandar Kuala Lipis, Raub dan kawasan sekitarnya. Pengeposan juga dilakukan melalui perkhidmatan gdex dan Pos Malaysia (poslaju).

Jika anda tercari-cari Pengedar Shaklee aktif di kawasan Kuala Lipis dan Raub, anda bolehlah berhubung dengan mama melalui whatsApp atau sms ke no 017-3589005. InsyaAllah stok vitamin dan produk Shaklee lain sentiasa tersedia untuk anda.

Shaklee adalah produk suplimen yang telah lama berada di pasaran dunia dan Malaysia. Vitalea Shaklee merupakan produk multivitamin pertama di dunia yang berusia lebih 100 tahun. Shaklee adalah produk yang disahkan HALAL, SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM.

Jika anda ingin membeli atau ingin menyertai kami menjalankan bisnees Shaklee, segeralah berhubung dengan mama, Pengedar Shaklee Aktif di kawasan Kuala Lipis, Raub dan juga seluruh Malaysia.

Simpan Nombor ni tauuuu...

017-3589005 (Mama Niki Shaklee)



Jom order Shaklee sekarang. Jangan lupa tauuuuu. Pengedar sah dan aktif Shaklee Kuala Lipis, Benta dan Raub, Pahang. Boleh pos ke seluruh Malaysia. 






Sunday, 28 August 2016

KAWAL KOLESTEROL TINGGI DAN HDL DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Rakyat Malaysia memang ramai yang ada masalah kolesterol sampai kena stroke, obesiti, hypertension, darah tinggi dan macam-macam lagi lah. 

Dengan sebab itu, ramai yang nak turunkan kolesterol sampai tak cukup kolesterol baik HDL ni. Nah, Landmark Study sudah membuktikan yang vitamin Shaklee mampu membantu meningkatkan HDL dalam darah. 


Oh ya sebelum mama lupa, HDL ni ialah kolesterol baik dalam badan kita. Ringkasan daripada perkataan High-Density Lipoprotein. Tugas dia ialah membantu membersihkan kolesterol jahat dari pembuluh darah. 

Kita dapat mengetahui kadar kolesterol HDL dan LDL dalam badan kita melalui pemeriksaan doktor. Namun kita dapat mengawal kolesterol tinggi dan HDL dengan pengambilan supplemen Shaklee secara konsisten. 

Tambahan pula, Landmark Study secara saintifik telah membuktikan bahawa kandungan HDL (kolesterol baik) dalam darah orang yang makan vitamin Shaklee lebih baik daripada orang yang tidak makan apa-apa vitamin dan orang yang makan vitamin dari jenama lain.

Kalau nak order apa-apa supplemen atau vitamin Shaklee, boleh whatsapp mama di :

017-3589005 (Mama Niki)

Mama merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, boleh membuat penghantaran sekitar Benta dan Raub. Juga membuat penghantaran menggunakan poslaju/ gdex ke seluruh Malaysia dan juga Brunei.







Saturday, 17 January 2015

CARA KAWAL EMOSI SUPAYA HIDUP LEBIH CERIA DAN GEMBIRA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni saya nak share tentang Vitamin kegemaran saya pulak yer. Saya mula ambik vitamin ni dalam pantang selepas melahirkan anak yang ketiga.

Vitamin ni termasuk dalam Set Pantang Shaklee. Saya mula jatuh cinta dan teruskan pengambilannya sampailah sekarang. Antara kesan yang paling saya suka ialah kulit wajah saya jadi sekata dan cerah dari sebelumnya.

Vitamin gapo tu? Hahaa. Itulah dia Bcomplex Shaklee. Hari ni saya nak kongsi tentang kandungan Bcomplex Shaklee dengan anda semua.



Antara kandungan Bcomplex Shaklee ialah :

Vitamin B1

  • Menggalakkan pertumbuhan dan meransang fungsi otak.
  • Membantu kesihatan sistem saraf.
  • Mencegah kelesuan.
  • Meningkatkan stamina.
  • Membantu sistem pencernaan dan metabolisme.

Vitamin B2
  • Memproses asid amino dan lemak.
  • Membantu mengaktifkan Vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3
  • Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan membantu pengaliran kolesterol dalam darah.
  • Membantu dalam kesihatan kulit yang baik.
  • Membantu sistem pencernaan.
# Kajian klinikal membuktikan kadar Vitamin B3 yang rendah dalam badan boleh menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar untuk menjadikan seseorang psycho/sakit mental.


