nuffx

Monday 22 September 2014

TIPS HADAPI ANAK NAKAL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni nak cerita tentang anak-anak. Sebagai ibu bapa isu tentang anak-anak ni memang tak akan habis. 

Setiap ibu bapa impikan anak-anak yang bijak, pandai, comel, sihat, mendengar kata dan sebagainya. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa mengharap melebihi kemampuan anak-anak itu sendiri.

Bila anak-anak buat perangai, memberontak, menangis, melalak, meraung memang ibu bapa akan mudah rasa stress, terutamanya ibu bapa muda. Apatah lagi bila baru balik dari kerja, terpaksa pula membuat kerja rumah, melayan pula kerenah anak-anak yang pelbagai. Memang penat.

Tapi ibu bapa kena sentiasa ingat, anak-anak adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah. Kita sebagai ibu bapa wajib menunaikan hak anak-anak dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya.

Hadapi anak-anak nakal dengan bijaksana.

Soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa ialah :

Bagaimanakah mendidik anak yang kurang daripada dua tahun agar dia boleh mendengar cakap dan tidak terlalu nakal. Bolehkan menggunakan percakapan yang keras bagi membentuknya?

Jawapan:
Usia dua tahun adalah masa yang sangat aktif bagi anak-anak, kerana pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan mentalnya sedang meningkat. Fenomena ini pasti dihadapi oleh setiap ibu bapa yang memiliki anak yang normal.

Pada usia ini sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa menggunakan kata-kata yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya. Anak-anak dalam usia ini sangat sensitif baik perasaan mahupun jasmani mereka.

Rasulullah S.A.W sangat menyayangi cucu-cucu baginda Hasan dan Husain. Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah lain, kedua cucu baginda memanjat tengkuk menyebabkan baginda melamakan waktu sujudnya demi menjaga kedudukan cucunya.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya tentang mengapa terlalu lama baginda sujud, mereka bertanya adakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah menjelaskan tentang peristiwa yang terjadi.

Pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia kanak-kanak ini, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan kelembutan. Jika ingin mencegah kesilapan yang dilakukan, buatlah dengan kelembutan dan kasih sayang.

Baginda menyuruh agar umat Islam memerintahkan anak-anak yang berumur tujuh tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun tidak mengerjakan solat maka pukullah mereka. Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan Rasulullah S.A.W adalah ketika anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka melanggar perintah Allah SWT iaitu meninggalkan solat.

Namun pukulan yang dimaksudkan bukanlah memukul dengan kemarahan tetapi dengan unsur mendidik dan kasih sayang. Lebih baik ibu bapa menunjukkan akhlak yang mulia di depan anak-anak agar mereka dapat meniru keperibadian yang mulia tersebut. Setelah itu banyakkan berdoa agar mereka mempunyai hati yang lemah lembut, budi pekerti mulia serta menjadi anak yang soleh dan solehah.

Moga pembacaan kita pada kali ini mendapat manfaat. Dan semoga kita semua dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Insyaa Allah.


Love and hug,
Awesomelybeauty
No ID : 926488
017-3589005 / 010-4647478

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei

No comments :

Post a Comment