nuffx

Tuesday 28 October 2014

ALAHAN / ALERGIK SEAFOOD ATAU MAKANAN LAUT - KINI TIDAK LAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ramai sangat kawan kami yang alahan dengan seafood atau makanan laut. Ada kawan satu tempat kerja dengan saya, Eila namanya, masih anak dara. Teruk sangat alahannya. Setiap kali makan seafood, dia akan bersin, selsema, gatal-gatal badan dia. 

Ada salah seorang kawan kami, tiap kali makan seafood, akan rasa gatal-gatal yang teruk sampai tak boleh tidur. Malah, suaminya terpaksa membantu nya merendam kaki dengan air panas suam kerana tak tahan gatal-gatal di kaki. Huhu. Bukan setakat seafood, tersilap makan ayam kampung pun dia akan rasa gatal-gatal.

Namun, sejak mereka mengamalkan vitamin Shaklee, Alhamdulillaah tiada lagi gatal-gatal selepas makan seafood atau ayam kampung. 

Alhamdulillaah, siapa sangka jodoh dengan Shaklee merubah segalanya.

Paling penting, amalkan pengambilan vitamin antioksidan yang sangat bagus dan tidak memudharatkan langsung untuk kesihatan.

Aaaaaaccccuuuuuummmmm, bersin teruk juga merupakan tanda-tanda alahan.

Apakah vitamin yang bagus untuk alergik atau alahan dengan seafood :

Kami cadangkan anda amalkan Garlic, Vitamin E, Vitamin C, Carotomax, Omega Guard, Bcomplex dan Alfalfa.

Bagi anda yang mahukan Set Bajet untuk resdung atau alergik, boleh amalkan Bcomplex, Vitamin C dan Alfalfa.

Set Resdung yang selamat, semulajadi dan berkesan. Insyaa Allah.

Sekarang, ramai kawan kami yang sudah boleh enjoy makanan laut atau seafood. Malah, nilai tambah yang mereka dapat ialah kulit makin licin, cantik, sihat dan berseri-seri.

Anda ada masalah alahan, dan ingin mendapatkan vitamin untuk mengatasi masalah alahan ini? Boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


Monday 27 October 2014

UBAT GOUT SHAKLEE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semalam kami berjumpa dengan kawan kami di mall. Terserempak gitu. Lepas tu sembang-sembang. Rupanya dia kena gout. Muda lagi tau. Kami ingat gout ni akan kena orang-orang tua atau warga emas sahaja. Rupanya orang muda-muda pun boleh kena gout.

Dia cerita pernah dia kena gout sampai tak boleh berjalan. Kalau nak jalan pun kena seret kaki gitu. Aduhai kesiannya. Muda lagi, anak-anak pun masih kecil lagi.


Apa itu gout?

Gout ialah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Monosodium urate atau kristal asid urik yang termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi boleh menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Gout akan menyerang otot-otot dan sendi-sendi badan. Awas! Cegah sebelum parah. 


Bagaimana asid urik berlebihan di dalam darah boleh terjadi?

Ia boleh terjadi kerana metabolisma dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang. Samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik (ubat untuk membuang air dan garam) dan aspirin (tahan sakit).


Apakah yang berlaku kepada asid urik yang berlebihan ini?

  • mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
  • menyebabkan pembentukan 'tophi' gout.
  • menyebabkan batu karang di buah pinggang
Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan ubat sebagai rawatan. 

Namun begitu, risiko untuk menghidap gout pada mereka yang mengalami 'hyperuricemia' adalah tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan ini.


Bagaimana mengesan penyakit Gout?

Sekiranya anda mengalami simptom gout, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Gout boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Beberapa ujian akan dilakukan. Ujian terhadap cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan X-Ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi.


Bila biasanya gout berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba. Namun beberapa keadaan boleh menyebabkan serangan gout. Antaranya :
  • kekurangan air dalam badan, atau berpuasa.
  • makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
  • kecederaan kepada sendi.
  • selepas pembedahan.

Tanda-tanda penyakit gout :
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit gout?

Shaklee bukanlah ubat gout. Tetapi ia merupakan rangkaian nutrisi dan makanan tambahan bagi membantu pesakit gout mengurangkan kesakitan sendi, mengurangkan serangan dan komplikasi sakit gout.


