nuffx

Monday 27 October 2014

UBAT GOUT SHAKLEE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semalam kami berjumpa dengan kawan kami di mall. Terserempak gitu. Lepas tu sembang-sembang. Rupanya dia kena gout. Muda lagi tau. Kami ingat gout ni akan kena orang-orang tua atau warga emas sahaja. Rupanya orang muda-muda pun boleh kena gout.

Dia cerita pernah dia kena gout sampai tak boleh berjalan. Kalau nak jalan pun kena seret kaki gitu. Aduhai kesiannya. Muda lagi, anak-anak pun masih kecil lagi.


Apa itu gout?

Gout ialah penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Monosodium urate atau kristal asid urik yang termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi boleh menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Gout akan menyerang otot-otot dan sendi-sendi badan. Awas! Cegah sebelum parah. 


Bagaimana asid urik berlebihan di dalam darah boleh terjadi?

Ia boleh terjadi kerana metabolisma dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang. Samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik (ubat untuk membuang air dan garam) dan aspirin (tahan sakit).


Apakah yang berlaku kepada asid urik yang berlebihan ini?

  • mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
  • menyebabkan pembentukan 'tophi' gout.
  • menyebabkan batu karang di buah pinggang
Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan ubat sebagai rawatan. 

Namun begitu, risiko untuk menghidap gout pada mereka yang mengalami 'hyperuricemia' adalah tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan ini.


Bagaimana mengesan penyakit Gout?

Sekiranya anda mengalami simptom gout, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Gout boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Beberapa ujian akan dilakukan. Ujian terhadap cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan X-Ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi.


Bila biasanya gout berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba. Namun beberapa keadaan boleh menyebabkan serangan gout. Antaranya :
  • kekurangan air dalam badan, atau berpuasa.
  • makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
  • kecederaan kepada sendi.
  • selepas pembedahan.

Tanda-tanda penyakit gout :
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit gout?

Shaklee bukanlah ubat gout. Tetapi ia merupakan rangkaian nutrisi dan makanan tambahan bagi membantu pesakit gout mengurangkan kesakitan sendi, mengurangkan serangan dan komplikasi sakit gout.


Suplemen atau nutrisi Shaklee untuk gout ialah :
  • Vivix : untuk memperbaiki sel
  • Herblax : untuk detoks
  • Alfalfa : untuk menurunkan asid serum
  • Vitamin C untuk menurunkan asid serum
  • Bcomplex : untuk metabolisme nukleoprotein
  • OsteMatrix : untuk sakit dan bengkak
  • Vitamin E : untuk meneutralkan radikal bebas
  • Performance Drink : untuk mengawal bendalir badan

Set Bajet Shaklee Untuk Gout adalah :
  • Alfalfa

Alfalfa sangat bagus untuk pesakit gout.
  • Performance Drink

Ini memang minuman wajib untuk pesakit gout.

Dapatkan Set Bajet Gout Shaklee ataupun sebarang produk Shaklee dengan menghubungi :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

No comments :

Post a Comment