Vitamin B5
  • Membantu mengurangkan stress fizikal dan mental.
  • Membantu mengurangkan penuaan pramatang.

Vitamin B6
  • Vitamin utama dalam proses asid amino.
  • Mengawal serotonin dalam otak.
# Ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depresi.


Vitamin B9
  • Bersama-sama dengan Vitamin B12, Vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter dalam aktiviti mengurangkan depresi tubuh.

Vitamin B12
  • Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depresi dan tidak tenteram.

AWAS ! Kekurangan Bcomplex boleh menyebabkan tanpa sedar, anda mengalami gangguan mental dan seterusnya jadi .............. (isi tempat kosong).


Hubungi saya segera untuk mendapatkan vitamin yang semulajadi, terbaik dan sesuai untuk anda menikmati hidup dengan lebih sihat, ceria dan gembira.

Anda boleh hubungi saya di :

017-3589005 (sms/whatsapp)

Moga artikel tentang Kandungan Bcomplex Shaklee dan Fungsi Bcomplex Untuk Kawal Emosi ini bermanfaat untuk kita semua.

Jangan lupa hubungi saya untuk order. 

Saya merupakan Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Pengedar Shaklee Raub. Saya juga membuat COD (cash on delivery) untuk anda semua.

Saturday, 8 November 2014

TIPS TARIK MINAT ANAK MAKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sebagai seorang ibu, memang saya akan rasa teruja setiap kali bercerita tentang anak-anak. Kerana anak-anaklah permata hati saya, dunia saya, syurga saya, ketenangan saya dan segala-galanya bagi saya. Wahhh terlebih sudahhh... :)

Bila anak-anak makin membesar, biasanya kita sebagai ibu akan mengalami masalah ini. Iaitu anak menjadi pemilih untuk makan atau picky eater. Saya alami masalah ini dengan anak kedua saya iaitu Hakeem.

Susah sangat dia nak makan atau minum. Kadang-kadang tu bibir dia kering dan berdarah kerana kurang minum air dan terlalu leka bermain. Tambahan pula, zaman sekarang ni, dengan tab, smartphone, anak-anak memang leka, nak ke tandas pun ditahannya. Huhu sabar je la kan.

Picky Eater? Ibu bapa mesti menguasai cara mengatasi anak-anak jenis macam ni. Hehe comel je kan?

Tips menarik minat anak untuk makan :

Kadang kala sukar mengajak anak-anak makan kerana mereka sibuk bermain atau menonton televisyen. Walaupun hidangan yang disediakan menyelerakan tetapi mereka tidak mempedulikan. Bagaimanapun ada pula situasi di mana anak hendak makan tetapi ibu dan ayah pula sibuk dengan kerja lain?

Oleh kerana perlu makan berseorangan, akhirnya anak hilang selera lalu terus tidak makan. Justeru sebagai ibu bapa, kita perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk makan agar mereka mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.

  • Pastikan kita sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.
  • Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.
  • Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.
  • Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.
  • Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.
  • Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.
  • Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.
  • Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.
  • Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.
  • Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.
Ataupun, saya ingin mencadangkan supaya ibu-ibu cuba beri anak-anak minum Meal Shakes Shaklee. Saya beri pada Hakeem, Alhamdulillah selera dia makin bertambah. Dia kurang demam, selsema, antibodi dia jadi makin kuat. Dan yang paling penting, dia tidak sembelit seperti sebelum ni. Walaupun dia tidak mengambil buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Cubalah, mana tau sesuai dengan anak-anak anda. Yang penting Meal Shakes ni semulajadi, berkesan, selamat dan halal.

Anak pasti suka dgn aroma dan rasanya. 

Untuk mendapatkan Meal Shakes Shaklee ataupun apa saja produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, anda boleh la hubungi saya di :

017-3589005 (Niki)
E-mail : ireen2285@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty



Tuesday, 4 November 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS, BENTA, RAUB DAN KAWASAN SEKITAR PAHANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Saya nak cerita la entry kali ni macam mana alkisah saya boleh terjebak dengan Shaklee ni. Hehe. Saya mula consume Shaklee lepas bersalin anak yang ketiga. Saya ambik Set Pantang Shaklee yang awesome tu lah. 

