nuffx

Tuesday 14 October 2014

13 MAKANAN PENYEBAB KANSER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Malam tadi adik kami yang bertugas sebagai jururawat bercerita tentang seorang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Pahang menghidap penyakit kanser otak tahap 4. Ya Allah, kanser lagi. Dan kanak-kanak juga tidak terlepas dari menghidap penyakit kanser ni. Nauzubillaah.

Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia tidak menyedari anaknya menghidap kanser. Cuma dia perasan anaknya suka kedip-kedipkan mata, kemudian bila melihat sesuatu dalam tempoh yang lama, mata anaknya menjadi seperti juling. Jadi dia ke klinik untuk membuat pemeriksaan mata, tapi anaknya didapati tidak mempunyai sebarang masalah mata. Lalu beliau membawa anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut. Setelah dibuat pemeriksaan menyeluruh, didapati anaknya mempunyai barah/kanser di otak. Dan kanser tersebut sudah tahap 4! Masyaa Allaah.

Sebagai seorang ibu, saya merasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan semua pembaca tentang isu ini. Kami ingin bincangkan tentang makanan yang boleh menyebabkan kanser.

Antara makanan penyebab kanser ialah :

1. Microwave Popcorn

Snek yang mudah, cepat dan lazat memang menjadi pilihan kita. Apatah lagi dijadikan hidangan semasa menonton TV. Tapi penting untuk anda tahu bahawa beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen iaitu asid perfluorooctanoik (PFOA) yang boleh menyebabkan kanser. Bahan kimia yang mewujudkan rasa mentega yang terdapat dalam popcorn juga boleh menyebabkan kanser.

Haramkan Microwave Popcorn dari dapur anda!


2. Produk Bukan Organik

Sayur-sayuran dan buah-buahan sekarang kebanyakannya disembur dengan racun perosak. Penanaman yang tidak menggunakan kaedah organik akan menggunakan baja toksik dan disuntik hormon untuk membuatkan buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi lebih besar. Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran dicuci dengan bersih sebelum dimakan, tetapi risiko tetap ada kerana tidak semua kesemua bahan kimia tersebut dapat dikeluarkan.

3. Tomato dalam tin

Lycopene iaitu nutrien yang ada dalam tomato dapat mengurangkan risiko kanser. Tetapi manfaat daripada nutrien tersebut tidak dapat diperolehi kerana lapisan tin tomato tersebut mengandungi bahan kimia yang mengganggu aktiviti hormon dalam badan dan boleh menyebabkan risiko kepada kanser. Maka, carilah tomato dalam balang kaca atau buat sendiri supaya lebih segar dan selamat.


Elakkan membeli tomato dalam tin.

4. Daging proses

Daging yang diproses mengandungi bahan pengawet untuk membantu daging tersebut agar kekal segar. Tetapi, bahan tersebut boleh menyebabkan kanser. Jadi, dapatkan daging yang segar dan tidak diproses demi kesihatan anda.

Sebolehnya jangan galakkan anak-anak memakan makanan seperti ini.

5. Salmon yang diternak

Menurut Dr. David Carpenter, Pengarah Institute of Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karnisogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

6. Potato chips/ kerepek kentang

Makanan ringan seperti potato chips atau kerepek kentang ni memang sedap dimakan. Tetapi aditif yang terkandung dalam nya boleh menyebabkan penyakit dan boleh menaikkan berat badan seseorang kerana tahap kandungan natrium yang tinggi, asid lemak trans yang sangat berbahaya kepada kesihatan. Juga mengandungi bahan pengawet dan perasa tiruan. Risikonya lagi ialah kehadiran acrymalide, iaitu karsinogen yang diketahui terdapat dalam rokok yang boleh menyebabkan risiko kepada kanser.

Sedap tapi tidak bagus untuk kesihatan.

7. Minyak Hydrogenated

Minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet supaya makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

8. Tepung putih

Tepung putih ini telah diletakkan bahan kimia iaitu bahan peluntur untuk menghasilkan tepung yang berwarna putih. Jika diambil secara berterusan, akan menyebabkan risiko kepada kanser.


Add caption

9. GMO (Genetically Modified Organisms)

Makanan ubahsuai genetik (GMO) boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Banyak produk sekarang seperti soya, jagung dan sebagainya dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Jadi, elakkan makanan GMO, carilah makanan organik dan NON-GMO!

Pastikan makanan yang kita ambil bebas GMO

10. Gula

Gula halus adalah penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel-sel kanser. Makanan sel kanser adalah gula. Jadi, kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Carilah alternatif yang lebih selamat untuk kesihatan.

11. Minuman ringan

Minuman ringan atau soda boleh memudaratkan kesihatan. Soda penuh dengan kalori, gula dan bahan-bahan tiruan. Ianya adalah SIFAR manfaat pemakanan. Satu tin soda mengandungi kira-kira sepuluh paket gula. Kajian telah menunjukkan bahawa hanya minum dua soda seminggu hampir dua kali ganda boleh menyebabkan risiko kanser pankreas.

Katakan TIDAK kepada soft drink!

12. Makanan atau minuman diet

Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, , Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

13. Alkohol

Penggunaan alkohol adalah punca kedua terjadinya kanser selepas rokok. Walaupun penggunaan sederhana atau rendah, alkohol yang diamalkan oleh sesetengah golongan untuk menjadi sihat dan membawa kepada menurunkan risiko penyakit jantung, minum dengan kadar yang berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung, strok dan kematian secara mengejut. Penggunaan alkohol yang berlebihan adalah punca terbesar kanser mulut, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.

Untuk mengelakkan segala makanan yang kami nayatakan di atas agak sukar. Tambahan pula produk GMO banyak dijual di pasaran. Sukar untuk medapatkan makanan yang benar-benar fresh dari ladang. 

Jadi alternatifnya, kita perlukan supplemen antioksidan yang boleh melawan sel-sel luar biasa dalam badan kita.

Jadi, kami cadangkan Vitamin E, Vitamin C dan Carotomax (Vitamin A). Selain daripada itu, kami juga cadangkan anda mengamalkan pemakanan yang sihat.

Vitamin antioksidan.

Selain daripada 3 vitamin antioksidan di atas, kami juga syorkan Vivix. Vivix merawat terus hingga terus ke sel-sel dan DNA kita. Jadi, mereka yang telah menghidap kanser, boleh mencuba Vivix. Dan mereka yang belum menghidap kanser, boleh mengambil Vivix sebagai langkah pencegahan.

Jika anda ingin mendapatkan supplemen atau vitamin ACE (antioksidan) mahupun Vivix ni, boleh hubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Kami merupakan Pengedar sah Shaklee anda di Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.




No comments :

Post a Comment