nuffx

Sunday 5 October 2014

SET BERSALIN SHAKLEE - KUPASAN DARI ASPEK PERUBATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni 10 Zulhijjah. Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua pembaca dan pelanggan kami. Pagi ni sebelum ke masjid untuk Solat Sunat Aidil Adha, kami membaca beberapa artikel tentang kesihatan. Kami sangat tertarik dengan tajuk Set Bersalin Shaklee - Kupasan Dari Aspek Perubatan yang dibincangkan di dalam web Dr. Zubaidi Hj Ahmad.

Kami ingin berkongsi dengan anda apakah yang dibincagkan oleh doktor di dalam artikel beliau.

Doktor menyatakan bahawa pemilihan makanan selepas melahirkan anak atau semasa pantang adalah sangat penting. untuk mengembalikan semula tahap keseimbangan hormon, mineral dan lemak yang penting (essential fatty acid) yang telah digunakan semasa hamil dan ketika proses melahirkan anak.

Ketika di dalam pantang, ibu memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500 cal yang harus datang dari makanan yang mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita dalam pantang tidak mendapat cukup nutrisi dalam pemakanan mereka. Ini berpunca dari keletihan, kerana tidak cukup rehat dan tidur kerana menyusukan bayi, dan mengalami masalah tidak berselera kerana badan masih lemah.

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi boleh memberi kesan yang buruk kepada ibu dan bayi yang telah dilahirkan.

Sebagai contoh, tahap zinc yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami 'post natal depression' atau meroyan.

Begitu juga dengan keperluan zat besi dan vitamin B yang sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa proses kelahiran, banyak darah keluar dan perlu digantikan. Zat besi dan vitamin B sangat diperlukan dalam jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah yang baru.

Kalsium dan magnesium juga banyak digunakan ketika proses kelahiran kerana kedua-dua zat ini bertanggungjawab dalam mengecutkan rahim bagi mengeluarkan bayi. Ini menyebabkan kandungan kalsium dan magnesium dalam darah menjadi berkurangan terutamanya jika proses melahirkan memakan masa yang panjang.

Apabila kedua-dua elemen ini tidak mencukupi, ia akan menyebabkan otot rahim mengecut lagi dan menyebabkan pendarahan yang banyak selepas proses kelahiran.

Oleh itu, ibu-ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan supplement yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula.

Selalunya doktor akan menasihatkan ibu-ibu ini mengamalkan pemakanan sihat seperti protein yang boleh diperolehi dari daging, susu, ikan, kekacang, sayur-sayuran, cereal dan keju. Makanan ini bukan saja memberikan sumber protein tapi juga sumber  vitamin dan mineral yang banyak.

Bagi ibu-ibu yang mengalami rasa loya dan tidak berselera untuk makan, dan merasakan pemakanan anda tidak cukup nutrisi, kami mencadangkan anda mengambil supplement. Dalam Set Bersalin Shaklee, anda boleh mendapat supplement yang memenuhi keperluan ini.

Antara suppelement yang doktor cadangkan ialah Set Bersalin Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP) dan Vitalea with iron kerana ia mengandungi kandungan nutrisi yang lengkap untuk ibu-ibu semua.

Set Berpantang dan Menyusu adalah set yang sama. 


Jika ibu-ibu ingin mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

No comments :

Post a Comment