Masa tu saya tak join jadi ahli lagi. Saya beli je dengan orang. Siap promot lagi dengan kawan-kawan satu tempat kerja, beli Shaklee dengan orang tu. Alahai ruginya tak join Shaklee awal-awal. Haha.

Saya ni boleh dikira agak aktif juga berfacebook. Hehe. Tapi kerja saya setiap hari scroll newsfeed konon nak tahu perkembangan kawan-kawan. Konon laaaa. Scroll punya scroll. Ehhhh dah sejam dah aku ngadap facebook ni. Banyak sangat membuang masa dengan sia-sia.

Satu hari, senior satu sekolah tegur kat chatbox. Chatting punya chatting, dia ajak saya join Shaklee. Saya cakap takpe la nanti dulu la. Sebab saya ni memang negatif gileee dengan yang kena jadi-jadi ahli ni. Tambah-tambah pulak MLM ni. Aduyaaai memang anti gileeee!

Minggu depannya, kami chatting lagi. Sekali lagi dia ajak saya join Shaklee. Saya pun setuju la. Ye la kan...why not? Lagipun memang saya sedang consume Shaklee. Dan saya memang sedang jatuh cinta dengan supplemen Shaklee. Mana taknya, susu melimpah ruah dan badan saya rasa sangat best. Kulit pun bertambah sihat. Alhamdulillaah.

Lepas dah sign up jadi ahli, saya di add di group Shaklee. Nama group tu OMS. Wah meriah rupanya group Shaklee ni. Ada tak faham apa-apa boleh tanya. Bila tanya, cepat pulak diorang respon. Wah syok tau. Saya pun cuba-cuba la nak promot kat facebook. Hehe. 

Taraaaaaa....saya merupakan pengedar sah Shaklee anda. Hubungi saya untuk khidmat nasihat terbaik.


Mana nak sangka, bila saya cuba promot, ramai pulak kawan-kawan berminat nak beli. Masa tu terfikir 'aisey napa laa aku nak promot Shaklee ni awal-awal lagi?' heheh. Iye la kan, daripada hari-hari saya scroll fb tanpa hala tuju, apa salahnya saya post pasal Shaklee. Ada juga manfaatnya. Dapat jugak pahala share benda yang positif dan baik-baik.

Bila dah dapat order dari kawan-kawan, saya mula rasa seronok buat Shaklee ni. Tambahan pula, bila saya capai point tertentu, Shaklee bagi bonus berbentuk cash direct ke dalam akaun saya. Aduhai seronok sangat masa tu. Haha. (Psttt sebenarnya kan, banyak lagi insentif Shaklee bagi, nanti-nanti kita cerita yeaaa).

Sekarang ni, saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Benta dan Raub, Pahang. Saya boleh COD (cash on delivery) ke kawasan sekitar seperti Dong, Padang Tengku, Merapoh, Penjom dan sebagainya tanpa sebarang caj tambahan. 

Saya juga membuat perkhidmatan penghantaran menggunakan Poslaju, Gdex dan Citylink ke seluruh Malaysia dan Brunei. 

Sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, boleh lah hubungi saya di :

Sms/ whatsapp : 017-3589005 (Niki Shaklee)
Email : ireen2285@gmail.com


Love and hug ,
Awesomelybeauty 
Shaklee ID : 926488

Monday, 3 November 2014

PROMOSI NOVEMBER - PROMOSI BERGANDA - OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Macam biasa lah, setiap bulan Shaklee akan buat promosi. Dan setiap bulan promosi dia berbeza-beza. Contohnya bulan lepas, Shaklee buat promosi Esp. Beli 6 percuma 1. Bulan ni pulak Shaklee buat promosi berganda. Omega Guard Shaklee. Beli 6 percuma 1 dan promosi satu lagi ialah beli 2 botol Omega Guard Shaklee dan kita akan dapat 5% diskaun.

Wahhh peminat Omega Guard Shaklee mesti suka sangat dengan promosi ni. Jadi saya harap kita semua jangan lepaskan peluang beli Omega Guard masa tengah promosi ni tau. Sebab memang sangat murah dan sangat memberi nilai untuk wang anda.

Ini promosi beli 6 botol dan dapat 7

Ini promosi beli 2 botol dan dapat diskaun 5%


Kat sini, kami ingin jelaskan lagi apakah untung nya jika membeli Omega Guard bulan ni. Masa promosi sedang berlangsung ni. 

