nuffx

Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts

Thursday, 1 September 2016

PROMOSI SHAKLEE BULAN NOVEMBER ( ESP DAN VITAMIN C SHAKLEE)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni nak bagitau tentang promosi Shaklee bulan September. Best sangat tau promosi bulan ni. Ramai kata bulan ni promosi Set Kulit Cantik Shaklee. Memang benar sekali hehe. Jadi, sapa-sapa tertunggu-tunggu promosi Set Kulit Cantik Shaklee ni kena la cepat-cepat beli tau.

Promosi bulan September 2016 ialah :

1. Vitale Kids Beli 3 percuma 1

2. Esp Beli 2 dapat diskaun 5%

3. Esp Beli 6 percuma 1

4. Sustained Released Vitamin C Plus Beli 2 dapat diskaun 5%

5. Sustained Released Vitamin C Plus Beli 6 percuma 1

Wahhhh bestnya promosi bulan ni. Jom la korang borong beli share dengan kawan-kawan. Nak beli sebotol pun boleh jugak tauu. Boleh whatsapp mama di :

017-3589005 (Mama Niki)







Syok kan korang promosi Shaklee bulan September ni. Tunggu apa lagi? Jom la order sekarang. Cepat-cepat whatsapp mama di :

017-3589005 (Mama Niki)

Mama merupakan Pengedar Sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Sah Shaklee Benta dan juga Pengedar Sah Shaklee Raub. Boleh membuat penghantaran ke kawasan-kawasan sekitar tempat-tempat tersebut. Juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju ataupun Gdex.


Monday, 23 March 2015

ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR BAGI WANITA TERUTAMANYA YANG BERTUDUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Pernah tak mengalami masalah rambut gugur? Aduhai memang stress gileeee kalau rambut gugur ni. Betul tak?

Mana taknya, bila menyapu lantai, bukan sapu apa sangat pun, tapi sapu rambut je keje nya. Nak senang, guna je vacuum cleaner. Ohoho rimas betul tengok rambut sana sini kat lantai.

Tambahan Mama Niki ni yang kerja dengan kain kan. Tak syok la tiba-tiba kastemer buka bungkusan kain tengok ada rambut sekali kat dalam tu. Huhuuu. Beli kain dapat free rambut Mama Niki yang gugur. Hahaaa.

Rambut gugur ni banyak faktor dia jugak la kan. Ada tu sebab perubahan hormon. Macam mana sendiri, biasanya rambut gugur masa dalam pantang lah.

Bila mandi tu kan, terutamanya bila mama pakai shampoo, tudiaaa punya la banyak rambut gugur. Pastu bila sikat rambut, kemain banyak lagi rambut melekat kat sikat. Huhu. Kadang-kadang tu imagine ' eh dah macam orang ada penyakit kanser ni rambut asyik gugur je'. Nauzubillaaah. Huhu. Pengaruh TV betul la mama ni.




Rambut kan mahkota wanita. So tak kira la kita bertudung ke, tidak bertudung ke, tetap kena jaga kesihatan dan kebersihan rambut. Once dah rosak dan gugur rambut tu, memang dah tak lawa dah. Can you imagine.....wanita cantik tapi botak! Oh NO!

Hari ni mama nak share dengan uols 1 video tentang seorang sis kita yang telah berjaya mengatasi masalah rambut gugur beliau. Jom kita sama-sama dengar dan tonton. Memang bagus sangat perkongsian ni tau. Klik button play ok!



Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Mama pun ikut apa yang sis ni buat. Mama konsisten consume Esp Shaklee dengan Zinc Shaklee (eheeem by the way dua supplemen ni ada promosi tau bulan Mac ni).

Lepas tu, mama juga juga Set Haircare (penjagaan rambut) Prosante dari Shaklee. Alhamdulillaah dah makin kurang rambut gugur.

Kadang anak nak pintal-pintal, buat rambut mama hias macam-macam dah macam patung Barbie dibuatnya, mama tak risau dah. Kalau dulu, haram anak-anak pegang rambut mama, sebab bila diorang main rambut mama, konfem akan ada yang gugur. Huhu.

