nuffx

Friday 24 October 2014

MERAWAT DAN MENCEGAH RUAM LAMPIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Lamanya kami tak update entry di blog pink kesayangan kami ni. Maklum sajalah, cuti sekolah. Sibuk melayan anak-anak tiga orang tu. Anak baru tiga, tapiiiiii havoc macam anak 10 tauuu. Rindunyaa nak menaip. Haha. Hari ni kami nak bincang tentang ruam lampin sebab kami baru je balik dari melawat kawan kami yang baru lepas bersalin dan baby dia kena ruam lampin. Walaupun tak teruk sangat tapi penting untuk ibu-ibu ambil tindakan segera supaya ruam tu tidak melarat.

Setelah bagi beberapa tips. Ewaah dah macam doktor pula kami ni. Kami rasa kami nak share dengan semua pembaca tentang ruam lampin ni.

Nappy rash atau ruam lampin biasanya berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah dan lambat ditukar yang menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan, menyebabkan pedih dan sakit.

Biasanya ruam lampin atau nappy rash ini melanda bayi yang berusia bawah setahun setengah.

Jangan biarkan melarat. 

Punca ruam lampin ialah :

  • Bayi mempunyai kulit yang sensitif. Terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing sehingga menyebabkan keradangan dan ruam pada kulit bayi.
  • Menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai dengan kulit bayi.
  • Adakalanya 'baby wipe' tidak sesuai dengan kulit bayi, terutamanya yang mempunyai wangian.
  • Bayi yang mempunyai kulit yang amat sensitif menyebabkan masalah ruam terjadi berulang-ulang.

Cara untuk mencegah ruam lampin pada bayi :

Menggunakan krim sapuan boleh menghilangkan ruam pada bayi, namun tidak menjanjikan masalah ini tidak berulang. Jadi, untuk mencegah masalah ruam ini daripada berulang, maka kami cadangkan ibu bapa bertindak seperti di bawah :
  • Menukarkan lampin bayi dengan kerap dengan memeriksa lampin mereka setiap 2-3 jam. Seeloknya, jika kulit bayi anda sensitif, gunakan 'cloth diapers'. 
  • Gunakan air yang bersih dan basuh berak bayi dengan sempurna terutamanya di celah lipatan kelengkang bayi. Bagi bayi perempuan, mulakan basuhan daripada 'depan ke belakang' bagi mengelakkan daripada kuman dari kemaluan belakang menjangkiti vagina.
  • Pastikan kulit bayi menjadi kering selepas membasuh kawasan itu dengan cara mengelap atau memberikan pengudaraan.
  • Jika bayi mengalami luka lecetan, boleh sapukan krim bagi menghalang bahagian kulit yang luka dijangkiti kuman. Krim-krim ini ada banyak dijual di farmasi. Namun, kami sarankan berjumpalah dengan doktor untuk dapatkan perskrepsi yang tepat. Jika mahukan krim yang bebas paraben, anda boleh cuba Herbal Blend Multipurpose Cream dari Shaklee

Ibu bapa sekalian, buatlah langkah pencegahan. Beri extra care untuk bayi anda. Insyaa Allah masalah ruam lampin tidak akan berulang.


Jika anda ada sebarang pertanyaan, atau berminat untuk jana pendapatan dari rumah dengan Shaklee, atau ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki Shaklee)
e-mail : niksurina2013@gmail.com

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

No comments :

Post a Comment