nuffx

Showing posts with label Herblax. Show all posts
Showing posts with label Herblax. Show all posts

Monday, 27 October 2014

UBAT GOUT SHAKLEE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semalam kami berjumpa dengan kawan kami di mall. Terserempak gitu. Lepas tu sembang-sembang. Rupanya dia kena gout. Muda lagi tau. Kami ingat gout ni akan kena orang-orang tua atau warga emas sahaja. Rupanya orang muda-muda pun boleh kena gout.

Dia cerita pernah dia kena gout sampai tak boleh berjalan. Kalau nak jalan pun kena seret kaki gitu. Aduhai kesiannya. Muda lagi, anak-anak pun masih kecil lagi.


Apa itu gout?

Gout ialah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Monosodium urate atau kristal asid urik yang termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi boleh menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Gout akan menyerang otot-otot dan sendi-sendi badan. Awas! Cegah sebelum parah. 


Bagaimana asid urik berlebihan di dalam darah boleh terjadi?

Ia boleh terjadi kerana metabolisma dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang. Samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik (ubat untuk membuang air dan garam) dan aspirin (tahan sakit).


Apakah yang berlaku kepada asid urik yang berlebihan ini?

  • mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
  • menyebabkan pembentukan 'tophi' gout.
  • menyebabkan batu karang di buah pinggang
Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan ubat sebagai rawatan. 

Namun begitu, risiko untuk menghidap gout pada mereka yang mengalami 'hyperuricemia' adalah tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan ini.


Bagaimana mengesan penyakit Gout?

Sekiranya anda mengalami simptom gout, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Gout boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Beberapa ujian akan dilakukan. Ujian terhadap cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan X-Ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi.


Bila biasanya gout berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba. Namun beberapa keadaan boleh menyebabkan serangan gout. Antaranya :
  • kekurangan air dalam badan, atau berpuasa.
  • makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
  • kecederaan kepada sendi.
  • selepas pembedahan.

Tanda-tanda penyakit gout :
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit gout?

Shaklee bukanlah ubat gout. Tetapi ia merupakan rangkaian nutrisi dan makanan tambahan bagi membantu pesakit gout mengurangkan kesakitan sendi, mengurangkan serangan dan komplikasi sakit gout.


Suplemen atau nutrisi Shaklee untuk gout ialah :
  • Vivix : untuk memperbaiki sel
  • Herblax : untuk detoks
  • Alfalfa : untuk menurunkan asid serum
  • Vitamin C untuk menurunkan asid serum
  • Bcomplex : untuk metabolisme nukleoprotein
  • OsteMatrix : untuk sakit dan bengkak
  • Vitamin E : untuk meneutralkan radikal bebas
  • Performance Drink : untuk mengawal bendalir badan

Set Bajet Shaklee Untuk Gout adalah :
  • Alfalfa

Alfalfa sangat bagus untuk pesakit gout.
  • Performance Drink

Ini memang minuman wajib untuk pesakit gout.

Dapatkan Set Bajet Gout Shaklee ataupun sebarang produk Shaklee dengan menghubungi :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

Thursday, 16 October 2014

DETOKS DAN ATASI MASALAH SEMBELIT DENGAN DAUN SENNA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bila mendengar atau membaca tentang 'senna', apa yang kita bayangkan? Kita akan bayangkan daun inai, betul tak?

Yang sebenarnya 'senna' bukanlah daun inai, senna adalah bahasa saintifik untuk pokok gelenggang yang banyak terdapat dalam semak di negara kita Malaysia. Negara kita bertuah kerana memiliki banyak spesis tumbuhan yang mempunyai kesan terapeutik dan berguna untuk perubatan.

Senna pertama kali diperkenalkan oleh pakar perubatan di tanah Arab untuk merawat masalah sembelit. Dan ia turut digunakan oleh Rasulullah S.A.W (sumber Tibb An Nabawi oleh Ibnu Qayyim).

Di sini kami ingin menunjukkan bagaimanakah rupa pokok senna untuk anda yang belum pernah melihatnya.

