nuffx

Friday 9 January 2015

VALENTINA ITALIAN DULL SATIN - SATIN TERBAIK UNTUK ANDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Lamanya mama tak update blog ni. Maklum sahaja lah, cuti sekolah, balik kampung, line internet tak kuat. Kejap ada kejap tak ada. Lepas tu, share pulak laptop dengan anak-anak kan. Banjir pulak lagi. Aduhai, macam-macam hal cuti sekolah tahun ni.

Selain dari Shaklee, my passion adalah kain baju. Maklum sajalah, kerjaya sebagai seorang guru memerlukan kami sentiasa kelihatan kemas dan bergaya sentiasa.

Saya baru berkenalan dengan Valentina Italian Dull Satin tahun lepas, lepas saya mula berjinak-jinak memakai jubah dan dress. Lepas tu, saya mula jatuh cinta dengan fabriknya, sangat selesa, tidak renyuk, tidak nipis dan tidak terlalu tebal (maknanya tidak perlu pakai inner). Fabrik dia sangat ekslusif, warna-warnanya juga cantik sangat.

Jadi saya berminat untuk kongsi fabrik yang tinggi kualiti dan bagus ini dengan anda semua. Jika berminat, boleh hubungi saya ye. Kami mengambil stok direct dari kilang, bukan melalui agen atau orang tengah.







Kain ini sangat sesuai untuk dijadikan baju kurung, kebaya, jubah, dress, blouse, shawl, baju melayu dan sebagainya. 

Terdapat bidang 45 dan juga bidang 60. Untuk bidang 45, harga sepasang (4 meter) adalah RM 80. 00 Semenanjung dan RM 83.00 Sabah/ Sarawak. Pos adalah PERCUMA untuk anda semua.

Untuk bidang 60, anda perlu menghubungi kami bagi mengetahui harga per meter. Bagi pembelian secara borong (10 helai ke atas), anda akan diberikan harga istimewa. 

Untuk pembelian, boleh hubungi saya di :

017-3589005 (sms/whatsapp)



No comments :

Post a Comment