Antara kelebihan membeli Omega Guard semasa promosi ialah kita akan dapat :

  • Percuma 1 botol Omega Guard Shaklee bernilai RM 136.00
  • Percuma keahlian seumur hidup bernilai RM 65.00
  • Boleh membeli pada harga ahli semua produk Shaklee dengan penjimatan 5%
  • Pulangan tunai dalam akaun anda berjumlah RM 36.

Tapi jika anda hendak membeli 1 botol sahaja pun boleh. Hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa.

Awesome! Banyak betul Shaklee nak bagi bila kita beli set promosi Omega Guard Shaklee pada bulan ni. 


Tambahan pula, jika anda berminat untuk menjana pendapatan dari rumah, kami akan masukkan anda di dalam secret group yang akan memberikan bimbingan sehingga anda berjaya. Dan anda boleh bertanya apa sahaja di dalam group tersebut.

Jika ingin mendapatkan set promosi Omega Guard Shaklee ni, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan pengedar sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Sunday, 2 November 2014

PERIOD / HAID TIDAK DATANG DISEBABKAN GLA SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari tu kecoh kan tentang GLA Shaklee gara-gara kenyataan Cikgu Mary yang katanya Gla menyebabkan dia dapat cyst. Walhal doktor yang merawat menafikan sekeras-kerasnya tentang hal itu.

Di sini kami mengambil peluang untuk berpesan supaya tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan Shaklee tanpa apa-apa sokongan medical report atau medical statement kerana pihak Shaklee berhak menyaman di atas sebarang tuduhan yang cuba menjatuhkan nama baik Shaklee itu sendiri.

Hari ini kami ingin membincangkan tentang Gla Shaklee. Memandangkan kami mendengar cerita ramai yang tidak datang haid selepas mengambil Gla Shaklee. 

Ramai antara kita yang mengalami masalah period yang tidak teratur terutamanya di kalangan remaja dan anak dara. Walaupun sudah mengambil Gla Shaklee, tetap juga tidak datang period. Mungkin anda rasa Gla Shaklee tidak sesuai untuk anda. Anda mula berhenti mengambil Gla Shaklee dan mula menyesal dan rasa rugi membeli Gla Shaklee kerana tidak mendapat hasil yang diharapkan.

Sila aware tentang masalah period anda kerana ia melibatkan soal kesuburan juga.

Nasihat kami jika anda mempunyai masalah period tidak datang selepas makan Gla Shaklee ialah :

Kita perlu faham dulu apa itu supplemen. Bagaimana tindakan supplemen terhadap badan dan juga apa beza supplemen dengan ubat-ubatan. 

Kita perlu tahu bahawa supplemen merawat punca berlakunya sesuatu penyakit. Supplemen ni juga sangat lembut tindakan dia pada badan kita. Jadi mungkin badan kita sedang menerima tindak balas terhadap supplemen secara perlahan dan merawat apa-apa yang tidak betul dalam badan kita dahulu. Biasanya Gla melibatkan ketidakseimbangan hormon. Jadi, badan kita sedang berinteraksi untuk menstabilkan hormon anda semula.

Soalan : Kenapa orang lain makan Gla ok je, datang period dia, kenapa saya makan Gla period tak datang pun?

Sebenarnya tindakbalas dan penerimaan badan seseorang tu tidak sama. Lagi pula, ia bergantung kepada diet pemakanan kita macam mana, keturunan, berat badan, seseorang juga mempengaruhi. Jadi, kita tidak boleh samakan atau membandingkan kesan pada badan kita dengan orang lain.

Saya juga mengambil Gla Complex Shaklee. Mula-mula period saya tunggang langgang juga. Lepas tu keluar sikit-sikit warna coklat gitu. Tapi saya tetap mengambilnya dengan istiqomah dan konsisten. Alhamdulillaah sekarang period saya tepat je datang setiap bulan. Malah, kulit muka saya juga bertambah sihat dan glowing.

Selain daripada itu, ada yang mengambil Gla Shaklee ni akan rasa nak demam, loya, rasa badan berangin, dan sebagainya, itu sebenarnya tanda badan kita sedang mengalami healing crisis. 

Ini vitamin kegemaran saya!


Apa itu healing crisis?