Ini lah dia rupa pokok senna atau gelenggang

Khasiat senna atau pokok gelenggang :

Ada terdapat banyak khasiat pokok ini, antaranya ialah :
  • mendetoks atau membuang kotoran serta toksin dari tubuh melalui usus.
  • membersihkan usus agar dapat menyerap zat makanan dengan baik.
  • bagus untuk mereka yang mengalami masalah sembelit

Kesan pengambilan senna atau pokok gelanggang :
  • Kesan pengambilan senna biasanya akan dirasakan selepas 12 jam. Atau sehari. Atau kadangkala 2-4 hari.
  • Menjadikan tubuh lebih mudah berpeluh dan pembuangan air besar menjadi lebih lancar.
  • Orang yang bermasalah dengan pembuangan air besar biasanya merasakan tubuh berat dan letih. Pengambilan daun senna memudahkan pembuangan air besar, sekaligus menjadikan tubuh menjadi lebih cergas dan bertenaga.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan senna?

Sekarang lebih mudah mendapat khasiat senna dan 8 lagi herba yang bertindak bersama-sama untuk detoks usus yang berkesan. Apa lagi kalau bukan HERBLAX Shaklee!

Ejen membakar dan membuang lemak yang selamat dan berkesan!

Jom jom jommm order Herb lax Shaklee sekarang. Jangan biarkan sepanjang hidup anda dihantui masalah pembuangan. 

Masalah pembuangan boleh menyebabkan perut buncit dan wajah tidak berseri. Dan sepertimana yang kita tahu, kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada perut.

Sembelit boleh sebabkan buasir!

Hubungi kami segera di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami adalah Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei. 

Love and hug,
Awesomelybeauty

Wednesday, 1 October 2014

ATASI MASALAH PENGHADAMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni kami nak cerita tentang masalah penghadaman. Rasulullah ada bersabda "Perut manusia itu tempat segala penyakit. Manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan" (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Antara penyakit yang berpunca daripada perut :

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungan.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.


Tanda-tanda mengalami masalah penghadaman ialah :

1. Sembelit.

2. Kembung dan ketidakselesaan perut.

3. Mulut berbau.

4. Najis berbau.

5. Mengidam makanan.

Masalah penghadaman mengganggu kerja-kerja seharian.

Kesan daripada masalah penghadaman yang tidak sihat ialah :

1. Masalah gastrik.

2. Perut buncit.

3. Naik berat badan.

4. Sistem imuniti menjadi lemah.

5. Kanser usus.

Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga kesihatan usus kita. Pastikan kita tidak mengalami masalah penghadaman. 

Semoga kita dijauhkan dari segala penyakit. Bila sihat, hendak beribadah pun senang, lapang, tenang dan semangat.

Vitamin Shaklee iaitu Alfalfa Complex dan Herblax ada sangat bagus untuk sistem penghadaman yang bersih. Atasi masalah penghadaman dengan pengambilan Alfalfa Complex dan Herblax Shaklee. 

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, blh hubungi kami di : 

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Friday, 26 September 2014

MAKANAN UNTUK MENGATASI SEMBELIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Siapa yang sedang membaca ni mengalami masalah sembelit? Sila angkat tangan. Hehe. Sembelit ni adalah kesukaran membuang air besar.

Antara sebab terjadinya sembelit ialah :
  • makanan yang dimakan tidak dicerna dengan baik
  • kurang makan buah dan sayur
  • kurang minum air kosong
Sembelit ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan buasir! So cegah lebih baik dari merawat. Dan sebaiknya rawat sebelum parah!

Makanan yang boleh mengatasi masalah sembelit :

1. Betik
Buah betik yang masak ranum kaya dengan vitamin C dan memiliki kandungan serat yang tinggi. Ini sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi orang yang memiliki masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam diet harian bagi individu yang mengalami sembelit.

2. Stroberi
Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca dingin ini tidak hanya cantik dan enak dimakan. Bahkan, ia efektif mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Cincau
Cincau memiliki serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, perut kembung, sembelit dan diarrhea. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi penyebab penyakit kanser. 
Bandung cincau pun sodapppp! =)

4. Mentimun
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosfor, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit bisa diatasi hanya dengan makan mentimun setiap hari.
Cuba buat ulam timun cicah dengan budu. Memang sedap!

5. Kucai
Daun kucai mengandung vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteri dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses kontraksi dan ekspansi usus selain melancarkan darah sekaligus mencegah terjadinya pembekuan darah. Ia dapat mengobati penyakit-penyakit seperti kram menstruasi, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Cuba buat telur dadar letak kucai banyak-banyak. Perghhh sedap tau!