Suplemen atau nutrisi Shaklee untuk gout ialah :
  • Vivix : untuk memperbaiki sel
  • Herblax : untuk detoks
  • Alfalfa : untuk menurunkan asid serum
  • Vitamin C untuk menurunkan asid serum
  • Bcomplex : untuk metabolisme nukleoprotein
  • OsteMatrix : untuk sakit dan bengkak
  • Vitamin E : untuk meneutralkan radikal bebas
  • Performance Drink : untuk mengawal bendalir badan

Set Bajet Shaklee Untuk Gout adalah :
  • Alfalfa

Alfalfa sangat bagus untuk pesakit gout.
  • Performance Drink

Ini memang minuman wajib untuk pesakit gout.

Dapatkan Set Bajet Gout Shaklee ataupun sebarang produk Shaklee dengan menghubungi :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

Friday 24 October 2014

SAKIT OTOT DAN KECEDERAAN OTOT, SHAKLEE ADA PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Pernah tak antara kita yang tiba-tiba merasakan sakit otot terutama di pundak dan punggung, pinggang, lutut, tapak kaki, leher, bahu, siku, kaki atau lutut? Sakit otot atau sakit sendi ini tidak mengira umur dan ianya terjadi menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Kebiasaannya, sakit otot ini akan menganggu rutin seharian kita. Tahukah anda sakit otot ini menandakan bahawa tubuh sudah terlalu letih dan perlu istirehat serta bantuan suplemen tambahan.

Antara sebab sakit otot :

Pakar sakit otot mengatakan yang sakit otot ini bukan hanya disebabkan oleh aktiviti yang berat, tetapi ada beberapa lagi penyebab sakit bahagian otot-otot kita. Antaranya ialah :

1. Duduk lama dalam kenderaan semasa kesesakan jalan

2. Duduk lama di depan komputer

3. Berdiri terlalu lama

4. Menggunakan kasut tumi tinggi dalam waktu yang lama.


Bersenam dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan sakit otot.

Nyeri atau sakitnya otot juga menyerang pada bahagian tubuh seperti pada leher, bahu, siku, pinggang dan lutut. Rasa ngilu pada otot terjadi kerana gerakan berlebihan atau tidak seimbang,otot sangat kurang berehat dan pergerakan tubuh yang terbatas, sehingga mengakibatkan “otot mengejang” setelah bekerja dalam waktu lama tanpa henti.

Anda juga perlu tahu perbezaan diantara "kesakitan otot" dan "pegal" :

1. Rasa Pegal (Sakit) : timbul kerana pengeluaran lactic asid 

Pengeluaran asam laktat (lactic acid) terjadi ketika tubuh memerlukan tenaga tetapi tidak memiliki oksigen yang cukup untuk menghasilkan tenaga secara aerobik. 

2. Kesakitan otot : berlaku kerana pada otot-otot tertentu sahaja dan penyebabnya lebih jelas , seperti kerana gerakan statik , atau kerana trauma.

Sakit otot jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada badan.

Kesakitan otot yang datang dan pergi, sebenarnya sukar untuk kita mengabaikannya kerana memang terkadang boleh mengganggu aktiviti harian kita dan kesakitan yang teruk boleh menyebabkan kita sukar untuk bergerak . Walaupun begitu, jangan terburu - buru dalam mengambil ubat penahan sakit otot dan pegal.

Adalah lebih baik ditangani sendiri supaya boleh sembuh dengan berehat yang cukup dan jika mahukan juga ubat, boleh ambil suplemen semulajadi atau disapu dengan krim padas dan urut dengan lembut. 

Antara produk Shaklee yang boleh membantu melegakan sakit otot anda ialah seperti di bawah :

Amalkan 4 supplemen ini untuk kesihatan otot anda.


Antara rawatan yang boleh anda lakukan sendiri dirumah ialah anda boleh mandi air panas, menampal koyok hangat kerana hal tersebut boleh mengurangkan gejala otot sakit dan radang. 

Cara lain untuk mengurangkan atau mencegah kesakitan otot dan sendi adalah dengan melakukan latihan regangan setiap hari . Hal ini boleh menjaga kecergasan tubuh juga berkesan untuk melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot . Jika beberapa perkara di atas sakit/nyeri otot dan sendi tidak hilang , sebaiknya rujuk ke doktor berdekatan untuk mengetahui penyebabnya.