So, kalau uols nak tau lebih banyak perkongsian tentang cara mengatasi rambut gugur Shaklee ni, boleh hubungi mama di :

017-358 9005 (sms/whatsapp)

Orang-orang sekitar kawasan ni boleh roger je untuk COD ok.

  • Pengedar Shaklee Kuala Lipis
  • Pengedar Shaklee Benta
  • Pengedar Shaklee Raub
Jom ber Shaklee. Yang penting ianya semulajadi, selamat dan berkesan.



Tuesday, 17 March 2015

ATASI MASALAH GASTRIK TANPA UBAT MAHUPUN STEROID

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sapa yang ada gastrik sahaja memahami penghidap gastrik ni...kan? Kadang-kadang tu bila nak puasa mula la risau, kot gastrik menyerang. Tapi setengah orang akan cakap 'alah, saja la tuuuuu buat alasan tak nak puasa'.

Tapi kita pun tak kan lah selamanya nak biarkan masalah gastrik kita tu mengganggu kehidupan dan ibadat seharian. Hinggakan nak puasa pun tak boleh. By hook or by crook kita kena cari penawar. Betul tak?

Macam Mama Niki sendiri, memang mama ada gastrik. Tiap kali gasrik menyerang memang akan rasa pedih hulu hati, sesak nafas, muntah-muntah, jalan pun bongkok-bongkok gitu kan. Kalau gi klinik, memang kena inject la. Kat bontot plak tu kena inject. Adoiii hahahaa.

Pastu doktor tak bagi makan pedas-pedas. Tak bagi makan makanan yang berasid. Nak makan buah oren tak boleh, jus oren tak boleh. Hilang nikmat hidup. Kan? Haha.

So sapa-sapa nak tau macam mana gastrik yang mama hidapi bertahun lamanya boleh hilang (Alhamdulillaah dengan izin Allah jugak), mama willingly nak share dengan uols. So jangan hesitate to contact di nombor ni.

017-3589005 (sms/whatsapp)

Ni ada satu lagi video seorang sis yang juga mengalami masalah gastrik, dan dia sudi share macam mana dia atasi masalah gastrik dia tu tanpa ubatan mahupun steroid. Juga tanpa injection.

Jom sama-sama kita tonton dan moga dapat manfaat dari perkongsian sis ni. Lepas tengok video ni boleh la share yeap. Supaya lebih ramai lagi dapat manfaat.



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Tudia kan, sama macam mama jugak, sis ni amalkan minum Esp, Peppermint dan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillaah Shaklee sememangnya semulajadi, berkesan dan selamat untuk kita semua seisi keluarga.

Jom hubungi mama sekarang. Sebarang pertanyaan boleh contact :

017-358 9005 (sms/whatsapp)

Kami Pengedar Sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang. Nak COD boleh je roger roger ok! Poslaju ke seluruh dunia. Wahh heheee.

Jom ber Shaklee. No more gastrik! Insyaa Allaah. Hidup sihat, keluarga bahagia dan ceria.



Friday, 24 October 2014

SAKIT OTOT DAN KECEDERAAN OTOT, SHAKLEE ADA PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Pernah tak antara kita yang tiba-tiba merasakan sakit otot terutama di pundak dan punggung, pinggang, lutut, tapak kaki, leher, bahu, siku, kaki atau lutut? Sakit otot atau sakit sendi ini tidak mengira umur dan ianya terjadi menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Kebiasaannya, sakit otot ini akan menganggu rutin seharian kita. Tahukah anda sakit otot ini menandakan bahawa tubuh sudah terlalu letih dan perlu istirehat serta bantuan suplemen tambahan.

Antara sebab sakit otot :

Pakar sakit otot mengatakan yang sakit otot ini bukan hanya disebabkan oleh aktiviti yang berat, tetapi ada beberapa lagi penyebab sakit bahagian otot-otot kita. Antaranya ialah :

1. Duduk lama dalam kenderaan semasa kesesakan jalan

2. Duduk lama di depan komputer

3. Berdiri terlalu lama

4. Menggunakan kasut tumi tinggi dalam waktu yang lama.


Bersenam dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan sakit otot.

