nuffx

Friday 12 September 2014

BAHAYA MINUMAN SEJUK

Asslamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Ada tak sesiapa yang sedang membaca ini penggemar minuman sejuk ataupun minuman berais?
Saya dulu adalah penggemar minuman sejuk. Alahai setiap masa tu kalau boleh nak minum air sejuk sokmo.

Tapi benarlah kata orang-orang tua. Tak elok minum minuman sejuk atau berais ni. Nanti sakit urat, bengkak urat kata mereka. Tapi biasalah kita orang muda memang tidak suka mendengar cakap orang tua. Kononnya mereka kolot dan sebagainya. Lagipun bak kata pepatah 'yang terlarang itu godaan' haha.

Kenapakah orang-orang tua melarang kita meminum air sejuk? Terutamanya selepas makan. Bahayakah?

Sebenarnya tiada masalah meminum air sejuk jika anda tidak mengalami masalah dengan sistem pencernaan.

Sebaliknya jika anda mempunyai masalah pencernaan, elakkan minum air yang sejuk atau berais sebaik sahaja selepas makan. Ini kerana air yang sejuk menjadikan enzim pencernaan di dalam mulut dan perut berhenti berfungsi. Enzim ini berfungsi dengan baik pada suhu badan.

Jadi, nasihat kami. Minum lah air suam selepas makan ye.


Sistem pencernaan manusia. 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di :

Instagram : awesomelybeauty
Blog : www.awesomelybeauty.blogspot.com
Fb page : What Woman's Want
Email : ireen2285@gmail.com
Sms/ Whatsapp : 017-3589005 / 010-4647478
COD : Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Raub, Pengedar Shaklee Benta, Pahang

No comments :

Post a Comment