nuffx

Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts
Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts

Monday, 23 March 2015

ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR BAGI WANITA TERUTAMANYA YANG BERTUDUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Pernah tak mengalami masalah rambut gugur? Aduhai memang stress gileeee kalau rambut gugur ni. Betul tak?

Mana taknya, bila menyapu lantai, bukan sapu apa sangat pun, tapi sapu rambut je keje nya. Nak senang, guna je vacuum cleaner. Ohoho rimas betul tengok rambut sana sini kat lantai.

Tambahan Mama Niki ni yang kerja dengan kain kan. Tak syok la tiba-tiba kastemer buka bungkusan kain tengok ada rambut sekali kat dalam tu. Huhuuu. Beli kain dapat free rambut Mama Niki yang gugur. Hahaaa.

Rambut gugur ni banyak faktor dia jugak la kan. Ada tu sebab perubahan hormon. Macam mana sendiri, biasanya rambut gugur masa dalam pantang lah.

Bila mandi tu kan, terutamanya bila mama pakai shampoo, tudiaaa punya la banyak rambut gugur. Pastu bila sikat rambut, kemain banyak lagi rambut melekat kat sikat. Huhu. Kadang-kadang tu imagine ' eh dah macam orang ada penyakit kanser ni rambut asyik gugur je'. Nauzubillaaah. Huhu. Pengaruh TV betul la mama ni.




Rambut kan mahkota wanita. So tak kira la kita bertudung ke, tidak bertudung ke, tetap kena jaga kesihatan dan kebersihan rambut. Once dah rosak dan gugur rambut tu, memang dah tak lawa dah. Can you imagine.....wanita cantik tapi botak! Oh NO!

Hari ni mama nak share dengan uols 1 video tentang seorang sis kita yang telah berjaya mengatasi masalah rambut gugur beliau. Jom kita sama-sama dengar dan tonton. Memang bagus sangat perkongsian ni tau. Klik button play ok!



Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Mama pun ikut apa yang sis ni buat. Mama konsisten consume Esp Shaklee dengan Zinc Shaklee (eheeem by the way dua supplemen ni ada promosi tau bulan Mac ni).

Lepas tu, mama juga juga Set Haircare (penjagaan rambut) Prosante dari Shaklee. Alhamdulillaah dah makin kurang rambut gugur.

Kadang anak nak pintal-pintal, buat rambut mama hias macam-macam dah macam patung Barbie dibuatnya, mama tak risau dah. Kalau dulu, haram anak-anak pegang rambut mama, sebab bila diorang main rambut mama, konfem akan ada yang gugur. Huhu.

So, kalau uols nak tau lebih banyak perkongsian tentang cara mengatasi rambut gugur Shaklee ni, boleh hubungi mama di :

017-358 9005 (sms/whatsapp)

Orang-orang sekitar kawasan ni boleh roger je untuk COD ok.

  • Pengedar Shaklee Kuala Lipis
  • Pengedar Shaklee Benta
  • Pengedar Shaklee Raub
Jom ber Shaklee. Yang penting ianya semulajadi, selamat dan berkesan.



Saturday, 8 November 2014

MAKANAN MENINGKATKAN HEMOGLOBIN RENDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Setiap kali mengandung memang hb saya low. Buku kehamilan saya tagging wajib berwarna hijau atau kuning. Sebabnya hb saya terlalu low dan menurut doktor, ini boleh memudaratkan baby dan ibu sendiri.

Masa tu saya belum kenal Shaklee ni lagi, saya cuma kenal Shaklee semasa berpantang anak yang ketiga. Jadi ubat-ubatan yang klinik bagi langsung tidak membantu menaikkan hb saya. Malah saya terpaksa mengambil pil Iberet mengikut nasihat doktor, namun hb saya masih juga tidak naik. Malah mungkin disebabkan pil tersebut lah baby saya mengalami ekzema teruk setelah dilahirkan.

Di sini, saya ingin kongsikan tentang makanan yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin rendah semasa hamil.

Apa itu hemoglobin rendah atau hb low?

Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Ini adalah suplemen yang dicadangkan untuk ibu hamil yang mengalami masalah hb low.

Juga boleh ditambah dengan mengambil Zinc Complex. Ini adalah kerana ibu saya juga mengalami masalah darah rendah, dan bila ke klinik, doktor memberikan beliau Zinc sebagai 'ubat'. Dan adalah baiknya mengambil Zinc Complex Shaklee yang sudah tentunya semulajadi dan tidak mempunyai bahan terlarang mahupun steroid.

Cuba mengambil Zinc sebiji sehari pada masa yang dicadangkan untuk mengatasi masalah hb low.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti :
  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
  • Minum jus buah-buahan.
  • Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.

  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.

Bayam merupakan antara sayur yang bagus untuk anemia.

Ibu-ibu, jom sama-sama kita menjaga kandungan dan diri kita sendiri. Beri hanya yang terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Moga saya dapat membantu sedikit sebanyak masalah ibu-ibu yang mengalami masalah hb low dengan mengarang entry ini.

Jika ibu-ibu hendak mendapatkan supplemen Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya di :

017-3589005 (Niki)
E-mail : ireen2285@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


Friday, 17 October 2014

PUNCA DAN CARA MENGATASI SERTA MERAWAT MASALAH JERAWAT BATU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Saya sendiri mengalami masalah jerawat batu pada tahun akhir di universiti. Dah la masa semester akhir tu nak bertunang. Aduhai susah hati. Sebenarnya suami saya juga mempunyai masalah jerawat, cuma jerawat dia semua dah kering, tinggal parut sahaja, dan parut jerawat dia lekuk-lekuk macam kawah planet Marikh gitu kaedahnya. Huhuhihi. 


Masa tu macam-macam produk yang kawan-kawan suggest saya cuba. Tapiiiiiiiiiiiiii buka jerawat saya makin baik, malah makin teruk jadinya. Parut jadi hitam-hitam gitu. Huduhnya malu nak pandang wajah sendiri kat cermin.


Sebenarnya 54% wanita yang berumur lebih 25 tahun ke atas hadapi masalah jerawat timbul. Ada jerawat yang sangat teruk sehingga membuatkan seseorang itu rendah diri. Ada satu jerawat yang timbul kat muka pun dah risau kan?, inikan pula jerawat timbul yang nak penuh satu muka. Sebelum kita cari penawar untuk menyelesaikan masalah jerawat timbul ni, apakata kita ketahui dulu bagaimana jerawat terjadi.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

  • Jerawat terjadi kerana minyak menakung di pori-pori. Muka tidak dicuci dengan bersih dan masih terdapat sel kulit mati. (rasanya ini yang selalu terjadi dan sering kita ambil mudah, dah penat terus masuk tidur tanpa ingat nak bersihkan muka sebelum tidur. Make-up muka sering dibiarkan lama tanpa di bersihkan sebelum tidur, jadi tidak salah lah jerawat nak menonjolkan diri)
  • Kuman dan bakteria mudah hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit. (sama seperti masalah no 1)
  • Kerap terjadi kepada remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.
  • Ketidakseimbangan hormon adalah punca utama timbulnya jerawat.
  • Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.

Jom hidup tanpa dihantui masalah jerawat. Kami pun dah serik dengan jerawat ni.

Cara Mengatasi Jerawat Timbul 

Selain menjaga diet (makanan) dan sering minum air kosong serta senaman, pendek kata kita perlu amalkan hidup yang sihat, ada suplemen yang dapat membersihkan kulit dan mengalakkan penumbuhan jerawat baru serta dapat mengecutkan jerawat lama dengan cara semulajadi. 

Produk Shaklee untuk Set Jerawat 
  • Zinc Complex - mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan inflamasi dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.
  • Gla Complex - membantu mencairkan sebum yang berminyak, mengurangkan rongga dari tersumbat.
  • Vitamin C - mempertingkatkan sistem imun, membantu menyekat bakteria penyebab jerawat.
  • Alfalfa - membantu mengurangkan infeksi pada kulit.
  • ESP Soy Protein - mempertingkatkan pemulihan luka, mengurangkan parut.
Set Kulit Cantik Shaklee. Dijamin selamat dan berkesan!

