nuffx

Showing posts with label Selsema. Show all posts
Showing posts with label Selsema. Show all posts

Friday, 7 November 2014

JOM LEGAKAN SELSEMA TANPA UBAT DAN DADAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Akhir tahun ni memang banyak kerja tau. Macam-macam nak kena setelkan sebelum akhir tahun. Sampaikan nak ke tandas pun tak sempat gitu. Wahh nak bagitau punya la bizi. Konon.

Terpaksa isi segala macam benda secara online. Terpaksa siapkan segala laporan dan audit kewangan. Juga perancangan untuk tahun hadapan. 

Bawak balik kerja ke rumah, mengadap kerja sampai lewat malam pulak. Sebabnyaaaaa kan. Mana mungkin boleh mengadap kerja awal-awal. Anak-anak dah tidur barulah mama boleh mula mengadap dan fokus dengan macam-macam kerja. 

Bila kerja melebihi had, ewahhh melebihi had tauuuuu. Badan mula menunjukkan tanda-tanda protes. Hello hello hello come on, need some rest pleaseeeee. So badan mula mogok, rasa sejuk panas sejuk panas, sakit tekak, mula la nak batuk, selsema. Tudia badan dah warning dah.

Sebelum melarat, biasanya saya akan mencegah siap-siap. Saya akan ambil Nutriferon 1 paket dan Sustained Release Vitamin C Plus 2 biji. Kenapa saya gandakan pengambilan Vitamin C? Nahhh jangan tak tahu, Vitamin C sangat bagus untuk menyelesaikan masalah selsema atau hidung berair.

Cara makannya pula, semasa selsema biasanya saya akan menggigit Vitamin C tu hingga patah dua, baru saya telan. Tujuan dia ialah supaya Vitamin C tu cepat menyerap dalam badan. Masa selsema je la yeeee patahkan dua. Masa hari-hari biasa telan je macam biasa, tak payah patah dua.

Legakan selsema dengan Nutriferon dan Vitamin C Shaklee.

Juga dikenali sebagai vitamin kulit cantik kerana meransang kolagen dalam badan.


Alhamdulillah, dengan pengambilan Vitamin C dan vitamin-vitamin Shaklee yang lain, kekerapan saya jatuh sakit adalah kurang. Kalau demam pun cepat kebah. Syukur sangat, dapat sihat tanpa bantuan ubatan dan dadah.

Production susu badan pun tidak le merosot. Tambahan pula, kalau kita amalkan supplemen ni, khasiat dia akan dapat juga ke baby. Mama sihat, baby kuat. Kan? 

Jom semua, kita sihat dan ceria selalu dengan mengamalkan supplemen Shaklee. Insyaa Allah kita akan dapat menjalankan tugas di tempat kerja dengan baik, dapat menjalankan tanggungjawab di rumah dengan baik dan nilai tambah yang kita dapat ialah... kita jadi mama yang awesome dan super hebat!

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membeli Vitamin C yang best sangat ni, boleh hubungi saya di :

017-3589005 (Niki)
E-mail : ireen2285@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Thursday, 9 October 2014

BATUK BERLENDIR PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Anak-anak membesar ni memang macam-macam la kan masalah kesihatannya. Lagi-lagi kalau anak tu kita letak di taska atau tadika. Kejap selsema, kejap batuk, kejap demam. Alahai kesian sangat kalau anak-anak tak sihat ni, mama pun turut sama tak boleh tidur. Lepas anak dah sihat, mama pulak yang demam. Huhu.

Bila anak-anak tak sihat, ada kebanyakan ibu bapa suka beli ubat di farmasi. Kami nasihatkan supaya tidak membeli ubat di farmasi jika tiada ahli farmasi yang bertugas. Dan kita tidak diberi penerangan yang jelas tentang ubat yang akan kita beli. 

Kebanyakan ubat-ubat yang boleh dibeli secara 'over the counter' untuk batuk dan selsema mungkin tidak memberi kesan yang baik untuk anak kita, terutamanya bayi.

Ubat-ubat ini hanya boleh diberikan oleh bayi yang berumur satu tahun ke atas setelah mendapat nasihat yang lengkap dari doktor yang memeriksa.

Kesian kan bila anak tak sihat. Susah hati mama.

Selain dari memberi ubat untuk bayi, ibu bapa boleh lakukan perkara di bawah :
  • Pastikan anak mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak-anak bersiar-siar atau membeli belah.
  • Jika ibu-ibu menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika diberikan susu formula.
  • Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya yang berusia 1 tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
  • Jika anak mengalami batuk atau selsema sekali dengan demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selalamt jika anak berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.
  • Jika anak berusia setahun ke atas, boleh bawa ke bilik air, buka shower yang panas. Ibu boleh berada di dalam shower bersama anak untuk menghidu debuah air (wap). Ini membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak dengan air panas.
  • Jika anak sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.


Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin Allah.

Berikan bayi kita masa dan peluang membina antibodi dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insyaa Allah walaupun anak kita mengalami batuk dan selsema anak masih sihat dan tidak memerlukan ubat terutamanya jika anak berusia satu tahun ke atas.

Cuma ada juga beberapa keadaan kita perlu segera membawa anak ke klinik. Ini bila anak mengalami keadaan seperti di bawah :
  • Batuk dan selsema dan tidak sembuh selepas 5 hari.
  • Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.
  • Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.
  • Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.
Jadi, kami nasihatkan hati-hatilah dengan ubat-ubat yang dibeli. Dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak kita.

Untuk meningkatkan imunisasi anak-anak, kami nasihatkan ibu bapa memberikan anak-anak Nutriferon, Meal Shakes dan Chewable Vitamin C Shaklee. Alhamdulillah setelah memberikan vitamin Shaklee kepada anak-anak, kami sudah lama tidak ke klinik. 

Jika tidak, kami terpaksa menanggung kos perubatan yang agak mahal, dan kami juga terpaksa memohon cuti bergilir-gilir bagi menjaga anak-anak yang tidak sihat. Alhamdulilllah syukur kami dipertemukan dengan Shaklee.

Ini apa yang kami beri kepada anak-anak kami. 

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


# rujukan : Dr. Zubaidi Haji Ahmad