nuffx

Showing posts with label Bcomplex Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bcomplex Shaklee. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

ATASI MASALAH DARAH TINGGI SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Penyakit darah tinggi ni biasa la, sinonim doh dengan rakyat Malaysia ni. Betul tak? Nauzubillaaah. Anak Mama Niki pernah cerita, cikgu dia pengsan masa tengah mengajar, rupanya cikgu tu ada darah tinggi. Huhu. Gamaknya stress dengan kerja atau apa pun tak tau lah. Tapi memang bahaya la kan, kalau sampai tengah mengajar pun boleh pengsan camtu. Aduhai. Sampai ambulans gi ke sekolah hantar cikgu tu ke hospital.

Mama nak cerita sikit lah pasal darah tinggi hari ni. 

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%. Huhu tinggi nya lah kan percentage tu.

Jantung kita ni  bekerja macam sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.

Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Tekanan Darah Abnormal
KategoriSistolikDiastolik
Normalbawah 120danbawah 80
Pre-hypertensi120 - 139atau80-90
Hypertensi140 dan ke atasatau90 dan ke atas
Hypertensi sistolik160 dan ke atasdanbawah 90

Penyebab darah tinggi :


Biasanya hypertensi ni kita tak dapat kesan tau walau lepas pemeriksaan doktor. Tapi walau camana pun, darah tinggi ni biasanya disebabkan oleh :
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Image result for hypertension


Tanda dan gejala

Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala, cuma kadang-kadang tu pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
So, kita kena la rajin-rajin check tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Atau boleh je beli alat untuk check tekanan darah tu kan. Ada banyak jual kat farmasi atau boleh juga beli online.

Komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Huhu takut kan bila baca. 

Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera.

Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

  • kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
  • pembuluh darah menjadi keras
  • mengakibatkan kegagalan buah pinggang
  • pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
  • otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi kat atas dapat dicegah kalau anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan

Tekanan darah tinggi ni boleh juga kita nak rawat tanpa nak telan ubat atau dadah atau apa lah yang boleh bahayakan buah pinggang kita tu. 

Antara rawatan tanpa ubat yang boleh kita buat ialah ubah cara hidup kita contohnya :
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
  • Hindari stress
Kat sini mama nak share 1 video dengan uols camana suami kawan kita ni yang menghidap darah tinggi atau hypertension, lepas tu dah berjaya atasi masalah darah tinggi dia tu, tanpa mengambil sebarang ubat. 

Jom sama-sama kita tengok video ni dan moga kita semua dapat manfaat jugak.



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Dah tengok dah video tadi? Haaa sapa-sapa yang ada darah tinggi dan sokmo stress, mama sarankan uols ikut lah nasihat abang Fahmy kita tu.

Beliau amalkan pengambilan supplemen Shaklee secara konsisten iaitu Omega Guard, Vitamin C, Garlic Complex, Phytocol-ST, CoqHealth dan Bcomplex.

Alhamdulillah masalah darah tinggi beliau dah dapat diatasi. Kolesterol pun dah tak ada. Dan paling best beliau turun berat badan sebanyak 13 kg dalam masa 3 bulan! Wow, makin hensem gitteww kan.

Jom sapa-sapa nak share tentang Shaklee, atau nak tanya apa-apa pasal Shaklee, atau berminat nak jadi ahli Shaklee, atau nak beli sebarang produk dan supplemen Shaklee, boleh hubungi mama di :

017-358 9005 (sms/whatsapp)

Sapa-sapa kat kawasan sekitar ni boleh je roger untuk COD :

  • Pengedar Shaklee Kuala Lipis
  • Pengedar Shaklee Benta
  • Pengedar Shaklee Raub

Jom amalkan gaya hidup sihat, dan amalkan pengambilan supplemen yang semulajadi, selamat dan berkesan. Dan paling penting ianya halal.



Saturday, 17 January 2015

CARA KAWAL EMOSI SUPAYA HIDUP LEBIH CERIA DAN GEMBIRA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni saya nak share tentang Vitamin kegemaran saya pulak yer. Saya mula ambik vitamin ni dalam pantang selepas melahirkan anak yang ketiga.

