nuffx

Tuesday, 30 September 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Aduhai. Lepas bersalin memang la risau sangat kan. Risau nak dapat berat badan dan bentuk badan yg asal. Macam zaman anak dara. Betul tak?

Itu sememang nya lah antara kerisauan yang sering mengganggu para wanita selepas bersalin : PERUT BUNCIT DAN MENGGELEBER! Terasa hilang keyakinan diri tatkala memerhatikan perut yang banyak meninggalkan parut rekahan dan bentuk yang semakin menggeleber.

Memang stress terutamanya bila ada orang tegur, perut macam masih mengandung 4 bulan! Arghhhhh tension gileeeee!!! 

Sebenarnya ada banyak cara yang ibu boleh lakukan untuk mendapatkan kembalil perut kempis bak anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil tiga bulan. Misi mendapatkan kembali perut kempis boleh direalisasikan asal sahaja ibu ada kemahuan dan berdisiplin. 

Nak tahu apa caranya? Perhatikan senarai berikut. Nampak macam senang tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi demi sebuah misi.

1. Menyusukan bayi sepenuhnya

Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

2. Berbengkung dalam pantang

Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.

3. Bertungku dan bertangas

Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim. Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.

4. Jaga makan

Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.

Sebagai pilihan, anda boleh amalkan meminum Esp Shaklee yang kaya dengan protein soya non GMO yang berkualiti tinggi.

5. Jangan lupa bersenam

Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

Bersenam boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja. So jangan cari alasan!

6. Hati-hati dengan postur badan

Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.

7. Jom detoks

Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.

Ejen detoksifikasi yang selamat, semulajadi, halal dan berkesan adalah Herblax Shaklee. Perut yang bebas toksin akan mudah menyerap vitamin dan mineral. Maka ibu-ibu selepas bersalin sangat disarankan untuk detoks dengan Herblax Shaklee.

Jom ibu-ibu, kita sama-sama menjaga kesihatan. Beranak-pinak bukan lah alasan untuk kita meremehkan soal penampilan dan bentuk badan.

Cantik di luar, cantik di dalam. Ibu yang sihat dan ceria tonggak keluarga bahagia.

Untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Sunday, 28 September 2014

PETUA UNTUK MENURUNKAN JAUNDIS PADA BAYI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kebanyakan bayi yang dilahirkan akan mendapat jaundis. Apatah lagi jika ibu mempunyai darah jenis O, maka risiko bayi untuk medapat jaundis adalah lebih tinggi. Namun, bayi yang dilahirkan dari ibu yang mempunyai jenis darah yang lain juga berisiko untuk mendapat jaundis.

So hari ini saya ingin berkongsi petua yang paling senang dan realistik untuk menurunkan jaundis atau demam kuning.

Petua untuk menurunkan jaundis atau demam kuning

Ibu bapa semua, cuba amalkan petua di bawah ni, insyaa Allah bacaan birilubin bayi anda akan kembali normal.

1. Kenalpasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Dalam tempoh tiga hari pertama selepas bayi dilahirkan, sentiasa memeriksa bayi anda. Samada mempunyai jaundis ataupun tidak. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis, mata dan kulit akan berubah menjadi kuning. Jika was-was, segera ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Elakkan warna kuning

Elakkan membeli peralatan dan pakaian bayi yang berwarna kuning. Ini termasuklah, tilam, cadar, sarung bantal, pakaian dan sebagainya. Sebaiknya ibu juga elakkan memakai pakaian yang berwarna kuning. Ini adalah petua yang diperolehi daripada bidan kampung. Tiada salahnya mencuba. Kerana mereka lebih banyak pengalaman berbanding dengan kita.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi yang terkena jaundis biasanya akan sentiasa mengantuk dan tidur sepanjang masa, Bayi juga kelihatan lemah dan tidak ceria. Seeloknya ibu mengejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukan. Sebagaimana yang kita semua maklum, susu ibu adalah penawar yang terbaik untuk jaundis. Berikan susu ibu, bukan susu formula!

4. Susu kambing

Ini juga merupakan petua paling senang untuk menurunkan jaundis pada bayi. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan di dalam peti sejuk. Caranya titiskan setitik susu kambing ke dalam mulut bayi.

Ibu juga bagus meminum susu kambing. Ini adalah kerana khasiatnya akan sampai kepada bayi bila ibu menyusukan. Susu kambing merupakan susu yang terbaik selepas susu ibu.

