nuffx

Sunday 19 April 2015

POWER PUMPING KEMBALIKAN HARAPAN UNTUK MENYUSUKAN BAYI SEPENUHNYA SELAMA 2 TAHUN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...


Mama Niki pun sama juga macam mama-mama lain, ada impian untuk menyusukan bayi mama dengan susu ibu sepenuhnya. Namun tak semua mama bernasib baik. Betul tak?

Ada kawan mama ada masalah puting ke dalam, tak dapat nak menyusukan baby, jenuh macam-macam cara buat, tapi puting tak mau keluar juga. So, antara cara untuk pastikan baby dapat menyusu juga susu ibu ialah dengan pump.

Ada juga kawan mama memang jenis susu kurang, sejak dari anak sulong, susu memang tak banyak. Tapi masih juga berimpian untuk menyusukan baby dengan susu ibu sepenuhnya.

Walau apa pun masalahnya, kita sebagai ibu, mesti saling support antara satu sama lain. Dan insyaa Allah, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.

Di sini mama nak share pengalaman mama bila production susu mama mula merudum akibat dari tekanan kerja dan kekangan masa. Bila tengok stok susu di dalam peti, mama bertambah stress dan risau. Adakah mama mampu menyusukan Hareez sepenuhya selama 2 tahun? Huhuuu.

So, mama start baca info-info tentang penyusuan bayi dan ikut macam-macam petua yang kawan-kawan bagi. Memang akan rasa bersalah dan sedih bila tengok muka baby dan macam tak boleh nak terima hakikat yang mama tak mampu nak menyusukan Hareez sepenuhnya.

Selain mengamalkan Set Penyusuan Terhebat (of course la supplemen Shaklee kannn hehee) yang mama ambik lepas seorang kawan suggest kan. Mama juga amalkan Power Pumping setiap malam. Alhamdulillah sangat serasi dan berkesan dengan mama.



Apa Power Pumping? Meh sini mama terangkan.

  1. Ibu yang mengalami susu merudum (ini biasanya terjadi sebab datang bulan, emosi dan hormon yang tidak stabil, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yang telah berhenti menyusukana anaknya tetapi ingin menyusukan kembali anaknya itu.
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat (teknik ini digunakan untuk meransang kembali penghasilan susu.
Bagaimanakah  cara nak buat power pumping?

Sebenarnya tak kisah lah kita guna single atau double pump. Malah guna pump manual pun boleh. Mama guna avent manual je untuk power pumping okeh. Ataupun kalau uols nak pakai tangan pun boleh jugak. As long as kita NAK buat, maka segala alasan tu kita tolak tepi.
  1. Single Pump - Pump 10 minit payudara kanan, pastu pump 10 minit payudara kiri. Kembali ke sebelah kanan dan pump lagi 10 minit. Proses ini berterusan selama 1 jam.
  2. Double Pump - Pump 10 minit kedua-dua belah payudara serentak, rehat 10 minit, sambung lagi 10 minit. Proses ini juga berterusan selama 1 jam.
Power pumping ni digalakkan buat pada awal pagi tau. Sekitar pukul 2-3 pagi. Sebabnya waktu ni hormon oxytoxin yang dirembeskan adalah yang paling banyak.

Ibu-ibu jangn kecewa, jangan frust tauuuu kalau masa power pumping tu, yang keluar hanya setitik dua je susu. Malah, masa mula-mula mama buat dulu, keluar angin je tau.

Ibu-ibu kena banyak-banyak sabar. Sebab proses ni ambik masa lebih kurang dalam dua minggu camtu.

Malah, ada yang bernasib baik. Lepas susu dah kering seminggu, tapi bila ambik Set Menyusu Shaklee, dan konsisten setiap malam buat Power Pumping, Alhamdulillaah, susu beliau yang kering tu dah keluar balik. Insyaa Allah mama akan beri konsultasi untuk ibu-ibu semua ok!

Ibu-ibu ada juga yang menghadapai masalah yang sama dengan mama? Risau susu tak cukup? Stok susu dalam peti semakin berkurangan? Dah cuba pelbagai cara tapi susu masih takat tu je? Lemah, lesu tak bermaya menjelang petang? Sudah tiba masanya anda hubungi mama. Hubungi mama di :

017-3589005 (sms/whatsapp).

Mama akan bimbing anda cara makan yang tepat agar anda mampu untuk menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun.

Moga entry mama kali ni memberi manfaat. Dan sama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dan ceria....bersama Shaklee.



No comments :

Post a Comment