Vitamin ni termasuk dalam Set Pantang Shaklee. Saya mula jatuh cinta dan teruskan pengambilannya sampailah sekarang. Antara kesan yang paling saya suka ialah kulit wajah saya jadi sekata dan cerah dari sebelumnya.

Vitamin gapo tu? Hahaa. Itulah dia Bcomplex Shaklee. Hari ni saya nak kongsi tentang kandungan Bcomplex Shaklee dengan anda semua.



Antara kandungan Bcomplex Shaklee ialah :

Vitamin B1

  • Menggalakkan pertumbuhan dan meransang fungsi otak.
  • Membantu kesihatan sistem saraf.
  • Mencegah kelesuan.
  • Meningkatkan stamina.
  • Membantu sistem pencernaan dan metabolisme.

Vitamin B2
  • Memproses asid amino dan lemak.
  • Membantu mengaktifkan Vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3
  • Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan membantu pengaliran kolesterol dalam darah.
  • Membantu dalam kesihatan kulit yang baik.
  • Membantu sistem pencernaan.
# Kajian klinikal membuktikan kadar Vitamin B3 yang rendah dalam badan boleh menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar untuk menjadikan seseorang psycho/sakit mental.


Vitamin B5
  • Membantu mengurangkan stress fizikal dan mental.
  • Membantu mengurangkan penuaan pramatang.

Vitamin B6
  • Vitamin utama dalam proses asid amino.
  • Mengawal serotonin dalam otak.
# Ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depresi.


Vitamin B9
  • Bersama-sama dengan Vitamin B12, Vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter dalam aktiviti mengurangkan depresi tubuh.

Vitamin B12
  • Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depresi dan tidak tenteram.

AWAS ! Kekurangan Bcomplex boleh menyebabkan tanpa sedar, anda mengalami gangguan mental dan seterusnya jadi .............. (isi tempat kosong).


Hubungi saya segera untuk mendapatkan vitamin yang semulajadi, terbaik dan sesuai untuk anda menikmati hidup dengan lebih sihat, ceria dan gembira.

Anda boleh hubungi saya di :

017-3589005 (sms/whatsapp)

Moga artikel tentang Kandungan Bcomplex Shaklee dan Fungsi Bcomplex Untuk Kawal Emosi ini bermanfaat untuk kita semua.

Jangan lupa hubungi saya untuk order. 

Saya merupakan Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Pengedar Shaklee Raub. Saya juga membuat COD (cash on delivery) untuk anda semua.

Saturday, 8 November 2014

MAKANAN MENINGKATKAN HEMOGLOBIN RENDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Setiap kali mengandung memang hb saya low. Buku kehamilan saya tagging wajib berwarna hijau atau kuning. Sebabnya hb saya terlalu low dan menurut doktor, ini boleh memudaratkan baby dan ibu sendiri.

Masa tu saya belum kenal Shaklee ni lagi, saya cuma kenal Shaklee semasa berpantang anak yang ketiga. Jadi ubat-ubatan yang klinik bagi langsung tidak membantu menaikkan hb saya. Malah saya terpaksa mengambil pil Iberet mengikut nasihat doktor, namun hb saya masih juga tidak naik. Malah mungkin disebabkan pil tersebut lah baby saya mengalami ekzema teruk setelah dilahirkan.

Di sini, saya ingin kongsikan tentang makanan yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin rendah semasa hamil.

Apa itu hemoglobin rendah atau hb low?

Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Ini adalah suplemen yang dicadangkan untuk ibu hamil yang mengalami masalah hb low.

Juga boleh ditambah dengan mengambil Zinc Complex. Ini adalah kerana ibu saya juga mengalami masalah darah rendah, dan bila ke klinik, doktor memberikan beliau Zinc sebagai 'ubat'. Dan adalah baiknya mengambil Zinc Complex Shaklee yang sudah tentunya semulajadi dan tidak mempunyai bahan terlarang mahupun steroid.

Cuba mengambil Zinc sebiji sehari pada masa yang dicadangkan untuk mengatasi masalah hb low.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti :
  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
  • Minum jus buah-buahan.
  • Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.

  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.

Bayam merupakan antara sayur yang bagus untuk anemia.

Ibu-ibu, jom sama-sama kita menjaga kandungan dan diri kita sendiri. Beri hanya yang terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Moga saya dapat membantu sedikit sebanyak masalah ibu-ibu yang mengalami masalah hb low dengan mengarang entry ini.

Jika ibu-ibu hendak mendapatkan supplemen Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya di :

017-3589005 (Niki)
E-mail : ireen2285@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


Monday, 27 October 2014

UBAT GOUT SHAKLEE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semalam kami berjumpa dengan kawan kami di mall. Terserempak gitu. Lepas tu sembang-sembang. Rupanya dia kena gout. Muda lagi tau. Kami ingat gout ni akan kena orang-orang tua atau warga emas sahaja. Rupanya orang muda-muda pun boleh kena gout.

Dia cerita pernah dia kena gout sampai tak boleh berjalan. Kalau nak jalan pun kena seret kaki gitu. Aduhai kesiannya. Muda lagi, anak-anak pun masih kecil lagi.


Apa itu gout?

Gout ialah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Monosodium urate atau kristal asid urik yang termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi boleh menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Gout akan menyerang otot-otot dan sendi-sendi badan. Awas! Cegah sebelum parah. 


Bagaimana asid urik berlebihan di dalam darah boleh terjadi?

Ia boleh terjadi kerana metabolisma dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang. Samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik (ubat untuk membuang air dan garam) dan aspirin (tahan sakit).


Apakah yang berlaku kepada asid urik yang berlebihan ini?

  • mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
  • menyebabkan pembentukan 'tophi' gout.
  • menyebabkan batu karang di buah pinggang
Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan ubat sebagai rawatan. 

Namun begitu, risiko untuk menghidap gout pada mereka yang mengalami 'hyperuricemia' adalah tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan ini.


Bagaimana mengesan penyakit Gout?

Sekiranya anda mengalami simptom gout, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Gout boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Beberapa ujian akan dilakukan. Ujian terhadap cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan X-Ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi.


Bila biasanya gout berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba. Namun beberapa keadaan boleh menyebabkan serangan gout. Antaranya :
  • kekurangan air dalam badan, atau berpuasa.
  • makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
  • kecederaan kepada sendi.
  • selepas pembedahan.

Tanda-tanda penyakit gout :
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit gout?

Shaklee bukanlah ubat gout. Tetapi ia merupakan rangkaian nutrisi dan makanan tambahan bagi membantu pesakit gout mengurangkan kesakitan sendi, mengurangkan serangan dan komplikasi sakit gout.


Suplemen atau nutrisi Shaklee untuk gout ialah :
  • Vivix : untuk memperbaiki sel
  • Herblax : untuk detoks
  • Alfalfa : untuk menurunkan asid serum
  • Vitamin C untuk menurunkan asid serum
  • Bcomplex : untuk metabolisme nukleoprotein
  • OsteMatrix : untuk sakit dan bengkak
  • Vitamin E : untuk meneutralkan radikal bebas
  • Performance Drink : untuk mengawal bendalir badan

Set Bajet Shaklee Untuk Gout adalah :
  • Alfalfa

Alfalfa sangat bagus untuk pesakit gout.
  • Performance Drink

Ini memang minuman wajib untuk pesakit gout.

Dapatkan Set Bajet Gout Shaklee ataupun sebarang produk Shaklee dengan menghubungi :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

Friday, 24 October 2014

SAKIT OTOT DAN KECEDERAAN OTOT, SHAKLEE ADA PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Pernah tak antara kita yang tiba-tiba merasakan sakit otot terutama di pundak dan punggung, pinggang, lutut, tapak kaki, leher, bahu, siku, kaki atau lutut? Sakit otot atau sakit sendi ini tidak mengira umur dan ianya terjadi menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Kebiasaannya, sakit otot ini akan menganggu rutin seharian kita. Tahukah anda sakit otot ini menandakan bahawa tubuh sudah terlalu letih dan perlu istirehat serta bantuan suplemen tambahan.

