nuffx

Thursday 5 June 2014

KISAH SAYA DAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua,
Selamat sejahtera juga buat semua,

Hari ni nak cerita tentang kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee. 

Saya mula-mula ambik Shaklee lepas bersalin anak yang ketiga. Semasa bersalin saya tak pernah ambik apa-apa supplement pun sebab saya ni memang penakut dengan ubat. Malah, kalau demam pun saya menahan diri daripada makan panadol. Hingga lah demam saya kebah dengan sendirinya.

Semasa mengandung, hb saya sangatlah low. Daripada makan vitamin-vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik, saya diminta oleh nurse untuk tukar ambik Iberet pula. Saya terpaksa beli Iberet sendiri sebab saya kan bekerja dan gaji saya tidak melayakkan saya mendapat Iberet secara percuma dari klinik. 

Mahal la juga harga Iberet ni, RM 34 untuk bekalan selama sebulan. Maknanya sebijil pil Iberet harganya lebIh daripada RM1.00. Saya ambik Iberet secara konsisten. Ikut semua nasihat nurse dan doktor, namun hb saya tetap juga low. Tambahan pula, bila terpaksa minum air gula, saya didapati ada diabetis. Terpaksa pula check darah sebanyak 4 kali sehari. Pendek kata, kehamilan saya memang bermasalah. Tapi masa tu saya belum kenal Shaklee lqgi. Huhu.

Bila hampir dengan hari due saya, saya mula google set pantang apakah yang paling bagus untuk saya. Sebelum ni, anak pertama saya ambik set pantang Sendayu Tinggi, anak kedua saya ambik set pantang Nona Roguy. Sedang saya google, kawan saya cadangkan saya ambik Set Pantang Shaklee. Saya masih berfikir dan berkira-kira. Saya google dan google. Saya dapati banyak sangat feedback dan testimoni positif tentang Shaklee ni. So saya decide nak cuba Set Pantang Shaklee. 

Saya tidak buat keputusan yang salah bila memilih Set Pantang Shaklee. Ini adalah kerana, luka bersalin saya cepat sembuh. Badan saya bertenaga. Saya juga perasan saya lebih ceria sepanjang dalam pantang, tidak seperti sebelum ini saya sering moody dan kadangkala menangis kerana baby yang suka berjaga malam. Saya juga perasan rambut saya kurang gugur dan susu badan saya meriah, hingga tersedak baby masa menyusu. Hehehe.

Lepas habis pantang, saya ambik pula Set Kurus Shaklee, sebab saya sangat risau dengan berat badan saya yang naik mendadak. Sebelum mengandung berat badan saya ialah 48 kg. Last timbang sebelum bersalin, berat badan saya 74 kg. Bayangkan betapa gemuk nya saya masa tu. Tambahan pula saya menyusu badan, maka mesti la saya sokmo rasa lapar dan dahaga. 

Impact dari ambik Set Kurus Shaklee ni, saya juga dapat nilai tambah yang lain. Kulit saya jadi lebih cerah, cantik dan gebu. Lepas habis pantang dan masuk semula bekerja, ramai kawan-kawan tegur. Saya maintain slim dan kulit saya juga makin cantik. Wahhh suka sangat. Seronok rasa macam nak melompat. Hahaha.

We Love Shaklee :)

Ramai yang tegur pasal perubahan kulit saya. Saya cerita saya amalkan Shaklee sejak dalam pantang. Ramai pula yang berminat. So, saya jadi ahli. Lepas tu, memang saya dah jatuh cinta dengan Shaklee. Sebab saya sendiri rasa. Dan saya rasa seronok untuk share kebaikan dia dengan semua orang. 

Sekarang saya juga ingin berjaya seperti ramai yang sudah berjaya dalam Shaklee. Salah seorang idola saya ialah Master Lyna Noh. Saya suka segala-galanya tentang dia. Kalau boleh saya memang nak jadi macam dia.

Itu sahaja lah saya nak cerita hari ni. Jika anda berminat tentang produk Shaklee, boleh la jumpa dengan saya di sekitar Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang. Saya juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh memberikan konsultasi kepada anda.

Selain daripada itu, saya juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

I love Shaklee :)

No comments :

Post a Comment