nuffx

Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

Monday, 27 October 2014

UBAT GOUT SHAKLEE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semalam kami berjumpa dengan kawan kami di mall. Terserempak gitu. Lepas tu sembang-sembang. Rupanya dia kena gout. Muda lagi tau. Kami ingat gout ni akan kena orang-orang tua atau warga emas sahaja. Rupanya orang muda-muda pun boleh kena gout.

Dia cerita pernah dia kena gout sampai tak boleh berjalan. Kalau nak jalan pun kena seret kaki gitu. Aduhai kesiannya. Muda lagi, anak-anak pun masih kecil lagi.


Apa itu gout?

Gout ialah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Monosodium urate atau kristal asid urik yang termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi boleh menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Gout akan menyerang otot-otot dan sendi-sendi badan. Awas! Cegah sebelum parah. 


Bagaimana asid urik berlebihan di dalam darah boleh terjadi?

Ia boleh terjadi kerana metabolisma dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang. Samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik (ubat untuk membuang air dan garam) dan aspirin (tahan sakit).


Apakah yang berlaku kepada asid urik yang berlebihan ini?

  • mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
  • menyebabkan pembentukan 'tophi' gout.
  • menyebabkan batu karang di buah pinggang
Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan ubat sebagai rawatan. 

Namun begitu, risiko untuk menghidap gout pada mereka yang mengalami 'hyperuricemia' adalah tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan ini.


Bagaimana mengesan penyakit Gout?

Sekiranya anda mengalami simptom gout, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Gout boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Beberapa ujian akan dilakukan. Ujian terhadap cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan X-Ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi.


Bila biasanya gout berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba. Namun beberapa keadaan boleh menyebabkan serangan gout. Antaranya :
  • kekurangan air dalam badan, atau berpuasa.
  • makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
  • kecederaan kepada sendi.
  • selepas pembedahan.

Tanda-tanda penyakit gout :
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit gout?

Shaklee bukanlah ubat gout. Tetapi ia merupakan rangkaian nutrisi dan makanan tambahan bagi membantu pesakit gout mengurangkan kesakitan sendi, mengurangkan serangan dan komplikasi sakit gout.


Suplemen atau nutrisi Shaklee untuk gout ialah :
  • Vivix : untuk memperbaiki sel
  • Herblax : untuk detoks
  • Alfalfa : untuk menurunkan asid serum
  • Vitamin C untuk menurunkan asid serum
  • Bcomplex : untuk metabolisme nukleoprotein
  • OsteMatrix : untuk sakit dan bengkak
  • Vitamin E : untuk meneutralkan radikal bebas
  • Performance Drink : untuk mengawal bendalir badan

Set Bajet Shaklee Untuk Gout adalah :
  • Alfalfa

Alfalfa sangat bagus untuk pesakit gout.
  • Performance Drink

Ini memang minuman wajib untuk pesakit gout.

Dapatkan Set Bajet Gout Shaklee ataupun sebarang produk Shaklee dengan menghubungi :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

Sunday, 19 October 2014

CARA PENGAMBILAN ALFALFA SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Ada ramai yang tanya bagaimana cara pengambilan Alfalfa Complex yang sebenarnya. Ada yang cadangkan ambil 5 biji, ada yang cadangkan ambil 6 biji, dan ada juga yang cadangkan 10 biji. Di botol Alfalfa pula ditulis maksimum pengambilan adalah 10 biji sehari.

Kami suka nyatakan pengambilan Alfalfa adalah mengikut keperluan setiap individu. Dan keperluan setiap individu adalah berbeza-beza.

Alfalfa ni mengandungi vitamin K, bermakna ia akan menyebabkan kepekatan darah kita meningkat. Maka pengambilan air masak yang banyak sangat perlu ok.  Lagi banyak anda ambik Alfalfa, lagi banyak jumlah air yang perlu anda ambil.

Jangan pandang remeh hal ini. Seeloknya ambil Alfalfa sebanyak 2 biji pagi, 2 biji tengahari dan 2 biji malam supaya pengambilan air kita seimbang dan sekata.

Ini lah dia vitamin yang wajib diambil oleh ibu-ibu yang menyusu. Kerana ia merupakan milk booster terbaik kalau mengikut pengalaman saya sendiri. Inilah vitamin yang membuatkan susu saya bengkak semasa menyusukan Hakeem dan Hareez!

