nuffx

Monday 22 September 2014

POWER PUMPING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hai mommies dan yang bakal jd mommy. Ibu moden memang semuanya berimpian nak menyusukan baby secara ekslusif. Betul tak? 

Bak kata doktor di Klinik Kesihatan Benta, ibu berkerjaya lebih rajin pump susu berbanding surirumahtangga. Kebanyakan surirumah yang ke klinik untuk check up memberikan anak mereka susu formula. Berbanding ibu bekerja yang berusaha pump susu di tempat kerja.

Wow ini fenomena yang sangat memberansangkan! Keep it up mommies!

Sebagai seorang ibu, kami faham yang mommies pasti susah hati jika production susu tidak sebanyak dan semeriah yang dijangkakan. Pelbagai cara dan petua diikuti. Malah ada mommies yang berputus asa dan mengambil keputusan untuk memberikan anak susu formula.

Come on mommies. Jangan give up! Give the best untuk anak-anak kita ok!

Di sini kami nak share tentang power pumping yang mana sangat penting untuk ibu-ibu yang menyusukan.

Apa itu Power Pumping?


Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
  • Ibu yg ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Bagaimanakah Kaedahnya?

Untuk Single pump / hand expression 

– pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump 

– Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ini sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu. Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays).

Cara-cara power pumping.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkan-Nya.

Boleh buat power pumping guna pump manual, pump elektrik ataupun guna tangan sahaja.

Tips umum mengepam

  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih. :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1jam selepas pengambilannya.
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan.
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam.
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.
  • Pum setiap 2-4jam sekali.
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik. :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain. :)

Happy pumping mommies!

Jika mahukan sebarang produk Shaklee, boleh hubungi kami :

017-3589005 / 010-4647478

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD tanpa sebarang cas tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.


No comments :

Post a Comment