5. Mandikan bayi dengan daun inai

Mandikan bayi dengan daun inai yang telah diramas di dalam air setiap pagi. Seginggalah bayi anda bebas daripada jaundis.

6. Perahan anggur hitam

Caranya ialah dengan memerah anggur hitam ke dalam mulut bayi. Atau perah dulu anggur hitam, tapis dan kemudian titis ke dalam mulut bayi. Insyaa Allah jaundis bayi akan segera turun.

7. Set Berpantang Shaklee

Ibu-ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee akan sentiasa cergas dan bertenaga. Ceria dan tidak stress. Malah ia membantu menyembuhkan luka bersalin dengan sangat cepat dan mengelakkan bayi daripada kembung dan jaundis.

Perbezaan antara bayi normal dan bayi yang terkena jaundis.

Moga petua-petua yang kami kongsikan ini memberi manfaat buat ibu-ibu semua. 

Jika ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, anda boleh menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


Saturday, 27 September 2014

PETUA MENCEGAH JAUNDIS PADA BAYI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Zaman sekarang ni, bayi yang baharu lahir tidak terlepas dari dihidapi jaundis atau demam kuning. Yang membezakannya adalah tahap bacaan darah bayi tersebut. Jika terlalu tinggi, maka perlu mendapatkan rawatan fototerapi di hospital.

Walaupun jaundis adalah masalah normal di kalangan bayi yang baharu lahir, namun jika terlalu tinggi, ia boleh mengundang bahaya. Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu. 

Antara petua yang boleh diamalkan oleh ibu semasa hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk ialah :

  • Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.
  • Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari.
  • Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.
  • Amalkan makan buah kurma semasa sarapan.
  • Amalakn minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi. Selain itu, dapat mengelakkan penyakit jaundis.
# sumber dari majalah Pa&Ma

Anak adalah anugerah paling indah...


Kami merupakan pengedar produk Shaklee, jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

HANGATKAN KEMBALI HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Biasanya setelah sekian lama, hubungan suami isteri itu makin lama makin dingin. Apalagi selepas mendapat cahayamata. Isteri sibuk bekerja dan menguruskan rumahtangga. Suami pula sibuk dengan kerja-kerja yang tak pernah habis.

Kedinginan ini, jika dibiarkan boleh membawa kepada konflik. Dan konflik yang berterusan akan membawa kepada penceraian.

Jadi kami sarankan anda hangatkan kembali hubungan suami isteri dengan mengambil vitamin Shaklee. 

Kami nak kongsikan pengalaman sebenar seorang kawan kami yang memberi suaminya set kesihatan lelaki Shaklee. Set ini mengandungi : Omega Guard, Zinc Complex dan Vitamin E Shaklee. 

Selepas beberapa hari, si suami bertanya kepada isterinya: “Apa fungsi vitamin-vitamin yang awak berikan kepada abang ni Yang..?” “Kenapa bang ?” balas si isteri. ” Tak ada lah, abang rasa badan ni lebih sihat dan cergas..dah tu sekarang ni abang rasa ‘gagah’ semacam je, tak boleh tengok Ayang lama-lama tau..nanti naik syeh!” Si isteri tersenyum je mendengar penjelasan suaminya. Patutlah sekarang ni dia perasan suaminya lain macam je. Hahaha... =)

Tersenyum simpul kami mendengar kata-kata rakan kami ini. Sememangnya antara fungsi set kesihatan lelaki Shaklee yang terdiri daripada Omega Guard, Zinc Complex dan Vitamin E adalah sebagai ejen kesuburan lelaki, memantapkan dan menguatkan sperma serta memanjangkan jangka hayat sperma. Tidak hairanlah suami kawan saya ini berkata demikian. Kepada rakan-rakan yang telah mulai merasa ‘dingin’ ketika bersama pasangan masing-masing, bolehlah memberikan hadiah set kesihatan lelaki Shaklee buat suami anda..!

Hangatkan hubungan suami isteri dengan supplement Shaklee

Selain daripada itu, fungsi set kesihatan lelaki Shaklee juga adalah seperti berikut:

• memelihara kesihatan prostat.
• meningkatkan kecerdasan dan kesihatan badan.
• memelihara jantung yang sihat.
• membantu mengekalkan tekanan darah normal.
• mengawal tahap kolesterol yang sihat.

