nuffx

Sunday 2 November 2014

TIPS TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Zaman sekarang ni kami perasan ramai kawan-kawan atau kenalan, tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak, mudah kena demam, selsema, batuk dan sebagainya. Kebanyakan mereka menyatakan semua ni disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu. Benarkah? Benarkah cuaca yang menyebabkan mereka senang jatuh sakit?

Pada kami, jika antibodi kita kuat. Insyaa Allah kita tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Sistem imun ini berfungsi dan berkaitan dengan cara pemakanan kita, gaya hidup kita, dan bagaimana kita menjaga emosi dan fizikal setiap hari. 

Hari ini kami ingin kongsi 4 tips tingkatkan sistem imun untuk rujukan kita semua. Moga bermanfaat. 

1) MAKAN DENGAN BETUL

Jangan makan berlebihan, itu kunci utamanya. Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Justeru itu, ia akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.

Jenis makanan yang dipilih juga tidak kurang pentingnya. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti :-
  • makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah buahan sitrus dan brokoli.
  • Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin.
  • makan bawang putih – makanan yang kaya dengan zink, seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu.
  • makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah buahan dan sayur sayuran.
  • makanan yang kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi.
Kami lebih suka guna ayat ni " Eat healthy, be happy".

Kebanyakan penyakit berpunca daripada perut. So, eat healthy ok! :)

2) BERSENAM SELALU
Senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit sepanjang tahun. Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki lima kali seminggu selama 12-15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam. 

Walaubagaimanapun, senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.

Jommm excercise!

3 ) MENGURUSKAN TEKANAN

Hormon hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. 

Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam dua cara, samada menghapuskan sel darah putih (yang melawan penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit auto imun. 

Oleh itu, luangkan masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari.


Jangan stress2 ok!

4) DAPAT TIDUR YANG SECUKUPNYA

Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. 

Kesan buruk terhadap fungsi sistem ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur. 

Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan daripada minuman berkafien, tembakau dan arak.

Amboi lenanya dia tidur.

Kami merupakan pengedar sah Shaklee. Boleh hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee. Kami adalah Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.

Boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

No comments :

Post a Comment