nuffx

Monday 9 June 2014

PETUA SUSU JADI BANYAK DAN MERIAH

Assalamualikum,
Salam sejahtera semua,

Hari ni saya nak cerita tentang penyusuan buat si manja.

Ramai ibu mencari-cari cara yang terbaik untuk membanyakkan dan menambah susu badan. Terutamanya bila susu badan sudah berkurangan dari biasa, apabila ibu sudah mula bekerja.

Konsep utama dalam membanyakkan susu ibu ialah :

PENGELUARAN berkadar terus dengan KEPERLUAN.

Apakah yang dimaksudkan pengeluaran berkadar terus dengan keperluan?
Atau konsep supply vs demand?

Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.

Makin banyak bayi menyusu, maka makin banyaklah susu akan ibu hasilkan.

Tapi macam mana pula jika susu sudah terlalu banyak? Contohnya seperti gambar di bawah ini.

Stok EBM untuk si manja tersayang.

Perlu diingatkan, walaupun stok EBM anda sudah melambak, anda masih perlu mengekalkan konsep yang sama. PENGELUARAN vs PERMINTAAN. Atau SUPPLY vs DEMAND.

Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak seperti itu, ibu hendaklah memperbanyakkan permintaan terhadap susu ibu. 


BAGAIMANAKAH CARA MEMBANYAKKAN SUSU IBU?
  • Melalui hisapan bayi : kerapkan menyusu terutamanya di awal kelahiran.
  • Mengepam : samada menggunakan pam susu, ataupun menggunakan tangan ( teknik Marmet)

MILK BOOSTER? SUPPLEMENTS? ADAKAH BERKESAN?

Ibu-ibu harus tau, konsep penyusuan seperti di atas adalah MUTLAK! Walaubagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.

Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain, bukan sekadar 'mengaktifkan hormon penyusuan' tetapi menjadikan tubuh ibu 'fit' untuk menyusukan dan menjaga anak, disamping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.

Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon axytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.

Jadi ibu memerlukan bukan sahaja pemakanan dengan nutrisi seimbang, malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhnya dan moodnya. Tahukan anda pemakanan juga boleh mempengaruhi mood seseorang?

Makanlah makanan yang seimbang, halal, penuh nilai nutrisi, dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA. 

Set pertama saya bersama Shaklee.


Jangan mengalah bila susu mula berkurangan. Kita usaha dan ikhtiar dengan pelbagai cara. Insyaa Allah. Niatkan untuk menyusu baby sepenuhnya. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang penyusuan dan set penyusuan serta supplement yang sesuai untuk anda, bermula dengan harga RM 50.00!

Anda boleh menghubungi saya Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh negara yang akan membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex atau Citylink. 

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/sms/whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478





No comments :

Post a Comment