Order sekarang untuk mengembalikan ‘keintiman’ anda suami isteri..

Set Kesihatan Lelaki Shaklee.

Untuk membuat pembelian, anda boleh menghubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

DOUBLE PROMOTION - PROMOSI SEPTEMBER SHAKLEE (MEAL SHAKES DAN COLLAGEN POWDER)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni 27 September. Maknanya tinggal 3 hari je lagi untuk promosi bulan September. Untuk pengetahuan semua, Shaklee membuat promosi pada setiap bulan. Dan setiap bulan produk yang dipromosikan adalah berbeza-beza. 

Bulan ini Shaklee buat double promotion. Sebelum ni Shaklee tak pernah buat double promotion tau. Biasa satu bulan satu produk sahaja. Tapi bulan ni promosi dua produk iaitu Meal Shakes dan Collagen Powder Shaklee. 

Atau group kami suka panggil ni promosi Ibu cantik, anak sihat. Wahh gituu. Sebabnya Collagen Powder sesuai untuk ibu yang mahu sentiasa kelihatan awet muda. Meal Shakes pula untuk anak-anak sentiasa sihat dan ceria.

Ibu Gojes Anak Sihat! =)

Jangan lepaskan peluang tau. Dapatkan dua produk yang awesome ni masa promosi masih lagi berlangsung. Jangan lengah-lengah lagi. Nanti melepas. Menyesal pun tak guna dah. 

Jom hubungi kami cepat untuk dapatkan Meal Shakes dan Collagen Powder Shaklee ni tau. 

Kami boleh dihubungi di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Friday, 26 September 2014

PETUA MERAHKAN BIBIR SECARA SEMULAJADI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kami suka tengok orang yang bibir dia merah-merah semulajadi gitu. Kalau pelakon, suka tengok bibir Emma Maembong. Sebab bila dia tak make up pun, bibir dia memang merah. Cantik sangat.

So, hari ni kami dengan besar hatinya nak share petua dan tips macam mana nak merahkan bibir secara semulajadi. Ewahhhh...

Lepas ni tak payah pakai lipstik doh la. Jimat belanja. Boleh simpan duit dalam Tabung Haji. Kan? Jom kita pakat baca apa dia la petua nak merahkan bibir ni.

Kita nak bibir merah semulajadi!

Petua merahkan bibir :

1. UBAT GIGI

Wah, yang ni senang sangat kan. Setiap orang pun pasti ada ubat gigi dan berus gigi di rumah kan? Takkan la tak ada. Hehe. So, sapukan ubat gigi kat bibir nipis nipis gitu sebelum tidur. Biarkan semalaman. Pagi esoknya, lap bibir dengan lembut tau, jangan kasar kasar. Guna berus gigi pun boleh. Bersihkan bibir secara lembut dan perlahan selama 10 minit. Anda akan mendapat bibir yang lembut dan kemerahan.

2. MADU

Buatkan masker menggunakan madu. Bukan untuk tempek kat muka tau. Tapi untuk sapu pada bibir.
Cara buat masker ni ialah ambik 1 sudu madu. Dicampurkan dengan sedikit air panas dan lemon. Kemudian sapu di bibir. Biarkan selama 15 minit hingga meresap ke bibir. kemudian bersihkan menggunakan air.

3. MENTEGA

Sapukan mentega ke bibir sebelum tidur. Kemudian basuh pada keesokan paginya. Lakukan secara rutin dan konsisten. Insyaa Allah anda akan nampak hasilnya.

4. GLYCERIN

Caranya ialah dengan mencampurkan sedikit Glycerin dengan sedikit white pepper. Sapukan ke permukaan bibir sebelum tidur dan biarkan semalaman. Anda akan mendapat hasilnya jika diamalkan secara rutin.

5. LEMON

Ambil air perahan limau, campurkan dengan sedikit madu. Sapu ke bibir selama 1 jam. Kemudian sapukan dengan menggunakan tisu basah.

6. MINYAK ALMOND

Sapukan minyak almond ke permukaan bibir sebelum tidur. Kemudian cuci pada keesokan harinya.

Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan Petroleum Jelly atau lip balm.

Untuk penjagaan dalaman, anda boleh mengamalkan pengambilan Collagen Powder Shaklee. Insyaa Allah pengambilan secara konsisten akan membuatkan bibir dan wajah anda kemerah-merahan.