Breastfeeding journey yang sangat menarik sepanjang menyusukan anak-anak. Ahamdulillaah. Nanti saya akan kongsikan pengalaman saya bersama anda semua.

Ejen detoks terbaik kegemaran kami.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Shaklee, atau berkaitan dengan keahlian dan menjana pendapatan dari rumah, anda boleh hubungi kami melalui :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee di Kuala Lipis, Pengedar Shaklee di Benta dan Pengedar Shaklee di Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Friday, 17 October 2014

PUNCA DAN CARA MENGATASI SERTA MERAWAT MASALAH JERAWAT BATU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Saya sendiri mengalami masalah jerawat batu pada tahun akhir di universiti. Dah la masa semester akhir tu nak bertunang. Aduhai susah hati. Sebenarnya suami saya juga mempunyai masalah jerawat, cuma jerawat dia semua dah kering, tinggal parut sahaja, dan parut jerawat dia lekuk-lekuk macam kawah planet Marikh gitu kaedahnya. Huhuhihi. 


Masa tu macam-macam produk yang kawan-kawan suggest saya cuba. Tapiiiiiiiiiiiiii buka jerawat saya makin baik, malah makin teruk jadinya. Parut jadi hitam-hitam gitu. Huduhnya malu nak pandang wajah sendiri kat cermin.


Sebenarnya 54% wanita yang berumur lebih 25 tahun ke atas hadapi masalah jerawat timbul. Ada jerawat yang sangat teruk sehingga membuatkan seseorang itu rendah diri. Ada satu jerawat yang timbul kat muka pun dah risau kan?, inikan pula jerawat timbul yang nak penuh satu muka. Sebelum kita cari penawar untuk menyelesaikan masalah jerawat timbul ni, apakata kita ketahui dulu bagaimana jerawat terjadi.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

  • Jerawat terjadi kerana minyak menakung di pori-pori. Muka tidak dicuci dengan bersih dan masih terdapat sel kulit mati. (rasanya ini yang selalu terjadi dan sering kita ambil mudah, dah penat terus masuk tidur tanpa ingat nak bersihkan muka sebelum tidur. Make-up muka sering dibiarkan lama tanpa di bersihkan sebelum tidur, jadi tidak salah lah jerawat nak menonjolkan diri)
  • Kuman dan bakteria mudah hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit. (sama seperti masalah no 1)
  • Kerap terjadi kepada remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.
  • Ketidakseimbangan hormon adalah punca utama timbulnya jerawat.
  • Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.

Jom hidup tanpa dihantui masalah jerawat. Kami pun dah serik dengan jerawat ni.

Cara Mengatasi Jerawat Timbul 

Selain menjaga diet (makanan) dan sering minum air kosong serta senaman, pendek kata kita perlu amalkan hidup yang sihat, ada suplemen yang dapat membersihkan kulit dan mengalakkan penumbuhan jerawat baru serta dapat mengecutkan jerawat lama dengan cara semulajadi. 

Produk Shaklee untuk Set Jerawat 
  • Zinc Complex - mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan inflamasi dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.
  • Gla Complex - membantu mencairkan sebum yang berminyak, mengurangkan rongga dari tersumbat.
  • Vitamin C - mempertingkatkan sistem imun, membantu menyekat bakteria penyebab jerawat.
  • Alfalfa - membantu mengurangkan infeksi pada kulit.
  • ESP Soy Protein - mempertingkatkan pemulihan luka, mengurangkan parut.
Set Kulit Cantik Shaklee. Dijamin selamat dan berkesan!

Adakah jerawat batu menandakan kulit kotor? 

Ya. Jerawat batu berlaku apabila liang-liang roma pada kulit tersumbat. Hormon menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak dan mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk bakteria membiak.

Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kebersihan muka. Untuk itu bagi yang berminat mendapatkan produk tersebut boleh lah hubungi sekarang. Harga kasih sayang akan diberi KHAS untuk anda.

Jom hidup bebas dan lebih yakin diri tanpa jerawat!

Untuk dapatkan Set Jerawat ini boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Sah Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Wednesday, 1 October 2014

ATASI MASALAH PENGHADAMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni kami nak cerita tentang masalah penghadaman. Rasulullah ada bersabda "Perut manusia itu tempat segala penyakit. Manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan" (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Antara penyakit yang berpunca daripada perut :

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungan.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.