Nyeri atau sakitnya otot juga menyerang pada bahagian tubuh seperti pada leher, bahu, siku, pinggang dan lutut. Rasa ngilu pada otot terjadi kerana gerakan berlebihan atau tidak seimbang,otot sangat kurang berehat dan pergerakan tubuh yang terbatas, sehingga mengakibatkan “otot mengejang” setelah bekerja dalam waktu lama tanpa henti.

Anda juga perlu tahu perbezaan diantara "kesakitan otot" dan "pegal" :

1. Rasa Pegal (Sakit) : timbul kerana pengeluaran lactic asid 

Pengeluaran asam laktat (lactic acid) terjadi ketika tubuh memerlukan tenaga tetapi tidak memiliki oksigen yang cukup untuk menghasilkan tenaga secara aerobik. 

2. Kesakitan otot : berlaku kerana pada otot-otot tertentu sahaja dan penyebabnya lebih jelas , seperti kerana gerakan statik , atau kerana trauma.

Sakit otot jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada badan.

Kesakitan otot yang datang dan pergi, sebenarnya sukar untuk kita mengabaikannya kerana memang terkadang boleh mengganggu aktiviti harian kita dan kesakitan yang teruk boleh menyebabkan kita sukar untuk bergerak . Walaupun begitu, jangan terburu - buru dalam mengambil ubat penahan sakit otot dan pegal.

Adalah lebih baik ditangani sendiri supaya boleh sembuh dengan berehat yang cukup dan jika mahukan juga ubat, boleh ambil suplemen semulajadi atau disapu dengan krim padas dan urut dengan lembut. 

Antara produk Shaklee yang boleh membantu melegakan sakit otot anda ialah seperti di bawah :

Amalkan 4 supplemen ini untuk kesihatan otot anda.


Antara rawatan yang boleh anda lakukan sendiri dirumah ialah anda boleh mandi air panas, menampal koyok hangat kerana hal tersebut boleh mengurangkan gejala otot sakit dan radang. 

Cara lain untuk mengurangkan atau mencegah kesakitan otot dan sendi adalah dengan melakukan latihan regangan setiap hari . Hal ini boleh menjaga kecergasan tubuh juga berkesan untuk melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot . Jika beberapa perkara di atas sakit/nyeri otot dan sendi tidak hilang , sebaiknya rujuk ke doktor berdekatan untuk mengetahui penyebabnya.

Untuk mendapatkan supplemen Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli dan menjana pendapatan dari rumah, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)
E-mail : niksurina2013@gmail.com

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Friday, 17 October 2014

PUNCA DAN CARA MENGATASI SERTA MERAWAT MASALAH JERAWAT BATU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Saya sendiri mengalami masalah jerawat batu pada tahun akhir di universiti. Dah la masa semester akhir tu nak bertunang. Aduhai susah hati. Sebenarnya suami saya juga mempunyai masalah jerawat, cuma jerawat dia semua dah kering, tinggal parut sahaja, dan parut jerawat dia lekuk-lekuk macam kawah planet Marikh gitu kaedahnya. Huhuhihi. 


Masa tu macam-macam produk yang kawan-kawan suggest saya cuba. Tapiiiiiiiiiiiiii buka jerawat saya makin baik, malah makin teruk jadinya. Parut jadi hitam-hitam gitu. Huduhnya malu nak pandang wajah sendiri kat cermin.


Sebenarnya 54% wanita yang berumur lebih 25 tahun ke atas hadapi masalah jerawat timbul. Ada jerawat yang sangat teruk sehingga membuatkan seseorang itu rendah diri. Ada satu jerawat yang timbul kat muka pun dah risau kan?, inikan pula jerawat timbul yang nak penuh satu muka. Sebelum kita cari penawar untuk menyelesaikan masalah jerawat timbul ni, apakata kita ketahui dulu bagaimana jerawat terjadi.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

  • Jerawat terjadi kerana minyak menakung di pori-pori. Muka tidak dicuci dengan bersih dan masih terdapat sel kulit mati. (rasanya ini yang selalu terjadi dan sering kita ambil mudah, dah penat terus masuk tidur tanpa ingat nak bersihkan muka sebelum tidur. Make-up muka sering dibiarkan lama tanpa di bersihkan sebelum tidur, jadi tidak salah lah jerawat nak menonjolkan diri)
  • Kuman dan bakteria mudah hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit. (sama seperti masalah no 1)
  • Kerap terjadi kepada remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.
  • Ketidakseimbangan hormon adalah punca utama timbulnya jerawat.
  • Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.