6. Pisang
Pisang memiliki begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalkan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang tidak hanya boleh dimakan begitu saja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak samada digoreng atau dijadikan pengat.
Emmm nyum nyum!

7. Temulawak
Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan ubi muda temulawak atau nama ilmiahnya Curcuma Xanthorriza.

Caranya:
Ambil bahagian batang dan ubi muda temu lawak.
Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
Setelah mendidih, tapis dan tuangkan ke dalam gelas.
Biarkan hangat seketika dan minumlah secara perlahan.

Sehari minum sebanyak dua sampai tiga kali. Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, juga diakui dapat mengatasi masalah najis berdarah.

8. Ciku
Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sampai lumat. Amalkan dengan pengambilan sedikit air hangat yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

9. Lobak Merah
Nama ilmiahnya Daucus carota L dapat membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran semasa period dan menjaga kulit agar sentiasa sihat.

Cara terbaik menikmati manfaat carrot adalah dengan memakannya secara mentah.




Carrot adalah lebih baik dimakan mentah.

Namun jika anda sukar untuk mempraktikkan pengambilan makanan di atas, anda boleh juga mengatasi masalah sembelit anda dengan mengambil Herblax Shaklee.

Herblax Shaklee sangat bagus untuk detoksifikasi, membuang toksin dan mencuci usus anda.


Vitamin wajib saya setiap malam.

Boleh hubungi saya untuk membeli Herblax Shaklee atau sebarang produk Shaklee.

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.

COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.

Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,

Awesomelybeauty

Sunday, 21 September 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni kami nak bagi tips kempiskan perut. Memandangkan ramai kawan-kawan kami yang badan dia agak kurus tapi lepas bersalin susah nak kempis tang perut.

Alahai susahnya hati bila perut buncit kan. Macam-macam cara buat tapi perut tak nak kempis juga. Huhu.

Macam saya sendiri, dari segi supplement saya amalkan telan Pepermint, Herb Lax dan Ostematrix Shaklee setiap malam. Alhamdulillah perut makin kempis. Mana tak nya, bangun je pagi confirm membuang dengan begitu lawasnya. Memang syok habis!

Lepas tu saya sarankan anda buat senaman ni. Supaya perut anda makin cepat kempis. Bab ni kena rajin la. Buat setiap hari tau. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Target nak perut macam ni! =)
Ambik dari web Kevin Zahri...hehe.

Nak dapatkan sebarang produk Shaklee boleh hubungi kami. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub.

Kami boleh COD di kawasan sekitar tanpa sebarang cas tambahan.

Hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Jom sama-sama kita kempiskan perut kita. Say NO to perut buncit. Huhu.

Love and hug :
Awesomelybeauty.
No ID : 926488







Thursday, 11 September 2014

KENAPA VITAMIN TIDAK MENYERAP DENGAN BAIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ramai yang komplen makan supplement tapi tidak memberi kesan pun pada badan mereka. Ada juga ramai yang komplen makan Set Kurus untuk kurus tapi tetap tidak kurus, malah ada yang makin gemuk gedempol. Tidak kira lah Set Kurus Shaklee atau jenama apa.

Ada juga yang komplen, makan supplement untuk cantikkan kulit, tapi kulit tetap berkerutu berkerak tiada sebarang perubahan pun. Malah paling sadis, ada yang mengambil Set Kesuburan, namun tetap belum ada rezeki menimang cahayamata.

Ini adalah berkemungkinan vitamin atau supplement yang mereka makan tidak menyerap dengan baik ke dalam badan mereka.

Apakah yang akan terjadi bila tubuh tidak dapat menyerap nutrien? Di bahagian manakah nutrien di serap dalam tubuh kita? Itu adalah persoalan penting untuk sama-sama kita fikirkan.

Secara umumnya, nutrien diserap dalam tubuh kita di bahagian usus kecil. Sebelum sampai ke usus kecil, ia dicerna dan diuraikan kepada bentuk ringkas agar dapat diserap oleh tubuh.