Healing crisis ialah proses pemulihan di mana tubuh badan kita iaitu sel-sel dan tisu-tisu cuba mengeluarkan toksin-toksin yang lama terkumpul dalam badan. Cara pengeluaran healing crisis ini bergantung pada tubuh masing-masing.

Jadi, usahlah risau jika makan Gla Complex Shaklee dan period tidak datang. Teruskan pengambilan dengan sabar. Dapatkan nasihat dari pengedar Shaklee yang benar-benar berilmu dan bukan sekadar menjual. 

Moga kita semua beroleh kesihatan dengan mengamalkan Shaklee. Insyaa Allah. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan, atau ingin membeli sebarang produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli dan menjana pendapatan dari rumah, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

TIPS TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Zaman sekarang ni kami perasan ramai kawan-kawan atau kenalan, tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak, mudah kena demam, selsema, batuk dan sebagainya. Kebanyakan mereka menyatakan semua ni disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu. Benarkah? Benarkah cuaca yang menyebabkan mereka senang jatuh sakit?

Pada kami, jika antibodi kita kuat. Insyaa Allah kita tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Sistem imun ini berfungsi dan berkaitan dengan cara pemakanan kita, gaya hidup kita, dan bagaimana kita menjaga emosi dan fizikal setiap hari. 

Hari ini kami ingin kongsi 4 tips tingkatkan sistem imun untuk rujukan kita semua. Moga bermanfaat. 

1) MAKAN DENGAN BETUL

Jangan makan berlebihan, itu kunci utamanya. Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Justeru itu, ia akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.

Jenis makanan yang dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti :-
  • makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah buahan sitrus dan brokoli.
  • Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin.
  • makan bawang putih – makanan yang kaya dengan zink, seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu.
  • makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah buahan dan sayur sayuran.
  • makanan yang kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi.
Kami lebih suka guna ayat ni " Eat healthy, be happy".

Kebanyakan penyakit berpunca daripada perut. So, eat healthy ok! :)

2) BERSENAM SELALU
Senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit sepanjang tahun. Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki lima kali seminggu selama 12-15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam. 

Walaubagaimanapun, senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.

Jommm excercise!

3 ) MENGURUSKAN TEKANAN

Hormon hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. 

Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam dua cara, samada menghapuskan sel darah putih (yang melawan penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun. 

Oleh itu, luangkan masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari.


Jangan stress2 ok!

4) DAPAT TIDUR YANG SECUKUPNYA

Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. 

Kesan buruk terhadap fungsi sistem ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur. 

Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan daripada minuman berkafien, tembakau dan arak.

Amboi lenanya dia tidur.

Kami merupakan pengedar sah Shaklee. Boleh hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee. Kami adalah Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.

Boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Friday, 24 October 2014

BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Fenomena positif lagi luarbiasa melanda kawan-kawan dan kenalan kami. Fenomena apa? Haaaa sudah pastilah fenomena menyusu bayi secara ekslusif! Alhamdulillaaah syukur syukur syukur.

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, ramai dari kenalan kami begitu concern tentang milk booster, breast pump, ebm, power pumping dan sebagainya. Malah ada kawan kami pinjam breast pump avent kami, sampai sekarang belum pulangkan. Ha ha ha. Adoi sabar je.

Antara perkara paling penting dalam proses penyusuan si manja secara ekslusif ialah penyimpanan EBM (Express Breast Milk) atau susu ibu yang telah diperah.

Penting untuk ibu-ibu tahu sebab jika tidak betul cara penyimpanannya, maka susu akan cepat rosak. Dan sia-sia lah segala usaha ibu-ibu memerah susu siang dan malam.

Sebenarnya berapa lama susu ibu bertahan bergantung kepada bagaimana dan di mana susu ibu disimpan.

Kebersihan adalah penting semasa mengendalikan susu yang telah diperah.

Selalunya susu ibu kekal segar pada suhu bilik (60-85 darjah Fahrenheit) selama 3 hingga 4 jam. Tetapi susu dalam keadaan sejuk, contohnya seperti musim sejuk di England boleh bertahan dengan lebih lama iaitu antara 6 hingga 8 jam.

Jika ia disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh digunakan semula antara 3 hingga 5 hari. Susu ibu yang disimpan dalam keadaan sejuk beku boleh digunakan lebih lama lagi.