Jom hidup tanpa dihantui masalah jerawat. Kami pun dah serik dengan jerawat ni.

Cara Mengatasi Jerawat Timbul 

Selain menjaga diet (makanan) dan sering minum air kosong serta senaman, pendek kata kita perlu amalkan hidup yang sihat, ada suplemen yang dapat membersihkan kulit dan mengalakkan penumbuhan jerawat baru serta dapat mengecutkan jerawat lama dengan cara semulajadi. 

Produk Shaklee untuk Set Jerawat 
  • Zinc Complex - mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan inflamasi dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.
  • Gla Complex - membantu mencairkan sebum yang berminyak, mengurangkan rongga dari tersumbat.
  • Vitamin C - mempertingkatkan sistem imun, membantu menyekat bakteria penyebab jerawat.
  • Alfalfa - membantu mengurangkan infeksi pada kulit.
  • ESP Soy Protein - mempertingkatkan pemulihan luka, mengurangkan parut.
Set Kulit Cantik Shaklee. Dijamin selamat dan berkesan!

Adakah jerawat batu menandakan kulit kotor? 

Ya. Jerawat batu berlaku apabila liang-liang roma pada kulit tersumbat. Hormon menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak dan mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk bakteria membiak.

Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kebersihan muka. Untuk itu bagi yang berminat mendapatkan produk tersebut boleh lah hubungi sekarang. Harga kasih sayang akan diberi KHAS untuk anda.

Jom hidup bebas dan lebih yakin diri tanpa jerawat!

Untuk dapatkan Set Jerawat ini boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Sunday, 12 October 2014

SUPPLEMEN DAN VITAMIN PENTING UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Setakat hari ni ada 7 orang yang hamil di tempat kerja kami. Subhanallaah. Subur-subur semuanya. Penangan Shaklee. Alhamdulillaah. 

Bagi ibu-ibu yang pernah mengalami proses kehamilan. Pastinya anda tahu kenapa supplemen penting untuk ibu hamil. Bagi bakal-bakal ibu, tentu anda teruja untuk memastikan anda dan kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya. Jadi pelbagai persoalan muncul di minda. Apakah perlu mengambil supplemen semasa hamil. 

Diet yang seimbang adalah terbaik untuk ibu hamil mendapatkan nutrisi yang secukupnya samada untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Oleh itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan sepanjang kehamilan. Ini penting untuk ibu hamil mendapatkan tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti seharian.

Ada juga di kalangan ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Jadi, pengambilan supplemen adalah sangat penting untuk melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan sepanjang kehamilan, baik untuk ibu dan juga tumbesaran bayi dalam kandungan. Pengambilan supplemen semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan komplikasi seperti risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Supplemen sangat penting untuk ibu hamil

Shaklee mempunyai vitamin yang sangat bagus untuk ibu hamil menjaga kesihatan sepanjang kehamilan. Saya amalkan sendiri, dan saya rasai perbezaannya.

Antara supplemen untuk ibu hamil ialah :

  • Esp (Energizing Soy Protein)
  • Vitalea with Iron Formula
  • Bcomplex with Folic Acid
  • Sustained Release Vitamin C Plus
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Set Kehamilan Shaklee yang awesome!

Untuk mendapatkan produk seperti di atas, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

Love and hug,
Awesomelybeauty



Friday, 10 October 2014

MAKSUD GMO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ada kawan-kawan bertanya tentang produk Shaklee, adakah benar ianya semulajadi? Jawapan kami "YA" sememangnya 100% semulajadi. Langsung tidak mengandungi GMO.