Adakah jerawat batu menandakan kulit kotor? 

Ya. Jerawat batu berlaku apabila liang-liang roma pada kulit tersumbat. Hormon menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak dan mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk bakteria membiak.

Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kebersihan muka. Untuk itu bagi yang berminat mendapatkan produk tersebut boleh lah hubungi sekarang. Harga kasih sayang akan diberi KHAS untuk anda.

Jom hidup bebas dan lebih yakin diri tanpa jerawat!

Untuk dapatkan Set Jerawat ini boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Saturday, 27 September 2014

HANGATKAN KEMBALI HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Biasanya setelah sekian lama, hubungan suami isteri itu makin lama makin dingin. Apalagi selepas mendapat cahayamata. Isteri sibuk bekerja dan menguruskan rumahtangga. Suami pula sibuk dengan kerja-kerja yang tak pernah habis.

Kedinginan ini, jika dibiarkan boleh membawa kepada konflik. Dan konflik yang berterusan akan membawa kepada penceraian.

Jadi kami sarankan anda hangatkan kembali hubungan suami isteri dengan mengambil vitamin Shaklee. 

Kami nak kongsikan pengalaman sebenar seorang kawan kami yang memberi suaminya set kesihatan lelaki Shaklee. Set ini mengandungi : Omega Guard, Zinc Complex dan Vitamin E Shaklee. 

Selepas beberapa hari, si suami bertanya kepada isterinya: “Apa fungsi vitamin-vitamin yang awak berikan kepada abang ni Yang..?” “Kenapa bang ?” balas si isteri. ” Tak ada lah, abang rasa badan ni lebih sihat dan cergas..dah tu sekarang ni abang rasa ‘gagah’ semacam je, tak boleh tengok Ayang lama-lama tau..nanti naik syeh!” Si isteri tersenyum je mendengar penjelasan suaminya. Patutlah sekarang ni dia perasan suaminya lain macam je. Hahaha... =)

Tersenyum simpul kami mendengar kata-kata rakan kami ini. Sememangnya antara fungsi set kesihatan lelaki Shaklee yang terdiri daripada Omega Guard, Zinc Complex dan Vitamin E adalah sebagai ejen kesuburan lelaki, memantapkan dan menguatkan sperma serta memanjangkan jangka hayat sperma. Tidak hairanlah suami kawan saya ini berkata demikian. Kepada rakan-rakan yang telah mulai merasa ‘dingin’ ketika bersama pasangan masing-masing, bolehlah memberikan hadiah set kesihatan lelaki Shaklee buat suami anda..!

Hangatkan hubungan suami isteri dengan supplement Shaklee

Selain daripada itu, fungsi set kesihatan lelaki Shaklee juga adalah seperti berikut:

• memelihara kesihatan prostat.
• meningkatkan kecerdasan dan kesihatan badan.
• memelihara jantung yang sihat.
• membantu mengekalkan tekanan darah normal.
• mengawal tahap kolesterol yang sihat.

Order sekarang untuk mengembalikan ‘keintiman’ anda suami isteri..

Set Kesihatan Lelaki Shaklee.

Untuk membuat pembelian, anda boleh menghubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Wednesday, 10 September 2014

LELAKI SUBUR IDAMAN SETIAP WANITA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kami memang suka bangkitkan isu kesuburan ini. Ini adalah kerana sangat ramai kawan-kawan dan kenalan kami yg sudah berumahtangga namun masih belum dikurniakan cahayamata.

Mengikut kajian, 10% pasangan yang berkahwin mengalami masalah untuk memperolehi cahayamata. Banyak faktor yang mendorong kepada masalah ketidaksuburan, dan ia lebih kurang sama sahaja untuk kedua-dua pihak, lelaki mahupun perempuan.

Pendedahan terhadap bahan kimia yang berbahaya, radiasi, pencemaran, stress, kurang senaman, kekurangan nutrisi dan sebagainya boleh menjadi antara faktor pasangan sukar mendapat anak.