Jika ia disimpan di dalam peti sejuk yang mempunyai pintu yang berasingan, susu ibu beku tahan selama 3 hingga 6 bulan.

Susu yang disimpan baik dalam peti sejuk, kadang kala boleh bertahan lebih dari itu.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu boleh cuba merasa susu dahulu sebelum diberikan kepada anak. jika ia berasa masam, berkemungkina ia telah dicemari kuman.

Untuk mengelakkan ini, cuci tangan sebelum mengepam susu ibu dan segera menyimpan di dalam peti sejuk.

Jika mahu menggunakan semula, elakkan mencairkan susu ibu yang beku dengan menghangatkannya di atas dapur. Biar ia cair perlahan-lahan di dalam suhu bilik.

Kami mencadangkan ibu-ibu mengambil milk booster terbaik dari Shaklee jika berhasrat untuk menyusukan bayi sepenuhnya secara ekslusif. Saya sendiri telah mencubanya dan Alhamdulillaah saya sangat berpuashati.

Setiap pembelian akan disertakan jadual pump susu, tips-tips dan khidmat nasihat berterusan dari kami. Juga special free gift dari kami untuk anda semua.

Jika berminat boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty







MERAWAT DAN MENCEGAH RUAM LAMPIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Lamanya kami tak update entry di blog pink kesayangan kami ni. Maklum sajalah, cuti sekolah. Sibuk melayan anak-anak tiga orang tu. Anak baru tiga, tapiiiiii havoc macam anak 10 tauuu. Rindunyaa nak menaip. Haha. Hari ni kami nak bincang tentang ruam lampin sebab kami baru je balik dari melawat kawan kami yang baru lepas bersalin dan baby dia kena ruam lampin. Walaupun tak teruk sangat tapi penting untuk ibu-ibu ambil tindakan segera supaya ruam tu tidak melarat.

Setelah bagi beberapa tips. Ewaah dah macam doktor pula kami ni. Kami rasa kami nak share dengan semua pembaca tentang ruam lampin ni.

Nappy rash atau ruam lampin biasanya berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah dan lambat ditukar yang menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan, menyebabkan pedih dan sakit.

Biasanya ruam lampin atau nappy rash ini melanda bayi yang berusia bawah setahun setengah.

Jangan biarkan melarat. 

Punca ruam lampin ialah :

  • Bayi mempunyai kulit yang sensitif. Terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing sehingga menyebabkan keradangan dan ruam pada kulit bayi.
  • Menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai dengan kulit bayi.
  • Adakalanya 'baby wipe' tidak sesuai dengan kulit bayi, terutamanya yang mempunyai wangian.
  • Bayi yang mempunyai kulit yang amat sensitif menyebabkan masalah ruam terjadi berulang-ulang.

Cara untuk mencegah ruam lampin pada bayi :

Menggunakan krim sapuan boleh menghilangkan ruam pada bayi, namun tidak menjanjikan masalah ini tidak berulang. Jadi, untuk mencegah masalah ruam ini daripada berulang, maka kami cadangkan ibu bapa bertindak seperti di bawah :
  • Menukarkan lampin bayi dengan kerap dengan memeriksa lampin mereka setiap 2-3 jam. Seeloknya, jika kulit bayi anda sensitif, gunakan 'cloth diapers'. 
  • Gunakan air yang bersih dan basuh berak bayi dengan sempurna terutamanya di celah lipatan kelengkang bayi. Bagi bayi perempuan, mulakan basuhan daripada 'depan ke belakang' bagi mengelakkan daripada kuman dari kemaluan belakang menjangkiti vagina.
  • Pastikan kulit bayi menjadi kering selepas membasuh kawasan itu dengan cara mengelap atau memberikan pengudaraan.
  • Jika bayi mengalami luka lecetan, boleh sapukan krim bagi menghalang bahagian kulit yang luka dijangkiti kuman. Krim-krim ini ada banyak dijual di farmasi. Namun, kami sarankan berjumpalah dengan doktor untuk dapatkan perskrepsi yang tepat. Jika mahukan krim yang bebas paraben, anda boleh cuba Herbal Blend Multipurpose Cream dari Shaklee

Ibu bapa sekalian, buatlah langkah pencegahan. Beri extra care untuk bayi anda. Insyaa Allah masalah ruam lampin tidak akan berulang.


