nuffx

Tuesday 17 June 2014

BAHAYA AIR KOSONG KEPADA BAYI

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Siapa kat sini ada bayi? Sila angkat keyboard. Hahaha. Saya ada. Dan teringin nak ada bayi lagi. Best kan ada bayi. Bau bayi sangat best. Salah satu daripada bau syurga. Sebab tu lah kita tak jemu, asyik nak cium je baby kan.

Baby ni fragile. Sebab tu kena jaga betul-betul kan. Salah satu pantang larang dalam menjaga bayi ni ialah JANGAN BERI AIR KOSONG KEPADA BAYI KITA!

Kebanyakan ibu gemar memberikan air kosong kepada bayi. Dengan alasan mahu membilas lidah bayi yang diselaputi dengan kesan putih yang timbul selepas menyusu. Malah ada juga yang menggunakan air kosong semata-mata untuk merawat jaundis (kuning) yang dialami bayi yang baru lahir.

Ibu-ibu semua, saya ingin berpesan, JANGAN memberikan anak-anak kita yang baru lahir meminum air kosong. Mari kita membuat research sedikit. Kenapakah air kosong sangat merbahaya kepada bayi?

Menurut Dr. Jennifer Anders, Pakar Pediatrik dari John Hapkins Children's Centre, bayi berusia 6 bulan ke bawah, tidak memerlukan air tambahan selain susu ibu kerana ia boleh MERAGUT NYAWA bayi kita.

Tahukah kita, sebagai ibu, bahawa susu ibu mengandungi 88% air. Jadi, bayi kita tidak memerlukan sebarang air tambahan. Kesan putih yang timbul di lidah atau mulut bayi boleh dihilangkan dengan mengelap menggunakan kain lembut yang dibasahkan terlebih dahulu. Manakala jaundis dapat diatasi dengan kerap memberi susu ibu dan bilirubin dalam tubuh dapat disingkirkan dengan cepat melalui pembuangan air atau najis.

Ibu-ibu perlu ingat bahawa susu ibu mempunyai amaun yang mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi. Setiap kali nampak bayi nampak macam dahaga, ibu-ibu bagi susu badan tau. Ibu juga perlu tahu bahawa buah pinggang bayi masih belum cukup matang. Memberi air kosong berlebihan akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan garam, kesan daripada penghasilan cecair, yang berlebihan dan akibat kehilangan garam itu, ia akan mempengaruhi aktiviti otak bayi.


KESAN MEMBERI AIR KOSONG KEPADA BAYI

Antara masalah yang boleh timbul rentetan daripada memberi air kosong kepada bayi berusia bawah 6 bulan ialah :

  • Mengancam nyawa : Air kosong yang kita beri berkemungkinan mengandungi kuman. Lazimnya apabila ia diperolehi daripada sumber tidak bersih/ selamat. Oleh itu, bayi kita terdedah kepada masalah cirit-birit.
  • Menghakis pelindung penyakit : Air kosong akan menghakis saluran pelindung (imun) yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kita kepada pelbagai jenis penyakit.
  • Merencatkan tumbesaran : Saiz perut bayi sangat kecil. Apabila diberi air kosong, akan membuatkan bayi kenyang dan tidak berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang sangat diperlukannya. Air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat. Jadi, akibatnya pertumbuhan dan tumbesaran bayi terjejas.
  • Jaundis : Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin dalam darah dan didapati meningkatkan risiko jaundis. Hasil kajian yang dijalankan oleh pakar laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air kepada bayi akan memburukkan lagi bayi yang terkena jaundis hingga boleh mengakibatkan masalah terencat akal.

Olololo comelnyaaaa.

Jangan beri air kosong kepada baby berumur 6 bln ke bawah.

Sentiasa berdoa agar bayi kita selamat dan dilindungi. Ibu-ibu digalakkan menyusu bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sehingga bayi berumur 6 bulan. Jangan mengambil mudah tentang penyusuan susu ibu kerana faedah khasiat susu ibu ini sangat lah besar. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh menghubungi kami. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/ sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

No comments :

Post a Comment