Collagen Powder Shaklee best!


Untuk mendapatkan Collagen Powder Shaklee yang super awesome ni, anda boleh hubungi saya :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty


MAKANAN UNTUK MENGATASI SEMBELIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Siapa yang sedang membaca ni mengalami masalah sembelit? Sila angkat tangan. Hehe. Sembelit ni adalah kesukaran membuang air besar.

Antara sebab terjadinya sembelit ialah :
  • makanan yang dimakan tidak dicerna dengan baik
  • kurang makan buah dan sayur
  • kurang minum air kosong
Sembelit ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan buasir! So cegah lebih baik dari merawat. Dan sebaiknya rawat sebelum parah!

Makanan yang boleh mengatasi masalah sembelit :

1. Betik
Buah betik yang masak ranum kaya dengan vitamin C dan memiliki kandungan serat yang tinggi. Ini sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi orang yang memiliki masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam diet harian bagi individu yang mengalami sembelit.

2. Stroberi
Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca dingin ini tidak hanya cantik dan enak dimakan. Bahkan, ia efektif mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Cincau
Cincau memiliki serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, perut kembung, sembelit dan diarrhea. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi penyebab penyakit kanser. 
Bandung cincau pun sodapppp! =)

4. Mentimun
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosfor, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit bisa diatasi hanya dengan makan mentimun setiap hari.
Cuba buat ulam timun cicah dengan budu. Memang sedap!

5. Kucai
Daun kucai mengandung vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteri dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses kontraksi dan ekspansi usus selain melancarkan darah sekaligus mencegah terjadinya pembekuan darah. Ia dapat mengobati penyakit-penyakit seperti kram menstruasi, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Cuba buat telur dadar letak kucai banyak-banyak. Perghhh sedap tau!

6. Pisang
Pisang memiliki begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalkan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang tidak hanya boleh dimakan begitu saja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak samada digoreng atau dijadikan pengat.
Emmm nyum nyum!

7. Temulawak
Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan ubi muda temulawak atau nama ilmiahnya Curcuma Xanthorriza.

Caranya:
Ambil bahagian batang dan ubi muda temu lawak.
Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
Setelah mendidih, tapis dan tuangkan ke dalam gelas.
Biarkan hangat seketika dan minumlah secara perlahan.

Sehari minum sebanyak dua sampai tiga kali. Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, juga diakui dapat mengatasi masalah najis berdarah.

8. Ciku
Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sampai lumat. Amalkan dengan pengambilan sedikit air hangat yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

9. Lobak Merah
Nama ilmiahnya Daucus carota L dapat membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran semasa period dan menjaga kulit agar sentiasa sihat.

Cara terbaik menikmati manfaat carrot adalah dengan memakannya secara mentah.




Carrot adalah lebih baik dimakan mentah.

Namun jika anda sukar untuk mempraktikkan pengambilan makanan di atas, anda boleh juga mengatasi masalah sembelit anda dengan mengambil Herblax Shaklee.

Herblax Shaklee sangat bagus untuk detoksifikasi, membuang toksin dan mencuci usus anda.


Vitamin wajib saya setiap malam.

Boleh hubungi saya untuk membeli Herblax Shaklee atau sebarang produk Shaklee.

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.

COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.

Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,

Awesomelybeauty

Thursday, 25 September 2014

ATASI MASALAH JERAGAT DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ramai kawan, majoritinya yang berkulit cerah mengalami masalah jeragat. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai jenis kulit yang kering.

Jeragat sangat susah dihilangkan, tidak seperti jerawat. Di sini kami ingin kongsi bagaimana untuk mencegah atau menghilangkan jeragat dengan vitamin Shaklee.

83% wanita bekerja office hours - waktu pejabat alami masalah jeragat atau nama medikalnya melasma. Jeragat yang sentiasa menghantui mental wanita berkerjaya. Masakan tidak, jeragat ini boleh mencacatkan penampilan wanita bekerjaya yang sering berdepan atau berurusan dengan orang ramai. 

Apakah Jeragat? 

Jeragat adalah pigmentasi hitam, tompok-tompok hitam atau bintik-bintik hitam yang terjadi di permukaan wajah wanita pada usia meningkat ke umur 40 - 60 tahun.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes. 

Atasi masalah jeragat anda dengan vitamin Shaklee!