Jika anda ada sebarang pertanyaan, atau berminat untuk jana pendapatan dari rumah dengan Shaklee, atau ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)
e-mail : niksurina2013@gmail.com

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Sunday, 19 October 2014

CARA PENGAMBILAN ALFALFA SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Ada ramai yang tanya bagaimana cara pengambilan Alfalfa Complex yang sebenarnya. Ada yang cadangkan ambil 5 biji, ada yang cadangkan ambil 6 biji, dan ada juga yang cadangkan 10 biji. Di botol Alfalfa pula ditulis maksimum pengambilan adalah 10 biji sehari.

Kami suka nyatakan pengambilan Alfalfa adalah mengikut keperluan setiap individu. Dan keperluan setiap individu adalah berbeza-beza.

Alfalfa ni mengandungi vitamin K, bermakna ia akan menyebabkan kepekatan darah kita meningkat. Maka pengambilan air masak yang banyak sangat perlu ok.  Lagi banyak anda ambik Alfalfa, lagi banyak jumlah air yang perlu anda ambil.

Jangan pandang remeh hal ini. Seeloknya ambil Alfalfa sebanyak 2 biji pagi, 2 biji tengahari dan 2 biji malam supaya pengambilan air kita seimbang dan sekata.

Ini lah dia vitamin yang wajib diambil oleh ibu-ibu yang menyusu. Kerana ia merupakan milk booster terbaik kalau mengikut pengalaman saya sendiri. Inilah vitamin yang membuatkan susu saya bengkak semasa menyusukan Hakeem dan Hareez!

Breastfeeding journey yang sangat menarik sepanjang menyusukan anak-anak. Ahamdulillaah. Nanti saya akan kongsikan pengalaman saya bersama anda semua.

Ejen detoks terbaik kegemaran kami.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Shaklee, atau berkaitan dengan keahlian dan menjana pendapatan dari rumah, anda boleh hubungi kami melalui :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee di Kuala Lipis, Pengedar Shaklee di Benta dan Pengedar Shaklee di Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Wednesday, 15 October 2014

BUANG ANGIN DENGAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Dulu saya gastrik teruk sangat. Tiap kali kena gastrik, saya terpaksa ke klinik ambik injection. Dan terpaksa apply cuti kerana tidak fit untuk bekerja. Sungguh mengganggu prestasi kerja saya seharian.

Biasanya saya ni jenis yang banyak angin. Lama-lama tidak membuang angin, perut pun makin buncit. Aduhai huduhnya bila perut buncit. 

Sebenarnya ada banyak punca kenapa boleh ada banyak angin dalam badan ni. Antara puncanya adalah seperti di bawah. Selamat membaca ye semua. Semoga bermanfaat.

Punca Angin Dalam Badan

Angin di dalam badan akan membuatkan diri kita menjadi tidak selesa. Pernah tak terjadinya kentut berpanjangan? Kadangkala sendawa?

Biasanya kita kerap melihat orang yang lebih berumur mempunyai banyak angin di dalam badan. Sebenarnya kini lebih ramai orang muda juga mempunyai masalah angin dalam badan.

Banyak faktor dan punca yg menyebabkan badan kita terkumpulnya angin.

Antaranya ialah:

1. Cara kita mengunyah makanan yang menyebabkan udara ditelan dan terkumpulnya angin dalam badan melalui makanan yang tidak di hadam

2. Pemilihan makanan sejuk seperti kubis, brokoli, kekacang

3. Stress juga mengundang kepada punca angin di dalam badan tidak keluar kerana tubuh menjadi tegang ketika stress.

4. Tubuh tidak banyak bergerak menjadikan angin mudah terkumpul di dalam badan.

5. Toksik yang banyak di dalam badan juga boleh menyekat angin keluar dari badan

6. Kurangkan minum minuman berkafein dan minuman sejuk.

Sila buang angin yang tidak perlu dari badan anda!

Euwwww siapakah yang mebuang angin merata-rata ni???

Kehadiran angin di dalam badan akan menjadikan kita tidak selesa. Lenguh badan. Urat menjadi tersimpul. Oleh itu adalah penting untuk kita mengurangkan dan membuang angin di dalam badan.

Peppermint Ginger Plus boleh mengatasi utk membuang angin di dalam badan. Mempunyai kandungan halia dan pudina dlm setiap tablet yg membolehkan angin di dalam perut dapat disingkirkan.