Ada pula yang bertanya, GMO? Apa tu? Haaa di sini kami akan terangkan apa itu GMO. 

Apakah GMO?

GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai Genetic Engineering).


Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkanya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini.

Cara mudah dan cepat bagi membesaran menanaman tumbuhan. Tetapi banyak kesan sampingan untuk jangka masa panjang sekiranya manusia mengambil makanan yang mengandungi GMO.

Oleh itu, pastikan makanan yang anda ambil tidak mengandungi GMO dan bersifat semulajadi (pembesaran dengan sendiri).

Apa yang pasti kesemua produk Shaklee diperbuat daripada tumbuhan dan bahan semulajadi BUKAN GMO! Contohnya, Esp (Energizing Soy Protein Shaklee diperbuat daripada soya berkualiti tinggi, ditanam dan diperoses tanpa melibatkan genetic engineering. Jadi usah ragu-ragu, kesemua produk Shaklee adalah semulajadi, jadi ianya selamat untuk anda seisi keluarga.

Sesuai dengan motto Shaklee, 'Always Natural, Always Safe, Always Work' yang bermaksud 'sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan'. 

Banyak sangat tumbuhan dan binatang yang telah diubah genetiknya. Di sini kami cuba senaraikan antara tumbuhan yang mengandungi GMO. Antaranya :

Ni antara tumbuhan yang mengandungi GMO

Mengandungi GMO!

Antara buah yang diubah secara genetik. Awas! Cantik rupanya tapi sangat bahaya untuk kesihatan!

GMO!

Arghhhhh semua ni ada GMO! 

Jadi, kami suka untuk berpesan,  jaga lah pemakanan kita. Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi GMO. Berikan hanya yang terbaik utk diri sendiri dan keluarga kita.

Jika ingin mendapatkan semua produk Shaklee yang semulajadi dan bebas GMO, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty





Thursday, 9 October 2014

KEMURUNGAN SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sempena ramai kawan-kawan kami yang sedang hamil, kami suka nak berkongsi tentang kemurungan yang biasa melanda wanita semasa hamil.

Kemurungan ni kita ibaratkan macam bebanan perasaan la (emosi dan fizikal). Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering melanda wanita yang bekerja lepas tu tinggal berjauhan pula dari suami ataupun ibu bapa.

Bayangkan wanita yang tinggal berjauhan dengan suami dan ibu bapa, tinggal pula di bandar yang besar. Terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil. Setiap pagi bangun awal siapkan anak-anak, menghadap jem menghantar anak-anak ke taska dan sekolah. Kemudian ke tempat kerja. Petang terpaksa pula menghadapi jem, ambil anak-anak, balik rumah, masak, menguruskan anak-anak sendirian. Bila anak-anak tidak sihat, terpaksa pula berjaga malam. Semua ini boleh menyebabkan kemurungan buat ibu yang sedang hamil.

Belum ambil kira tekanan di tempat kerja, suami yang tidak mengambil berat, jiran-jiran dan rakan sekerja yang menyakitkan hati. Ini semua boleh menjadi punca kepada stress dan mengakibatkan kemurungan.

Selalunya doktor atau jururawat kurang memberikan perhatian kepada aspek ini. Malah orang sekeliling tidak pernah bersimpati, apatah lagi membantu dan memberikan motivasi.

Setiap keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh wanita samada mengenai diri mereka atau bayi mereka harus diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat. Motivasi dan penerangan yang jelas insyaa Allah dapat membantu mengurangkan tekanan yang mereka alami. Selain pemeriksaan fizikal, pemeriksaan emosi juga harus dititikberatkan.

Kemurungan memberi kesan buruk pada ibu dan bayi.

Kami harap ibu-ibu cuba belajar mengawal emosi dengan baik. Boleh baca entry kami dia http://www.awesomelybeauty.blogspot.com/search/label/Tips%20Tangani%20Stress%20Dengan%20Amalan%2011%20B

Tekanan perasaan boleh memudaratkan diri ibu-ibu dan bayi dalam rahim. Hormon stress yang dikeluarkan ke dalam tubuh wanita akan melintasi uri. Jika tindakan hormon ini terlalu lama, bayi boleh mengalami berat badan yang rendah atau kelahiran pra matang. Apabila besar, bayi ini juga dikatakan boleh mengalami masalah pembelajaran di sekolah.

