nuffx

Saturday 7 February 2015

AWAS DENGAN PENIAGA ONLINE YANG MENIPU MENGGUNAKAN GAMBAR KAIN VALENTINA DAN SILDO KAMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Sejak akhir-akhir ini, kami perasan ada pihak yang menggunakan gambar-gambar kami untuk menjual kain mereka.

Pada mulanya kami diamkan sahaja, tapi bila dah makin berleluasa dan meluas plak mereka mempergunakan gambar-gambar kain kami, kami rasakan perlu membuat sesuatu.

Ini adalah kerana, mereka guna gambar kami, tapi menjual kain jenis lain (kebanyakan mereka sebenarnya menjual Japanese Dull Satin) dengan harga yang jauh lebih murah.

Kami risau kerana tempiasnya kena pada kami. Pelanggan mula mempersoalkan tentang harga kami walhal harga kami sudah sangat berpatutan dengan kualiti kain yang kami jual. Sedangkan mereka menggunakan gambar kami, tapi sebenarnya menjual kain yang rendah kualiti berbanding kain kami.

Tidakkah anda merasa pelik? Harga kain satin yang high quality di Kamdar pun paling murah berharga RM 16.00. Apatah lagi kain Valentina yang branded dan berkualiti tinggi ini. Kami pun tak faham, kain apa yang mereka jual hingga dapat bagi harga sehingga RM 50.00 sepasang. Free pos lagi tu. Masyaa Allah, nampak sangat betapa mereka menjual kain yang rendah kualitinya.

Antara seller yang dikesan menggunakan gambar kami tanpa kebenaran ialah :


Guna gambar kain Valentina kami tapi sebenarnya menjual Japanese satin. Penipu!

Kami ambik kain direct dari kilang pun tak dapat jual harga semurah ini. Penipu!

Ni sorang lagi guna gambar kami. Tapi jual dengan harga murah. Sah-sah la bukan Valentina original. Kalau original kenapa tak ambil gambar sendiri? Kenapa perlu curi gambar org?

Si penipu menjual Dull Satin Japan tp menggunakan gambar-gambar kain kami. Awas! Jangan tertipu!


Awas, seller seller online di luar sana, jangan menipu dalam urusan perniagaan. Kita mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan diri sendiri. Jika menipu dalam urusan perniagaan, rezeki kita jadi tak berkat, dan mungkin boleh jadi haram.

Mohon jangan mempergunakan gambar-gambar kami begini. Kami perlu menjaga kualiti dan kredibiliti kami sebagai penjual kain online yang beretika dan hanya menjual kain-kain berkualiti dan ekslisif.

Kepada pelanggan semua, kami berpesan supaya tidak tertipu. Belilah kain yang benar-benar original dan berkualiti. Nak sesuatu yang bagus memang kena invest sikit, kan?

Untuk sebarang urusan pembelian, boleh menghubungi kami di :

017-3589005 (sms/whatsapp)


No comments :

Post a Comment