nuffx

Showing posts with label Resepi Meal Shakes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Resepi Meal Shakes Shaklee. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

TIPS TARIK MINAT ANAK MAKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sebagai seorang ibu, memang saya akan rasa teruja setiap kali bercerita tentang anak-anak. Kerana anak-anaklah permata hati saya, dunia saya, syurga saya, ketenangan saya dan segala-galanya bagi saya. Wahhh terlebih sudahhh... :)

Bila anak-anak makin membesar, biasanya kita sebagai ibu akan mengalami masalah ini. Iaitu anak menjadi pemilih untuk makan atau picky eater. Saya alami masalah ini dengan anak kedua saya iaitu Hakeem.

Susah sangat dia nak makan atau minum. Kadang-kadang tu bibir dia kering dan berdarah kerana kurang minum air dan terlalu leka bermain. Tambahan pula, zaman sekarang ni, dengan tab, smartphone, anak-anak memang leka, nak ke tandas pun ditahannya. Huhu sabar je la kan.

Picky Eater? Ibu bapa mesti menguasai cara mengatasi anak-anak jenis macam ni. Hehe comel je kan?

Tips menarik minat anak untuk makan :

Kadang kala sukar mengajak anak-anak makan kerana mereka sibuk bermain atau menonton televisyen. Walaupun hidangan yang disediakan menyelerakan tetapi mereka tidak mempedulikan. Bagaimanapun ada pula situasi di mana anak hendak makan tetapi ibu dan ayah pula sibuk dengan kerja lain?

Oleh kerana perlu makan berseorangan, akhirnya anak hilang selera lalu terus tidak makan. Justeru sebagai ibu bapa, kita perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk makan agar mereka mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.

  • Pastikan kita sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.
  • Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.
  • Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.
  • Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.
  • Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.
  • Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.
  • Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.
  • Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.
  • Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.
  • Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.
Ataupun, saya ingin mencadangkan supaya ibu-ibu cuba beri anak-anak minum Meal Shakes Shaklee. Saya beri pada Hakeem, Alhamdulillah selera dia makin bertambah. Dia kurang demam, selsema, antibodi dia jadi makin kuat. Dan yang paling penting, dia tidak sembelit seperti sebelum ni. Walaupun dia tidak mengambil buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Cubalah, mana tau sesuai dengan anak-anak anda. Yang penting Meal Shakes ni semulajadi, berkesan, selamat dan halal.

Anak pasti suka dgn aroma dan rasanya. 

Untuk mendapatkan Meal Shakes Shaklee ataupun apa saja produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, anda boleh la hubungi saya di :

017-3589005 (Niki)
E-mail : ireen2285@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty



Friday, 6 June 2014

RESEPI ESP DAN MEALSHAKES YANG MELETOP YUMMEH

Be creative! Jom kita pelbagaikan resepi ESP dan Meal Shakes Shaklee kita. Selain untuk minum, sebenarnya kita boleh olah campurkan ESP dan Meal Shakes Shaklee ke dalam makanan kita.  Asalkan kreatif dan rajin, semua pasti menjadi. Betul tak?

Kalau sebelum ni kita minum ESP dgn Meal Shakes campur dengan plain water sahaja. Kadang-kadang kita campur dengan Sunquick, Ribena, Jus, dan macam-macam lagi. Macam saya, saya suka shake dengan Tropicana Twister. Emmm yummy. Sedap dan berkasiat.

Hari ni saya nak share resepi ESP dan Meal Shakes Shaklee yang saya baru cuba. Memang meletop. Berebut dengan anak-anak makan. Makan sambil-sambil tengok TV. 1 jar tu tak sampai 10 minit dah habis. Hahaha.

Jommmm kita tengok apa resepi yang meletop sangat tu.

CREAM CHEESE CRACKERS TABUR MEALSHAKES DAN ESP


Resepi yang simple. Jom kita pakat cuba.

Boleh letak dalam jar atau dalam bekas 4 segi macam dalam gambar tu. Ikut kreativiti.

Sedia untuk dimakan. Yummy memang sangat sedap.

Bahan-bahan :
  • 250 cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • Biskut kraker
  • Nestum
  • Serbuk koko/ Milo
  • Fresh milk
Cara membuat :
  • Putar cream cheese dan susu pekat sampai sebati. Ketepikan.
  • Biskut kraker rendam dalam Fresh Milk. Jangan sampai lembik.
  • Susu biskut dalam bekas / jar. Layer by layer dengan cream cheese. 
  • Last layer mesti cream cheese punya layer paling tebal.
  • Tabur ESP dan Meal Shakes kat bahagian atas sekali.
  • Simpan dalam peti ais. 
  • Bila dah sejuk, boleh la di makan seisi keluarga.

Selamat mencuba ye semua. Memang dijamin sedap. Nanti saya akan kongsi resepi-resepi lain yang lebih menarik ye.

Jika anda nak tahu tentang apa-apa sahaja produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh la berjumpa dengan saya di Raub, Benta atau Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex dan Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478