nuffx

Monday 16 June 2014

USUS KOTOR PUNCA MASALAH PENGHADAMAN

Assalamualaikum,
Selamat sejahtera semua,

Hari ni nak cerita tentang masalah penghadaman. Kenapa? Sebab saya mempunyai masalah penghadaman dan masalah sembelit yang sangat serius. Dalam seminggu saya cuma membuang sekali ke dua kali sahaja. Perut rasa sebu, keras dan rasa sangat tidak selesa. Huhuhu.

Saya sudah mencuba macam-macam yang dicadangkan oleh kawan-kawan, seperti buah betik, pisang, makan oren dan sebagainya. Namun masalah sembelit saya tidak berkurangan juga. Aduhai perut pun buncit tau. Keras je. Ye lah, bayangkan, saya makan setiap hari. Makan macam-macam pula tu. Tapi membuang sekali ke dua kali je seminggu. Aduh apa agaknya jadi pada makanan dalam perut saya sepanjang tempoh tu. Tidak dapat dibayangkan rupa dia. Hahaha.

Kebanyakan masalah kesihatan kita ni sebenarnya berpunca daripada pemakanan. Apa yang kita makan, apa yang masuk ke dalam perut kita mesti la masuk melalui usus atau kita panggil kolon. Apabila usus atau kolon kita kotor atau tersumbat, apa akan berlaku? Berlakulah masalah penghadaman. Kannnn.

PUNCA MASALAH PENGHADAMAN

Antara punca masalah penghadaman ialah :

  • STRESS (tekanan) : Apabila kita mengalami stress, sebagai langkah survival badan akan mengalihkan tenaga, darah, enzym, dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan. 
  • ANTIBIOTIK : Pengambilan antibiotik yang terlalu banyak boleh membunuh bakteria baik di dalam sistem penghadaman kita.
  • DIET YANG TIDAK SIHAT : Makanan yang diproses tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana dalam proses penghasilan makanan ini, segala nutrien dan fiber yang terkandung dalam gula dan karbohidrat akan dibuang.
  • PEMAKANAN BERFIBER RENDAH : Badan kita memerlukan makanan komponen seperti fiber untuk mengeluarkan sisa menerusi usus. Kekurangan fiber boleh mengakibatkan sembelit. Apabila kita mengalami sembelit, sebahagian daripada toksin daripada sisa makanan akan diserap masuk ke saluran darah.
  • MAKANAN MENTAH YANG TIDAK MENCUKUPI : Enzyme dalam makanan membantu penghadaman dan ini dihasilkan menerusi makanan mentah. Makanan yang dimasak melebihi 116 darjah akan memusnahkan enzyme.
  • NITRAT : Biasanya di dapati dalam ikan bakar dan jeruk. Ia pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut.
  • MEROKOK DAN ALKOHOL : Kedua-dua ini boleh menyebabkan masalah penghadaman dan merosakkan usus.
  • TABIAT MAKAN : Makanan yang tidak dikunyah dengan baik sebelum ditelan akan menyebabkan perut banyak angin, senak dan kembung. Ia juga boleh mengakibatkan sembelit.
  • MAKAN BUAH BERCAMPUR DENGAN MAKANAN LAIN : Buah-buahan perlu dimakan tanpa dicampur dengan makanan lain kerana ia mengandungi enzyme yang tinggi. Buah-buahan hanya mengambil masa antara 20-30 minit untuk melalui sistem penghadaman dan untuk nutrien diserapkan. Jika buah-buahan dimakan bersama makanan lain, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadam. Buah-buahan itu akan terperam dalam proses penghadaman dan mengakibatkan gastrik. Pengambilan protein dengan makanan berkanji seperti pasta dan kentang akan menjadikan sistem penghadaman mengalami stress.
  • DADAH/ UBAT : Hampir semua dadah/ ubat dan kimia tidak elok untuk sistem penghadaman. Banyak ubat yang boleh menjejaskan sistem penghadaman. Antaranya pil perancang keluarga, antacids, antihistamines, laxatives, steroid, alkohol dan banyak lagi. Ubat anti-radang seperti aspirin dan acetaminophen boleh merosakkan dinding perut dan menjejaskan penghadaman dan boleh mengakibatkan jangkitan.
  • Penggunaan racun serangga dan racun rumpai.
  • TOXIN DARIPADA PENCEMARAN ALAM SEKITAR : Kehidupan serba moden mendedahkan kita kepada pencemaran alam sekitar termasuk kimia, radiasi, air yang tercemar raksa dan logam. Apabila kita terdedah kepada perkara-perkara ini, badan kita secara semulajadi akan bertindak balas untuk menyingkirkannya. Dan proses ini menggunakan banyak tenaga. Lantas mengakibatkan tenaga untuk menghadam berkurangan. 

Bagi memastikan usus/kolon kita bersih. Supaya sistem penghadaman kita lancar dan badan kita pun sihat. Saya sarankan anda mengambil Herblax Shaklee bagi membantu meningkatkan proses pencernaan secara lawas dan mengurangkan sembelit. Saya mengamalkan pengambilan Herblax Shaklee, dan Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah sembelit lagi. Malah perut saya menjadi semakin kempis. :)

Herb-Lax ni memang best! 

Penyakit usus kritikal terpaksa menjalani pembedahan


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang sebarang produk Shaklee dan berminat untuk menjadi ahli. Anda boleh berjumpa dengan saya. Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, pengedar Shaklee Benta, Pahang. Kami juga mempunyai pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang boleh membuat penghantaran ke pintu rumah anda.

Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.

Anda juga boleh menghubungi kami di :

Instagram : @awesomelybeauty
Blog : awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Call/ sms/ whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

No comments :

Post a Comment