nuffx

Tuesday 9 September 2014

SIAPAKAH PENGASAS SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Hari ni saya nak cerita lagi tentang latar belakang Shaklee. Terutamanya tentang pengasas Shaklee. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Shaklee ke persada dunia, hingga menjadi 1 jenama yang gah dan berprestij di mata dunia.
Beliau ialah Dr. Forrest C. Shaklee!
Dr. Forrest C. Shaklee adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 tahun dan hidup untuk melihatnya berubah menjadi sebuah syarikat Fortune 500 dalam usia 80-an. Dr. Forrest C. Shaklee adalah seorang yang mempunyai banyak bakat semulajadi, laluan kerjaya yang pelbagai termasuk pencipta, penulis, pader dan personaliti radio.  Setiap pengalaman membantu membentuk wawasan beliau.  Hari ini, falsafah Shaklee “Better You Better World” mencerminkan secara langsung visi awal Dr. Shaklee.
Minat Dr. Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya iaitu batuk kering.  Tanpa bergantung pada hospital atau ubat ubatan, rawatan beliau ialah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar bandar Iowa.  Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam tahun tahun pembentukan beliau.
MInat Dr Shaklee dalam kesihatan yang optima, membawa beliau dari lapangan, ke makmal dan bilik peperiksaan.  Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan.  Sentiasa mencuba, Dr Shaklee membangunkan teknik untuk mengekstak nutrien dari makanan.  ”Vitalized Mineral” telah diperkenalkan pada tahun 1915, sebelum konsep vitamin telah difahami sepenuhnya.  Beliau juga membina amalan dan klinik kiropraktik yang amat berjaya, di mana beliau belajar dari merawat pesakit bahawa kesihatan yang baik diperlukan untuk memupuk kesejahteraan, bukan hanya merawat pesakit.
Dr Shaklee juga merupakan orang yang terawal dalam amalan membantu diri sendiri.  Beliau menulis beberapa buku mengenai kepentingan pemikiran positif, yang mempunyai hak cipta sebagai “Thoughtsmanship”.  DIa juga mengajar konsep keharmonian, kesihatan dan rahsia kehidupan yang berjaya di pogram radio mingguannya sendiri.
Awesome!

Anda ingin menjadi sebahagian dari kami? Hubungi Kaya untuk maklumat lanjut.
Kami merupakan Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan anda boleh dapatkan produk ini secara COD (cash on delivery) sekitar kawasan Kuala Lipis, Benta dan Raub, Pahang dari kami. Anda juga boleh hubungi kami jika ingin mengetahui cara cara menjadi ahli Shaklee.
Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei menggunakan perkhidmatan Poslaju, Gdex ataupun Citylink.
Kami juga boleh dihubungi di :


Instagram : awesomelybeauty

Blog : www.awesomelybeauty.blogspot.com

Fb page : What Woman's Want

Sms / whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478

No comments :

Post a Comment