Ini ejen pembuang angin terbaik, kegemaran kami sekeluarga.

Ayuh semua. Hidup bebas tanpa angin dalam badan!

Jika anda ada masalah angin, dan ingin membuang angin dari badan anda, boleh la hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Monday, 13 October 2014

LAWAN KANSER DENGAN VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kami sangat terkesan sebab lately ramai sangat kenalan kami yang meninggal disebabkan kanser. Dan ada juga yang baru mendapat khabar berita yang mereka menghidap kanser. Tak dapat dibayangkan macam mana perasaan mereka. Nauzubillaaah, moga kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit merbahaya. Ameen.

Hari ni kami nak cerita tentang Vivix Shaklee dan kaitannya dengan penyakit kanser. Kami nak ceritakan tentang seorang cancer survival yang begitu kuat dan tegar dalam melawan penyakit kanser beliau.

Ini kisah tentang bekas seorang penyampai berita di NTV7, Master Law Chu Hian. Beliau merupakan penghidap kanser paru-paru 10 tahun yang lalu.

Sebelum Vivix dikeluarkan untuk pasaran Malaysia, Master Law mengambil Alfalfa berbotol-botol untuk mengelakkan daripada sel kanser merebak dan membiak. Ini adalah kerana Alfalfa bersifat alkali dan kaya dengan klorofil.

Ini adalah semasa beliau menjalani kemoterapi.

Setelah Vivix masuk untuk pasaran Malaysia, Master Law telah mengamalkan pengambilan Vivix untuk mematikan sel-sel kanser tersebut.


Beliau mengalami perubahan yang ketara setelah mengambil Vivix dan beliau kelihatan lebih muda daripada sebelumnya. Amazing!

Dan sekarang beliau telah bebas daripada penyakit kanser. Beliau menikmati kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik dari sebelumnya. 


Ini adalah gambar terkini beliau. Beliau sekarang suka berkongsi kebaikan Vivix dan supplemen Shaklee untuk kesihatan kita seisi keluarga. Macam tu juga lah kami, suka berkongsi kebaikan Shaklee dengan anda semua. 

Jika anda ingin mendapatkan Vivix atau sebarang supplemen Shaklee, jangan malu-malu untuk menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty







Friday, 10 October 2014

MAKSUD GMO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ada kawan-kawan bertanya tentang produk Shaklee, adakah benar ianya semulajadi? Jawapan kami "YA" sememangnya 100% semulajadi. Langsung tidak mengandungi GMO.

Ada pula yang bertanya, GMO? Apa tu? Haaa di sini kami akan terangkan apa itu GMO. 

Apakah GMO?

GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai Genetic Engineering).


Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkanya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini.

Cara mudah dan cepat bagi membesaran menanaman tumbuhan. Tetapi banyak kesan sampingan untuk jangka masa panjang sekiranya manusia mengambil makanan yang mengandungi GMO.

Oleh itu, pastikan makanan yang anda ambil tidak mengandungi GMO dan bersifat semulajadi (pembesaran dengan sendiri).

Apa yang pasti kesemua produk Shaklee diperbuat daripada tumbuhan dan bahan semulajadi BUKAN GMO! Contohnya, Esp (Energizing Soy Protein Shaklee diperbuat daripada soya berkualiti tinggi, ditanam dan diperoses tanpa melibatkan genetic engineering. Jadi usah ragu-ragu, kesemua produk Shaklee adalah semulajadi, jadi ianya selamat untuk anda seisi keluarga.

Sesuai dengan motto Shaklee, 'Always Natural, Always Safe, Always Work' yang bermaksud 'sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan'. 

Banyak sangat tumbuhan dan binatang yang telah diubah genetiknya. Di sini kami cuba senaraikan antara tumbuhan yang mengandungi GMO. Antaranya :

Ni antara tumbuhan yang mengandungi GMO

Mengandungi GMO!

Antara buah yang diubah secara genetik. Awas! Cantik rupanya tapi sangat bahaya untuk kesihatan!

GMO!

Arghhhhh semua ni ada GMO! 

Jadi, kami suka untuk berpesan,  jaga lah pemakanan kita. Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi GMO. Berikan hanya yang terbaik utk diri sendiri dan keluarga kita.

Jika ingin mendapatkan semua produk Shaklee yang semulajadi dan bebas GMO, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty