nuffx

Tuesday 24 March 2015

ATASI MASALAH DARAH TINGGI SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Penyakit darah tinggi ni biasa la, sinonim doh dengan rakyat Malaysia ni. Betul tak? Nauzubillaaah. Anak Mama Niki pernah cerita, cikgu dia pengsan masa tengah mengajar, rupanya cikgu tu ada darah tinggi. Huhu. Gamaknya stress dengan kerja atau apa pun tak tau lah. Tapi memang bahaya la kan, kalau sampai tengah mengajar pun boleh pengsan camtu. Aduhai. Sampai ambulans gi ke sekolah hantar cikgu tu ke hospital.

Mama nak cerita sikit lah pasal darah tinggi hari ni. 

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%. Huhu tinggi nya lah kan percentage tu.

Jantung kita ni  bekerja macam sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.

Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Tekanan Darah Abnormal
KategoriSistolikDiastolik
Normalbawah 120danbawah 80
Pre-hypertensi120 - 139atau80-90
Hypertensi140 dan ke atasatau90 dan ke atas
Hypertensi sistolik160 dan ke atasdanbawah 90

Penyebab darah tinggi :


Biasanya hypertensi ni kita tak dapat kesan tau walau lepas pemeriksaan doktor. Tapi walau camana pun, darah tinggi ni biasanya disebabkan oleh :
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Image result for hypertension


Tanda dan gejala

Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala, cuma kadang-kadang tu pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
So, kita kena la rajin-rajin check tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Atau boleh je beli alat untuk check tekanan darah tu kan. Ada banyak jual kat farmasi atau boleh juga beli online.

Komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Huhu takut kan bila baca. 

Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera.

Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

  • kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
  • pembuluh darah menjadi keras
  • mengakibatkan kegagalan buah pinggang
  • pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
  • otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi kat atas dapat dicegah kalau anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan

Tekanan darah tinggi ni boleh juga kita nak rawat tanpa nak telan ubat atau dadah atau apa lah yang boleh bahayakan buah pinggang kita tu. 

Antara rawatan tanpa ubat yang boleh kita buat ialah ubah cara hidup kita contohnya :
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
  • Hindari stress
Kat sini mama nak share 1 video dengan uols camana suami kawan kita ni yang menghidap darah tinggi atau hypertension, lepas tu dah berjaya atasi masalah darah tinggi dia tu, tanpa mengambil sebarang ubat. 

Jom sama-sama kita tengok video ni dan moga kita semua dapat manfaat jugak.



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Dah tengok dah video tadi? Haaa sapa-sapa yang ada darah tinggi dan sokmo stress, mama sarankan uols ikut lah nasihat abang Fahmy kita tu.

Beliau amalkan pengambilan supplemen Shaklee secara konsisten iaitu Omega Guard, Vitamin C, Garlic Complex, Phytocol-ST, CoqHealth dan Bcomplex.

Alhamdulillah masalah darah tinggi beliau dah dapat diatasi. Kolesterol pun dah tak ada. Dan paling best beliau turun berat badan sebanyak 13 kg dalam masa 3 bulan! Wow, makin hensem gitteww kan.

Jom sapa-sapa nak share tentang Shaklee, atau nak tanya apa-apa pasal Shaklee, atau berminat nak jadi ahli Shaklee, atau nak beli sebarang produk dan supplemen Shaklee, boleh hubungi mama di :

017-358 9005 (sms/whatsapp)

Sapa-sapa kat kawasan sekitar ni boleh je roger untuk COD :

  • Pengedar Shaklee Kuala Lipis
  • Pengedar Shaklee Benta
  • Pengedar Shaklee Raub

Jom amalkan gaya hidup sihat, dan amalkan pengambilan supplemen yang semulajadi, selamat dan berkesan. Dan paling penting ianya halal.



No comments :

Post a Comment