Antara sebab sakit otot :

Pakar sakit otot mengatakan yang sakit otot ini bukan hanya disebabkan oleh aktiviti yang berat, tetapi ada beberapa lagi penyebab sakit bahagian otot-otot kita. Antaranya ialah :

1. Duduk lama dalam kenderaan semasa kesesakan jalan

2. Duduk lama di depan komputer

3. Berdiri terlalu lama

4. Menggunakan kasut tumi tinggi dalam waktu yang lama.


Bersenam dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan sakit otot.

Nyeri atau sakitnya otot juga menyerang pada bahagian tubuh seperti pada leher, bahu, siku, pinggang dan lutut. Rasa ngilu pada otot terjadi kerana gerakan berlebihan atau tidak seimbang,otot sangat kurang berehat dan pergerakan tubuh yang terbatas, sehingga mengakibatkan “otot mengejang” setelah bekerja dalam waktu lama tanpa henti.

Anda juga perlu tahu perbezaan diantara "kesakitan otot" dan "pegal" :

1. Rasa Pegal (Sakit) : timbul kerana pengeluaran lactic asid 

Pengeluaran asam laktat (lactic acid) terjadi ketika tubuh memerlukan tenaga tetapi tidak memiliki oksigen yang cukup untuk menghasilkan tenaga secara aerobik. 

2. Kesakitan otot : berlaku kerana pada otot-otot tertentu sahaja dan penyebabnya lebih jelas , seperti kerana gerakan statik , atau kerana trauma.

Sakit otot jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada badan.

Kesakitan otot yang datang dan pergi, sebenarnya sukar untuk kita mengabaikannya kerana memang terkadang boleh mengganggu aktiviti harian kita dan kesakitan yang teruk boleh menyebabkan kita sukar untuk bergerak . Walaupun begitu, jangan terburu - buru dalam mengambil ubat penahan sakit otot dan pegal.

Adalah lebih baik ditangani sendiri supaya boleh sembuh dengan berehat yang cukup dan jika mahukan juga ubat, boleh ambil suplemen semulajadi atau disapu dengan krim padas dan urut dengan lembut. 

Antara produk Shaklee yang boleh membantu melegakan sakit otot anda ialah seperti di bawah :

Amalkan 4 supplemen ini untuk kesihatan otot anda.


Antara rawatan yang boleh anda lakukan sendiri dirumah ialah anda boleh mandi air panas, menampal koyok hangat kerana hal tersebut boleh mengurangkan gejala otot sakit dan radang. 

Cara lain untuk mengurangkan atau mencegah kesakitan otot dan sendi adalah dengan melakukan latihan regangan setiap hari . Hal ini boleh menjaga kecergasan tubuh juga berkesan untuk melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot . Jika beberapa perkara di atas sakit/nyeri otot dan sendi tidak hilang , sebaiknya rujuk ke doktor berdekatan untuk mengetahui penyebabnya.

Untuk mendapatkan supplemen Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli dan menjana pendapatan dari rumah, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)
E-mail : niksurina2013@gmail.com

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Sunday, 12 October 2014

SUPPLEMEN DAN VITAMIN PENTING UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Setakat hari ni ada 7 orang yang hamil di tempat kerja kami. Subhanallaah. Subur-subur semuanya. Penangan Shaklee. Alhamdulillaah. 

Bagi ibu-ibu yang pernah mengalami proses kehamilan. Pastinya anda tahu kenapa supplemen penting untuk ibu hamil. Bagi bakal-bakal ibu, tentu anda teruja untuk memastikan anda dan kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya. Jadi pelbagai persoalan muncul di minda. Apakah perlu mengambil supplemen semasa hamil. 

Diet yang seimbang adalah terbaik untuk ibu hamil mendapatkan nutrisi yang secukupnya samada untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Oleh itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan sepanjang kehamilan. Ini penting untuk ibu hamil mendapatkan tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti seharian.

Ada juga di kalangan ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Jadi, pengambilan supplemen adalah sangat penting untuk melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan sepanjang kehamilan, baik untuk ibu dan juga tumbesaran bayi dalam kandungan. Pengambilan supplemen semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan komplikasi seperti risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Supplemen sangat penting untuk ibu hamil

Shaklee mempunyai vitamin yang sangat bagus untuk ibu hamil menjaga kesihatan sepanjang kehamilan. Saya amalkan sendiri, dan saya rasai perbezaannya.

Antara supplemen untuk ibu hamil ialah :

  • Esp (Energizing Soy Protein)
  • Vitalea with Iron Formula
  • Bcomplex with Folic Acid
  • Sustained Release Vitamin C Plus
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Set Kehamilan Shaklee yang awesome!

Untuk mendapatkan produk seperti di atas, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

Love and hug,
Awesomelybeauty



Thursday, 9 October 2014

KEMURUNGAN SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sempena ramai kawan-kawan kami yang sedang hamil, kami suka nak berkongsi tentang kemurungan yang biasa melanda wanita semasa hamil.

Kemurungan ni kita ibaratkan macam bebanan perasaan la (emosi dan fizikal). Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering melanda wanita yang bekerja lepas tu tinggal berjauhan pula dari suami ataupun ibu bapa.

Bayangkan wanita yang tinggal berjauhan dengan suami dan ibu bapa, tinggal pula di bandar yang besar. Terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil. Setiap pagi bangun awal siapkan anak-anak, menghadap jem menghantar anak-anak ke taska dan sekolah. Kemudian ke tempat kerja. Petang terpaksa pula menghadapi jem, ambil anak-anak, balik rumah, masak, menguruskan anak-anak sendirian. Bila anak-anak tidak sihat, terpaksa pula berjaga malam. Semua ini boleh menyebabkan kemurungan buat ibu yang sedang hamil.

Belum ambil kira tekanan di tempat kerja, suami yang tidak mengambil berat, jiran-jiran dan rakan sekerja yang menyakitkan hati. Ini semua boleh menjadi punca kepada stress dan mengakibatkan kemurungan.

Selalunya doktor atau jururawat kurang memberikan perhatian kepada aspek ini. Malah orang sekeliling tidak pernah bersimpati, apatah lagi membantu dan memberikan motivasi.

Setiap keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh wanita samada mengenai diri mereka atau bayi mereka harus diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat. Motivasi dan penerangan yang jelas insyaa Allah dapat membantu mengurangkan tekanan yang mereka alami. Selain pemeriksaan fizikal, pemeriksaan emosi juga harus dititikberatkan.

Kemurungan memberi kesan buruk pada ibu dan bayi.

Kami harap ibu-ibu cuba belajar mengawal emosi dengan baik. Boleh baca entry kami dia http://www.awesomelybeauty.blogspot.com/search/label/Tips%20Tangani%20Stress%20Dengan%20Amalan%2011%20B

Tekanan perasaan boleh memudaratkan diri ibu-ibu dan bayi dalam rahim. Hormon stress yang dikeluarkan ke dalam tubuh wanita akan melintasi uri. Jika tindakan hormon ini terlalu lama, bayi boleh mengalami berat badan yang rendah atau kelahiran pra matang. Apabila besar, bayi ini juga dikatakan boleh mengalami masalah pembelajaran di sekolah.

Mohon doktor dan jururawat mengenalpasti samada seseorang wanita itu berpotensi mengalami masalah kemurungan (depression), terutamanya wanita yang sebelum hamil pun sudah mengalami rasa runsing (anxiety) atau masalah pemakanan (eating disorders) atau mengalami penyakit mental yang serius seperti schizophrenia dan bipolar disorder. Kemurungan adalah suatu keadaan yang lebih teruk dari tekanan perasaan. 

Kami mencadangkan ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat, cukup nutirisi supaya ibu-ibu sentiasa sihat dan ceria. Boleh mengambil Esp untuk sumber protein, Vitalea Iron Formula sebagai multivitamin untuk tenaga dan Bcomplex untuk membekalkan folic acid yang sangat diperlukan oleh ibu semasa hamil. Bcomplex juga boleh bertindak sebagai vitamin penenang untuk ibu-ibu supaya dapat mengawal perasaan dari stress.

Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang sedang hamil.

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee ini, boleh menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty





Saturday, 4 October 2014

TIPS TANGANI STRESS DENGAN AMALAN 11 B

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Anda stress? Sebab apa anda stress? Aisey jangan stress stress ok! Kami pun sedang stress ni tau. Stress sebab tak dapat nak beli handbag idaman kami. Hahaha. Gurau jeee.

Stress ni ialah keadaan resah, cemas dan tegang akibat tekanan fizikal atau mental. Ia adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Stress ini jika tidak dikawal atau ditangani akan mendatangkan akibat yang buruk bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling.

Hari ni kami nak discuss tentang bagaimana tips untuk tangani stress dengan amalan 11 B. Apakah amalan 11 B tu? Baca kat bawah ni tauuu. Lepas baca ni tak mau stress stress lagi. Meh meh kita pakat baca dan amalkan sama-sama.

Arghhhh eden stressssssss!!! Haha.

Tips tangani stress dengan amalan 11 B :

1. Bertenang

Boleh membantu mengurangkan stress dengan menghentikan kitaran stress di peringkat permulaan.

2. Bernafas secara dalam

Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik. Kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

3. Berkata : Relaks lahhh...

Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stress.

4. Beribadat

Banyakkan solat sunat, berzikir dan berdoa. Ia adalah terapi yang baik untuk menenangkan emosi dan melegakan perasaan.

5. Berkongsi perasaan atau masalah dengan seseorang

Perasaan atau masalah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dipendam. Sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan-kawan. Apabila berkongsi perasaan atau masalah, ia dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung dan seterusnya mengurangkan stress dalam diri.

6. Berurut

Dalam keadaan stress, oto-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Barurut (bahu, leher, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

7. Berehat dan mendengar muzik

Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

8. Beriadah

Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit atau gunung boleh menenangkan fikiran. Malah ia menyihatkan badan seterusnya mengurangkan stress.

9. Bersenam

Dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stress.

10. Berfikiran positif

Ia bermaksud melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

11. Bcomplex Shaklee

Kami nak share sesuatu, semenjak kami mengamalkan pengambilan Bcomplex Shaklee, kami dapat mengawal stress dengan baik. Alhamdulillaah. 

Dr. Whitakar ada menyakatakn di dalam artikel beliau tentang Bcomplex : "B-complex vitamins aren’t the only way to manage stress and boost your mood. But given all their other health benefits, such as protection against heart disease, Alzheimer’s and serious eye conditions like macular degeneration (to name just a few), I recommend making sure they’re part of your daily supplement regimen" 

Bcomplex Shaklee sangat bagus dalam mengawal stress kami. Recommended!

Details tentang Bcomplex akan kami ulas dalam entry akan datang.

Jika anda ingin mendapatkan Vitamin Bcomplex ini, atau apa-apa sahaja produk Shaklee, anda boleh menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty





Monday, 15 September 2014

MAKANAN YANG DISARANKAN UNTUK PENGIDAP ENDOMETRIOSIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni nak cerita tentang penyakit Endometriosis. Atau lbh dikenali dengan penyakit Endo.

Seorang pengidap Endometriosis harus memastikan diet harian sebagai salah satu pertahanan tubuh. Jadi, harus hati-hati dalam pemakanan untuk mengawal gejala Endometriosis dari berulang.

Apakah makanan yang disarankan untuk Endometriosis?

Makanan tenusu rendah lemak

Produk tenusu yang mengandungi lemak tepu memberi tekanan kepada hati, dan ini menyebabkan kitaran estrogen berlaku dengan cepat. Ia juga menyebabkan kekejangan otot dan membuatkan gejala Endometriosis makin terasa.

Banyakkan makan sayur dan buah

Sayuran dan buah tidak mengandungi lemak tepu, dan mengandungi nutrien yang setara dengan daging dan ayam.