Untuk mendapatkan supplemen Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli dan menjana pendapatan dari rumah, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)
E-mail : niksurina2013@gmail.com

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Fenomena positif lagi luarbiasa melanda kawan-kawan dan kenalan kami. Fenomena apa? Haaaa sudah pastilah fenomena menyusu bayi secara ekslusif! Alhamdulillaaah syukur syukur syukur.

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, ramai dari kenalan kami begitu concern tentang milk booster, breast pump, ebm, power pumping dan sebagainya. Malah ada kawan kami pinjam breast pump avent kami, sampai sekarang belum pulangkan. Ha ha ha. Adoi sabar je.

Antara perkara paling penting dalam proses penyusuan si manja secara ekslusif ialah penyimpanan EBM (Express Breast Milk) atau susu ibu yang telah diperah.

Penting untuk ibu-ibu tahu sebab jika tidak betul cara penyimpanannya, maka susu akan cepat rosak. Dan sia-sia lah segala usaha ibu-ibu memerah susu siang dan malam.

Sebenarnya berapa lama susu ibu bertahan bergantung kepada bagaimana dan di mana susu ibu disimpan.

Kebersihan adalah penting semasa mengendalikan susu yang telah diperah.

Selalunya susu ibu kekal segar pada suhu bilik (60-85 darjah Fahrenheit) selama 3 hingga 4 jam. Tetapi susu dalam keadaan sejuk, contohnya seperti musim sejuk di England boleh bertahan dengan lebih lama iaitu antara 6 hingga 8 jam.

Jika ia disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh digunakan semula antara 3 hingga 5 hari. Susu ibu yang disimpan dalam keadaan sejuk beku boleh digunakan lebih lama lagi.

Jika ia disimpan di dalam peti sejuk yang mempunyai pintu yang berasingan, susu ibu beku tahan selama 3 hingga 6 bulan.

Susu yang disimpan baik dalam peti sejuk, kadang kala boleh bertahan lebih dari itu.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu boleh cuba merasa susu dahulu sebelum diberikan kepada anak. jika ia berasa masam, berkemungkina ia telah dicemari kuman.

Untuk mengelakkan ini, cuci tangan sebelum mengepam susu ibu dan segera menyimpan di dalam peti sejuk.

Jika mahu menggunakan semula, elakkan mencairkan susu ibu yang beku dengan menghangatkannya di atas dapur. Biar ia cair perlahan-lahan di dalam suhu bilik.

Kami mencadangkan ibu-ibu mengambil milk booster terbaik dari Shaklee jika berhasrat untuk menyusukan bayi sepenuhnya secara ekslusif. Saya sendiri telah mencubanya dan Alhamdulillaah saya sangat berpuashati.

Setiap pembelian akan disertakan jadual pump susu, tips-tips dan khidmat nasihat berterusan dari kami. Juga special free gift dari kami untuk anda semua.

Jika berminat boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty







MERAWAT DAN MENCEGAH RUAM LAMPIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Lamanya kami tak update entry di blog pink kesayangan kami ni. Maklum sajalah, cuti sekolah. Sibuk melayan anak-anak tiga orang tu. Anak baru tiga, tapiiiiii havoc macam anak 10 tauuu. Rindunyaa nak menaip. Haha. Hari ni kami nak bincang tentang ruam lampin sebab kami baru je balik dari melawat kawan kami yang baru lepas bersalin dan baby dia kena ruam lampin. Walaupun tak teruk sangat tapi penting untuk ibu-ibu ambil tindakan segera supaya ruam tu tidak melarat.

Setelah bagi beberapa tips. Ewaah dah macam doktor pula kami ni. Kami rasa kami nak share dengan semua pembaca tentang ruam lampin ni.

Nappy rash atau ruam lampin biasanya berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah dan lambat ditukar yang menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan, menyebabkan pedih dan sakit.

Biasanya ruam lampin atau nappy rash ini melanda bayi yang berusia bawah setahun setengah.

Jangan biarkan melarat. 

Punca ruam lampin ialah :

  • Bayi mempunyai kulit yang sensitif. Terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing sehingga menyebabkan keradangan dan ruam pada kulit bayi.
  • Menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai dengan kulit bayi.
  • Adakalanya 'baby wipe' tidak sesuai dengan kulit bayi, terutamanya yang mempunyai wangian.
  • Bayi yang mempunyai kulit yang amat sensitif menyebabkan masalah ruam terjadi berulang-ulang.

