nuffx

Wednesday 24 September 2014

JUS BUAH PUNCA CIRIT BIRIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Mana nak tauuu kan, jus boleh sebabkan cirit birit. Kebanyakan ibu bapa menyangka jus bagus untuk kesihatan. Bagi je anak-anak minum jus banyak-banyak. Awas ye ibu bapa. Jangan kerana kejahilan dan kurangnya pengetahuan kita, anak-anak yang mendapat mudharat. Sebab itulah pentingnya ibu bapa mempunyai ilmu pengetahuan tentang keibu bapaan. Hehe.
Jus buah-buahan sememangnya diakui kaya dengan banyak vitamin C dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Memberi kanak-kanak minum jus buah-buahan memang banyak manfaatnya. Tetapi tahukah papa mama semua, memberi terlalu banyak jus buah kepada anak-anak boleh menyebabkan cirit-birit.

Ini kerana jus mengandung sorbitol iaitu bahan berbentuk gula yang tidak hadam. Mengambil sorbitol berlebihan boleh menyebabkan badan cuba untuk mencairkan gula dengan cara menarik air daripada saluran darah ke dalam usus, di mana mengakibatkan najis mudah mencair.

Itu sebabnya mengapa jus prun, yang tinggi dengan kandungan sorbitol membantu menyelesaikan masalah sembelit. Jus epal, pir, pic dan ceri juga tinggi kandungan sorbitolnya.

Hadkan anak-anak berusia 12 bulan ke atas kepada hanya ¾ cawan (6 auns) jus setiap hari sahaja. Sementara untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas pula cukup pengambilan jus antara 8 hingga 12 auns sehari.

Selain daripada menyebabkan masalah sakit perut, pengambilan terlalu banyak jus buah-buahan sehari boleh mengganggu selera anak terhadap makanan berkhasiat dan menyebabkan masalah gigi rosak.

Kanak-kanak memerlukan dua hidangan buah setiap hari. Sekiranya salah satu hidangan tersebut adalah segelas jus, pastikan hidangan yang kedua adalah potongan buah-buahan segar, yang membekalkan khasiat fiber dan lain-lain. Mencairkan jus adalah cara terbaik untuk memastikan anak anda tidak minum terlalu banyak, tetapi sebaiknya tawarkan air kosong berbanding jus buah di antara waktu makan.

Wahhh banyaknya jus diaaaaa =)

No comments :

Post a Comment