Amalkan produk organik

Bukan sahaja ayam cucuk hormon, malah segala jenis baja kimia dan racun yang digunakan dalam pertanian boleh memberi kesan kepada Endometriosis.

Kurangkan pengambilan kafein

Kalau anda penggemar kopi atau coklat, kurangkan. Kalau tidak boleh tinggal terus. Kafein menghalang penyerapan Vitamin B. Dan ini meningkatkan paras estrogen lantas memburukkan simptom Endometriosis.

Endo makin merebak dan membesar

Gejala Endo



Apakah supplement yang sesuai untuk pesakit Endometriosis?


  • Bcomplex - merendahkan paras estrogen.
  • Antioksidan - ( ACE + Vivix ) - membantu mengurangkan simptom Endometriosis.
  • Kalsium dan Magnesium - membantu hati untuk metabolisme hormon dengan baik
Dapatkan supplement untuk Endometriosis dengan menghubungi kami. Pengedar Shaklee Kuala Lipis. Pengedar Shaklee Benta. Pengedar Shaklee Raub.

Kami juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda  juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : awesomelybeauty
Blog : www.awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
E-mail : ireen2285@gmail.com
Sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

Tuesday, 9 September 2014

VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK BERSERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semua orang nak nampak cantik. Betul tak? Tidak kira lah lelaki mahupun perempuan. Malah naluri semulajadi juga suka melihat sesuatu yang cantik. Malah Allah Taala  juga suka kepada yang cantik-cantik.

Sebagaimana Hadis riwayat Albaihaqi : 
"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai yang indah, murah hati dan menyukai kemurah hatian, menyukai akhlak yang luhur dan membenci akhlak yang rendah"

Jadi tidak salah jika kita sentiasa ingin nampak cantik, terutamanya pada wajah dan penampilan. Wajah yang segar, ceria, bukan sahaja menyenangkan empunya diri, tapi juga orang sekelilingnya.

Oleh itu Shaklee menyediakan Set Wajah Berseri Shaklee bagi mendapatkan wajah yang segar, ceria, licin dan kurang bermasalah. Set ini terdiri daripada :


  • Bcomplex Shaklee
  • Vitamin E Shaklee
  • Sustained Release Vitamin C Shaklee

Vitamin C dan Vitamin E adalah gabungan antioksidan yang powerful, bermanfaat untuk menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E menjadikan seseorang itu nampak muda kerana ia menghalang perkembangan sel penuaan.

Gabungan vitamin-vitamin di atas berguna untuk mencegah jerawat dan melupuskan parut jerawat baru. Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam. 

Wajah yang cantik berseri tanpa cela adalah idaman setiap wanita.

Jika anda berminat dengan Set Kulit Cantik dan Berseri ni. Atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee, anda boleh menghubungi kami, Pengedar sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami boleh COD (cash on delivery) di kawasan sekitar Kuala Lipis, Benta dan Raub, Pahang.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan juga Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Kami juga boleh dihubungi di :

Instagram : awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Email : ireen2285@gmail.com
Sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478



Monday, 23 June 2014

BAHAYA MIGRAIN

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Migrain? Siapa di sini ada masalah migrain? Sila angguk. Macam mana rasanya migrain ni? Saya tidak pernah mengalami masalah migrain ni. Tapi mengikut cerita kawan-kawan yang menghidap migrain, saya tahu yang migrain ni sangat lah menyeksakan.

Menurut pemahaman saya, migrain ni adalah sakit kepala yang sangat meyakitkan. Berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Mereka yang mengalami migrain akan mengalami sakit kepala yang agak teruk yang biasanya terasa hanya di sebelah kepala. Serta seringkali disertai mual dan muntah.

Migrain tidak dapat diubati melainkan biasanya dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaubagaimanapun pengambilan ubat tahan sakit yang berpanjangan kurang bagus untuk tubuh badan. Penghidap migrain boleh juga mencuba pengambilan supplement sebagai salah satu usaha.