Untuk entry kali ini, saya ingin tentang kekurangan nutrisi yang berkait dengan kesuburan.

Apakah nutrien yang penting dalam kesuburan lelaki?

VITAMIN C - membolehkan sperma bergerak bebas

Bayangkan satu keadaan bilamana anda berada dalam satu kumpulan orang yang sangat ramai dan bersesak-sesak. Hinggakan nak bergerak pun sangat payah. Begitulah keadaannya bilamana sperma kekurangan Vitamin C. Ia menyebabkan sperma bergumpal sesama sendiri. Vitamin C membantu sperma bergerak aktif dan cergas.

ZINC - mineral lelaki

Zinc penting dalam penghasilan testosterone, hormon penting bagi lelaki. Kekurangan Testosterone menyebabkan ketidaksuburan.

VITAMIN E & SELENIUM - memberi tenaga kepada sperma

Pelbagai kajian dilakukan ke atas pasangan yang tiada anak dengan menggunakan Vitamin E dan ia menunjukkan hasil yang positif!

Ikon lelaki yg subur dan suami yang setia ahaks.

Jika anda ingin membuat sebarang pesanan dan pertanyaan tentang Set Kesuburan Lelaki Shaklee, anda boleh dapatkan dari kami. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga boleh COD (cash on delivery) sekitar kawasan Benta, Raub dan Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunyai senarai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke tempat anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : awesomelybeauty
Blog : www.awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Email : ireen2285@gmail.com
Sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478


Sunday, 18 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : PETUA DAN CARA MERAWAT BUASIR

APA ITU BUASIR?

Buasir atau hemeroid adalah bengkak pada Vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila Vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan boleh berdarah. Buasir terjadi di sebabkan oleh kerana terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum menyebabkan dinding Vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala boleh menyebabkan pecah terutamanya sewaktu meneran.

say NO to BUASIR!

BUASIR SINONIM DENGAN WANITA SELEPAS BERSALIN

Siapakah yang berisiko untuk terkena buasir?

Jika anda sentiasa duduk. meneran ketika najis keras atau sembelit, duduk mencangkung terlalu lama di dalam tandas, batuk yang teruk, mengangkat benda yang berat dan ibu yang baru lepas bersalin.

Bagi ibu yang mengalami buasir selepas melahirkan, jangan meneran sewaktu membuang air besar, terutamanya apabila mengalami sembelit. Ibu-ibu disarankan untuk kerap mengambil minuman bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Sekiranya cara yang disyorkan tidak dapat membantu, anda hendaklah mengambil ubatan yang khusus untuk buasir. Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai fungsi berlainan. Contohnya ubat yang boleh melembutkan najis iaitu lactulose ataupun forlac. Bagi mengecutkan buasir pula, anda boleh menggunakan daflon. Bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan dubur pula, gunakan ubat jenis suppositories. Walaubagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.

Salah satu pembedahan untuk masalah BUASIR.

Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh mengambil supplement untuk membantu melegakan buasir. Pengambilan supplement bersesuaian bukan sahaja untuk merawat buasir tetapi dapat membantu mencukupkan keperluan nutrisi dalam tubuh anda.


VITAMIN SHAKLEE UNTUK MASALAH BUASIR

1. OMEGA GUARD
  • Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak hingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
2. OSTEMATRIX
  • Bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
3. ZINC COMPLEX
  • Disarankan kepada pesakit buasir yang teruk dan tahap nya sudah tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Set Buasir Shaklee

Alhamdulillah, sudah ramai kawan-kawan kami yang telah mencuba Set Buasir Shaklee ini dan mereka semua berpuashati. Kita cuma berusaha dan penyembuhnya adalah Allah. Disamping berusaha dan berikhtiar, kita jangan lah lupa untuk berdoa kepada Allah semoga diberi kesembuhan dengan segera.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau berminat untuk menjadi ahli, boleh lah berjumpa dengan kami di Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia. 