Faktor utama nutrien tidak dapat diserap dengan baik ialah kerana gaya hidup kita hari ini. Kita sering mengambil ubat, makan terlalu banyak makanan yang diproses/ ditapis. Pengambilan daging, hasil tenusu dan ayam yang tidak dikawal menyebabkan badan kita menjadi lebih bermukus.

Ini seterusnya melemahkan fungsi sistem pencernaan dan organ penyingkiran seperti usus, hati dan buah pinggang.

Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?
Shaklee mempunyai supplement yang sesuai untuk membersihkan usus anda dengan selamat. Apa yang paling penting, bila usus sudah bersih, maka vitamin akan dapat diserap dengan lebih baik.


Gambaran usus manusia. Jaga kesihatan usus kita kerana kebanyakan penyakit adalah bermula dari sini. 

Dapatkan Herblax Shaklee. Untuk membersihkan usus dengan selamat.

Ini adalah supplement Shaklee kegemaran saya. Cubalah. Anda pasti menggemarinya juga.


Untuk mendapatkan produk Shaklee yang hebat ini. Boleh dapatkan dari saya, Pengedar sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub dan Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami membuat COD (cash on delivery) di kawasan berhampiran. Kami juga mempunyai senarai pengedar di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke tempat anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : awesomelybeauty
Blog : www.awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
E-mail : ireen2285@gmail.com
Sms/ Whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478


Wednesday, 18 June 2014

RAHSIA MENURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Hari ini nak cerita tentang pengurusan berat badan. Wow siapa la tak mahu cantik dan langsing macam artis tu kan. Macam artis mana ye? Rozita Che Wan? Fazura? Neelofa? Anzalna? Wahhh semua pun cantik dan langsing.

Hari ni saya nak cerita tentang protein. Kenapa perlunya protein dalam membantu pengurangan berat badan? Topik ini sebenarnya sangat menarik untuk dikupas. Ramai yang berjaya menurunkan berat badan, tapi sayang nya badan tidak fit, tidak kemas, senang cerita macam FLABBY (menggeleber). Sebab itulah penting nya protein di sini. Protein diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme badan, meningkatkan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot supaya bebas lemak. Protein juga membantu memelihara otot dalam badan kita.

Saya pun setiap minggu memang menjadi rutin akan naik penimbang. Kononnya nak timbang dah berapa kilogram berat turun. Saya rasa sangat seronok bila melihat angka di alat penimbang makin berkurang. Tetapi jangan lah suka sangat korang oi haha. Sebab kadang-kadang yang turun tu bukan berat kita tapi kita kehilangan otot sebenarnya. Otot sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan. Sebenarnya apa yang kita mahu ialah LEMAK yang hilang, bukannya otot.

Jangan runsing kalau bila timbang tu, berat tak turun tau. Sebab salah satu cara terbaik yang boleh kita ukur adalah melalui inch. Contohnya bila kita pakai baju, boleh rasa baju semakin longgar, itu tandanya lemak dalam tubuh kita sudah berkurang.

Kenapa saya kata pentingnya protein dalam pengurusan berat badan? Sila baca semula perenggan di atas. Hehe. Jadi anda boleh lah memilih samada ESP ( Energizing Soy Protein ) ataupun Cinch Shake Shaklee.

ANTARA KHASIAT ESP SHAKLEE

  • menyediakan tenaga berkekalan dan membantu tahan rasa lapar kerana bekalan tenaga yang konsisten. Tapi bukan lah kita tidak makan langsung dan kenyang sepanjang hari. Biasanya ikut pengalaman sendiri, bila saya minum Esp Shaklee setiap pagi ketika perut kosong, memang akan rasa kenyang sampai tengahari. Kalau hari tu sangat busy dan tak sempat nak ambil lunch sekalipun, saya masih tetap rasa bertenaga. Kalau saya makan pun, portion tu memang tak banyak sebab perut dah rasa kejab. 
  • protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • mengandungi 5 vitamin B penting. Separuh daripada keperluan kalsium.
  • mengawal paras kolesterol.
  • cepat kenyang.
  • banyak lagi benefit Esp Shaklee ni. Antara yang saya senaraikan ini adalah apa yang saya telah rasa sendiri.

Nak laaaa. Tapi kurus dan sihat ok!

