nuffx

Monday 12 May 2014

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LIPIS : VITAMIN SELEPAS KEGUGURAN

Wanita yang mengandung pasti inginkan kandungan sihat dan selamat. Dan tidak sabar menanti bayi nya lahir ke dunia. Namun begitu, tidak semua wanita bernasib baik kerana ada di antara mereka yang mengalami keguguran semasa mengandung.

Salah satu imej keguguran.

PUNCA KEGUGURAN 

Kebanyakan keguguran yang terjadi tidak dapat dielakkan kerana ianya terjadi dengan sendirinya. Walaupun begitu, terdapat juga sebab-sebab dan juga punca kepada keguguran tersebut iaitu :

KROMOSOM YANG TIDAK NORMAL

Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk berkembang seperti sepatutnya. Ketidaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketidaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut iaitu kecacatan pada kromosom. Apabila telur dan sperma bertemu dan berlaku ketidaknormalan pada kromosom tersebut, maka ini yang akan menyebabkan keguguran berlaku.

Total kromosom adalah 23 pasang.

KECACATAN PADA SISTEM PERANAKAN

Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10% daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil 'cervical incompetence' juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester kedua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.

Normal vs Bicornuate Uterus.

MASALAH KETUMBUHAN PADA SISTEM PERANAKAN

Masalah ketumbuhan pada rahim anda seperti cyst, fibroid dan juga endometriosis adalah punca kepada berlakunya keguguran. Anda perlu mendapatkan rawatan, dan juga membunag ketumbuhan yang ada pada sistem peranakan anda itu bagi anda yang ingin hamil lagi.

Cyst juga boleh menyebabkan keguguran.

SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)

Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan evulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Disamping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal kepada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidka begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Normal Ovari vs Pcos Ovary

JANGKITAN KUMAN

Jangkitan daripada virus seperti toksoplasmosis, rubella, CMV (cytomegalovirus) dan HSV (herpes simpleks virus). Jika ibu hamil mengalami jangkitan ini, janin akan tumbuh secara tidak normal dan akan menyebabkan berlakunya keguguran. Kuma toxoplasmosisini boleh didapati daripada bulu kucing.

Stop CMV!

PENYAKIT YANG DIHIDAPI

Jika anda mengalami masalah darah tinggi, kencing manis, tiroid, SLE dan sebagainya, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk hamil. Anda juga perlu mendapatkan rawatan dengan mengawal penyakit tersebut daripada menjadi punca kepada keguguran.

GAYA HIDUP DAN JUGA PERSEKITARAN

Persekitaran kerja anda yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya juga punca kepada masalah terjadinya keguguran. Gaya hidup yang tidak sihat juga membolehkan anda mengalami masalah keguguran kerana punca daripada makanan yang tidak seimbang dan tidak cukup keperluan nutrien dalam badan. Elakkan daripada terlalu stress dan juga terdedah kepada asap rokok yang membahayaka kandungan anda.

Jika anda pernah mengalami keguguran kali pertama, janganlah risau. Anda hanya perlu mengetahui punca berlakunya keguguran tersebut. Jika tidak tahu, anda boleh menukarkan amalan gaya hidup yang sihat dan juga mengamalkan makanan tambahan iaitu supplement yang boleh memberikan kesihatan dan kecergasan pada badan anda untuk cuba hamil lagi.

Shaklee mempunyai rangkaian makanan tambahan ataupun supplements yang boleh diamalkan oleh anda jika anda telah keguguran dan ingin menukarkan gaya hidup yang lebih sihat. Ambillah supplement yang mengandungi antioksidan bagi mengelakkan daripada radiasi, yang boleh menyebabkan masalah keguguran juga. Mengamalkan suppelement yang asas seperti Vitalea, Bcomplex dan juga Vitamin C boleh mencukupkan keperluan nutrien dalam badan anda. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan GLA Complex untuk menyeimbangkan hormon di dalam badan. Selain daripada itu, GLA juga sangat bagus untuk mengecutkan cyst.

Set Kesihatan Optimum Shaklee.

GLA Complex Shaklee sangat bagus untuk menstabilkan hormon dan membantu kesuburan.

Jika ada mempunyai sebarang pertanyaan tentang supplement Shaklee atau ingin mendapatkan supplement Shaklee, saya ada membuat penghantaran ke sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang.

Selain daripada itu, saya juga membuat penghantaran menggunakan Poslaju, Gdex dan Citylink ke seluruh Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi saya di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005
COD sekitar kawasan Raub, Benta dan Kuala Lipis, Pahang






No comments :

Post a Comment