Tanda-tanda mengalami masalah penghadaman ialah :

1. Sembelit.

2. Kembung dan ketidakselesaan perut.

3. Mulut berbau.

4. Najis berbau.

5. Mengidam makanan.

Masalah penghadaman mengganggu kerja-kerja seharian.

Kesan daripada masalah penghadaman yang tidak sihat ialah :

1. Masalah gastrik.

2. Perut buncit.

3. Naik berat badan.

4. Sistem imuniti menjadi lemah.

5. Kanser usus.

Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga kesihatan usus kita. Pastikan kita tidak mengalami masalah penghadaman. 

Semoga kita dijauhkan dari segala penyakit. Bila sihat, hendak beribadah pun senang, lapang, tenang dan semangat.

Vitamin Shaklee iaitu Alfalfa Complex dan Herblax ada sangat bagus untuk sistem penghadaman yang bersih. Atasi masalah penghadaman dengan pengambilan Alfalfa Complex dan Herblax Shaklee. 

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, blh hubungi kami di : 

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Friday, 20 June 2014

SHAKLEE MENYEBABKAN KEPUTIHAN?

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua.

"saya mengalami keputihan yang agak teruk, apabila solat saya berasa was-was dengan keadaan tersebut"

Pernah mengalami situasi seperti di atas?  Saya yakin kebanyakan wanita mengalami masalah keputihan dalam kehidupan mereka.

Keputihan merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Boleh dikatakan masalah keputihan ini menjadi masalah yang kedua menghantui wanita, selepas masalah haid dan istihadah.

Biasanya wanita mengeluarkan keputihan atau discharge selepas mencapai akil baligh. Keadaan ini disebabkan oleh kesan daripada ransangan hormon pada servik dan faraj. Apabila keputihan tidak memberi apa-apa kesan atau simptom seperti gatal ataupun berbau busuk, maka ia adalah keputihan yang biasa dialami oleh wanita, selepas haid, cecair yang keluar selalunya sedikit dan pekat ataupun kering.

Apabila mempunyai tanda-tanda seperti gatal dan berbau busuk wanita dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Selain itu, keputihan juga boleh dirawat dengan mengambil supplement seperti Alfalfa Shaklee dan Gla Complex Shaklee. 

Alfalfa dan Gla Shaklee sangat bagus untuk merawat masalah keputihan.

Ada perbezaan antara keputihan normal dengan tidak normal.

Alfalfa Shaklee dan Gla Shaklee sangat sesuai untuk merawat masalah keputihan dan sangat baik untuk para wanita. Walaubagaimanapun, pengambilan Alfalfa Shaklee bersama Gla Shaklee dapat membantu memberi kesan yang lebih optima bergantung kepada teruk atau tidak masalah keputihan yang dialami oleh anda.


TESTIMONI SET KEPUTIHAN SHAKLEE

TESTIMONI 1 :


"alhmdlillh pg2 ni dpt berita gembira dr kawan.... seronok nye dgar....

dia da setahun kawen... lps tu keputihan dia mmg teruk sgt2.... sy cdangkan dia ambil alfafa... mse mula2 makan dia kata bdan dia kalah... asyik mntah2.... sy suruh dia kurang kan bilangan pegambilan nye..... dia ikt.... alhmdlillh ok...

bulan lepas dia beritahu keputihan dia da hilang... dan pagi ni berita gembira .... yang dia di sahkan mengandung.... alhmdlillh... sy yg suka... penantian dia berakhir.... =]"



TESTIMONI 2 :

"ummi ,soleh nak share testimoni kat sini boleh?

Manfaat Alfalfa Shaklee..
Bukaan Sekadar Vitamin Biase pada KACAMATA SAYA..
Pengalaman sendiri,
MASALAH KEPUTIHAN NIGHTMARE buat saye sejak melahirkan anak ke-3,
Pregnant anak no4,keadaan jadi lebih teruk,
penah try produk Jamu RM60++,3x makan abis,
MASALAH KEPUTIHAN SIKIT PUN TAK KURANG,
then try ALFALFA SHAKLEE sebab saya ambik SET BAJET MENYUSU,
(ade ESP + ALFALFA sekali)
sejak dari minggu pertama pengambilan ALFALFA,
KEPUTIHAN BUKAN MASALAH SAYE LAGI..
tertanya2 ke mana ilang nya KEPUTIHAN TU PERGI..
Bila cek MANFAAT ALFALFA SHAKLEE,
SAYA TERSENYUM SORANG DIRI,hehe...
rupe2 nye saye JUMPE PENAWAR YANG SAYE CARI.."