Cara untuk mencegah ruam lampin pada bayi :

Menggunakan krim sapuan boleh menghilangkan ruam pada bayi, namun tidak menjanjikan masalah ini tidak berulang. Jadi, untuk mencegah masalah ruam ini daripada berulang, maka kami cadangkan ibu bapa bertindak seperti di bawah :
  • Menukarkan lampin bayi dengan kerap dengan memeriksa lampin mereka setiap 2-3 jam. Seeloknya, jika kulit bayi anda sensitif, gunakan 'cloth diapers'. 
  • Gunakan air yang bersih dan basuh berak bayi dengan sempurna terutamanya di celah lipatan kelengkang bayi. Bagi bayi perempuan, mulakan basuhan daripada 'depan ke belakang' bagi mengelakkan daripada kuman dari kemaluan belakang menjangkiti vagina.
  • Pastikan kulit bayi menjadi kering selepas membasuh kawasan itu dengan cara mengelap atau memberikan pengudaraan.
  • Jika bayi mengalami luka lecetan, boleh sapukan krim bagi menghalang bahagian kulit yang luka dijangkiti kuman. Krim-krim ini ada banyak dijual di farmasi. Namun, kami sarankan berjumpalah dengan doktor untuk dapatkan perskrepsi yang tepat. Jika mahukan krim yang bebas paraben, anda boleh cuba Herbal Blend Multipurpose Cream dari Shaklee

Ibu bapa sekalian, buatlah langkah pencegahan. Beri extra care untuk bayi anda. Insyaa Allah masalah ruam lampin tidak akan berulang.


Jika anda ada sebarang pertanyaan, atau berminat untuk jana pendapatan dari rumah dengan Shaklee, atau ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)
e-mail : niksurina2013@gmail.com

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Sunday 19 October 2014

CARA PENGAMBILAN ALFALFA SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Ada ramai yang tanya bagaimana cara pengambilan Alfalfa Complex yang sebenarnya. Ada yang cadangkan ambil 5 biji, ada yang cadangkan ambil 6 biji, dan ada juga yang cadangkan 10 biji. Di botol Alfalfa pula ditulis maksimum pengambilan adalah 10 biji sehari.

Kami suka nyatakan pengambilan Alfalfa adalah mengikut keperluan setiap individu. Dan keperluan setiap individu adalah berbeza-beza.

Alfalfa ni mengandungi vitamin K, bermakna ia akan menyebabkan kepekatan darah kita meningkat. Maka pengambilan air masak yang banyak sangat perlu ok.  Lagi banyak anda ambik Alfalfa, lagi banyak jumlah air yang perlu anda ambil.

Jangan pandang remeh hal ini. Seeloknya ambil Alfalfa sebanyak 2 biji pagi, 2 biji tengahari dan 2 biji malam supaya pengambilan air kita seimbang dan sekata.

Ini lah dia vitamin yang wajib diambil oleh ibu-ibu yang menyusu. Kerana ia merupakan milk booster terbaik kalau mengikut pengalaman saya sendiri. Inilah vitamin yang membuatkan susu saya bengkak semasa menyusukan Hakeem dan Hareez!

Breastfeeding journey yang sangat menarik sepanjang menyusukan anak-anak. Ahamdulillaah. Nanti saya akan kongsikan pengalaman saya bersama anda semua.

Ejen detoks terbaik kegemaran kami.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Shaklee, atau berkaitan dengan keahlian dan menjana pendapatan dari rumah, anda boleh hubungi kami melalui :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee di Kuala Lipis, Pengedar Shaklee di Benta dan Pengedar Shaklee di Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Saturday 18 October 2014

DAPATKAN KULIT CANTIK BERSERI DENGAN SET KULIT CANTIK SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Tidak kira anda lelaki atau anda perempuan, pasti anda suka melihat sesuatu yang cantik, dan melihat manusia-manusia yang cantik. Betul kan?

Dan bagi lelaki mahupun perempuan, memiliki kulit yang cantik, cerah, gebu dan menawan adalah impian semua orang. Kan? 

Namun adakala faktor pemakanan, cara hidup, tekanan kerja dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kulit menjadi tidak sihat.