Mohon doktor dan jururawat mengenalpasti samada seseorang wanita itu berpotensi mengalami masalah kemurungan (depression), terutamanya wanita yang sebelum hamil pun sudah mengalami rasa runsing (anxiety) atau masalah pemakanan (eating disorders) atau mengalami penyakit mental yang serius seperti schizophrenia dan bipolar disorder. Kemurungan adalah suatu keadaan yang lebih teruk dari tekanan perasaan. 

Kami mencadangkan ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat, cukup nutirisi supaya ibu-ibu sentiasa sihat dan ceria. Boleh mengambil Esp untuk sumber protein, Vitalea Iron Formula sebagai multivitamin untuk tenaga dan Bcomplex untuk membekalkan folic acid yang sangat diperlukan oleh ibu semasa hamil. Bcomplex juga boleh bertindak sebagai vitamin penenang untuk ibu-ibu supaya dapat mengawal perasaan dari stress.

Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang sedang hamil.

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee ini, boleh menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty





Tuesday, 7 October 2014

KEBAIKAN SET BERSALIN SHAKLEE DARI SEGI NUTRISI UNTUK PEMULIHAN IBU BERPANTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ramai kawan kami yang sedang menunggu masa untuk melahirkan. Ada yang teruja kerana akan menyambut kelahiran cahayamata yang pertama. Ada yang bakal mendapat cahayamata kelima dan sebagainya. Alahai kami pun rasa teruja la. Rasa macam nak mengandung juga. Hihi.

Bila makin hampir dengan tarikh untuk melahirkan, ibu-ibu biasanya akan mencari-cari set bersalin yang sesuai dan memberi nilai untuk wang anda. Betul tak? Satu saja pesan kami, jangan diskaun untuk kesihatan, apa lagi kesihatan diri sendiri. Kalau kita tak sayang diri sendiri, siapa lagi? Kan?

Hari ni kami akan bincang tentang Kebaikan Set Bersalin Shaklee Dari Segi Nutrisi Untuk Pemulihan Ibu Berpantang. Moga kita semua mendapat manfaat. 

Anak adalah anugerah paling indah!

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Dari Segi Nutrisi Untuk Pemulihan Ibu Berpantang :

1. Zat Besi (Iron)

Zat besi atau iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh itu, ia sangat penting dalam memberikan tenaga semasa pantang. 

Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman. 

Kami mencadangkan Produk Shaklee VITALEA WITH IRON yang mengandungi zat besi 18 mg bersama 23 vitamins dan minerals yang diperlukan oleh wanita semasa dalam pantang.

Sebotol Vitalea With Iron tahan selama 4 bulan.

2. Vitamin B Kompleks

Vitamin B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B ( sebab itu dinamakan vitamin B Kompleks) yang sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik. 

Vitamin B, terutamanya folic acid, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh. Ia dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.

Vitamin B Kompleks ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak dengan Vitamin C. Malangnya ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempoh berpantang.

Produk Shaklee VITALEA IRON mengandungi kesemua vitamin B Kompleks yang diperlukan oleh wanita yang sedang dalam pantang.

3. Vitamin C

Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik, strawberi.

Ibu yang tidak mendapat cukup Vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah, dan mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat. 

Seperti Vitamin B Kompleks, Vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan. Wanita yang dalam pantang memerlukan Vitamin C 120 mg sehari.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON juga mengandungi Vitamin C sebanyak 120 mg dalam 2 caplet yang dihidangkan.

4. Zat Zinc

Zinc juga antara zat dalam pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolisme terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zinc untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibodi dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.

Zinc juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Wanita yang sedang dalam pantang memerlukan Zinc antara 15-20 mg.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON yang mengandungi zinc antara 15-20 mg.

5. Kalsium

Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan.

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.

Supplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Kalsium juga sangat penting bagi memperbaiki sistem saraf bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan. Dan juga mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.

Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1,000 hingga 1,500 mg sehari.

Produk Shaklee VITALEA WITH IRON mengandungi 450 mg kalsium dan Shaklee ESP mengandungi 500 mg kalsium. Pengambilan kedua-dua produk ini akan melengkapkan bekalan kalsium yang diperlukan.

This is my passion my obsession. Esp best!

6. Protein

Wanita yang baru melahirkana anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya.

Kacang soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh. 

Protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia akan disalurkan ke dalam susu ibu. Bayi yang menyusu akan medapat faedah yang banyak.

Protein akan meransang pertumbuhan fizikal dan mental. dan secara langsung menyebabkan bayi cepat membesar dan jadi cerdik.

Wanita yang mengandung memerluka sekurang-kurangnya 70 g sehari.

Produk Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) mengandungi protein yang rendah lemak dari sumber bukan GMO (genetically modified organism) dan mengandungi kesemua amino acids. Ia tidak mengandungi kolesterol dan sesuai untuk wanita yang berada dalam pantang.

Ia membekalkan sebanyak 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan (3 sudu teh).

Isi kandungan Esp Shaklee

Jadi kesimpulannya dua produk dari Set Bersalin Shaklee ini, Energizing Soy Protein (ESP Shaklee) dan VITALEA WITH IRON adalah produk yang sesuai diambil kerana menepati keperluan nutrisi wanita yang berada dalam tempoh berpantang samada ibu-ibu menyusukan anak ataupun tidak.

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee yang super awesome ni, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


Sunday, 5 October 2014

SET BERSALIN SHAKLEE - KUPASAN DARI ASPEK PERUBATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni 10 Zulhijjah. Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua pembaca dan pelanggan kami. Pagi ni sebelum ke masjid untuk Solat Sunat Aidil Adha, kami membaca beberapa artikel tentang kesihatan. Kami sangat tertarik dengan tajuk Set Bersalin Shaklee - Kupasan Dari Aspek Perubatan yang dibincangkan di dalam web Dr. Zubaidi Hj Ahmad.

Kami ingin berkongsi dengan anda apakah yang dibincagkan oleh doktor di dalam artikel beliau.

Doktor menyatakan bahawa pemilihan makanan selepas melahirkan anak atau semasa pantang adalah sangat penting. untuk mengembalikan semula tahap keseimbangan hormon, mineral dan lemak yang penting (essential fatty acid) yang telah digunakan semasa hamil dan ketika proses melahirkan anak.

Ketika di dalam pantang, ibu memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500 cal yang harus datang dari makanan yang mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita dalam pantang tidak mendapat cukup nutrisi dalam pemakanan mereka. Ini berpunca dari keletihan, kerana tidak cukup rehat dan tidur kerana menyusukan bayi, dan mengalami masalah tidak berselera kerana badan masih lemah.

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi boleh memberi kesan yang buruk kepada ibu dan bayi yang telah dilahirkan.

Sebagai contoh, tahap zinc yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami 'post natal depression' atau meroyan.

Begitu juga dengan keperluan zat besi dan vitamin B yang sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa proses kelahiran, banyak darah keluar dan perlu digantikan. Zat besi dan vitamin B sangat diperlukan dalam jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah yang baru.

Kalsium dan magnesium juga banyak digunakan ketika proses kelahiran kerana kedua-dua zat ini bertanggungjawab dalam mengecutkan rahim bagi mengeluarkan bayi. Ini menyebabkan kandungan kalsium dan magnesium dalam darah menjadi berkurangan terutamanya jika proses melahirkan memakan masa yang panjang.

Apabila kedua-dua elemen ini tidak mencukupi, ia akan menyebabkan otot rahim mengecut lagi dan menyebabkan pendarahan yang banyak selepas proses kelahiran.

Oleh itu, ibu-ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan supplement yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula.

Selalunya doktor akan menasihatkan ibu-ibu ini mengamalkan pemakanan sihat seperti protein yang boleh diperolehi dari daging, susu, ikan, kekacang, sayur-sayuran, cereal dan keju. Makanan ini bukan saja memberikan sumber protein tapi juga sumber  vitamin dan mineral yang banyak.