TESTIMONI 3 : 

"Alhamdulillah,manfaat lain ALFALFA SHAKLEE:
-BADAN terase RINGAN,sangat berbeza kalau tak ambik 
-ANGIN tak terkumpul dalam badan,senang KENTUT n SENDAWA
-TAK MUDAH MENGANTUK SIANG HARI,walaupun tido lewat n berjaga utk menyusu baby
-TAK MUDAH KENA SERAM SEJUK LAGI macam sebelum2 ni
-AMBIK SEBELUM TIDO,PAGI2 LAGI WAJIB CARI TANDAS..
-kalau PERIOD,dah macam anak dare LAJU JE..TAK SANGKUT2 CAM BIASE.."


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, dan berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh berjumpa dengan saya. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478


Monday, 9 June 2014

PETUA SUSU JADI BANYAK DAN MERIAH

Assalamualikum,
Salam sejahtera semua,

Hari ni saya nak cerita tentang penyusuan buat si manja.

Ramai ibu mencari-cari cara yang terbaik untuk membanyakkan dan menambah susu badan. Terutamanya bila susu badan sudah berkurangan dari biasa, apabila ibu sudah mula bekerja.

Konsep utama dalam membanyakkan susu ibu ialah :

PENGELUARAN berkadar terus dengan KEPERLUAN.

Apakah yang dimaksudkan pengeluaran berkadar terus dengan keperluan?
Atau konsep supply vs demand?

Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.

Makin banyak bayi menyusu, maka makin banyaklah susu akan ibu hasilkan.

Tapi macam mana pula jika susu sudah terlalu banyak? Contohnya seperti gambar di bawah ini.

Stok EBM untuk si manja tersayang.

Perlu diingatkan, walaupun stok EBM anda sudah melambak, anda masih perlu mengekalkan konsep yang sama. PENGELUARAN vs PERMINTAAN. Atau SUPPLY vs DEMAND.

Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak seperti itu, ibu hendaklah memperbanyakkan permintaan terhadap susu ibu. 


BAGAIMANAKAH CARA MEMBANYAKKAN SUSU IBU?
  • Melalui hisapan bayi : kerapkan menyusu terutamanya di awal kelahiran.
  • Mengepam : samada menggunakan pam susu, ataupun menggunakan tangan ( teknik Marmet)

MILK BOOSTER? SUPPLEMENTS? ADAKAH BERKESAN?

Ibu-ibu harus tau, konsep penyusuan seperti di atas adalah MUTLAK! Walaubagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.

Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain, bukan sekadar 'mengaktifkan hormon penyusuan' tetapi menjadikan tubuh ibu 'fit' untuk menyusukan dan menjaga anak, disamping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.

Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon axytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.

Jadi ibu memerlukan bukan sahaja pemakanan dengan nutrisi seimbang, malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhnya dan moodnya. Tahukan anda pemakanan juga boleh mempengaruhi mood seseorang?

Makanlah makanan yang seimbang, halal, penuh nilai nutrisi, dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA. 

Set pertama saya bersama Shaklee.


Jangan mengalah bila susu mula berkurangan. Kita usaha dan ikhtiar dengan pelbagai cara. Insyaa Allah. Niatkan untuk menyusu baby sepenuhnya. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang penyusuan dan set penyusuan serta supplement yang sesuai untuk anda, bermula dengan harga RM 50.00!

Anda boleh menghubungi saya Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh negara yang akan membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex atau Citylink. 

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478





Wednesday, 4 June 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : RESDUNG ~ BERAKHIRNYA SEBUAH PENDERITAAN

Resdung ni ada macam-macam jenis kan? Ada yang resdung nya gatal-gatal muka, jerawat penuh di muka. Merah-merah, gatal-gatal muka kan. Ada juga yang bersin je kerja dia. Bangun pagi je mesti achuum achuummm. Haaa ni mmg alkisah kawan saya lah, masa di asrama, setiap pagi bergegar 1 blok asrama dengan bunyi bersin dia. Sabar je la kan.