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan Poslaju, Gdex dan Citylink

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang
Juga mempunyai pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia





Saturday, 10 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE

Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan kehadiran cahayamata dalam kehidupan mereka. Kerana cahayamata ibarat permata yang dapat melengkapkan lagi kehidupan berumahtangga. Rumahtangga juga akan menjadi bahagia dan ceria dengan kehadiran cahayamata dalam kehidupan kita. Betul tak?

Namun tidak semua pasangan yang sudah berumahtangga terus mendapat cahayamata. Ada juga pasangan yang telah mendirikan rumahtangga beberapa tahun lamanya namun belum mendapat rezeki untuk dikurniakan cahayamata di dalam kehidupan mereka. 

Jangan lah bersedih. Yang penting jangan putus asa. Kerana apa saya takdir yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. Kita hendaknya sentiasa berdoa. Disampig itu hendaklah selalu berusaha mencuba berbagai cara, berikhtiar dan seterusnya bertawakkal. Salah satu caranya kita boleh berikhtiar dengan mengambil Set Kesuburan Suami Isteri dari Shaklee ini. Ramai kawan saya sudah berjaya, anda juga boleh boleh lah mencuba. Manalah tau, ada rezeki, anda dapat baby Shaklee.... ;)

Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee
Bcomplex dan GLA untuk isteri
Vitamin E dan Zinc Complex untuk suami

SET KESUBURAN SUAMI

Fungsi Set Kesuburan untuk suami :

  • Vitamin E - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  • Zinc Complex - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.


SET KESUBURAN ISTERI

Fungsi Set Kesuburan Isteri :

  • ESP - membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus meningkatkan tahap kesuburan serta peluang untuk hamil.
  • GLA Complex - membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.
  • Bcomplex - mengandungi asid folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. Vitamin B12 yang terdapat dalam Bcomplex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception). 
Testimoni Set Kesuburan Shaklee


Sebarang pertanyaan tentang sebarang produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan boleh berjumpa di sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Anda juga boleh menghubungi saya di :|
Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb Page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang

Tuesday, 6 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : BUASIR - SAKIT LAGI MENYEKSAKAN - CEGAH SEBELUM PARAH

Buasir ini disebabkan oleh banyak faktor. Berlaku tidak kira pada lelaki mahupun perempuan. Buasir biasanya berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung dan berpantang. Malah faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada berlakunya buasir.

APA ITU BUASIR?

Buasir atau hemorrhoid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan jika meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas.

Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT BUASIR?
  • Sesiapa yang melakukan pemaksaan yang terlalu kuat (bahasa mudah-meneran) ketika membuang air besar
  • Sesiapa yang duduk pada mangkuk tandas untuk jangka masa yang terlalu panjang . 
  • Sesiapa yang mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara.
  • Sesiapa yang berkait rapat dengan kegemukan atau obesiti
  • Wanita mengandung - Ini kerana janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir
  • Wanita selepas melahirkan bayi - Wanita dalam pantang mungkin juga terdedah dengan BUASIR kerana ada sesetengah mereka ini tidak menjaga pemakanan mereka semasa tempoh berpantang.
Terdapat juga kemungkinan bagi seseorang itu mewarisi genetik masalah buasir daripada ibubapa. Kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah buasir akan bertambah seiring dengan penambahan usia. Otot-otot yang menyokong saluran darah sekitar dubur akan menjadi semakin lemah apabila seseorang itu menjadi tua.

BAGAIMANA MERAWAT BUASIR?

Untuk merawat buasir, anda digalakkan mengambil vitamin Shaklee yang terdiri daripada Ostematrix, Omega Guard dan Zinc Complex.

FUNGSI SET BUASIR SHAKLEE DALAM MERAWAT BUASIR

Set buasir
Ini dia Set Buasir yang hotsale. Ostematrix. Omega Guard. Zinc Complex.
OSTEMATRIX

Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.blogspot.com

OMEGA GUARD

Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX

Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dan proses membuang air besar yang sangat perit dan sukar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnes? Kita boleh berjumpa di sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang utk sesi penerangan. 

Atau boleh juga hubungi saya seperti maklumat di bawah.

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang