nuffx

Saturday 8 November 2014

TIPS TARIK MINAT ANAK MAKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sebagai seorang ibu, memang saya akan rasa teruja setiap kali bercerita tentang anak-anak. Kerana anak-anaklah permata hati saya, dunia saya, syurga saya, ketenangan saya dan segala-galanya bagi saya. Wahhh terlebih sudahhh... :)

Bila anak-anak makin membesar, biasanya kita sebagai ibu akan mengalami masalah ini. Iaitu anak menjadi pemilih untuk makan atau picky eater. Saya alami masalah ini dengan anak kedua saya iaitu Hakeem.

Susah sangat dia nak makan atau minum. Kadang-kadang tu bibir dia kering dan berdarah kerana kurang minum air dan terlalu leka bermain. Tambahan pula, zaman sekarang ni, dengan tab, smartphone, anak-anak memang leka, nak ke tandas pun ditahannya. Huhu sabar je la kan.

Picky Eater? Ibu bapa mesti menguasai cara mengatasi anak-anak jenis macam ni. Hehe comel je kan?

Tips menarik minat anak untuk makan :

Kadang kala sukar mengajak anak-anak makan kerana mereka sibuk bermain atau menonton televisyen. Walaupun hidangan yang disediakan menyelerakan tetapi mereka tidak mempedulikan. Bagaimanapun ada pula situasi di mana anak hendak makan tetapi ibu dan ayah pula sibuk dengan kerja lain?

Oleh kerana perlu makan berseorangan, akhirnya anak hilang selera lalu terus tidak makan. Justeru sebagai ibu bapa, kita perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk makan agar mereka mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.

  • Pastikan kita sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.
  • Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.
  • Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.
  • Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.
  • Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.
  • Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.
  • Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.
  • Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.
  • Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.
  • Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.
Ataupun, saya ingin mencadangkan supaya ibu-ibu cuba beri anak-anak minum Meal Shakes Shaklee. Saya beri pada Hakeem, Alhamdulillah selera dia makin bertambah. Dia kurang demam, selsema, antibodi dia jadi makin kuat. Dan yang paling penting, dia tidak sembelit seperti sebelum ni. Walaupun dia tidak mengambil buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Cubalah, mana tau sesuai dengan anak-anak anda. Yang penting Meal Shakes ni semulajadi, berkesan, selamat dan halal.

Anak pasti suka dgn aroma dan rasanya. 

Untuk mendapatkan Meal Shakes Shaklee ataupun apa saja produk Shaklee, atau berminat untuk menjadi ahli, anda boleh la hubungi saya di :

017-3589005 (Niki)
E-mail : ireen2285@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty



1 comment :

  1. anak anak saya suka makan. tapi bila bab nak makan sayur, kena masak lemak je. lagi lagi kalau pucuk paku masak lemak.. laju je ..tapi, nice tips..boleh cuba buat gak ni

    ReplyDelete