Ada juga yang gatal-gatal mata. Bila je salah makan, mula la genyeh-genyeh mata sampai merah berair mata dia. Ni saya sendiri. Huhu. Memang saya kalau silap makan, akan rasa sangat gatal dalam mata. Ada juga tu, kawan saya, silap makan mula laaaa gatal2 satu badan. Nak tidur pun tak boleh tau. Hinggakan suami dia kena rendam dan gosokkan kaki dia dalam air panas-panas suam campur dengan garam baru la dia boleh tidur. Macam-macam pesen rupanya resdung ni.

Sebelum cerita dengan lebih lanjut lagi, jom kita faham apa itu resdung.

APA ITU RESDUNG?

Resdung terbahagi kepada 2 jenis.

  • ALLERGIK RHINITIS (rhinitis alahan) : Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih, (rhinorrhea), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau 'ekzema'. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal. Tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.
  • SINUSITIS : Dalam penyakit ini, seseorang itu akan mengalami hingus yang kemungkinan berwarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi. Sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.
Say NO to sinus!

* di kebanyakan klinik ENT, kes 'allergik rhinitis' adalah jauh lebih kerap berbanding sinusitis. Hakikatnya, kebanyakan beban kerja klinik ENT ialah 'allergik rhinitis' terutamanya di kawasan bandar.


JOM RAWAT RESDUNG

Bagi mereka yang mempunyai masalah resdung, yang sama dengan saya ni. Boleh lah cuba Set Resdung dari Shaklee. Disebabkan saya sendiri mengamalkannya, maka saya sangat yakin untuk mencadangkannya kepada anda. Set Resdung Shaklee adalah seperti berikut :

Set Resdung Shaklee, saya sendiri dah cuba dan ia memang berkesan!

BCOMPLEX SHAKLEE
  • Mengandungi B6 yang sangat penting untuk pemuliharaan selaput lendir. Mengelakkannya mengganggu ruang pernafasan. Membantu pengeluaran antibodi badan. Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh. Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf.

VITAMIN C
  • Untuk mereka yang mengalami masalah alahan, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis kimia yang dipanggil 'histamine'. 'Histamine' akan menyebabkan ruam, bersin, gatal dan juga penyakit alahan yang lain. 'Anti-histamine' biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamine tanpa kita perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan dadah anti-histamine. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamine dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune system) dan meningkatkan penyembuhan tisu badan. 

ALFALFA COMPLEX
  • Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit resdung itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari resdung (sinus), alahan (alergy) dan gegata (hives). 

* Walaubagaimanapun, pesakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement mereka.

Hidup tidak perlu menderita. Akhiri penderitaan anda dengan Set Resdung Shaklee. Say NO to resdung! Rawat sebelum melarat. Cegah sebelum parah.

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh berjumpa dengan saya di sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia yang akan membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan juga Brunei menggunakan Poslaju, Gdex atau Citylink. 

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesoemlybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478








Thursday, 15 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : SET KURUS SHAKLEE - Jom kurus dengan Shaklee

Saya suka tengok orang kurus, cantik. Sebab orang kurus bila pakai baju apa-apa pun nampak terletak je kat badan dia. Saya suka tengok ibu-ibu yang anak dah berderet tapi tetap cantik, pandai jaga badan. Dulu sebelum kawin sokmo berangan, nanti bila dah kawin, dah beranak pinak, saya tak nak gemuk, takut. Nak jaga badan, biar kurus dan cantik selalu. Hehe.

Tapi malangnya masa mengandung badan macam kena pam. Peha dah jadi macam peha gajah. Lepas bersalin perut pulak tak mau susut. Buncit tau macam ada baby lagi dalam perut tu. Huhuuu. Risau sebab memang saya takut sangat jadi gemuk. Jadi saya diet beria. Siap kira kalori. Hahaha gigih tau.
Saya punnnn.... :)
JOM DETOKS 

Zaman sekarang ni semua nak cepat. Makanan pun ada fast food. Makin banyak restoran fast food muncul sana sini. Nak kurus pun nak cepat (fast) jugak. Ehhh mana boleh. Badan manusia ni kompleks. Memerlukan masa untuk menerima, mengolah, mengadaptasi sesuatu yang baru diterima. 