Semasa saya masih remaja dan sedang belajar di universiti, saya sangat suka makan makanan yang bergoreng. Mencuci muka dengan sabun mandi sahaja. Hahaha. Kurang pula minum air kosong. Tekanan belajar dengan kuliah, presentation dan assignment lagi. Ini semua menjadikan kulit saya jadi berminyak dan mula berjerawat. Aduhai huduh sungguh saya masa tu! Selekeh habesss!

Healthy skin is a beautiful skin!

Namun sekarang ni, bila makin bertambah usia, saya makin concern dengan kecantikan kulit dan mementingkan penampilan diri. Malah sekarang makin ramai yang memuji perbezaan kulit saya yang makin segar dan sihat berbanding dulu. Ahaks sori perasan sikit malam ni.

Sekarang ni kami suami isteri mengamalkan Vitamin untuk kulit cantik iaitu Bcomplex, Vitamin C, Vitamin E Shaklee atau lebih popular dengan nama Set Skin Care (Set D).

Apakah fungsi setiap vitamin yang terdapat di dalam Set D ini :

Vitamin B

  • Ia adalah vitamin larut air, lengkap dengan 8B. Membantu menukarkan gula kepada tenaga.
  • Ia juga membantu kita mengawal tekanan, emosi yang lebih stabil dan hormon yang seimbang.
  • Walaupun ada yang anggap Bcomplex boleh membuat kita gemuk, namun ia sama sekali tidak benar! Kerana hakikatnya vitamin B membakar gula kepada tenaga. 
  • Rasa lapar tadi adalah satu tanda tubuh memberi alert bahawa sel perlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. 
  • Membuka selera makan itu hanya sebahagian kecil kesan pengambilan Bcomplex. 
  • Rasa makan yang membuak-buak dan berlebihan adalah dipanggil nafsu semata-mata.
  • Jika kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan sel mendapat zat serta vitamin yang seimbang, insyaa Allah kita mampu mengawal nafsu makan kita tadi.

Vitamin C
  • Sel-sel kita hakikatya dihubungkan oleh satu penyambung yang sangat terkenal iaitu kolagen. Kolagen terbentuk dari protein, Bcomplex dan Vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk menjaga sel-sel di dalam tubuh kita. Malah Vitamin C terkenal sebagai vitamin yang membantu di dalam sistem imun tubuh kita. Ia membantu menjaga keanjalan salur pembuluh darah.

Vitamin E
  • Terkenal sebagai vitamin antioksidan yang sangat penting dalam mencegah sel-sel kanser mahupun sebarang pertumbuhan sel tidak normal. Selain itu, Vitamin E adalah vitamin yang membantu melambatkan penuaan. Ia juga bagus untuk saraf. Jadi, kita takkan mudah merasa stress dan membantu mengelakkan rasa sengal atau sakit urat.
Set Kecantikan Kulit Shaklee

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli Shaklee. Boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar sah Shaklee Benta dan Pengedar sah Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei. Insyaa Allah.

Love and hug,
Awesomelybeauty



Friday 17 October 2014

BAGAIMANA CARA HILANGKAN BINTIK KOLESTEROL DI MUKA DAN BADAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Mula-mula tengok bintik-bintik kolesterol ni memang saya tak tau. Mula-mula tu ingatkan macam jerawat gitu, rupanya bukan. Bila nampak orang yang ada bintik-bintik kolesterol ni, rasa pelik je, nak tau sangat kenapa boleh ada bintik-bintik gitu. Tapi segan nak tanya.

Rupanya bila badan kita ada kolesterol yang berlebihan, akan keluar bintik-bintik di wajah ataupun di badan. Walaupun kadangkala ianya tidak begitu ketara, tapi bila tengok cermin dalam jarak yang dekat, kita boleh nampak bintik-bintik kecil ni.

Bintik-bintik kolesterol ini boleh mencacatkan penampilan anda.

Bagi sesiapa yang ada bintik-bintik kolesterol ni, boleh amalkan supplemen dan vitamin Shaklee secara konsisten. Malah boleh ambik double dose memandangkan pada botol setiap vitamin Shaklee ada ditulis boleh dimakan 1-2 kali sehari.

