nuffx

Friday 24 October 2014

BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Fenomena positif lagi luarbiasa melanda kawan-kawan dan kenalan kami. Fenomena apa? Haaaa sudah pastilah fenomena menyusu bayi secara ekslusif! Alhamdulillaaah syukur syukur syukur.

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, ramai dari kenalan kami begitu concern tentang milk booster, breast pump, ebm, power pumping dan sebagainya. Malah ada kawan kami pinjam breast pump avent kami, sampai sekarang belum pulangkan. Ha ha ha. Adoi sabar je.

Antara perkara paling penting dalam proses penyusuan si manja secara ekslusif ialah penyimpanan EBM (Express Breast Milk) atau susu ibu yang telah diperah.

Penting untuk ibu-ibu tahu sebab jika tidak betul cara penyimpanannya, maka susu akan cepat rosak. Dan sia-sia lah segala usaha ibu-ibu memerah susu siang dan malam.

Sebenarnya berapa lama susu ibu bertahan bergantung kepada bagaimana dan di mana susu ibu disimpan.

Kebersihan adalah penting semasa mengendalikan susu yang telah diperah.

Selalunya susu ibu kekal segar pada suhu bilik (60-85 darjah Fahrenheit) selama 3 hingga 4 jam. Tetapi susu dalam keadaan sejuk, contohnya seperti musim sejuk di England boleh bertahan dengan lebih lama iaitu antara 6 hingga 8 jam.

Jika ia disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh digunakan semula antara 3 hingga 5 hari. Susu ibu yang disimpan dalam keadaan sejuk beku boleh digunakan lebih lama lagi.

Jika ia disimpan di dalam peti sejuk yang mempunyai pintu yang berasingan, susu ibu beku tahan selama 3 hingga 6 bulan.

Susu yang disimpan baik dalam peti sejuk, kadang kala boleh bertahan lebih dari itu.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu boleh cuba merasa susu dahulu sebelum diberikan kepada anak. jika ia berasa masam, berkemungkina ia telah dicemari kuman.

Untuk mengelakkan ini, cuci tangan sebelum mengepam susu ibu dan segera menyimpan di dalam peti sejuk.

Jika mahu menggunakan semula, elakkan mencairkan susu ibu yang beku dengan menghangatkannya di atas dapur. Biar ia cair perlahan-lahan di dalam suhu bilik.

Kami mencadangkan ibu-ibu mengambil milk booster terbaik dari Shaklee jika berhasrat untuk menyusukan bayi sepenuhnya secara ekslusif. Saya sendiri telah mencubanya dan Alhamdulillaah saya sangat berpuashati.

Setiap pembelian akan disertakan jadual pump susu, tips-tips dan khidmat nasihat berterusan dari kami. Juga special free gift dari kami untuk anda semua.

Jika berminat boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta dan Pengedar Shaklee Raub, Pahang. 
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty







No comments :

Post a Comment