Begitu juga lah lemak-lemak jahat yang berada di dalam badan kita. Kadang-kadang lemak ni susah nak hancur, nak susut sebab badan kita mengandungi banyak toksin. Toksin disimpan di dalam sel-sel lemak. Badan kita pula tidak membenarkan sel-sel lemak tersebut hilang sebagai salah satu cara melindungi toksin tersebut. 

Maka sebelum mengambil set kurus, langkah pertama yang perlu anda buat ialah DETOKS. Terdapat pelbagai cara untuk mengeluarkan toksin dari badan. Salah satu cara yang paling murah dan senang ialah minum air dengan banyak dan membuang toksin-toksin tersebut melalui air kencing anda. 

Tetapi jika lemak jahat masih degil, tetap tidak mahu hancur dan keluar dari badan, maka anda perlu detoks dengan cara yang lain. Nak tau caranya, anda perlu lah membeli Set Kurus Shaklee dengan kami. Kami akan memberi konsultasi secara ekslusif kepada anda pelanggan-pelanggan yang kami sayangi.

JOM DIET-JANGAN PUTUS ASA

Sel-sel lemak dalam badan kita boleh bertambah dari sudut bilangan dan saiz. Jadi bila kita makan dan makan dan makan, kita sebenarnya sedang menambah sel lemak dan membesarkan saiznya. Oh NO!

Sebab itu lah amat sukar untuk kita kurus sebab kita terpaksa melawan sel-sel lemak yang sedia ada. Malah bilangan sel lemak ini sentiasa bertambah setiap hari hasil daripada makanan tinggi kalori dan lemak yang kita ambil setiap hari.

Dalam proses diet ni, kita mesti istiqamah. Ewahhh. Serius, ini memang kenyataan. Tiada kompromi. Jangan lah diet weekdays sahaja, tetapi bila weekend kita makan fast food tak ingat dunia. Jangan lah bila dah diet sebulan, tapi berat badan tetap tak turun, kita mula mengalah. Dan mula makan balik macam kebulur tak makan sebulan! Huhu.

Selain daripada itu, kita perlu rajin bersenam dan kurangkan pengambilan makanan dalam diet seharian. Contohnya jika sebelum ini, anda makan nasi penuh, anda boleh kurangkan dengan mengambil nasi separuh. Jika sebelum ini anda suka makan roti putih, maka boleh ubah dengan makan roti berserat pula.

SET DIET SHAKLEE

1. LECITHIN 
Ejen pemecah lemak terbaik!
  • menyerap vitamin larut lemak A, D, E, K.
  • menghalang enapan lemak di hati.
  • memecahkan lemak dan kolesterol, membersih salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi dan membantu metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid dalam tubuh.
  • pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.
  • mencantikkan otot dan kulit, melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme sel, dan melambatkan penuaan.
  • meringankan sembelit, meleraikan toksin dalam usus.
  • feedback dari sahabat-sahabat dan saudara-mara yang mengambil Lecithin menyatakan mereka tidak mampu untuk makan seperti biasa, mudah merasa kenyang dan tidak boleh makan banyak-banyak. Wow menarik kan?
2. OMEGA GUARD

Ejen pemecah lemak yang lebih baik!
  • membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.
  • mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan di sekitar pinggang. Lepas ni ramping la uols hehe.
  • kurangkan selera makan, rasa kenyang yang lebih lama.
  • kurangkan keradangan dan penakungan air di tisu-tisu badan.
  • aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu badan memberikan kesan penurunan berat yang signifikan.
  • pengambilan omega juga membuatkan kita lebih kenyang untuk tempoh yang lama. Eksperimen terhadap diri sendiri ialah saya tidak lapar selepas 4 jam makan + Omega bersama dengan Vitamin E Shaklee. 
# berdasarkan pengalaman sendiri, selepas menggunakan Lecithin dan Omega, memang ternyata Omega Guard lebih efektif dalam menurunkan berat badan. Setiap hari, saya mengambil Omega Guard Shaklee bersama dengan Vitamin E.

# selain dari kurus, kulit akan jadi cantik berseri-seri. 

Selepas kerja-kerja pembakaran dan pemecahan lemak giat dijalankan, maka ianya perlulah dikeluarkan dari badan dengan cara yang tepat dan berkesan.

Untuk tugasan ini, kita serahkan kepada Alfalfa Complex. Alfalfa juga berperanan mencuci hati, darah dan usus (detox-keluarkan toksin dari badan).

3. ALFALFA COMPLEX
Alfalfa ada 2 saiz. Botol besar ada 700 biji. Botol kecil ada 330 biji.
  • mencuci hati, darah dan usus. Makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dari badan, mencantikkan kulit dan otot.
  • penggunaan jangka panjang dapat menyingkirkan lemak dan kolesterol. mengurangkan kolesterol, mengandungi saponin, span yang bertindak sebagai span yang menyerap kolesterol.
  • melegakan keletihan
  • memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulcer gastrik, sembelit, hepatitis dan hyperacidity.
  • sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin. Menjadikan badan terasa lebih ringan.
Biasanya mereka yang hilang berat badan dalam tempoh yang cepat, akan hilang kepejalan otot. Maka badan akan menggeleber dan lembik. Walaupun berat turun dan anda merasa gembira, tetapi postur badan tetap bermasalah.

Maka di sini lah peranan Cinch Shake dan ESP Shaklee.

4. CINCH SHAKE
Ada 3 perisa: Chocolate, Coffe Latte, Vanilla.
  • indeks glisemik rendah-22. Sesuai untuk penghidap kencing manis dan mengekalkan tahap gula darah normal dan kekalkan tenaga.
  • mengandungi Cinch Pro- campuran ekslusif protein diperkayakan dengan leucine-asid amino. Leucine memelihara otot semasa menurunkan berat badan. Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat di dalam protein tertentu. Kesan kepada mereka yang telah emngambil Cinch ialah kehilangan lemak, berat dan inci. Pada masa yang sama, masih mengekalkan otot mereka.
  • lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral.
  • tinggi protein (24 gram) setiap hidangan. Memberikan anda rasa puas dan kenyang.
  • tinggi serat (6 gram) setiap hidangan.
  • sumber soya bebas GMO.
  • tiada perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  • rasa yang sangat enak, memberikan kepuasan semasa menurunkan berat. Datang dengan 3 perisa hebat iaitu Coffee Latte, Vanilla dan Chocolate.
Chinch Shake sesuai untuk semua golongan lelaki atau wanita sudah berkahwin atau belum. Tetapi tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana kandungan Cinch Shake boleh mengecilkan saiz pinggang dan membakar lemak, dikhuatiri menyebabkan berat bayi anda tidak naik.

5. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) SHAKLEE
ESP-my obsession.
  • mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
  • membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa lapar walaupun BERPUASA.
  • meransang pembentukan semula kulit dan otot. Mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu menggunakannya.
  • mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot.
  • tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla.
  • 1 hidangan ESP bersamaan 2 x daging, 4 x telur, 12 x susu rendah lemak.
  • tiada asid urik.
Semua produk di atas memainkan peranan yang penting untuk menurunkan berat badan anda. Untuk memilih produk mengikut keperluan badan anda, boleh berbincang dengan saya terlebih dahulu. 

SEBAB-SEBAB GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN
  • kekurangan nutrisi
  • sukar mengikuti saranan SID 
  • kadar metabolisme tinggi
  • tidak berdisiplin dan tidak sabar
  • nakkan hasil yang cepat tetapi malas bersenam dan gagal mengurangkan pengambilan makanan.
  • kurang minum air masak.
Pengambilan air masak sebanyak 3 liter adalah WAJIB untuk menurunkan berat badan. Kerana kebiasaan mereka yang sering merasa lapar sebenarnya mereka bukanlah lapar, tetapi badan mereka kekurangan air. Badan kita haus, tetapi isyarat otak yang kita terima ialah LAPAR.

Sudah ramai kastemer yang berjaya menurunkan berat badan dengan cepat kerana pengambilan air yang banyak dan mengikut saranan SID dengan disiplin. Kurang air menyebabkan kita kelihatan LEBIH TUA dari usia sebenar.

Paling penting jika anda membeli dari kami, anda akan disediakan dengan cara pengambilan vitamin yang betul emngikut keperluan abdan anda. Jadi, tidak perlu lah anda terhegeh-hegeh mencari cara makan vitamin Shaklee di internet.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shakee atau berminat untuk menjadi ahli, anda boleh berjumpa saya di sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia untuk anda consult sepanjang masa.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan Poslaju, Gdex dan Citylink. 

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang
Juga mempunyai pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia