nuffx

Friday 10 October 2014

KEMURUNGAN SEMASA HAMIL PART 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kami berminat untuk sambung lagi diskusi tentang isu ini memandangkan ada yang bertanya tentang tanda-tanda kemurungan. 

Baiklah, mengikut National Institute for Health and Clinical Excellence (NICE) UK, memberikan panduan, untuk memberikan soalan kepada wanita-wanita ini dan perhatikan respons mereka.

Antara soalan yang boleh ditanya ialah :

  • Adakah puan pernah merasa murung? Tidak semangat atau berputus asa sepanjang bulan lepas?
  • Pernahkan puan rasa tidak berminat melakukan kerja seharian sepanjang bulan lepas?
Jika jawapannya ialah YA, ini menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan tertekan dan harus diberikan perhatian. Soalan-soalan tambahan juga boleh diberikan jika perlu.

Mengikut panduan yang diberikan oleh National Institute of Health dan Clinical Excellence (NICE), tanda-tanda kemurungan adalah :
  • Sukar untuk memberikan tumpuan, mengingati fakta-fakta yang terperinci atau sukar membuat keputusan.
  • Selalu rasa penat dan kurang bertenaga.
  • Rasa bersalah, tidak penting atau rasa dipinggirkan.
  • Rasa tidak mempunyai harapan.
  • Sukar untuk tidur, (insomnia), mudah terjaga di awal pagi, atau selalu mengantuk. 
  • Rasa mudah marah atau tidak menentu.
  • Hilang rasa minat pada aktiviti atau hobi yang satu masa dulu sangat digemari.
  • Tiada minat pada hubungan seksual.
  • Rasa sakit yang berpanjangan pada tubuh seperti sakit kepala, kejang atau masalah penghadaman yang tidak berkurangan walaupun telah diberikan rawatan.
  • Rasa tidak berselera untuk makan atau mahu makan banyak-banyak.
  • Rasa sedih berpanjangan, gelisah, risau, atau merasa 'kekosongan'.
  • Rasa seperti mahu membunuh diri.
Jangan biarkan depresi mengganggu kandungan anda.

NICE juga mencadangkan agar wanita yang hamil mengalami kemurungan yang sederhana harus ditawarkan rawatan kaunseling. Jika wanita itu mengalami tanda kemurungan yang teruk, haruslah dirujukkan segera kepada pakar psychiatrist.

Bagi wanita Islam, kami mencadangkan agar membuat persediaan fizikal dan mental ketika merancang untuk hamil. Ini kerana ramai di antara mereka yang lebih perhatian keada aspek fizikal berbanding aspek mental dan emosi. 

Sokongan dari suami juga sangat penting. Luangkan lebih masa bersama isteri agar isteri tidak sendirian dan tidak murung.

Banyakkan melakukan ibadah dan membaca Al-Quran kerana itulah sebenarnya cara yang terbaik untuk menangani stress. Berdoalah semoga sentiasa diberikan ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi pelbagai situasi.

Kami doakan moga ibu-ibu yang mengandung  menjaga diri baik-baik. Kawal stress dengan baik. Jaga pemakanan. Jangan bersendirian. Buat aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti luar bersama keluarga tersayang.

Ibu-ibu boleh mengamalkan pengambilan Bcomplex Shaklee kerana ianya juga sangat bagus untuk mengawal stress anda. 

Untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

No comments :

Post a Comment