Set Kurus Shaklee


Yang penting perlu jaga pola pemakanan kita juga tau. Makan makanan yang seimbang. Bersenam jangan dilupa walaupun hanya dengan berjalan kaki. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air kosong sehari untuk memudahkan proses pembuangan toksin dan penyerapan vitamin yang diambil. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh menghubungi saya. Saya pengedar sah Shaklee Kuala Lipis. Pengedar sah Shaklee Raub. Pengedar sah Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai wakil pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh menghantar ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi saya di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/ sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478


Monday, 16 June 2014

USUS KOTOR PUNCA MASALAH PENGHADAMAN

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Hari ni nak cerita tentang masalah penghadaman. Kenapa? Sebab saya mempunyai masalah penghadaman dan masalah sembelit yang sangat serius. Dalam seminggu saya cuma membuang sekali ke dua kali sahaja. Perut rasa sebu, keras dan rasa sangat tidak selesa. Huhuhu.

Saya sudah mencuba macam-macam yang dicadangkan oleh kawan-kawan, seperti buah betik, pisang, makan oren dan sebagainya. Namun masalah sembelit saya tidak berkurangan juga. Aduhai perut pun buncit tau. Keras je. Ye lah, bayangkan, saya makan setiap hari. Makan macam-macam pula tu. Tapi membuang sekali ke dua kali je seminggu. Aduh apa agaknya jadi pada makanan dalam perut saya sepanjang tempoh tu. Tidak dapat dibayangkan rupa dia. Hahaha.

Kebanyakan masalah kesihatan kita ni sebenarnya berpunca daripada pemakanan. Apa yang kita makan, apa yang masuk ke dalam perut kita mesti la masuk melalui usus atau kita panggil kolon. Apabila usus atau kolon kita kotor atau tersumbat, apa akan berlaku? Berlakulah masalah penghadaman. Kannnn.

PUNCA MASALAH PENGHADAMAN

Antara punca masalah penghadaman ialah :

  • STRESS (tekanan) : Apabila kita mengalami stress, sebagai langkah survival badan akan mengalihkan tenaga, darah, enzym, dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan. 
  • ANTIBIOTIK : Pengambilan antibiotik yang terlalu banyak boleh membunuh bakteria baik di dalam sistem penghadaman kita.
  • DIET YANG TIDAK SIHAT : Makanan yang diproses tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana dalam proses penghasilan makanan ini, segala nutrien dan fiber yang terkandung dalam gula dan karbohidrat akan dibuang.
  • PEMAKANAN BERFIBER RENDAH : Badan kita memerlukan makanan komponen seperti fiber untuk mengeluarkan sisa menerusi usus. Kekurangan fiber boleh mengakibatkan sembelit. Apabila kita mengalami sembelit, sebahagian daripada toksin daripada sisa makanan akan diserap masuk ke saluran darah.
  • MAKANAN MENTAH YANG TIDAK MENCUKUPI : Enzyme dalam makanan membantu penghadaman dan ini dihasilkan menerusi makanan mentah. Makanan yang dimasak melebihi 116 darjah akan memusnahkan enzyme.
  • NITRAT : Biasanya di dapati dalam ikan bakar dan jeruk. Ia pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut.
  • MEROKOK DAN ALKOHOL : Kedua-dua ini boleh menyebabkan masalah penghadaman dan merosakkan usus.
  • TABIAT MAKAN : Makanan yang tidak dikunyah dengan baik sebelum ditelan akan menyebabkan perut banyak angin, senak dan kembung. Ia juga boleh mengakibatkan sembelit.
  • MAKAN BUAH BERCAMPUR DENGAN MAKANAN LAIN : Buah-buahan perlu dimakan tanpa dicampur dengan makanan lain kerana ia mengandungi enzyme yang tinggi. Buah-buahan hanya mengambil masa antara 20-30 minit untuk melalui sistem penghadaman dan untuk nutrien diserapkan. Jika buah-buahan dimakan bersama makanan lain, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadam. Buah-buahan itu akan terperam dalam proses penghadaman dan mengakibatkan gastrik. Pengambilan protein dengan makanan berkanji seperti pasta dan kentang akan menjadikan sistem penghadaman mengalami stress.
  • DADAH/ UBAT : Hampir semua dadah/ ubat dan kimia tidak elok untuk sistem penghadaman. Banyak ubat yang boleh menjejaskan sistem penghadaman. Antaranya pil perancang keluarga, antacids, antihistamines, laxatives, steroid, alkohol dan banyak lagi. Ubat anti-radang seperti aspirin dan acetaminophen boleh merosakkan dinding perut dan menjejaskan penghadaman dan boleh mengakibatkan jangkitan.
  • Penggunaan racun serangga dan racun rumpai.
  • TOXIN DARIPADA PENCEMARAN ALAM SEKITAR : Kehidupan serba moden mendedahkan kita kepada pencemaran alam sekitar termasuk kimia, radiasi, air yang tercemar raksa dan logam. Apabila kita terdedah kepada perkara-perkara ini, badan kita secara semulajadi akan bertindak balas untuk menyingkirkannya. Dan proses ini menggunakan banyak tenaga. Lantas mengakibatkan tenaga untuk menghadam berkurangan. 

Bagi memastikan usus/kolon kita bersih. Supaya sistem penghadaman kita lancar dan badan kita pun sihat. Saya sarankan anda mengambil Herblax Shaklee bagi membantu meningkatkan proses pencernaan secara lawas dan mengurangkan sembelit. Saya mengamalkan pengambilan Herblax Shaklee, dan Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah sembelit lagi. Malah perut saya menjadi semakin kempis. :)

Herb-Lax ni memang best! 

Penyakit usus kritikal terpaksa menjalani pembedahan


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang sebarang produk Shaklee dan berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh berjumpa dengan saya. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/ sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

Friday, 9 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : RAHSIA PERUT KEMPIS DENGAN SHAKLEE

Semua orang mengidamkan berat badan yang ideal, pinggang yang ramping, perut yang kempis dan bentuk badan yang cantik seperti Rozita Che Wan! Betul kan?

Masalahnya gaya hidup dan pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan rakyat Malaysia antara rakyat yang paling ramai yang mengalami masalah obesiti berbanding negara-negara lain.


Beberapa keratan akhbar yang menunjukkan rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti yang serius!


JOM KURUS DAN SIHAT DENGAN SHAKLEE

Bagi mereka yang sedang mencari-cari Set Kurus yang terbaik, saya cadangkan anda mencuba Set Kurus Shaklee ini. Ini adalah kerana supplement Shaklee adalah supplement yang terbaik, semulajadi, berkesan dan yang paling penting ianya halal.

tips nak kurus
3 langkah muda untuk kurus dengan Shaklee!

RAHSIA PERUT KEMPIS, RATA DAN MANTAP

Semua orang pasti mahu PERUT YANG RATA DAN MANTOP... insya Allah ketiga-tiga set kurus ni kalau diamalkan secara konsisten, khasiat dan kesan nya memang memuaskan,

Tapi kena ingat kurangkan pengambilan makanan dan banyakkan minum air kosong, baru lah kesan set kurus membolehkan perut kempis , perut rata dan tidak buncit kan..

SET KURUS SHAKLEE

Set Kurus Shaklee berfungsi :

  • membantu anda untuk membuang segala lemak yang telah dipecahkan
  • membantu anda untuk membuang toksin yang berada di dalam badan
  • HERB-LAX membantu untuk membersihkan perut anda
  • ALFALFA COMPLEX membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan kolesterol
  •  membantu mencairkan dan menghapuskan lemak dalam badan
  • membantu untuk membakar lemak berlebihan dalam badan
  • LECITHIN membantu membakarkan lemak dan membersihkan salur darah
  • OMEGA GUARD menstabilkan gula dalam darah dan membantu mengurangkan rasa lapar
  •  membantu memelihara otot
  • mengisi kekosongan dalam badan yang selama ini dipenuhi lemak
  • ESP mengandungi asid amino yang lengkap untuk membantu membina otot
  • CINCH SHAKE MIX mengandungi kandungan serat yang tinggi dan bantu mengenyangkan perut
Dapatkan berat badan idaman anda sekarang!

Jom kurus dengan Shaklee!
TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE

Wow ramping mcm anak dara sejurus selepas pantang. Sangat best

Wow turun 20 kilogram tauuuu. Terbaik!

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang supplement Shaklee, anda boleh berjumpa dengan saya di kawasan sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Selain daripada itu, saya juga membuat perkhidmatan delivery menggunakan poslaju ke seluruh Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang