nuffx

Friday 26 September 2014

MAKANAN UNTUK MENGATASI SEMBELIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Siapa yang sedang membaca ni mengalami masalah sembelit? Sila angkat tangan. Hehe. Sembelit ni adalah kesukaran membuang air besar.

Antara sebab terjadinya sembelit ialah :
  • makanan yang dimakan tidak dicerna dengan baik
  • kurang makan buah dan sayur
  • kurang minum air kosong
Sembelit ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan buasir! So cegah lebih baik dari merawat. Dan sebaiknya rawat sebelum parah!

Makanan yang boleh mengatasi masalah sembelit :

1. Betik
Buah betik yang masak ranum kaya dengan vitamin C dan memiliki kandungan serat yang tinggi. Ini sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi orang yang memiliki masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam diet harian bagi individu yang mengalami sembelit.

2. Stroberi
Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca dingin ini tidak hanya cantik dan enak dimakan. Bahkan, ia efektif mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Cincau
Cincau memiliki serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, perut kembung, sembelit dan diarrhea. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi penyebab penyakit kanser. 
Bandung cincau pun sodapppp! =)

4. Mentimun
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosfor, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit bisa diatasi hanya dengan makan mentimun setiap hari.
Cuba buat ulam timun cicah dengan budu. Memang sedap!

5. Kucai
Daun kucai mengandung vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteri dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses kontraksi dan ekspansi usus selain melancarkan darah sekaligus mencegah terjadinya pembekuan darah. Ia dapat mengobati penyakit-penyakit seperti kram menstruasi, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Cuba buat telur dadar letak kucai banyak-banyak. Perghhh sedap tau!

6. Pisang
Pisang memiliki begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalkan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang tidak hanya boleh dimakan begitu saja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak samada digoreng atau dijadikan pengat.
Emmm nyum nyum!

7. Temulawak
Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan ubi muda temulawak atau nama ilmiahnya Curcuma Xanthorriza.

Caranya:
Ambil bahagian batang dan ubi muda temu lawak.
Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
Setelah mendidih, tapis dan tuangkan ke dalam gelas.
Biarkan hangat seketika dan minumlah secara perlahan.

Sehari minum sebanyak dua sampai tiga kali. Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, juga diakui dapat mengatasi masalah najis berdarah.

8. Ciku
Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sampai lumat. Amalkan dengan pengambilan sedikit air hangat yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

9. Lobak Merah
Nama ilmiahnya Daucus carota L dapat membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran semasa period dan menjaga kulit agar sentiasa sihat.

Cara terbaik menikmati manfaat carrot adalah dengan memakannya secara mentah.




Carrot adalah lebih baik dimakan mentah.

Namun jika anda sukar untuk mempraktikkan pengambilan makanan di atas, anda boleh juga mengatasi masalah sembelit anda dengan mengambil Herblax Shaklee.

Herblax Shaklee sangat bagus untuk detoksifikasi, membuang toksin dan mencuci usus anda.


Vitamin wajib saya setiap malam.

Boleh hubungi saya untuk membeli Herblax Shaklee atau sebarang produk Shaklee.

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.

COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.

Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,

Awesomelybeauty

No comments :

Post a Comment