SET MIGRAIN SHAKLEE

Shaklee mempunyai supplement untuk mengatasi masalah migrain. Sudah ramai kawan-kawan saya mencuba, dan Alhamdulillah ianya berkesan. Lagi pula supplement Shaklee adalah semulajadi, tiada bahan terlarang, selamat digunakan, dan yang penting ianya halal.

Set Migrain Shaklee ialah :

BCOMPLEX SHAKLEE

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (phyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. 
  • Vitamin B lengkap di dalam Bcomplex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tetapi mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

OSTEMATRIX SHAKLEE (kalsium, magnesium dan Vitamin D)
  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalh insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. 
  • Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungi saraf dan otot serta buah pinggang. 
  • Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisme kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca dipercayai penyebab migrain.
  • Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain, dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada Vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Migrain sungguh menyakitkan. Atasinya dengan Set Migrain Shaklee

Amalkan membaca doa ini untuk mengelakkan daripada migrain

Suppelement semulajadi untuk mengurangkan migrain


Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca daripada pemakanan, maka anda mesti lah menjaga pemakanan anda. 

Begitu juga perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan fikirkanlah untuk mengambil vitamin / supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda. Kerana vitamin / suppelement pasti lebih baik daripada memakan ubat yang berasaskan dadah dalam masa yang lama. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang produk Shaklee. Atau berminat untuk menjadi ahli Shaklee. Anda boleh consult dengan saya. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai wakil pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478


Friday, 20 June 2014

TERLALU KURUS? TAMBAH BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

Assakamualaikum,
Selamat sejahtera semua,


Biasa kita dengar orang nak kurus kan? Pernah tak dengar orang nak gemuk? Tak ada? Ehhh ada la. Ada ramai sangat orang yang berusaha nak tambah berat badan juga sebab terlalu lurus. Terlalu kurus pun sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan tau. Nanti dalam entry akan datang saya cerita tentang bahaya jika terlalu kurus.

Ada orang yang badannya gemuk sanggup berhabis duit ribuan ringgit untuk medapatkan berat badan idaman. Begitu juga orang yang terlalu kurus. Mereka makan apa sahaja untuk menambah berat badan. Kebanyakan makanan yang mereka makan adalah yang tinggi lemak, tinggi kolesterol. Awas ye kawan-kawan. Jangan kerana obses nak naikkan berat badan, penyakit lain pula yang datang.

Saya nasihatkan, untuk menaikkan berat badan, biarlah secara sihat. Amalkan pengambilan vitamin Shaklee untuk menaikkan berat badan secara sihat.

Alamak aiii kurusnyaaaa meh tambah berat badan sikit bagi macho.

SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

MEAL SHAKES SHAKLEE

  • Meal Shakes Shaklee kaya dengan protein dimana pengambilan protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana ianya meupakan asas kepada pemakanan tubuh badan kita. Ye, untuk menambah berat badan, tips simple nya adalah makan makanan yang kaya dengan protein.
  • Apabila sel kita sihat hasil daripada pengambilan protein yang berkualiti, maka badan kita lebih mudah untuk menyerap segala kebaikan zat dan vitamin. 
  • Meal Shakes Shaklee juga membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang penting. Ia mengandungi asid folic, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
VITALEA SHAKLEE
  • Vitalea pula merupakan multivitamin dengan formulasi zat besi yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah. 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA di dalam setiap tablet.
  • Ianya juga merupakan elemen penting bagi sel tubuh yang menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, petumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. 
  • Vitalea merupakan supplement penting kerana ia membuatkan badan kita rasa bertenaga, tidak lesu, mengelakkan pitam dan pening.
BCOMPLEX SHAKLEE
  • Pengambilan vitamin Bcomplex juga penting bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. Bcomplex menukarkan makanan kepada tenaga. di mana ia membantu penghadaman menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan.
  • Istimewanya bcomplex Shaklee ni ialah ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. 
  • Ia juga mengawatatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan, dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Tambah berat badan secara sihat dengan supplement Shaklee

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee. Atau berminat untuk menjadi ahli. Boleh la berjumpa dengan saya. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub dan Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda. 

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan perkhidmatan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478
No id Shaklee : 926488