Jadi boleh amalkan pengambilan vitamin di bawah untuk merawat kolesterol yang mula menunjukkan kesan ketara pada wajah :

  • Gla Complex
  • Carotomax
  • Sustained Release Vitamin C Plus
  • Vitamin E Complex
  • Omega Guard
  • Garlic Complex

Maka, untuk hilangkan bintik-bintik kolesterol, jangan tertinggal untuk mengambil vitamin di atas setiap hari. Insyaa Allah dalam masa 3 bulan, bintik-bintik ini akan makin mengecil dan mula menghilang. 

Selain menghilangkan bintik kolesterol, supplemen dan vitamin di atas juga boleh mengawal dan menurunkan berat badan. 

Hakikatnya kita perlu menjaga diri kita supaya tidak terlalu berat kerana bila berat badan naik, kita akan mudah merasa malas buat kerja dan intense untuk makan lebih banyak. 

Berat badan berlebihan juga boleh membuatkan kita merasa mengantuk dan tidur yang berlebihan. Ini adalah kerana jantung menghadapi cabaran untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Berat badna yang berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan secara menyeluruh.

Tambahan pula sekarang ni Shaklee mengeluarkan produk baru, khas untuk kolesterol iaitu Phytocol-ST, maka ambillah secara konsisten sebanyak 2 biji sehari sebelum makan.

Block koleaterol anda dengan Phytocol-St Shaklee


Memang kalau disenaraikan macam banyak je vitamin nak kena makan. Dan macam banyak je bajet bulanan untuk membeli supplemen Shaklee ni. Jangan la bimbang, Shaklee ni memberi nilai untuk wang anda. Contohnya Bcomplex ataupun Vitalea, sebotol tahan selama 4 bulan. Manakala Vitamin C pula tahan selama 6 bulan! So tak ada la kena beli setiap bulan.

Malah, jika anda mejadi ahli Shaklee, anda akan mendapat bonus setiap bulan. Dan dengan bonus itulah anda boleh membeli supplemen Shaklee. Malah jika murah rezeki, anda akan mendapat bonus kereta dan bonus melancong bersama Shaklee ke luar negara.

Mungkin ada rawatan di klinik atau hospital swasta, namun sudah pastilah kosnya terlalu tinggi. Maka kami sarankan anda ambillah supplemen Shaklee, insyaa Allah masalah bintik kolesterol akan dapat diatasi. Disamping itu, anda akan mendapat insentif Shaklee yang banyak tanpa kita sedari. 

Jika anda berminat nak sertai kami, Jom email dan text kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

PUNCA DAN CARA MENGATASI SERTA MERAWAT MASALAH JERAWAT BATU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Saya sendiri mengalami masalah jerawat batu pada tahun akhir di universiti. Dah la masa semester akhir tu nak bertunang. Aduhai susah hati. Sebenarnya suami saya juga mempunyai masalah jerawat, cuma jerawat dia semua dah kering, tinggal parut sahaja, dan parut jerawat dia lekuk-lekuk macam kawah planet Marikh gitu kaedahnya. Huhuhihi. 


Masa tu macam-macam produk yang kawan-kawan suggest saya cuba. Tapiiiiiiiiiiiiii buka jerawat saya makin baik, malah makin teruk jadinya. Parut jadi hitam-hitam gitu. Huduhnya malu nak pandang wajah sendiri kat cermin.


Sebenarnya 54% wanita yang berumur lebih 25 tahun ke atas hadapi masalah jerawat timbul. Ada jerawat yang sangat teruk sehingga membuatkan seseorang itu rendah diri. Ada satu jerawat yang timbul kat muka pun dah risau kan?, inikan pula jerawat timbul yang nak penuh satu muka. Sebelum kita cari penawar untuk menyelesaikan masalah jerawat timbul ni, apakata kita ketahui dulu bagaimana jerawat terjadi.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

  • Jerawat terjadi kerana minyak menakung di pori-pori. Muka tidak dicuci dengan bersih dan masih terdapat sel kulit mati. (rasanya ini yang selalu terjadi dan sering kita ambil mudah, dah penat terus masuk tidur tanpa ingat nak bersihkan muka sebelum tidur. Make-up muka sering dibiarkan lama tanpa di bersihkan sebelum tidur, jadi tidak salah lah jerawat nak menonjolkan diri)
  • Kuman dan bakteria mudah hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit. (sama seperti masalah no 1)
  • Kerap terjadi kepada remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.
  • Ketidakseimbangan hormon adalah punca utama timbulnya jerawat.
  • Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.

Jom hidup tanpa dihantui masalah jerawat. Kami pun dah serik dengan jerawat ni.

Cara Mengatasi Jerawat Timbul 

Selain menjaga diet (makanan) dan sering minum air kosong serta senaman, pendek kata kita perlu amalkan hidup yang sihat, ada suplemen yang dapat membersihkan kulit dan mengalakkan penumbuhan jerawat baru serta dapat mengecutkan jerawat lama dengan cara semulajadi. 

Produk Shaklee untuk Set Jerawat 
  • Zinc Complex - mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan inflamasi dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.
  • Gla Complex - membantu mencairkan sebum yang berminyak, mengurangkan rongga dari tersumbat.
  • Vitamin C - mempertingkatkan sistem imun, membantu menyekat bakteria penyebab jerawat.
  • Alfalfa - membantu mengurangkan infeksi pada kulit.
  • ESP Soy Protein - mempertingkatkan pemulihan luka, mengurangkan parut.
Set Kulit Cantik Shaklee. Dijamin selamat dan berkesan!

Adakah jerawat batu menandakan kulit kotor? 

Ya. Jerawat batu berlaku apabila liang-liang roma pada kulit tersumbat. Hormon menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak dan mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk bakteria membiak.

Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kebersihan muka. Untuk itu bagi yang berminat mendapatkan produk tersebut boleh lah hubungi sekarang. Harga kasih sayang akan diberi KHAS untuk anda.

Jom hidup bebas dan lebih yakin diri tanpa jerawat!

Untuk dapatkan Set Jerawat ini boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Thursday 16 October 2014

DETOKS DAN ATASI MASALAH SEMBELIT DENGAN DAUN SENNA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bila mendengar atau membaca tentang 'senna', apa yang kita bayangkan? Kita akan bayangkan daun inai, betul tak?

Yang sebenarnya 'senna' bukanlah daun inai, senna adalah bahasa saintifik untuk pokok gelenggang yang banyak terdapat dalam semak di negara kita Malaysia. Negara kita bertuah kerana memiliki banyak spesis tumbuhan yang mempunyai kesan terapeutik dan berguna untuk perubatan.

Senna pertama kali diperkenalkan oleh pakar perubatan di tanah Arab untuk merawat masalah sembelit. Dan ia turut digunakan oleh Rasulullah S.A.W (sumber Tibb An Nabawi oleh Ibnu Qayyim).

Di sini kami ingin menunjukkan bagaimanakah rupa pokok senna untuk anda yang belum pernah melihatnya.

Ini lah dia rupa pokok senna atau gelenggang

Khasiat senna atau pokok gelenggang :

Ada terdapat banyak khasiat pokok ini, antaranya ialah :
  • mendetoks atau membuang kotoran serta toksin dari tubuh melalui usus.
  • membersihkan usus agar dapat menyerap zat makanan dengan baik.
  • bagus untuk mereka yang mengalami masalah sembelit

Kesan pengambilan senna atau pokok gelanggang :
  • Kesan pengambilan senna biasanya akan dirasakan selepas 12 jam. Atau sehari. Atau kadangkala 2-4 hari.
  • Menjadikan tubuh lebih mudah berpeluh dan pembuangan air besar menjadi lebih lancar.
  • Orang yang bermasalah dengan pembuangan air besar biasanya merasakan tubuh berat dan letih. Pengambilan daun senna memudahkan pembuangan air besar, sekaligus menjadikan tubuh menjadi lebih cergas dan bertenaga.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan senna?

Sekarang lebih mudah mendapat khasiat senna dan 8 lagi herba yang bertindak bersama-sama untuk detoks usus yang berkesan. Apa lagi kalau bukan HERBLAX Shaklee!

Ejen membakar dan membuang lemak yang selamat dan berkesan!

Jom jom jommm order Herb lax Shaklee sekarang. Jangan biarkan sepanjang hidup anda dihantui masalah pembuangan. 

Masalah pembuangan boleh menyebabkan perut buncit dan wajah tidak berseri. Dan sepertimana yang kita tahu, kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada perut.

Sembelit boleh sebabkan buasir!

Hubungi kami segera di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami adalah Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei. 

Love and hug,
Awesomelybeauty