Bagi ibu-ibu yang mengalami rasa loya dan tidak berselera untuk makan, dan merasakan pemakanan anda tidak cukup nutrisi, kami mencadangkan anda mengambil supplement. Dalam Set Bersalin Shaklee, anda boleh mendapat supplement yang memenuhi keperluan ini.

Antara suppelement yang doktor cadangkan ialah Set Bersalin Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP) dan Vitalea with iron kerana ia mengandungi kandungan nutrisi yang lengkap untuk ibu-ibu semua.

Set Berpantang dan Menyusu adalah set yang sama. 


Jika ibu-ibu ingin mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Wednesday, 18 June 2014

RAHSIA MENURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Hari ini nak cerita tentang pengurusan berat badan. Wow siapa la tak mahu cantik dan langsing macam artis tu kan. Macam artis mana ye? Rozita Che Wan? Fazura? Neelofa? Anzalna? Wahhh semua pun cantik dan langsing.

Hari ni saya nak cerita tentang protein. Kenapa perlunya protein dalam membantu pengurangan berat badan? Topik ini sebenarnya sangat menarik untuk dikupas. Ramai yang berjaya menurunkan berat badan, tapi sayang nya badan tidak fit, tidak kemas, senang cerita macam FLABBY (menggeleber). Sebab itulah penting nya protein di sini. Protein diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme badan, meningkatkan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot supaya bebas lemak. Protein juga membantu memelihara otot dalam badan kita.

Saya pun setiap minggu memang menjadi rutin akan naik penimbang. Kononnya nak timbang dah berapa kilogram berat turun. Saya rasa sangat seronok bila melihat angka di alat penimbang makin berkurang. Tetapi jangan lah suka sangat korang oi haha. Sebab kadang-kadang yang turun tu bukan berat kita tapi kita kehilangan otot sebenarnya. Otot sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan. Sebenarnya apa yang kita mahu ialah LEMAK yang hilang, bukannya otot.

Jangan runsing kalau bila timbang tu, berat tak turun tau. Sebab salah satu cara terbaik yang boleh kita ukur adalah melalui inch. Contohnya bila kita pakai baju, boleh rasa baju semakin longgar, itu tandanya lemak dalam tubuh kita sudah berkurang.

Kenapa saya kata pentingnya protein dalam pengurusan berat badan? Sila baca semula perenggan di atas. Hehe. Jadi anda boleh lah memilih samada ESP ( Energizing Soy Protein ) ataupun Cinch Shake Shaklee.

ANTARA KHASIAT ESP SHAKLEE

  • menyediakan tenaga berkekalan dan membantu tahan rasa lapar kerana bekalan tenaga yang konsisten. Tapi bukan lah kita tidak makan langsung dan kenyang sepanjang hari. Biasanya ikut pengalaman sendiri, bila saya minum Esp Shaklee setiap pagi ketika perut kosong, memang akan rasa kenyang sampai tengahari. Kalau hari tu sangat busy dan tak sempat nak ambil lunch sekalipun, saya masih tetap rasa bertenaga. Kalau saya makan pun, portion tu memang tak banyak sebab perut dah rasa kejab. 
  • protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • mengandungi 5 vitamin B penting. Separuh daripada keperluan kalsium.
  • mengawal paras kolesterol.
  • cepat kenyang.
  • banyak lagi benefit Esp Shaklee ni. Antara yang saya senaraikan ini adalah apa yang saya telah rasa sendiri.

Nak laaaa. Tapi kurus dan sihat ok!

Set Kurus Shaklee


Yang penting perlu jaga pola pemakanan kita juga tau. Makan makanan yang seimbang. Bersenam jangan dilupa walaupun hanya dengan berjalan kaki. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air kosong sehari untuk memudahkan proses pembuangan toksin dan penyerapan vitamin yang diambil. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh menghubungi saya. Saya pengedar sah Shaklee Kuala Lipis. Pengedar sah Shaklee Raub. Pengedar sah Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai wakil pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh menghantar ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi saya di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/ sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478