nuffx

Thursday 2 October 2014

CARA YANG BETUL PICIT JERAWAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kami ingat lagi masa zaman belajar kat U dulu. Suka sangat picit jerawat. Asal ada jerawat naik, cepat2 picit. Pastu masa kuliah, tangan sokmo raba-raba muka cari jerawat nak kutis. Berjam-jam depan cermin belek muka, takde kerja lain, picit jerawat sampai merah muka. Haha. 

Masa tu takde fikir pasal parut ke apa. Tapi memang betul, aktiviti memicit jerawat ni telah meninggalkan parut dan cela di muka kami. Huhu. Mujur la sejak kami amalkan pengambilan Shaklee ni, jerawat segan dah nak naik, parut jerawat pun dah lesap. Alhamdulillaah.

Hari ni nak share tentang cara yang betul untuk mereka yang hobinya picit jerawat. Meh baca meh. Pasni sila picit jerawat dengan teknik yang betul tau.

Arghhh tidakkkkk!!! Jerawat!!!

Cara-cara yang betul picit jerawat :

1. Bersihkan sisa solekan terutamanya pada bahagian mata dan bibir.

Boleh menggunakan pembersih solekan atau minyak zaitun. Lepas tu cuci muka dengan sempurna. Guna pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda.
Shaklee mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit yang sangat bagus dan semulajadi. Bebas paraben dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Produk skin care Shakee ialah :

* Enfuselle untuk kulit bermasalah
* Nutriwhite untuk kulit normal

2. Mandi dengan air suam untuk melembutkan kulit. Air suam juga membuatkan kita merasa lebih relaks.

3. Cuci tangan dengan sabun atau pencuci antibakteria untuk mencegah penyebaran kuman.

4. Steril sebatang jarum dengan pencuci khas. 

Rendamkan jarum dalam Hydrogen Peroxide selama 20 saat. Sebaik-baiknya gunakan jarum baru untuk setiap kali memicit jerawat. Elakkan jarum yang berkarat kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

5. Tusuk jerawat di hadapan cermin.

Gunakan jarum untuk menusuk bahagian puncak jerawat yang memutih. Lakukan tusukan dengan lembut dan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

6. Bungkus kedua-dua jari telunjuk dengan tisu atau kapas yang bersih.

7. Letakkan kedua-dua jari telunjuk di antara jerawat untuk membuang cairan yang mengandungi sel darah mati dan bakteria. 

Hentikan tekanan selepas cairan habis. Kemudian, bersihkan bahagian ini dengan kapas yang dibasahkan dengan air suam. Anda juga boleh menekap ais bagi mengelakkan bengkak.

Perkara yang perlu dielakkan semasa picit jerawat :
  • Jangan sesekali menyentuh jerawat dengan tangan yang kotor kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan jerawat merebak ke bahagian lain.
  • Jangan menggunakan ubat gigi untuk mengecutkan jerawat kerana dikhuatiri menyebabkan melecet.
  • Elakkan memicit jerawat dengan menggunakan kuku kerana akan meninggalkan parut pada wajah.
Seeloknya anda mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah kulit wajah anda. Insyaa Allah sangat bagus untuk merawat jerawat dari dalam.

Dapatkan vitamin Shaklee dengan menghubungi kami di :

017-3589005 / 010-4647478 (Niki)

Pengedar Shaklee Kuala Lipis, Pengedar Shaklee Benta, Pengedar Shaklee Raub, Pahang.
COD ke kawasan sekitar tanpa sebarang caj tambahan.
Pos ke seluruh Malaysia dan Brunei.

Love and hug,
Awesomelybeauty

No comments :

Post a Comment