Bagaimana merawat jeragat?
Rawat dan  hapus jeragat dari dalam dengan produk Shaklee dan hentikan jeragat degil selamanya dari luaran. Tips hilangkan jeragat degil dengan produk Shaklee berjaya serta dapat merasai keberkesanan produk shaklee dalam mengurangkan jeragat anda dari hari ke sehari.

Wah, awesome! Bunyi sangat menarik sekiranya anda mula mengamalkan krim Nutriwhite iaitu produk dari Shaklee sendiri sekarang, kerana biasanya muka jenis kering selalu menghadapi masalah jeragat. Serta vitamin produk Shaklee Gla Complex dan Set Kecantikan (Bcomplex, Vitamin E dan Vitamin C) SILA RUJUK Set Kecantikan Shaklee

Kebiasaannya jeragat akan mula kelihatan pada wajah wanita terutamanya yang berumur pada pertengahan 40 tahun ke atas dan ada juga golongan remaja awal 20-an.  Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Jeragat adalah penyakit kulit yang tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.

Jadi, jom rawat sebelum parah. Dan mencegah sebenarnya lebih baik daripada merawat.

Untuk mendapatkan Set Nutriwhite atau Set Kulit Cantik Shaklee, anda boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

Wednesday, 24 September 2014

JUS BUAH PUNCA CIRIT BIRIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Mana nak tauuu kan, jus boleh sebabkan cirit birit. Kebanyakan ibu bapa menyangka jus bagus untuk kesihatan. Bagi je anak-anak minum jus banyak-banyak. Awas ye ibu bapa. Jangan kerana kejahilan dan kurangnya pengetahuan kita, anak-anak yang mendapat mudharat. Sebab itulah pentingnya ibu bapa mempunyai ilmu pengetahuan tentang keibu bapaan. Hehe.
Jus buah-buahan sememangnya diakui kaya dengan banyak vitamin C dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Memberi kanak-kanak minum jus buah-buahan memang banyak manfaatnya. Tetapi tahukah papa mama semua, memberi terlalu banyak jus buah kepada anak-anak boleh menyebabkan cirit-birit.

Ini kerana jus mengandung sorbitol iaitu bahan berbentuk gula yang tidak hadam. Mengambil sorbitol berlebihan boleh menyebabkan badan cuba untuk mencairkan gula dengan cara menarik air daripada saluran darah ke dalam usus, di mana mengakibatkan najis mudah mencair.

Itu sebabnya mengapa jus prun, yang tinggi dengan kandungan sorbitol membantu menyelesaikan masalah sembelit. Jus epal, pir, pic dan ceri juga tinggi kandungan sorbitolnya.

Hadkan anak-anak berusia 12 bulan ke atas kepada hanya ¾ cawan (6 auns) jus setiap hari sahaja. Sementara untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas pula cukup pengambilan jus antara 8 hingga 12 auns sehari.

Selain daripada menyebabkan masalah sakit perut, pengambilan terlalu banyak jus buah-buahan sehari boleh mengganggu selera anak terhadap makanan berkhasiat dan menyebabkan masalah gigi rosak.

Kanak-kanak memerlukan dua hidangan buah setiap hari. Sekiranya salah satu hidangan tersebut adalah segelas jus, pastikan hidangan yang kedua adalah potongan buah-buahan segar, yang membekalkan khasiat fiber dan lain-lain. Mencairkan jus adalah cara terbaik untuk memastikan anak anda tidak minum terlalu banyak, tetapi sebaiknya tawarkan air kosong berbanding jus buah di antara waktu makan.

Wahhh banyaknya jus diaaaaa =)

SELAMATKAH MAKANAN BERPERISA UNTUK BAYI?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Kami sebagai ibu memang sangat teruja untuk menunggu masa untuk memberi makan kepada bayi. Macam-macam menu untuk bayi nak cuba. Semangat cari di internet, majalah, buku dan sebagainya. 
Pernahkah anda sebagai ibu terfikir untuk memberikan makanan yang berperisa kepada bayi? Tentu sesekali pernah terlintas di fikiran anda untuk menambahkan sedikit perisa dalam makanan yang dimasak untuk si manja. Apatah lagi sekiranya bayi comel anda seperti enggan makan apabila disuap.
Kebanyakan doktor mengesyorkan supaya menunggu sehingga bayi berusia lapan bulan sebelum memperkenalkan rempah-rempah ke dalam makanannya. Ini adalah untuk mengelakkan masalah sakit perut serta reaksi alergi.
Walau bagaimanapun,di ingatkan supaya anda tidak tergesa-gesa memperkenalkan makanan berempah kepada bayi. Sekiranya anda biasa memakan makanan berempah semasa menyusukan bayi, dia mungkin telah biasa dengan rasa rempah.
Rempah bukan sahaja merujuk kepada bahan masakan yang pedas seperti cili dan lada hitam sahaja tetapi termasuk bawang putih, halia, jintan, ketumbar,halba, kunyit dan sebagainya. Herba dan rempah bukan sahaja menyedapkan masakan tetapi ia ada faedah kepada kesihatan.
Misalnya, halia, jintan manis, jintan putih digunakan dalam rawatan tradisional India untuk menenangkan perut kembung dan membantu pencernaan sementara bawang putih dan kunyit pula bersifat antiseptik dan antioksida.
Perkenalkan rempah-rempah tersebut satu persatu dalam kuantiti yang sangat sedikit. Beri tempoh masa sehingga seminggu sebelum memperkenalkan rempah baharu dalam menu bayi anda. Dengan cara ini, sekiranya ada sebarang reaksi atau alahan, anda boleh mengenal pasti sumbernya dengan serta merta.
Emmmm nyum nyummmm...

Berikut adalah cara memperkenalkan rempah kepada bayi anda:
  • Seulas bawang putih atau sepotong kecil halia boleh diparut dan dimasukkan ke dalam hidangan seperti ayam yang disiat-siat atau dal ketika sedang dimasak.
  • Rempah serbuk seperti kunyit, jintan putih dan ketumbar boleh ditambah sedikit ke dalam kuah semasa memasak.
  • Sedikit biji-bijian seperti jintan manis dan biji sawi boleh ditumis dengan sesudu kecil minyak sapi sebagai perisa untuk dal, nasi dan sayur goreng.
  • Secubit serbuk kayu manis, buah pala atau serbuk buah pelaga boleh dimasukkan ke dalam mufin atau pencuci mulut dan manisan lain.
  • Herba segar seperti pudina dan daun ketumbar boleh digunakan sebagai bahan hiasan untuk hidangan sayur goreng, kari dan nasi.

Selepas anak anda berusia 18 bulan dan sekiranya dia tahan makan makanan berempah, rempah-rempah pedas boleh diperkenalkan. Tambahkan rempah seperti cili dan lada hitam dalam kuantiti yang sangat sedikit. Berhati-hati jika menggunakan cili hijau segar dan serbuk cili mentah. Lidah dan perut anak yang sensitif mungkin tidak dapat menerimanya. Anda boleh mengimbangkan rasa pedas cili dengan mencampurkan dadih ke dalam masakan itu.
Gunalah rempah daripada jenama yang dipercayai dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan kesihatan. Pastikan tidak menggunakan rempah yang sudah luput tarikhnya.
#sumber dari Pama

Jika anda ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami di :
017-3589005 / 010-4647478 (Niki)
Love and hug,
Awesomelybeauty
Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Tuesday, 23 September 2014

CINCH SHAKE SHAKLEE MIX UNTUK SIAPA?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Semua orang tak kira la lelaki ke perempuan ke, semuaaaaaa nak nampak cantik. Suka tengok orang yang cantik-cantik. Kami sendiri pun kalau boleh la tidka kira dah beranak berapa orang pun, nak maintain je berat badan macam zaman anak dara. 

Malangnya bila dah beranak pinak allignment mesti la lari sana sini hihi. Apa-apa pun kena jaga badan tau. Kalau bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri. Kan? 

Macam kami sendiri, kami kontrol diet dengan minum Cinch Shake Shaklee ni. So, hari ni kami nak share dengan anda siapakah yang sesuai minum Cinch Shake Shaklee.

Siapa yang perlu minum Cinch Shake?
  • Lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai masalah menurunkan berat badan.
  • Mereka yang inginkan indeks BMI yang ideal terutama pasukan keselamatan yang perlu memastikan kecergasan mereka berada pada tahap maksimum.
  • Cinch Shake juga boleh diambil oleh pesakit diabetes kerana indek glisemiknya adalah rendah bagi mengekalkan paras gula dalam darah

**Ibu mengandung dan menyusukan bayi adalah tidak digalakkan mengambil cinch shake mix ini kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.

**Kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak boleh mengambil minuman ini.

Ada 3 perisa : Vanilla, Coffe Latte, Chocolate


Cara pengambilan Cinch Shake Mix Shaklee
  • Bagi anda yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal, bancuh 2 sudu segelas air suam. Boleh juga dibancuh dengan fresh milk atau soya.
  • Di ambil untuk menggantikan makanan sama ada pagi, tengahari, ataupun malam. 
  • Pastikan anda minum Cinch Shake Mix ini sebelum mengambil makanan berat kerana apabila perut kenyang dengan Cinch Shake Mix secara automatik anda akan mengurangkan makanan berat. Sekaligus membantu dalam proses penurunan berat badan.

Untuk hasil yang lebih mengujakan, anda boleh ambil bersama Lecithin/Omega Guard & Herb-Lax/Alfalfa.

Untuk mendapatkan Cinch Shake Mix Shaklee yang super awesome ni, boleh hubungi saya :
017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Love and hug,
Awesomelybeauty

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Monday, 22 September 2014

POWER PUMPING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hai mommies dan yang bakal jd mommy. Ibu moden memang semuanya berimpian nak menyusukan baby secara ekslusif. Betul tak? 

Bak kata doktor di Klinik Kesihatan Benta, ibu berkerjaya lebih rajin pump susu berbanding surirumahtangga. Kebanyakan surirumah yang ke klinik untuk check up memberikan anak mereka susu formula. Berbanding ibu bekerja yang berusaha pump susu di tempat kerja.

Wow ini fenomena yang sangat memberansangkan! Keep it up mommies!

Sebagai seorang ibu, kami faham yang mommies pasti susah hati jika production susu tidak sebanyak dan semeriah yang dijangkakan. Pelbagai cara dan petua diikuti. Malah ada mommies yang berputus asa dan mengambil keputusan untuk memberikan anak susu formula.

Come on mommies. Jangan give up! Give the best untuk anak-anak kita ok!

Di sini kami nak share tentang power pumping yang mana sangat penting untuk ibu-ibu yang menyusukan.

Apa itu Power Pumping?


Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
  • Ibu yg ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Bagaimanakah Kaedahnya?

Untuk Single pump / hand expression 

– pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump 

– Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ini sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu. Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays).

Cara-cara power pumping.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkan-Nya.

Boleh buat power pumping guna pump manual, pump elektrik ataupun guna tangan sahaja.

Tips umum mengepam

  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih. :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1jam selepas pengambilannya.
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan.
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam.
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.
  • Pum setiap 2-4jam sekali.
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik. :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain. :)

Happy pumping mommies!

Jika mahukan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD tanpa sebarang cas tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.


BERSIHKAN HATI DENGAN DTX COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia dan juga dikenali sebagai 'pusat industri pemprosesan'. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri.

Oleh sebab itulah organ hati boleh didermakan sebahagiannya. Ini adalah kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.

Antara fungsi hati ialah :

  • merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak.
  • bertindak sebagai 'penapis' dan ejen detoksifikasi.
  • mengawal paras gula dalam darah.
  • penting untuk metabolisme lemak.

Hati adalah antara organ yang boleh didermakan

Namun begitu dalam keadaan dunia hari ini dengan penuh dengan pencemaran, hati kita terpaksa 'bekerja keras'. Malah terpaksa pula 'bekerja lebih masa'. 

Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas wajib bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaik pulih dirinya sendiri.

Oleh sebab itulah hati kita memerlukan bantuan untuk membersihkan dirinya (detoks hati) sekaligus menjadikan fungsi hati lebih berkesan.

Mari check hati... =)
DTX Complex Shaklee mempunyai bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.


Ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed)

- melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia, merawat masalah hati, mencegah batu karang, serta membantu dalam masalah kulit.

Artichoke

- membina semula sel hati dan meransang pengaliran hempedu.

Dandelion 

- merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit.

Kunyit

- mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan dan keradangan.

Reishi mushroom (Ling Zhi)

- membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalh resdung.

Schizandra

- meransang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin.

DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee. 
Dapatkan DTX Shaklee anda hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik.

Dapatkan hati yang sihat dengan DTX Complex Shaklee!

Formulasi yang dipatenkan.
Untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD tanpa sebarang cas tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.